Tuesday, July 31, 2007


Happy Birthday
Ajiem


Happy belated Birthday
As

Sunday, July 29, 2007

today is sunday :)

apa yg anda rasa bila terpaksa spoil kan pagi ahad anda, dengan suasana pagi yg sejuk dengan diiringi hujan rintik2 kat luar bilik? yg mana anada terpaksa ke office dan sebaik sahaja sampai ke tempat keje, officemate bagitau "eh hari ni semua system kena shutdown, ada maintenance". that is so grrrrrrr... that was my sunday morning this week.

but, i managed to fix my day. his sms "ada masa jam 3-5 tak? temankan tengok wayang". dan aku, sepantas kilas tukar baju, capai beg, amik kunci kereta,tetiba aje berdiri kat kaunter TGV sunway pyramid. ye, dekat aje rumah dengan pyramid. tengok cerita apa? huhu. Simpsons the Movie. then i can gelak2, ubatkan hati yang sedih semalam. the movie entertained me. cukup menghiburkan. ubat hati. thank you dear.

we went to SACC. tapi, rezeki tak ada. the ring does not have my size. alahai. sedihnya. dah la susah nak berkenan, bila berkenan size pulak takde. nak kecikkan tak boleh. tempah? hmm... btw, me & my mom agreed to do majlis khatam Quran. soalan biasa "bila nak balik?". oho. next two weeks kak long balik ye. minggu depan ada keje. minggu lagi satu ek. tunggguuu.

my tv schedule on Sunday will be tighted every week. Ghost Whisperer from 8 to 10. CSIs from 9 to 12. Gol & Gincu from 10 to 11. Fazura amatlah sweet. Putri character is so cute. dan juga satu drama Melayu yang menarik di TV3 - lupa tajuk (Raksasa - apesal tajuk dia semacam?). dia muda lagi, tapi terpaksa kahwin. punye la jahat mak tiri dia. tapi kan, suami dia cam sweet je. masakkan untuk dia, bawa dia naik motor, hantar pegi sekolah. alaaa suweetnya.

Saturday, July 28, 2007

akhirnya, selepas beberapa minggu, baju tu dihantar juga ke tailor. Kamarini's somewhere dekat Shah Alam. hari ni birthday mak Aishah. happy birthday auntie. pinjam Aishah jap.

at 3 ada appointment dengan photographer. dia datang dengan wife. my mohd najib tak setuju sebenarnya tak setuju aku hire photographer. apesal tah. tapi, i think, i have to have one. for this one, i cannot compromise with him. sorry dear. kali ni terpaksa tak dengar kata. deposit sudah bayar. discuss itu ini. Alhamdulillah, settle satu kerja.

Wednesday, July 25, 2007

budak bangang nama WNH

ada seorang staff IT kat Prot*n ni. mengaku diri System Engineer. tapi tak sedar diri tu bangang tahap cipan. camane la tak bangang - nak forward email kat member dia, tapi dia pegi tekan reply kat nama aku. Ya Allah, ampunkan dosa dia. maybe sebab laki dia dok jauh kot, sebab tu la dia meroyan tahap dewa.

sesungguhnya dia lah manusia yang paling toooooooooooooot kat dunia ni. huhu and she is sooooooooooooooooooooooooooooooooooooo su*ks! silap orang lah dia cari pasal. kalau la email ni sampai kat Madam besar. huhu. seronotnya. Madam, please do not let this attitude remains longer in IT. it's such a waste and disaster. Sekian, terima kasih"

no honeymoon


semalam lepas futsal pegi makan kue teow kerang. lepas tu jalan2. singgah kat 1 booth kedai kek. kek dia cantik2. dan harga berpatutan. i prefer butter cream. and i dont like the fondant cake. cantik je lebih tapi tak shedap. As, sila la pilih.

we might not be going to honeymoon lepas kawin. he wants to selesaikan semua urusan masuk rumah baru. when he said selesaikan, it'll include all the furniture. rumah baru belum isi barang lagi. move into new house and getting married in the same time, memang agak susah dari segi kewangan. memandangkan kitorang tak kerja kat company yg bagi bonus berbulan2, jadi, kena la wat sket2. oleh kerana dia kata tahun kedua, then i'd like to request to go to his old place :)

esok cuti, yeay!

Tuesday, July 24, 2007

kepala tengah weng. malam tadi pon tido awal. tak sempat tengok CSI NY. malam isnin dah terisi sket. ada ANTM. nasib baik la pompuan yg rambut mcm pokok tu eliminated awal2. eh, apesal Tyra Bank tu makin lama makin berisi? soon, Heroes akan main lagi sekali. tengok lagi.

kepala serabut lah sekarang. aku nak pegi sabah tapi dia tak nak. cuti aku panjang tapi cuti dia kejap kot. cuti khamis ni dah approve tapi dia punye cuti belum approve. aku nak beli perabot tapi dia kata tunggu lepas kawin.

btw, sekarang boleh kata semua shopping mall tengah sale. IKEA pon. alahai.

Saturday, July 21, 2007

walaupon baru 5 Rejab tapi area Jalan TAR dah ramai orang. even dekat kedai tailor kitorang pon, ada 1 family tengah pilih2 baju raya.

oh ye, cakap pasal baju kan. baju yg hampir jadi mangsa banjir dulu, dah pon berjaya diambil :) nyaris2 la kena hanyut banjir. the jahitan is nice. kemas. the baju suits him and comel. huhu. ok next is to look for my baju raya. ingat tahun ni nak beli aje. mama sibuk, tak sempat nak jahitkan. if not, pakai aje baju yg mana ada. uhuk.

oh, i woke up at 3am to pick up my brother at pudu. 3am, drive sorang2 kat KL. tak pernah buat. tapi memandangkan malam minggu, jalan kat KL was alive.

i watched Transformers twice today. hehe. cool.

Thursday, July 19, 2007

Aishah, saya mahu Toblerone. sekian terima kasih :)

p/s enjoy your holiday!

Wednesday, July 18, 2007

sekolah

tadi lepas training, singgah tempat damien. tengok gambar diorang naik gunung. cantiknya view dari atas Kinabalu. seronok tengok orang enjoy dia punye life. kawan2 masa belajar pon selalu gak pegi panjat gunung. huhu. tak penah ada pengalaman panjat gunung. panjat bukit ada laa. itu pon masa tingkatan 4, naik Bukit Keluang, kat Besut.

masa form 4 & 5, sekolah aku tepi pantai. seronok. kalau nak main badminton, mmg la tak boleh. angin kuat. maklum la, angin pantai. huhu. kalu kitorang training volleyball, bila serve, bola menyenget, ikut arah angin. haha. susah gak la. kalau angin kuat, kitorang duduk, dan tunggu tiupan angin reda.

sebelah court volleyball, ada court tenis. sebelah court tenis pulak, rumah pengetua. haha. kalau pengetua atau anak dia main tenis, ada je yg cuci mata. sebab diorang pakai seluar pendek. hehe.

roomate aku, Ajiem. dia terer main ping pong. first time aku pegang bet ping pong, dia la yg ajar. takat pukul2, ketuk2, tau lah. tapi kalau dia smash, aku lari ke tepi. haha. takut takut.

kalau nak cerita pasal sekolah, mmg la akan panjang. jadi, stop dulu kat sini.

Tuesday, July 17, 2007

17-07-07

hari ni, topik pagi Era adalah tarikh yang bermakna dalam hidup. i'd say, 17 July 2001. kenapa? kerana itu adalah hari pertama aku jumpa buah hati.

jadi, happy anniversary to Mohd Najib Abdul Hamid. petang nanti gi klinik, oraits.

Monday, July 16, 2007

Rejab


ini adalah air utk berbuka puasa. air silap limau, air oren dan air kelapa. tamak gile.

one more day to go :)

Selamat menyambut bulan Rejab.

Sabda Nabi s.a.w, "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat." Sabda Nabi s.a.w lagi "Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku."

Sunday, July 15, 2007

Harry Potter

untuk pertama kali, tengok Harry Potter dari awal hingga akhir, tanpa bangun dari tempat duduk atau tertidur atau sengaja tidak habiskan. kenapa? sebab tengok kat panggung. huhu. it was ok. walaupon hati ni rasa frust sket sebab tak dapat tiket utk re-watch Transformers.

makan malam di Chicken Hartz. eh apesal kat tempat baru dia takde kaunter aiskrim? i tot ada. makanan pon tak berapa banyak pilihan. untuk julung2 kalinya, aku tak singgah ke mana2 kedai pon. tabahnya tengok kedai2 yang ada tulis 50% discount, buy 1 free 1. huhu. alaaa takde benda pon nak beli. walaupon barang2 kitorang belum habis shopping lagi.

oh ye, lagi 2 hari :)

Saturday, July 14, 2007

Malaysia team main macam...

sekali lagi, team malaysia kena belasah. kali ni kena belasah dan diperbudak2kan dengan Uzbekistan. pengulas pon kata "pity", "poor Malaysia", "did not compete". 5-0. wei, main ke ape tu. kalu setakat nak main sopan santun, jaga hati tetamu, tak payah hantar wakil la. iye2 je rombak itu ini, strategi itu ini, main cam ayam gak. bukan nak condemn tapi diorang ni macam tak belajar dari kesilapan. baik tengok Indon main. at least diorang fight jugak. esok ape lak alasan Norizan kasi. salah sape pulak kali ni. bunguks. bunguks. tak payah la hantar pemain training jauh2. buang duit kerajaan aje. membazir.

sepanjang pagi lepak depan tv. cerita melayu, anime, seme tengok. btw, Drew Barrymore adalah sangat sweet daripada dia berlakon dalam ET sampai la skang. mmg cute. dan sepanjang tengahari pula tengok CSI. season 1. huhu. sepanjang malam, tengok bola.

Friday, July 13, 2007

bangun jam 6. solat subuh. tapi tertido kat sofa. tiba2 sedar dah jam 7.23. tudung & baju belum iron. mati aku. dah la lambat, banyak la pulak dugaan kat jalan. (1) depan rumah dah jammed. (2) ada 1 kakak ni bawa kereta mcm tengah test JPJ. lepas tu di boleh beri laluan kat kereta dari simpang keluar. time2 macam ni takyah la nak terlalu bertimbang rasa kak oii. pompuan cha ya nun alip tu tak de pon angkat tangan say thank you. (3) ada kereta dgn lesen L which is tengah belajar kereta. OMG. at peak hour? halo brader, lu silap time la (4) kat KESAS, seorang makcik dan kereta BM yang besarnya, bawa slow nak mampos, dan berada di lane tengah. hoho. this is too much.

i had a very tiring week and i need a break. travel dari shah alam - kl - shah alam - kl - sunway. whoa.

sekarang, sudah tiba masa utk aku mengalami masalah perasaan.

Wednesday, July 11, 2007



it happens almost in every company in this wide world

Takziah

semalam baru aje post pasal Lin's baby. and last night, her mother in-law died after days comma and strock. arwah tidak sempat tengok new baby.

kepada Lin, Fitri & the rest of the family, takziah. semoga roh ibunda kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang disayangi-Nya.

Al-Fatihah juga untuk arwah ayah (my fiance's father). i think, if he still alive, he would be my good friend. malam tadi, bb bagitau, dulu, dia tak sempat tengok mata ayah sebelum ayah meninggal. semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Tuesday, July 10, 2007

last saturday, i attended anak Lin majlis aqiqah & cukur jambul. when i arrived, there's one photo session with baby. baby was sleeping. tapi yang kelakar, right after the photog left, baby opened his eyes. pandai ye, time orang ada dia tido. time orang selawat & bawa dia keliling utk dipotong jambul, pon dia tido. lepas selesai semua tu, baru buka mata.



lepas tu, ada sorang kakak ni, bawa anak dia. baru 4 bulan tapi berat 8kg. masa lahir berat 3.6kg. dan dia hanya minum susu badan. betapa berkhasiatnya susu ibu. free dan amat2 berkhasiat.

jadi, kepada ibu2 & bakal2 ibu, berilah anak mu minum susu free itu :)

Monday, July 09, 2007

testing. still cannot post title. caits. hampas betul.

i cannot view my latest post using IE. hampas.
currently, i cannot put any title to my post. and i am so tak suka lah. sometimes i need to pot some title on my post. huh. ape la blogspot ni. ops sorry. jgn block account saya.

malam tadi marathon CSIs. oleh kerana weekdays, tiap2 hati balik lambat & tido kol 10, jadi tak sempat la tengok. jadi, qada' lah time marathon. satu conclusion:

  1. CSI - paling sempoi & lawak. hahaha.
  2. CSI New York - skema.
  3. CSI Miami - serius. tak best.

Sunday, July 08, 2007

Transformers. it was awesome. cool. rasa mcm nak tengok lagi. filem kedua selepas Finding Nemo yang buat aku rasa nak tengok lagi sekali, kat panggung. huhu. kat tempat keje dah ada download version. tahan diri supaya tak tengok sb nak tengok kat panggung. and it was paid off. OMG. nanti nak mintak copy. nak wat collection. tak tahu la plak cinta ku dlm Las Vegas ada jugak, handsome Josh Duhamel aka Capt. Lennox. dan, Mikaela aka Megan Fox - lawanye dia. gile flat perut dia.

tapi ada beberapa benda yang aku rasa tak terjawab.

1. ke manakah Starscream, yang jadi jet tu. kan masa nak dekat abis tu dia fight dgn F-22. ha, ke manakah ia.
2. camane barang2 datuk Sam ada dengan Sam. maknanya datuk dia berjaya mencairkan ais dan kembali ke negara asal. tapi bukan ke dia ter'hidup'kan balik Megatron.
3. sebenarnya S7 tu wujud ke tak. confuse. itu yang kena tengok balik. hehe.
4. mak & ayah Sam dibawa ke mana ye.
5. autobot yang putus 2 tu sape - Jazz ke. tak boleh repair? hantar lah workshop. pomen mesti tau repair. Ratchet kan doctor. dia mesti boleh repair punye.

lepas melayan semua robot2 tu, i took my inazuke to clinic, Sec 15 Shah Alam. to check up, to do some dressing. and i was rasa tulang2 macam sengal bila tengok nurse cuci luka dia. yang tabik, walaupon jalan terhincut-hincut, dia gagahkan diri utk berjalan dari tempat parking ke GCS Midvalley. nasib baik park dekat. tak paksa pon ikut, tapi dia yang nak ikut. esok kena bawak gi clinic lagi. semoga cepat sembuh. chayo chayo.

Saturday, July 07, 2007

Congratulations on your wedding
Serena & Shuk
Zie & partner

Happy birthday
Alysha Imane, my fiance's niece

Friday, July 06, 2007

Kuah spaghetti

seperti yg shahrir janji, he taught me how to make kuah spaghetti. tapi aku dah terdelete daaa.. tapi yg ingat adelah:

tumis bawang - rasanya semua jenis bawang kot
masuk cili kisar - i'd say cili giling Puteri sedap. kalau rajin blend aje cili kering. kalau taknak pon takpe
masuk pasta sauce - ada 1 brand warna hijau putih. lupa nama. kat Carrefour ada, kat bahagian rempah ratus (kot)
masuk daging kisar - would be tastier if we chop daging batang pinang into small pieces, rather that beli yang dah siap. kata cikgu lah.
gula garam - tambah rasa
when he met an accident, rasa macam separuh badan lemau.
bila dia jalan terhincut2, aku rasa macam "alaaa.. baby..."
tapi bila dia buat lawak transformers, aku rasa nak picit2 je luka2 dia tu

walau ape pon, aku sayang dia.
hehe.

hati-hati di jalan raya. anda mampu mengubahnya.

Thursday, July 05, 2007


walaupon lambat, still the booking status is SUCCESSFUL

Wednesday, July 04, 2007

semalam adik lelaki ku tanya "ko nak ke Motorola tu". OMG, dia ada? ala. sayangnya. aku baru tukar handphone March lepas. takpe lah, takde rezeki. kalau nak tengok, entry to ada kat sini

tension sangat bila seseorang tu, nak take over kerja aku. dan aku dah bagi semua documentation. hey, it's my own note. i gave it to her semua ilmu yang aku tahu. semua nota yang ditulis tangan, buat cantik2, dan bagi kat dia. itu dah kira spoon feeding. lepas tu mengadu takde keje. mengadu i tak dapa formal training. banyak cantik (i am trying not to use bad words tapi dlm hati ni kata kepala ota* ko). aku dulu pon mana dapat formal training. semua belajar sendiri. then, bila ada error, baru lah datang cari aku. bila aku check, i've found that she did not do the daily monitoring. woi. ape ni. hari tu kecoh sangat kata takde keje. bila dah bagi semua, tak buat. nak tambah lagi bengang, bile benda yang kita ajar ONE BY ONE, tapi dia tak follow dan buat salah. eh, hello, ape ni. sesungguhnya kesabaran tahap dewa diperlukan kalau nak berdepan dengan situasi macam ni.

Tuesday, July 03, 2007

kadang2 tak faham lah. kenapa, orang yang dah lama kita tak jumpa, akan tanya soalan ni "bila nak langsung (kawin)". soalan tu tak majukan diri langsung. kenapa tak tanya - keje camane, life ok, tinggal mana, eh tak jammed ke sana. mentaliti orang kadang2 susah nak ubah. i guess so.

hari ini hari paling membosankan. memandangkan PM tak ade, jadi aku telah meminta time off untuk ke bank. sebelum ke bank, call Damien. laaaa dia takde la pulak. pegi panjat gunung (Damien what?). OMG. mcm tak percaya. caya lah.

tadi pegi Taipan. macam tak percaya je dapat parking (bukan kat parking pusing2 tu tau). dekat pulak dgn tempat2 yang aku nak pegi. exercise sket je (jalan kaki daaa). masuk May*bank, masuk Ban*k Is*lam. end up - Ban*k Is*lam. soalan paling best - borang EA tu ape Cik? sorry, aku memang tak tahu. tadi pon dah pegi kaunter HR. jumaat baru la siap. ape ke lama sangat process tu. pelik betul. owh, btw, rumah kami itu sudah boleh start installment. terima kasih Am*bank :)

kepada sesiapa yang mahu kawin atau bertunang, adakan checklist. dan juga buatlah timeline ;)

ini gambar dari kamera baru cik nani :)


(a) suka bunga tapi bukan minah bunga. dan juge tak reti tanam bunga
(b) at UK (acah je). itu adelah Stesen Keretapi Lama. malaysia pon best tau. tak yah gi luar negeri.

Monday, July 02, 2007

puding dan aising

ha, baru hari ni aku tau kenapa puding koktel aku keras. rupa-rupanya, sebab agar2. dari puasa tahun lepas aku fikir, apesal la aku punye puding koktel ni keras. itu pon lepas sembang2 dgn shahrir. dia gelakkan aku. sungguh kurang asam betul :) so sekarang, sudah tahu lah. guna corn flour aje.

cara-cara yg ditemui adelah (ini dari chef shahrir)
letak air dalam periuk. air 1 cawan.
masuk tepung jagung sket2 (1kg tepung jagung) - kacau2
buat la sampai habis tepung tu, kalu pekat, tambah le air
masuk putih telur (4-5 biji putih telur) - kacau2
kalau rasa pekat, masuk la air sket2

juga dapat resepi camane nak wat aising :) huh, bila mau jadi realiti? tengok lah kalau rajin.

Sunday, July 01, 2007

My weekend


gambar disusun mengikut susunan aktiviti. walaupon berdua tapi we had a great time. walaupon sesat tapi kami berjaya sampai ke tempat yang dituju.

Taman Orkid - Pertama - Sogo - Taman Tasik Titiwangsa

a) bunga orkid ini adalah favorite aku. cantik. nak beli tapi rasanya macam belum ready lagi :)
b) mind the camera on my sandal :) walaupon panas terik, tapi puas hati.
c) nasib baik ada mcm canopy yang penuh dgn tumbuhan2 hijau. dan juge orkid yang bermacam2 warna
d) belakang tu adelah Stesen Keratapi Lama KL. tapi lindung ngan pokok laks. panas dooo. especially that besi, the one i hold.
e) solat di Masjid Negeri. cam pelik je, mana pembahagi antara ruang solat lelaki & wanita?
f) singgah makan di Sogo. pedas semacam plak mknan fav hr ni. kemudian ke Pertama. tempah kad. jalan2 cuci mata. masuk Sogo beli beg.
g) after 1 hour sesat (kes silap amik exit la ni) sampai gak ke Eye on Malaysia. it was superb!
h) in the gondola. believe it or not, i was scared like hell. kerana, aku ni gayat. i wasn't dare to move even 1 inch. gile ar gayat. feels like my heart beat stopped.
i) presents you Eye on Malaysia at night, photographed by me. huhu.