Thursday, July 31, 2008

I just have to share this.

Kurangkan volume pc kamu, kang terkejut lak orang keliling :P

I see my gynae today, for some checkup on my not so well condition - a week of irritating dry cough and running nose. Get some medicine and supplement.

How d'u know your partner is in happy mood? For me, my partner will talk and talk and talk. About anything and everywhere we were that moment. Tak kira la, pasar malam ke, dalam kereta ke, kat rumah ke. And, how d'u know your partner is not in good mood? For me, he'll talk less. Enough to alarm me to main jauh-jauh for a while. Oh, my partner merangkap my PalingMuahMuahHusband is going to celebrate his birthday next week. Hmmm... :)

Wednesday, July 30, 2008

New member

Welcome aboard!

New addition to our big family member, to make my nenek and atok belah mak received their 29th cucu. Waahhh 29 orang cucu, dari 8 orang anak and of course, I am the 1st cucu la. Everybody call me Kak Long, and no one is using that title but me, even cousins from my father's side walaupon diorang jauh lebih tua dari aku. Hihiii..

Ayahsu and Ciksu Ain, congratulations on your new born baby boy, 3.4kg. New mom and son is so sihat, walaupon the new mom takde tenaga nak push the baby due to hanya makan sekeping roti this morning. Ciannye. The new mom take no epidural and induce. Only pain killer. Pergh... i wish i can do it too, InsyaAllah. Kami ke SJMC lepas Maghrib, dok sana sampai la ada announce cakap suruh semua visitor balik. And also, to dearest cousin, Haziq, happy 1st birthday tomorrow! Waaahhh... sudah besar.

Next addition InsyaAllah, in this coming musim raya puasa. Hohooo.. Oh ya, I've put 2 latest ultrasound scan pic on the Precious Journal slide kat sebelah ni.

Alahai, bila la selesema ni nak hilang. Makin tersumbat ada la hidung ni. Batuk dah reda, cuma belah malam mengganggu tidur lah. Ke sebab, aku tak makan ubat dah? I take no medicine, konon nak kasi baik sendiri :) Hohooo.. tak pe, Girl Power!

Tuesday, July 29, 2008

Dapur

Rumah kami belum ada kitchen cabinet. Masa mula-mula dapat kunci rumah dulu, financial terpaksa dibahagi kepada 2 bahagian - rumah dan kawin. For kitchen cabinet, at least kena spend RM2k, at least. So, kami postpone dan postpone sampai la sekarang. Dah berbulan mencari-cari design yang sesuai dengan apartment kitchen yang limited space. Sehingga semalam, aku kemas dapur. Bila Husband balik, maunye tak terkejut. Dapur jadi tunggang langgang. Re-arrange semua barang. I spend hours a day in the kitchen, so arrangement barang-barang sangatlah penting :) He google-ing the kitchen cabinet design. At last, end up dengan tengok kereta. Uhuuu..

Another thing about kitchen is, semalam kena komplen yang aku tak pernah masak masakan Kelantan. Ohooo.. kat rumah parents, mak tak masak masakan Kelantan sebab anak-anak semua tak makan. Anak-anak suka makan apa-apa lauk masak kicap dan apa-apa yang masak merah. Paling Kelantan punye masakan pun adelah Nasi Kerabu. So, hari ni, plan nak masak Singgang Ikan Kembung :) Kita tengok apa jadi. Heee..

Walau apa pon, I'm proud of myself. Daripada tak reti masak langsung, aku belajar sikit. Start tergerak hati nak belajar masak masa buat degree kat Shah Alam. Tergerak hati tu pon sebab dok rumah sewa. Kat rumah sewa tu pulak ada turn masak. Sungguh lah gelabah sebab tak pernah masak untuk orang. Paling tinggi pon goreng ikan dan buat nasi goreng utk diri sendiri. Start dari tahun 2004 tinggal kat rumah sewa, aku baru pelan-pelan belajar masak, walaupon lebih teruja bakings. Hihiii..

Sekarang dah kawin, ada suami. Mak pesan "Jaga makan pakai Najib". Hmm.. aku cuma ada masalah tak tau nak pelbagaikan masakan. Pusing yang sama je. Sekarang ni, baru la reti nak variety kan. Anggap je tengah main masak-masak. Susah, sebab bila ditanya "Nak makan apa malam ni?", Husband akan jawab "Ape-ape aje.". Susah kan? When it's ape-ape aje, it'll turn to lauk-pauk biasa. Tak sempat nak berkreatif kat dapur. Balik kerja jam at least jam 6pm, smp lebih kurang 6.45pm. Nak tengok Ezora lagi (heheee). Bila iklan, masuk dapur jap. Bila cerita main, duduk depan tv balik. Maghrib jam 7.30pm. Mana nak tengok Restaurant Make-over lagi, 8pm lak Oprah. My schedule is sooo tight lah. Padat. Tapi biasanya, I can catch up with tv, housework, masak. Tapi tu lah, masakan pon akan jadi simple. I need to learn how to cook for working-8am to 6pm-housewife.

Walau ape pon, Girl Power!

Monday, July 28, 2008

Birthday Angels!


As - Hunny - Raylina - Hani - Miah - bdaygirl2b'Ajiem

08-08-08

Toksu, my atuk saudara called me just now, confirm on his son's wedding on this coming 08-08-08. Ramai lak orang kawin that day. Saiko je kan tengok tarikh. Hantaran pon nak bagi RM8888.88. Masalahnya adelah, 08-08-08 tu hari Jumaat dan itu adelah bukan hari cuti (i dont think i can apply 1/2 day leave). So camane? Rumah pengantin perempuan just nearby my house and I'll pass by the masjid tempat diorang nak nikah tu tiap-tiap hari, pegi keje balik keje. Event pon lepas Asar. Hmmm... susah jugak nih.

Me - not feeling very well. Dari last week, nak demam tak nak demam aje. Masa checkup Jumaat lepas, temp 36. Itu adelah normal. But it turned out that I am so sick on the weekend. Running nose, cough, demam kura-kura. Bangun tidur, mintak roti canai. Husband nak pegi belikan, pastu aku ngada-ngada nak ikut. Bila dah sarapan, makan ubat. Lepas makan ubat, haaaa maunya tak high. Ubat selesema itu adelah yang paling me-mengantuk-kan. Lalok semacam je. At last, aku masuk bilik dan zzzzzzz. Kesian suami ku, takde kawan temankan dia pagi Sabtu. Sorry ye.



Friday, July 25, 2008

Sleep disturbance

It's 2.49 am and I cannot sleep. Mati la esok tak boleh bangun. In this 2 months, I have a new habit. Habit la kot, habis tu nak panggil apa lagi. The habit is go to bed at 10pm and wake up in the middle of the night. Macam ni lah. Tapi biasanya boleh tidur balik, but not this time. I woke up at 12.30 and now it's almost 3am. Satu rumah aku pusing. Iron baju, sight-seeing at the balcony, kemas dapur (nasib baik tak kemas 1 rumah - when I said kemas rumah, ia meliputi sapu lantai, vacuum, mop), angkat baju yang dah kering (lipat je belum). Tak berani nak tengok tv sebab bila dah tengok, lagi la tak boleh tidur.

I have read somewhere on the net about sleep disturbance during pregnancy. Taktau ini ada kaitan ke tak. Tapi mostly akan jadi masa 1st and 3rd trimester. And, yes, I am in 3rd trimester now. Hmmm.. ape kaitan?

Btw, I was thinking about to make some egg tart atau pon dipanggil 'tart telur'. Sedap tu. Rasanya, diri ini lebih teruja kalau dapat bake daripada cook :) It's not 'rasa' but a fact. Lalalalala..

Ok lah, nak kena paksa diri ni tidur. Lewat bangun esok kang, takut lak drag appoinment sampai ke tengahari. Ok, bye.

Thursday, July 24, 2008

I've made it!

Semalam bercita-cita nak buat muffin. So inilah hasilnya, chocolate chip muffin. Hooooo...

Bahan-bahan
2 cups all-purpose flour
1/2 cup white sugar
3 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
3/4 cup milk
1/3 cup vegetable oil (oleh kerana tak ada vege oil, I used olive oil aje)
1 egg
3/4 cup mini semi-sweet chocolate chips
Cara-caranya adelah:
Campur bahan-bahan kering (tepung, gula, baking powder, choc chip) dalam 1 bekas.
In another bekas, campur bahan lain (susu, telur, minyak) dan kacau sebati.
Kemudian, combine dua-dua bahagian tu dan mixed well.
Taruk 2/3 dalam bekas muffin. Bakar @ 205C, 20-25mins.
Siap. Makan.

Wednesday, July 23, 2008

Antara muffin, baby dan gaji.

Rasa nak buat muffin lah malam ni - plain muffin atau choc muffin, atau choc cip muffin?

Went to Mothercare yesterday. Kawai. Hmm.. I think BabyMuahMuah tak suka aku duduk mengiring, kot. Ke, suka? Sebab, dia akan bergolek-golek untuk beberapa second dan kadang-kadang aku akan kata "Geli lah". Iye, geli. Dan, rasanya dia kenal mana tangan Ibu sebab bila ayahnye pegang, dia dok diaaaaam sangat. Tak macam bila Ibu pegang, dia akan berpusing-pusing macam tengah bergimrama. Owh, nanti kita tengok kakak-kakak dalam acara gimrama ye, musim Olimpik bulan depan. Huuuu...

Dan, hari ni hari membayar hutang dan bil sedunia kerana 23rd every month is my hari gaji. Baru je tahu, kalau kita bayar PTPTipu untuk bulan ini (contoh), we are not going to be charged for its crap - CAJ PENTADBIRAN. Aiyaakk.. rugi lak baru tahu.

Lambatnya Jumaat, sebab lepas Jumaat adelah Sabtu. Hari untuk jalan-jalan :)

Edited on 30th July
A'a laaa... aku silap tengok. Walaupon kita bayar untuk May (contoh), bulan tu pon kita di-caj untuk interest tu. Habis tu bila nak habis? Teruknya. Tak suka la mcm ni.

Tuesday, July 22, 2008

Entry 2

Dah lama tak letak gambar :) Ok, let's post some.

Foto 1: Ini adelah Crumble Cheesecake, cheesecake pertama dibuat oleh ku. Tahan lama jugak kek ni. Ada sikit lagi. Husband suka. Hihi... Senang aje rupanya cara buat cheesecake ni.

Ingredients
250gm digestive biscuits (crushed)
120 butter (melted)
500gm cream cheese
100gm caster sugar
3 eggs
Whipping cream kotak kecik
2 tablespoon cornstarch
Lemon
Topping. Tak ada sukatan, belasah aje.
Plain flour
Caster sugar
Butter
  1. Base - combine biskut dan melted butter, masukkan di dalam bekas, tekan hingga padat. Make sure padat ok.
  2. Pukul cream cheese, gula, cornstarch until soft and smooth. Tambah telur, one at one time, beating well after each addition. Jangan masukkan sekaligus tau. Masukkan whipping cream, kacau hingga sebati. Campur 2-3 sudu besar lemon. Jangan banyak, nanti masyaam.
  3. Dah siap pukul semua tu, masukkan dalam bekas (1).
  4. Untuk topping, campur semua bahan untuk Topping. Gaul-gaul pakai jari je. Taburkan atas adunan yang kita masukkan dalam bekas tadi.
  5. Bake for 1 hour at 150c. Dah masak, sejukkan dulu sebelum di-refrigerate kan.

Foto 2: Di satu sudut di ruang tamu, di rumah kami yg kecil, ada satu aquarium. Dekat akuarium kami letak rocking chair. Boleh layan tengok tv kat kerusi tu kalau malas duduk kat sofa. Tapi sekarang, kerusi tu Patrick duduk. Nampak tak? Oh, rumah kami ada balcony hehe. Dan, langsir untuk sliding door tu sendiri jahit tau.. Huhuhu.. Mama saye pon tak percaya, apetah lagi orang lain. Biasa laa.. cost saving :)



Foto 3: Ini peti ais. Oh, mind the gambar. Itu adelah kerja aku. It has been there since 1st week kitorang balik KL lepas kawin. Tak ada tangan yang alih. Biar lah dok situ. Apa aku nak share adelah magnet ikan yang warna pink. That's my favorite. Beli kat mana ye? Lupa lak.



Foto 4
: Aiskrim. Sedap. Itu sahaje nak cakap pasal aiskrim. Tapi tak boleh makan selalu. Kang kencing manis lak. Dalam peti ais, sentiasa ada 1 kotak aiskrim, macam kat rumah ada budak kecik la pulak.



Entry 1:

Hari ni boss tak ada. Dia EL, anak demam. Kakak sebelah meja aku pon EL, anak masuk wad, belum keluar. Cian baby. Tapi walaupon boss is not in today, aku tetap baik sebab tak pergi mana-mana. Baik dop? Sistem aku ok, tak de lak nak buat hal. Sampai taktau nak buat apa. Tak gemar betul.

Confession. Aku tak pandai potong daging. Rasa macam dah betul cara, tapi liat jugak. Kesian bb. Sori, isteri mu ini masih tidak pandai potong daging. Eh, okay la tu. Dari kawin, I cooked for him everyday, tolak hari minggu dan hari ada pasar malam, sebab dia suka makan char kuew teow. Tapi tetap tak boleh lawan char kuew teow yang ada kat Utara. Bila la boleh pi Penang makan char kuew teow nih. Oho, sedapnya. Dulu masa belajar kat Perlis (2000-2002, 2003 tak dok Perlis dah), selalu beli kat Maybank Kangar. Biasanya kalau aku yg order "Bang, kasi 2 bungkus tapi satukan." Hihi... makan banyak seh. Char kuew teow ada banyak version ke? Sebab, ada yang kuah banyak, ada yang kuah sikit.

Cakap pasal makan, setakat ni belum mengidam apa-apa. Cuma, craving aku bertukar-tukar dan ikut musim. Not really musim lah. Ada masa, berminggu-minggu aku suka makan jambu. Kemudian, berminggu-minggu suka minum Marigold Peel Fresh Orange, berkotak-kotak sekali beli. Ada bulan yang sepanjang masa asyik nak buat kek je. Kalau tak buat kek, apa yang baking lah. Haaa... itu je. Lain-lain takde la banyak. Tapi Cadbury Dairy Milk, huhuhu all time craving. Sungguh tidak sihat la makan coklat banyak-banyak. Sekali beli, 2-3 bar yang besar.

And, I love Oprah show. Sukaaaaa sangat.

Monday, July 21, 2008

Saya juga malas..

Tak rasa macam nak kerja lah. Rasa macam nak
  • Balik rumah dan masak Gulai Daging Terengganu. Eliss, aku dah ada resepi. Nanti aku test.
  • Go-kart! Dah 3 kali weekend aku tengok orang main go-kart.
  • Tengok semua rancangan @ 712. Semua Forbes show, Kimora's, semua THS artis yang kiut-kiut (Drew Barrymore ada tak?)
  • Winter Sonata re-run. Last weekend, cenel KBS world @ 303 ada main Winter Sonata. Sekali sekala layan cite feeling-feeling ok gak.
  • Pamper my hair and bodi. Dah lama tak buat treatment. Bukan treatment tapi taruk ubat, kasi urut-urut kepala ni, taruk hair mask sikit. Pastu buat whole body scrub, whole body massage, perap 1 badan dengan susu campur madu, picit-picit sikit. Walaaaweyyy... i need that!
  • Window shopping. I just looooove jalan-jalan kat mana-mana shopping complex, tengok-tengok barang, barang yang kiut-kiut aje. Tapi bila dengan encik Suami, there'll no istilah window-shopping anymore. So sekarang, cuma boleh buat online-window-shopping.
  • Vacation. I deserve a vacation. Baby... plisssssss...
  • Balik rumah dan buat kek cawan yang comel with colorful topping.

Anything but sit in front of pc and hmmmm....

To dear friend, you know who you are. Take care and love ya! Be strong.

Saturday, July 19, 2008

Peti ais

Pernah tak perasan yang kita tutup pintu peti ais tak rapat? I did this morning.

I made nasi lemak for breakfast. Lepas breakfast, kemas-kemas rumah sket. Tiba-tiba Husband kata "Ha, tutup pintu peti tak rapat". I was like "Haa? Apedia?" Bila buka pintu kat bahagian atas, ada bunyi yang agak kuat dan pelik, came from the fan. I asked him to off and on the switch, but the sound still exist. Aiseyman. Then he switched off again, keluarkan barang-barang kat bahagian lauk. He took some of his tools, and started to betulkan ape yang patut. After a few minutes, the sound is gone. Thank God. Takut gak rosak. Lagi-lagi aku yang tak rapatkan pintu. Tak sengaja okay.

Someone suggest me to watch The Dark Knight. Will do soon.

Kaki sakit lah. Sebab cramp semalam. Seksa betul. I left the cream at the office. Susah betul la, asyik terlupa je sekarang ni. Some reading from here :

During the third trimester, you are often overwhelmed, both physically and emotionally. This can certainly impact memory. In addition, it can be difficult to get a good night’s sleep. The connection between sleep and memory has been solidly established by research, so if you’re not sleeping well it is no surprise that you are feeling a bit absentminded. On top of all of this, trying to get ready for both the labor and delivery experience as well as trying to prepare the house (and yourself) for a new baby can create a whirlwind of activity and emotion that can affect your memory.

So, jangan lah marah kalau aku ada terlupakan sesuatu :) Sori ye.

Friday, July 18, 2008

3rd

Pagi ni terlewat bangun, juga pagi ni cramp kaki untuk kali kedua. Kali ni dua-dua belah kaki kena. Hmmm... adekah kerana aku miss makan ubat? Oh, 3rd trimester of my pregnancy begins today. Lalalalalalala... Dan, nama anak perempuan sangat lah comel.

Hari ni jumpa Niza ngan Eliss kat sec 2, tempat makan zaman muda remaja dulu. Aku lagi suka kalau tempat makan tu kat tempat lama sb aku dah tak tahu gerai yang jual tomyam sedap tu. Hmmm.. back to cerita jumpa Niza ngan Eliss. Niza kawan masa diploma, Eliss lak kawan kat blog. Hehe. Dah 5 tahun kot tak jumpa Niza SP ni. Hehehe Niza Sungai Petani :) Ye laaa... kena admit yang hang dah kurus sket, berkat Herbalife tu. Eliss is due anytime now. Hihi, tah-tah esok. Ape-ape pon, selamat melahirkan. Semuga selamat semua-semua. Haa.. thank you for the rempah dan juge, Niza, terima kasih for the ABC-coklat-ada-aiskrim.

Weekend ni ada banyak sale. Sale sana sini. Jusco Midvalley J-card Member, Mothercare, Ikea, Parkson. Sogo? Takde sale ke? Nak cari stroller, bouncer dan juge car seat. Adekah terlalu awal? Maklumlah, semalam baru dapat duit kutu. Rezeki anak orang kata, walaupon masa start main kutu, aku belum mengandung :)

Till next post. Tata.

Thursday, July 17, 2008

Seven - 17/07/08

Here's our story, posted in 2006. We've been dating for 7 years, since I was 19. From long-distance-relationship, we finally decided to tie-knot on 14-Oct-2007 and now, we're expecting our 1st precious-Baby-MuahMuah. Semoga hubungan kami dirahmati-Nya dan dilindungi dari ujian yang menduga kesabaran.

Anyway, something happened on today's date, back in 2001, yang mana, sampai bila pon tak boleh lupa:
  • He was late for 2 hours. 2 jam okay.
  • Dia bawak Icha, anak saudaranya yang masa tu umur 4 tahun. She just turned 4 on 7-Jul-2001, few days before we met. She's soo muncong sebab ingatkan Uchu dia nak date ngan dia sorang. Rupa-rupanya, Uchu nak date ngan kakak ni :) Hihihi sorry. Aku pon taktau dia bawak anak buah.
  • Kami duduk-duduk di satu rest place kat Isetan Suria KLCC, sembang-sembang. Tiba-tiba Icha tertidur, atas riba aku lak tu. Ape jadi? I cannot move for almost 1 hour. Kebas tak hengat.
  • Hujan lebat sangat so we cannot go anywhere but pusing-pusing Suria KLCC
  • End up at Kinokuniya. Dok sana for hours. Sori, i just love bookstore.

Okay, that was our 1st date ever, ditemani anak buahnya, Alisya.

Happy dating Anniversary, BB. We love you.

Wednesday, July 16, 2008

Antara manusia dan haiwan

On the way ke tempat kerja tadi, masih dalam kawasan perumahan, tiba-tiba kereta depan aku berhenti, tanpa signal. I was 'huh' sebab tak suka orang berhenti tanpa signal. Tiba-tiba ada seekor kucing yang comel berjalan keluar dari depan kereta tu dan di belah kiri kereta tu ada 2 ekor burung. Bila kereta tu mula bergerak, ada seekor anak kucing, mati dilanggar. Aku pusing tengok kucing yang tadi, yes, it's the mother. Dia masih di situ, memandang anaknya. Sedihnya..

Tapi, ada manusia yang jenis tak reti bahase, tinggal anak yang comel kat stesen minyak. Kucing pon tak tinggal anak dia walaupon anak dia dah mati. Manusia pulak, sengaja tinggalkan anak, sebab kesalahan manusia sendiri.

Orang yang tak dapat anak setelah bertahun-tahun, sangat -sangat mahukan anak, tapi orang yang dapat anak secara tidak sah, hanya dengan sekali 'buat', dibuang macam tu aje. Orang yang melahirkan anak yang sah, melalui saat-saat melahirkan dengan susah payah, tapi orang yang melahirkan anak yang tidak sah, mudah melahirkan, hatta dalam tandas.

Macam kes Nora Danish dan bekas suami. Boleh tak si bekas suami kata "Tawar hati". Ingat buat air milo ke kawin cerai ni? Cerai, rujuk, buat anak, cerai. Memang la sudah jodoh tapi lepas buat anak, cerai balik? Apekah. Ops, takde kaitan dengan kes kucing dan buang bayi. Sori.

Selingan. I'm counting days for tomorrow 17 July :) Dan, Alhamdulillah, rezeki anak :)

Monday, July 14, 2008

Suami pulang lewat, jadi...

Suami pulang lewat. Oleh kerana keseorangan, aku hanya melepak depan tv, nonton Miss Universe 2008. Few points from there;
  • Kaki mereka cantik. Perut mereka sangatlah flat. Tapi Husband kata kurus kering. Hihi.
  • Almost 90% of the contestant berambut panjang.
  • Miss USA jatuh lagi, same round (evening gown). Tahun lepas Rachael Smith. Gedebuk.
  • Miss Venezuela menang. Cantik.

In the midst of making my very first karipap. Baru siap inti. Pastri dia besok lah :) Suka karipap pusing tapi kena buat kerja lebih sket lah. Kena buat 2 jenis doh.

There are a few newborn babies around me last weekend.

  • Abang Amri. 4.2kg baby girl, normal delivery @ Hospital Putrajaya. He said "Normal okay!" Heheh.. rezeki anak.
  • Kak Lin. 3.4kg baby boy, normal delivery @ SJMC, tak jahit apa-apa. oooomigodd, bagusnya
  • Brangelina. 5 pounds twins, dua2 berat lebih kurang, c-sect @ France seaside hospital

Ok, dah lewat. Nite nite.

Sunday, July 13, 2008

Checked

1st trimester - checked
2nd trimester - soon to say bye-bye
3rd trimester - very soon to say hello. walllaweyy

This week is the last week of 2nd trimester and will say hello to 3rd trimester. Based on books and doc's said, week 13 to 26 is 2nd trimester and week 27 until birth is 3 trimester.

Banyak benda nak kena buat ni:
  • Check the stuff
  • Beli barang lagi, especially baju selain newborn size
  • Paint the baby's room. Ok, lama dah tangguh.
  • Paint baby's wardrobe. Yang ni pon lama tangguh.
  • Bought kain for baju kerja
  • Bought baju raya. Ada ke?
  • Pilih dan beli set lepas bersalin. Hmmmm...
  • Attend apa2 kelas, kalau rajin lah.
  • Checkup at hospital
  • Buat donat dan karipap. Dan juga belajar buat pie. Wallawey.. sedapnya.
  • Confirm the babysitter. SIL sudah book, btw.

Esok Isnin. Esok keje. Esok meeting. Esok bosan.

Oh, Ajiem, thanks a million, for the kerepek pisang :) 1 tin kau buatkan aku. Tenkiuss. Akan aku cerita pada anak aku besok yang Auntie Ajiem buatkan Ibu dia kerepek pisang masa dia 6 bulan dalam perut huahuahuahuahuahahahaha ~~ thank you darling mmmuah!

Thursday, July 10, 2008

Pain, pls go away. Shuuuuh...

Refer to this post.

The cramp is no longer there but the pain. Makin terasa pagi ni. Tak kena cramp tapi kesan dari cramp on last Tuesday. Sakit beb. Hanya rasa bile berjalan. Time relax-relax, duduk-duduk tak rasa pulak. Perlu ke klinik ke? Amik cream ke, ape ke.

Memandangkan masa sudah suntuk, I have to decide nak pegi hospital mana. Huh, baru nak pilih. Pilihan ada banyak. But I think, I'll choose yang aku dah biasa pegi sebelum ni. Tengok lah camane.

Selingan. Semalam masa kat satu traffic light @ USJ, ada 1 kereta. Tiba-tiba driver kereta tu buka pintu kereta. Cuba teka dia buat apa? Dia boleh letak kotak air minuman yang dia dah habis minum atas jalan. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaargh... Aku cukup pantang orang tak tahu buang sampah kat tempat yang betul. Muka je lawa tapi boleh letak kotak air minuman atas jalan, masa kereta tengah berhenti kat traffic light. Got 1 auntie next to my car, dia pandang je mamat tu. Aku rasa dia pon geram ngan mamat tu. Eiiii... Teruk lah. Hargailah alam sekitar wahai rakyat Malaysia. Lagi satu sakit hati bila tengok asap hitam keluar dari any kenderaan, esp bas dan lori. Sakit hati tau. Sungguh tidak environment-friendly langsung.

Wednesday, July 09, 2008

Rejab

Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Lagi, Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.



Note: Rejab jatuh pada 4 Jul 2008 hingga 2 Aug 2008.

Tuesday, July 08, 2008

Shopping babe and makan-makan

Shopping babe!
Memandangkan semalam cuti, me and Husband went for some shopping. Beli satu tikar kayu. Kayu ke? Tak tahu panggil apa. Another barang warna coklat in the house. Husband kata "Rumah kita ni theme coklat ke?" Huhuhu.. ntah, ye kot. Actually cari carpet tapi tak ada yang size 5x7 yang berkenan di hati.

That's tikar. Then to Sunway Pyramid. Beli baby's stuff - satu cradle, satu utk dia pakai and a gift for anak jiran who was born 2 days before Ulin's. That cradle boleh di-swing-swing dan di-statikkan, and portable. Coolness lah. Husband's getting himself a seluar poket-poket. Ha, boleh tumpang letak handphone. Me? Tak beli apa-apa. Huhuhu sedey.

Farewell makan-makan
Another colleague is leaving the company. So, we had makan-makan session at Sunway Pyramid's Shabu Shabu. It's my first time at Shabu Shabu. Suka ice blended dia. Makan? Boleh la tahan. I think I prefer Johnny's nasi goreng. Shedap.

To AishaMT, good luck!

Monday, July 07, 2008

Nah.

Haaa... itu hari ada orang mintak nak tengok rupa bentuk aku masa 6 bulan ++ kan.. nah... ini dia. Latest pic, taken on 6th Jul 2008. Venue is Istana Jahar, Kota Bharu, Kelate. Home sweet home :)


Ye, aku tau, bulat. Masuk 6 bulan baru membulat.

There's more stori mori to tell tapi nanti-nanti lah. Esok ke. Yang pasti, hari ini sibuk. Walaupon cuti tapi sibuk dan penat. Shopping and makan-makan dengan 4-5 orang kawan. Ok, till then, nite nite.

Tuesday, July 01, 2008

Banyak nak cakap ni

Pagi yg agak ke hulu ke hilir. I didn't plan for the MGTT today tapi secara tak sengaja terbuat hari ni. Sebab? Hari ni hantar Husband ke tempat kerja. So, alang-alang dah ke Shah Alam, pegi lah ke klinik. Elok gak, takde tangguh-tangguh lagi, dah la masa 5 bulan tak buat MGTT, dah 6 bulan pon terkedek-kedek nak buat.

Sungguh tak sangka:
  1. Air gula itu tidak sedap.
  2. Tak boleh makan sebelum buat 1st test dan 2 hours after that, before 2nd test.
  3. Ada 2 kali amik darah and test for glucose.
  4. Aku ni belum hilang takut jarum. Camane nak beranak? Beranak kena jahit. Adoi, ngeri babe.

Mentang-mentang lah ada camcoder baru, asyik dok merekod je kejenya. Biase le, barang baru. Tak sangka lak, zoom function boleh lebih dari 35x. Can reach 800x. Huh, biar betul.

Malam semalam ada buat cheesecake. Refrigerate for 1 day. Malam ni bila potong, dia lembik lagi lah. Apesal? Terlebih cheese? Dah ikut resepi sebijik. Tak de lah sebijik, whipping cream tak cukup 50gm, I think that's not big deal. Lembik tapi sedap la jugak. Huahuahua.. perasan. At least, I made him cheesecake myself. Itu yang penting.

To share one thing. Kalau home network tiba-tiba tak boleh connect to Internet, try to reset the modem. Kalau tak boleh reset, OFF kan suis modem, lepas tu ON balik. Tips yang kurang bijak tapi menjadi. Okay.

I have few projects need to be started. It's DearestPrecious project. Bila mau mula? Bila dah ada barang boleh lah start. Oh, sudah dapat breast pump semalam. Tak sangka pulak dapat awal sebab it's just a girl talk between me and a friend. Alih-alih, dia pegi survey dan belikan. Thanks Yat!

Banyak lagi nak cakap ni. Pasal movie 'What Happens in Vegas', cerita 'Ghost Whisperer', few words to a girlfriend, BabyBlaBla talk. Briefly, aku dah habis tengok dua-dua cerita tu. Next project is to marathon Grey's Anatomy. Yep, aku ketinggalan. Biar lambat, asalkan tak terus ketinggalan. Huhuhu.

Ok, good nite.