Saturday, August 30, 2008

While he's away

BB has to go to office today, for few hours only, I hope. My weekend is just a normal weekend, macam orang lain jugak kot. Macam biasa, weekend bangun agak awal.

The 1st activity is collect all the baju kotor dan masukkan dalam mesin basuh. Balkoni agak berdebu dan perlu dibersihkan. Dan vacuum cleaner pon ada kat balkoni. Ada benda tak kena dia vacuum tu. BB kata berasap. Hmmm... kena cari warranty card. Harap-harap jumpe :

Sementara tunggu baju dibasuh oleh mesin basuh, kemas-kemas rumah sikit. Tak perlu mop. BB helped me with floor-mopping yesterday. Semalam dia cuti. Sapu ruang tamu, bersihkan balkoni sikit.

Next, 3rd activity, masuk dapur. Kemas dapur sikit. Cuci-cuci apa yang perlu dicuci. Kemudian, siapkan sarapan. Ingat nak buat makaroni goreng tapi tukar kepada yang simple-simple aje, roti celup telur.

Sementara buat 2 aktiviti tu, encik Mesin Basuh dah pun siap mencuci kain baju. Baju-baju disidai di ampaian di balkoni. Itu adelah aktiviti ke 4.

Aktiviti ke 5 adelah, melipat baju-bajuan.

Seterusnya, aktiviti terakhir untuk pagi ini adelah me-maraton Full House, start pukul 10.30pg, lepas BB habis tengok Pi Mai Pi Mai. Feveret tu. Dah beberapa minggu Astro @ 303 tayang Full House. Dari zaman belajar smp sekarang, belum jumpe cerita yang best mcm cerita tu. Sebelum ni, ada cerita Winter Sonata. Tengok gak tapi kurang gemar sebab cerita tu asyik menaaangis je. Ponat den. Sambil ber-Full House, sambil surf Internet. Check email, baca-baca blog orang dan blog sendiri, baca online newspaper. While doing this activity, kat dapur tengah rebus kacang, untuk dibuat bubur. Harap-harap menjadi :)

Oh, hujan. Segarnya. Bau yang paling sedap - bau hujan.

Thursday, August 28, 2008

Hujan dan makanan

Sungguh best. Kenapa orang suka guna perkataan best untuk menggambarkan betapa bestnya benda tu? Haa, see another best. Best in Malay is yang terbaik. Is there any other word to replace the 'best' word?

Sungguh best. Kenapa? Kerana sekarang kerap hujan. Sejukkan jalan, sejukkan alam, sejukkan rumah, sejukkan semuanya. Tapi ada orang yang berduka tiap kali hujan. Rumah mereka dinaiki air. Tapi itu semua ujian dari-Nya.

Malam tadi, oleh kerana hujan renyai-renyai, I prepared ayam bakar for dinner. Bakar dalam oven sahaje. Home made orange juice. Ohooo.. sangat suka. Tak lupa juga sup perut untuk husband. I dont know what to call that dish, tak ada rempah sup pon. Hanya lah perut lembu yang dipotong-potong dan direbus, kemudian 2 cili padi ditumbuk-tumbuk. Masukkan perut dan air rebusan ke dalam mangkuk berisi cili padi tumbuk tadi, sedikit cuka dan cuka, juga perahan limau nipis. Husband suka. Nenek kite cakap, "Diri sendiri tak makan takpe, tapi kalau Husband makan, kena buat." Lauk sampingan, daging masak kunyit yang semalam punye :) Iye, bila ada lebihan lauk, Husband tak bagi buang, dia kata membazir. So, masuk peti dan panaskan balik bila mau makan.

Tapi, Husband lewat pulang, lagi. Minggu ni, dia pulang lewat. Sekali sekala dengar dia mengadu "Penat la baby". Alaa... kesiannya. Oh, sementara menunggu encik Husband pulang, I made a choc cake, moist. Gambar tak clear, pakai henpon aje. Pertama kali cuba resepi ni. Siap buat topping lagi. Terlebih rajin pulak. Oishiiii... totemo suki desu.

Bahan-bahan: Tepung, gula kastor, telur, esen vanila, air, soda bikarbonat, serbuk koko, cooking choc. Itu aje :)

Tuesday, August 26, 2008

Ape kaitan?

Orang selalu kata "Mintak MC masa pregnant senang." Ape kaitan?

Tapi, aku tak reti nak mintak MC. Biasanya kalau demam, dan dia nak kasi MC, aku ambik aje. Kalau tak kasi, aku tak mintak. Tak de skill mintak MC. Orang kata klinik yang aku selalu pegi senang bagi MC tapi aku tak pernah try mintak. Eh, MC tu boleh mintak-mintak ke? Confuse makcik. Setakat hari ni, aku tak de MC lagi tahun ni. Macam rugi lak. Hohoo... Ehhhh... ada, sehari. Reason - alergik. Erk... tak suka alergik. Gatal-gatal. Ada sekali tu aku demam, tapi time weekend. Sungguh la sengsara bila demam time weekend dan baik sepenuhnya hari Isnin. Apekah itu?

Satu lagi. Apekah perasaan orang yang hari-hari datang lambat kerja? Apa dia rasa? Serba salah? Atau, suka? Atau, tak rasa pape sb boss tak pernah tegur? Kalau lambat 5-10 minit takpe. Tapi kalau lambat sampai 2-3 jam. Ada juga yang mulanya kata lewat sikit, tapi last-last masuk kol 12 lebih. Is it consider as late coming or half day? Apekah berlaku kepelikan di sini?

Biarlah mereka dan labu-labi mereka.

Oh, I have ordered 4 bekas of biskut raye. 2 bekas will be sent to kampung and the other 2 bekas, makan sendiri di hari raya yang syahdu nanti. Kes tak boleh balik raya :(

Monday, August 25, 2008

Goodbye Beijing

Bila 2 minggu asyik flip ke channel 816 - 826, tekan butang R untuk tengok schedule dan result, buka official website lagi untuk tengok details, mesti rasa janggal sikit 2-3 hari ni, bila Beijing 2008 dah habis. Husband pon dengan sportingnya bagi laluan kat isteri yang sorang ni, to enjoy the olympic games for these 2 weeks. Takde komplen-komplen. Kadang-kadang kalau terjaga tengah malam, I switched on the tv, cari acara-acara feveret dan layaaan sampai tido balik. He didnt complaint that. Kalau sekali-sekala kacau dia tengok berita, sebab nak tengok live volleyball pon, dia tak komplen. Iye la, daripada tengok berita-berita politik yang makin lama makin menyemakkan itu, hihiii...

Btw, barang yang diorder sudah sampai. Ordered on 18th Aug, 2 days later I received a phone call from the despatch guy, saying that barang sudah sampai. Waaahhh sangat bagus lah. I loike. Tapi memandangkan diri ku ini kerja normal working hours and days, so, I only pickup the parcel on last Friday. Iye, Jumaat lepas bercuti-cuti. Spending hours at SJMC, Husband to solat Jumaat, lepak-lepak kat rumah dan ke PJ amik parcel. We didn't go anywhere but those 2 places. Hujan lebat babes, baik dok rumah, lepak-lepak tengok tv, makan-makan petang. Wonder if ada anak besok, what he/she'll do time-time macam ni? Tido? Join kitorang melepak? Eh, sekarang musim hujan ke kat KL ni? Hujan hampir tiap-tiap hari. Nasib baik tak terlajak pagi tadi. Subuh yang sejuk dan mendamaikan, tiba-tiba hancus dengan bunyi hon bas sekolah. So, there it goes, sekolah dah buka balik and goodbye to smooth traffic for 1 whole week *Sigh*

Thursday, August 21, 2008

5 perkara

Nak share 5 cerita / perkara.
  1. Ada seorang lelaki, dia berterus-terang dengan awek dia (I called her No 1) tentang orang yang dia sedang berkawan sekarang, I called her No 2. No 1 menangis dan No 1 admit yang dia pon salah jugak sebab tak pandai jaga si boyfriend. Si boyfriend kata dia selesa berkawan dengan No 2, dan dari hanya main-main, dia rasa macam ada chemistry dengan No 2. From my personal opinion, kalau setia dan betul-betul sayang dan hargai No 1, he should not, or even have any intention to try berkawan baik dengan other perempuan lain, yang mana, dari main-main boleh jadi betul-betul. So, stick to 1 person at 1 time. Komitmen pada 1 orang sahaja. I gave him my two cents, saying that "Fikir masak-masak. Baru kenal je budak tu, takkan nak terus tinggal awek kau sebab budak tu." Aku tambah lagi, "Jangan main-main".


  2. A friend that's moving to new house, tengah survey peti ais dan dia nak beli peti ais 1 pintu. I gave him my two cents "Untuk long term, peti ais 2 pintu sangat-sangat berguna. Percaya lah." Dia kata "Beli peti ais 1 pintu akan avoid kita untuk simpan barang banyak-banyak dan makanan berminggu-minggu." Itu kata-kata seorang lelaki yang tak menguruskan peti ais dan dapur. Tapi bagi aku yang hari-hari masak dan hari-hari uruskan peti ais, I need big one so that I can have space to letak all barang-barang yang memang rosak kalau letak kat luar. Itu hanya pendapat aku. And what I practise. Thanks to Husband :)


  3. Hari ni aku lunch dengan 3 orang kawan sekerja and we talked about makan dan berat badan. F said to N "Tension aku tengok kau makan. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk." And N said "Kau fikir macam ni. Aku makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Aku nak gemuk sikit." Rasanya itu adelah normal kot. Bila sorang tu kurus, dia nak berisi sikit. Bila sorang tu berisi, dia nak kurus sikit. Dan diorang pusing tengok aku "Yang ni lagi satu, dah nak beranak dah tapi tak nampak mcm mengandung. Tengok lama-lama baru perasan." Then I said "Kalau aku buka baju, perut besar gak". Hihiiii.


  4. A boss should not mengamuk to his staff dan hentak-hentak meja. Itu adelah tidak professional. Tak kisah nak marah tapi ini bukan sesi nak lepas geram. Adekah itu akan selesaikan masalah? Tidak sama sekali. Lagi-lagi kalau yang dimarah tu orang-orang lama yang kerja kat kompeni ni. Lama means satu usia dengan kompeni ini atau separuh. Marah boleh tapi kena la tengok tempat. Kalau bilik tu bercermin kaca yang clear, kamu juga dah menjatuhkan air muka orang lain. Bukan ke tak elok tu.


  5. Usain Bolt pecahkan rekod lagi. Dan kali ni dia tak lari main-main macam biasa. Btw, kenapa TPM kata Chong Wei bermain dengan bagus masa final? Bagus ke bila dengan mudah Msia diperkotak-katikkan masa final men single badminton. Come on mannnnn... Tak reti tengok game ke?

Ok sekian :)

Tuesday, August 19, 2008

Cik Liukin lagi


Cik Liukin.
Baju putih masa balance beam (silver). Baju pink masa all-around individual (gold).
Sangatlah lembut. Kaki panjang


Hari ni sempat tengok Nastia Liukin perform untuk last event, balance beam. Ok la tu, dapat silver. Shawn Johnson memang patut menang. Sebab cik Johnson tu banyak buat skill yang susah-susah, yang mana, bila dia buat tu, aku lak yang rasa nak tercabut jantung. Iye la, dah sebelum tu gymnast China terjatuh dari beam. Ok, hope to see you again in London 2012!

Tak lupa juga, team taekwondo kita. Chayok chayok!

Si cantik Elena Isinbaeva naik ke podium dengan anting-anting yang cantik, tiba-tiba menangis. Takpe, nangis pon maintain cantik.

Dan, Usain Bolt tu sangat la poyo kadang-kadang. Boleh lak dia macam main-main bila finishing. Nasib baik dapat no 1 masa 200m tadi. Haish..

Monday, August 18, 2008

Tak puas hati



Nastia dapat point sama dengan Kexin tapi kenapa bagi kat Kexin pingat emas. Mana aci wey.. kalau iye pon China tu tuan rumah, takkan kalau sama point aje, terus nak bagi kat China. Teruk la macam ni..

Tak nak cheer for China. Nak cheer for negara lain. Bluweeeek... tak best.

Alaaa.. mana ada orang dari team tu bole lawan Usain Bolt. Muehehehe. Emo.

Malam ni ada cite Ghost Train dan Nasib Si Labu Labi. Si isteri nak tengok Ghost Train, si suami nak tengok Nasib Si Labu Labi. Last-last, yang pening adelah tv sebab asyik kena tukar-tukar channel bila ada iklan hehehe..

Online shopping

Pernah bayar bil melalui e-banking seperti Maybank2U, CimbClick. Atau, tempah tiket kapal terbang secara online, tak kisah la MAS atau Air Asia. Baca surat khabar pon dah online.

Dan, pernah online shopping? I just did for the third time today. Baru kali ketiga. Orang lain mungkin dah selalu ber-e-bay, itu aku belum try :)

First time beli barang online adelah pasu yang ada engrave nama kami, hadiah untuk tetamu masa kawin dulu. Jimat masa, tak payah pegi kedai survey-survey. Cantik pasu tu, simple. Thank you to Kak Shaja. Oh ye, semoga selamat melahirkan :)

Second time, baru je last 2 weeks beli baju dengan Watie. Belum ambik lagi. Nanti la ye cik puan Watie :)

Third time, hari ini, beli barang-barang untuk men-store Bmilk. Semangat tu. Ye betul, sangat teruja sampaikan masuk mimpi. Hehe.

Rasa macam banyak link kat entry hari ni.

Sunday, August 17, 2008

Wrap up




Weekend yang rasanya macam panjang pulak sebab hanya santai-santai kat rumah.


  • Thinking about to make puding gula hangus tapi tak ada tepung kastad. Keciwa lak.

  • Lipat kain yang penuh satu bakul. Kadang-kadang memerlukan mood dan masa yang sesuai untuk melipat semua baju-baju. That two combinations adelah sangat penting.

  • Meneroka dunia Internet. Google-ing tentang banyak perkara, You-tube itu ini. Desparately mahu lagu Yesterday by The Beatles. Hanya dapat .mp4, mahu .mp3 full version. Huh, susah bila tak pandai cari.

  • Install kipas yang dibeli last week. Kipas dari master bedroom dialih ke bilik sebelah dan kipas baru beli di-install dalam master bedroom.

  • Makan petang di kedai mamak, dekat dengan Tmn Sri Manja sambil menonton acara-acara sukan Olimpik.

  • Read a book. About baby care. Lepas tu tertidur :)

  • Shopping barang-barang dapur @ Checkers, dekat rumah. Malas nak ke Carrefour atau Giant atau mana-mana mall sebab malas nak bayar toll dan kalau ke sana, it'll take hours. So, lebih baik ke Checkers sahaja, semuanya ada (walaupon donut Big Apple takde) dan murah.

  • Menonton semua acara kegemaran. Renang - setiap kali tengok Phelps, mesti cakap "Dia ni macam robot lah, laju". Athletic - Usain Bolt selamba je pecut 100m dan buat gaya Action Kamen lepas menang. Badminton - Lin Dan bukan lawan Chong Wei malam ni. Lin Dan deserved the gold medal. Volleyball - rally yang sangat menarik. Antara USA dan Poland, dan, Brazil dan Italy. Fav is Brazil. Dah la best, cantik lak tu :) Gymnastics artictic - sangat mahu Nastia Liukin menang, tapi takpe lah Romania menang pon. As long as it's not China hihiii.. Cik Liukin yang cantik itu akan compete dalam final uneven bar dan juga beam. She is cantik dan sangat best kalau perform dalam beam.
Ok, itu sahaje.

Friday, August 15, 2008

Fav events

Synchronized swimming - 18th
Athletics - 15th (today!)
Gymnastics rhythmic - 21st

Happy weekends!

Thursday, August 14, 2008

Eh, 14 haribulan ke?

Yes, it's 14th!

Maknanya, ini adelah ulangbulan pernikahan kami :) We have been married for 10 months. Sudah 10 bulan.

Ingat lagi, 2 bulan pertama adalah bulan tidak sihat bagi kami. Bulan pertama, Nov, my ichigoMuahMuah demam. Badan bintik-bintik merah. Ke klinik tapi doc refer ke hospital. So, kami ke SJMC. Jumpa specialist, scan itu ini. Tapi tak baik jugak. Selepas banyak ikhtiar (termasuklah minum air kelapa banyak-banyak supaya bintik-bintik tu timbul, sapu segala macam cream yang doc bagi, bertukar-tukar2 antibiotik), lama-lama, dengan izin-Nya, baik sendiri. Bulan kedua, Dec, me myself fall sick. Demam setiap kali weekend. Sungguh tidak suka bila jatuh sakit masa cuti hujung minggu. So, dua bulan tu ulang alik ke klinik. I even went to SJMC once.

We only start tanam-menanam in January :) And, Alhamdulillah, dengan kuasa Allah swt, in February, hasil tanaman menampakkan hasilnya. DearestBaby is now almost 8 months in tummy and is due in Oct, yang tak tahu mana satu due datenya.

Semoga Dia merahmati rumahtangga kami, keluarga kami dan bakal anak (or anak-anak) kami. Semoga Dia murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.

Hehe sampai 3 post dalam 1 hari :)

Yeay! Go go..

Lee Chong Wei vs Sony Dwi Koncoro. Result . Thanks to FR, sebab bagitau, terkial-kial aku mencari result. Kalau la kat rumah sekarang, jadi pom pom girl kot aku kat depan tv.

Bila regu emas kalah, baru nak timbul isu salah pilih. Memang awal-awal dah cakap, salah pilih.

TARA3


Ida Nerina? Masuk TARA? Thanks to As, sebab bagitau. Takde la aku terkujat bila dia reveal peserta dia nanti. Harap-harap ada yg cute macam Paula dan lawa macam adik beradik Pamela and Vanessa tu, dan hensem macam Marc :)

Wednesday, August 13, 2008

See..

Kan betul.. tak ada harapan. Tapi game Mew Coo dengan pemain China tu sangat lah menarik, walaupon MAS kena belasah 21 - 7 masa 1st game. At least, Mew Coo ada semangat juang yang sangat lah tinggi masa 2nd game. Bayangkan, dia dapat 8 game point tapi banyak silap kat net dan juga out.

Sekarang tinggal la boifrennya, Chong Wei.

Tapi agak mengecewakan, bila China dapat emas untuk acara berpasukan wanita gimnastik. Atlit dia ada yang jatuh, pon boleh dapat emas ek?

I can't wait for the athletics to begin. Wehoooo..

Emo

A friend is moving into his newly bought double story house. Double story tu dua tingkat kan? He has just get married couple months ago and I know that he is using his own money in his wedding expenses. Now, he's looking somebody to install kitchen cabinet. I adviced him "Kau pindah dulu, beli apa yang perlu dulu." Ikutkan pengalaman aku pindah masuk rumah sendiri ni, ada beberapa benda penting yang nampak tak menghanguskan poket tapi sebenarnya sangat-sangat menghanguskan poket.
  • Kipas dan lampu. Walaupon nampak macam tak berapa mahal, we spent a few hundreds. Itu baru apartment. Kalau rumah 2 tingkat, lagi banyak habis.
  • Bilik tidur. Kami lambat sket beli set bilik tidur sebab terbeli plasma tv yang harga beberapa riban itu. Katil memang murah tapi mattress @ tilam, normally more than RM500. Yang selesa dan besar boleh cecah ribu.
  • Peti ais. Penting sangat untuk simpan lauk pauk dan apa-apa yang patut. Unless kalau selesa makan kat luar. As for me yang hari-hari masak, itu adelah satu keperluan. Dan harga dia untuk 2 pintu lebih RM1000.
  • Mesin basuh. Hoooo... i need this too. Tak larat nak cuci pakai tangan bila dah hari-hari sampai rumah jam 7 dan hari-hari kena masak. Mesin basuh can be cheaper than peti ais.
  • Kalau yang belum ada tv, mesti la nak beli 1. Sekarang setiap rumah ada at least 1 tv. Kawan aku tu cakap nak beli plasma tv bila masuk rumah baru.
  • I need Internet to surf to the entire net world. The first time payment is more than RM300. Itu kalau subscribe dengan Telekom dan Streamyx lah. Plus, kalau nak setup wireless network , additional gadget kena beli. Campur tolak ada la dekat RM600. Added - Astro! I need Astro :)

Kitchen cabinet can cost you thousandssss. RM1000 adalah tidak cukup. RM2000 tu pon boleh la untuk dapur kecik macam rumah kami. Kitchen cabinet boleh buat lepas semua setel. Sebab benda tu bukannye perlukan die-hard construction work. Contractor datang tengok - ukur - kita pilih design - dia quote - dia balik rumah buat - lain hari dia datang pasang. Itu aje. So, fikir la ye baik-baik. Percaya lah, you'll spend beribu-ribu ringgit dalam hal pindah randah ke rumah baru ni.

Eh emo lak. Bukan duit aku pon :) Dah la tadi emo pasal atlit Malaysia yang pegi Olimpik. Bayangkan, atlit China yang umur 16 boleh menang emas diving, atlit Korea umur 18 boleh menang emas dan perak renang. Tapi Malaysia pegi hantar atlit-atlit veteren yang kalah dengan pemain yang kita tak pernah dengar nama. Renang Malaysia, masa saringan dah out. Sekarang tinggal acara berbasikal dan badminton. Yang beregu emas (orang suratkhabar panggil) biasanya kalau dah over confident, nanti kalah la tu. Mati-mati tak nak hantar budak Melayu yang baru menang hari tu. Emo semacam sebab Malaysia invest terlalu banyak untuk sukan tapi itu je ke atlit yang kita ada? Opss... sensitif. Sorry. Tapi kalau negara Asean lain boleh menang medal, takkan Malaysia tak boleh.

Emo.

Tuesday, August 12, 2008

Cannot tahan

Tak boleh tahan la ini macam. Badan je kat office tapi fikiran melayang ke Beijing. Muahahahaha. AM, I wish can I be like you (stay-at-home-wife but soon-to-start-work) until 24th. Lepas 24th tu nak keje balik pon keje lah :)

Ye, saya sangat suka menonton acara-acara sukan kat tv. Olimpik ke, Asian game ke, Euro ke, anything lah. Sport channel kat Astro jarang tayang game-game macam volleyball and gymnastic. I have to do some You Tube-ing for those kinda events. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang upload ke You Tube :)

Semalam, masa kat office, tiba-tiba dapat sms dari mak angkat Ben-Chippy-Danny. "Sekarang badminton, cepat cari tv, tinggalkan keje". Muahaha... I wish I can, serius! Dan malam tadi, I woke up at 1am, buka tv dan flip-flip channel 816 sampai 82x (tak ingat hihi). Ada 3 channel tayang volleyball, dan satu tayang diving. Sungguh tertekan perasaan ni bila semua channel aku nak tengok huhuuu.. Dan, pagi tadi sebelum pegi keje ada 2 channel tayang volleyball (women), Cuba vs USA dan Brazil vs Russia. Eh, mana game untuk lelaki? Dan malam tadi tengok highlight badminton, Taufik Hidayat kalah dengan Choon Han. Malaysia boleh! Tapi team memanah sudah out dengan beza 5 point sahaje. Adus.. tension.

Off-topic. I think, we want to handle hari-hari pertama ada baby with our own bare hands. Boleh ke? Nak try lah. 3-4 days aje. Then baby and me will fly to kampung halaman terchenta. Kat sana ramai tukang jaga hihiii.. Have to ask our moms dulu. Kang, tak pasal-pasal kena marah. LOL.

Another off-topic. Husband decided to install kitchen cabinet after my confinement, InsyaAllah. Have to spend on hospital bill dulu. Then baru untuk lain-lain. Biasa la, makan gaji. Jadi kena la plan betul-betul. Kitchen cabinet, baby gear, honeymoon, futsal. Opss.. hihi..

Another off-topic, last. Janji. Lagi pasal dapur. I made ayam bakar. Sungguh menyelerakan dan juga menyihatkan. Thanks to Pensonic oven. Sangat-sangat berjasa. Cheesecake yang buat hari tu sangat lah tahan lama. Ada lagi 2 slice. Kena tunggu yang tu habis dulu, baru boleh buat puding :) Hmm.. rasa macam nak buat stimbot lah tapi tak reti buat kuah. Jumaat lepas ada order ngan kakak sorang ni, tapi dia dah masuk labor room semalam. Baru 34 weeks. Erk... takut. Semoga Kak Ina dan baby tak apa-apa.

Ok lah, itu aje.

Monday, August 11, 2008

I love my weekend

A busy weekend for me and Husband. Bila sekali sekala berkumpul dengan keluarga besar nenda ku, Hajah Zabidah Awang, seronok.

Lepas wedding, kami ke rumah Cik Na Zarina @ Taman Kosas, Ampang, lawat nenek saudara, yang dah bertahun aku tak jumpa. Update itu ini, petang baru bertolak balik. Alang-alang dah kat KL, ingat nak pegi rumah Ayah Cik @ Setapak, sambung update kat sana pulak, tapi tak jadi. Maybe next time.

Cousins - Aqila, Mimi and Yaya. Husband jadi videographer. Warna maroon dan putih jadi pilihan pengantin (the groom is my pak sepupu, and he's younger than me)

Itu aktiviti siang hari. Belah malam, kami ke Carrefour Subang Jaya. Tujuan utama, mau cari kipas. We soooo love Panasonic ceiling fan dan mahu gantikan kipas di master bedroom dengan yang itu dan yang sedia ada dalam master bedroom akan dialihkan ke 3rd room. Tapi, brand itu is out stock. Penat. At last, kami balik rumah. Tapi sebelum itu, isi perut di kedai kakak kiut dulu. Kenapa tomyam kat kedai sedap? Banyak bahan perasa? Oh, tidak bagus untuk kesihatan.

The next day, iaitu semalam, kami jalan-jalan ke Putrajaya. Ke Taman Botani dan Alamanda.

Taman Botani, kosong dan lengang. Maybe masa kami sampai, terlalu awal. Tengahari. Tengah layan shooting, tiba-tiba terjumpa satu bangunan. Ingatkan tandas, rupanya bangunan tu macam replika pintu istana. They called it Garden Door. Ala-ala istana macam dalam cerita dongeng. Cantik.


Garden Door, Taman Botani, Putrajaya. Oh, mind the Husband ye. Terpengaruh dengan Human Wall and Bolos :)



Menambah koleksi gambar berdua :) Mind the bulat-ness of me.


Di Alamanda, bayar parking hanyalah RM1.50 for first 2 hours, consider as murah la compare to KL. I tried to pejam mata bila nampak Dunkin Donut, Baskin Robbins and Roti Boy. I can ignore the donut and aiskrim tapi tidak Roti Boy :) Sekali lagi, kipas yang kami cari out of stock, juga di Carrefour. Should I complaint? At last, kami ke kedai eletrik di Jalan Klang Lama. Barulah jumpa. Moral - kalau nak cari barang eletrik, sila lah ke kedai yang memang jual barang eletrik.


Saye suka ini roti. Sangat sedap walaupon hanya sebiji roti yang bulat.

The rest - enjoy the olympic games. Swimming, volleyball and gymnastic :) Suka.

Saturday, August 09, 2008

Beijing 2008

We watched Beijing 2008 Olympic opening. Canggih laa. Hampir 50% guna tenaga manusia. Rasanya lebih kot. Sangat-sangat cantik. Tak kisah kot, rakyat China ramai. The Bird Nest is cute lah.

Selepas melihat dan meninjau-ninjau event schedule, buat masa sekarang channel utama adelah 816 dan 817, gymnastics dan volleyball. So hari ni, lepas nonton The Mummy: Tomb Of The Dragon Emperor, tibalah masa untuk melayan volleyball (women) Brazil vs Algeria. Dalam world ranking, Brazil is no 1 and Algeria no 21, currently. Terpengaruh dengan cerita Maero Attack, membawa aku terlibat dalam sukan ni dari darjah 4 :) Sekarang ada drama baru, Attack No 1, lebih kurang sama je dengan Maero Attack tu.

Ok, nak bersiap-siap, pergi kenduri saudara ku. Oh ye, malam tadi mimpi baby :) Hihiii..

Friday, August 08, 2008

08-08-08_v2

Finally, 08-08-08 is here.

Maknanya, Olympic 2008 begins! Walaupon semalam dah ada event, bola sepak.

Dan juga, hari ni pak imam di seluruh negara agak busy, sebab ramai orang nak kawin (termasuklah kazen ku). Katering-katering pon sama. Juga, wedding planner, mak andam-mak andam.

Hospital pon penuh dengan orang yang pilih tarikh ni untuk bersalin, dengan menggunakan khidmat induce.

Apa lagi?

Thursday, August 07, 2008

Story-telling


I made this for Husband's birthday early this week. Walaupon dia tak dapat ikut sama pegi checkup, I don't mind that. Lone-ranger tak kisah. Baru 2 kali dia dapat ikut, itu pon sebab kebetulan dia cuti. Tapi dia selalu pesan, to wrote down everything about the checkup setiap kali lepas checkup. Kalau boleh on the same day, dengan alasan 'kalau hari yang sama kita tulis, we won't skip any single moments dan kalau hari yang lain, mungkin emotion and feelings tu dah tak sama 100%'. Ye, betul. And, he always wanted me to do the SB stuff which I don't have chance to re-arrange semua tu.

Bila tengok gambar-gambar tu, benda pertama aku perasan adalah perkembangan baby, membesar dari setitik ciptaan Tuhan. Kemudian, dia toing.. toing bila tahu ayah dia pon tengok dia. Hisap jari, berpusing-pusing bila tahu orang tengok dia. Dan, masa 'jumpa' dia last week, dia dah pandai menguap. Sekarang, baby dah pandai entertain ibu dia. She/He'll try very hard to cheer me up. And, baby's so active lately. I can feel every single movement she/he made. Lagi-lagi kalau masa kerja. The whole day, dia akan main-main. Sekarang, kepala dia dah pusing ke bawah dan kaki kat atas. Last week, dia practise exersice kaki kiri. Minggu ni pulak, kaki kanan. Dan, harapan aku sekarang, she/he'll gain at least 100g per week :)

Preparation for the new born? Almost done, excluding the baby's room and closet. Going to order the cover for the bassinet. Bathing stuff checked. Clothing and daily needs almost completed, rasanya lah. Later to update the list. Kami ke Pureen warehouse sale last week. Baju-bajunya sangat lah cantik dan murah. Sangat-sangat worth for money. Travelling item belum beli. Tak pe, itu boleh tunggu baby dah besar sikit.

Dan, as for me, macam biasa. Body changes, sudah tentu ada. The belly starts to appear. Orang pon dah perasan, ada yang kata "Eh, dah bulat", tapi ada lagi yang tegur "Adik pregnant ke?". Itu masa checkup 7 bulan kat hospital. Dan yang tegur tu adalah nurse. Hmmm.. takpe lah, tak salahkan dia. Dan, bila malam, kalau baring-baring kat sofa, agak susah untuk bangun and always need husband's help to get up :) "Berat body", I said to him. Dan belah malam jugak, akan rasa sakit-sakit badan sikit. Tak tahu kenapa. Normal ke? Husband pon pelik, bila isteri asyik merengek. Huhuuu... Dan, belah malam jugak, aku akan kepanasan. Kadang-kadang sampai berpeluh-peluh. Cramp pon dah takde sekarang ni, Alhamdulillah. Lepas 2 kali kena, cramp tu dah macam pegi main jauh-jauh. Bagus bagus. Jangan datang lagi. Baju kerja? Aku ada 3 helai tailor-made baju kerja. Lebih selesa bila baju tu ikut ukuran badan sendiri. Dah mula pakai minggu ni. Cuma, baju raya yang bermasalah sikit. I don't have my size kat kedai. Kalau beli, memang kena alter sikit. Tak pe lah, tak yah raya tahun ni.

Panjang pulak. Ok lah. Bye-bye dulu.

Tuesday, August 05, 2008

conversation at 7.15am

Wife: Hari ni syg nak pegi tengok baby.
Husband: Kata hari Jumaat.
Wife: Bukan baby kita, baby kawan.

Hihiii.. I think it's cute.

Bunga semalam sangatlah besar jambangannya dan berat. And the chocolate is so nampak sedap. I think I love the e-florist.

Oh ye, Niza, tahniah, dah dapat permanent selepas setahun :)

Monday, August 04, 2008

Order and deliver

In conjunction with Husband's birthday, I have ordered one dozen of red roses from the e-florist, Blooming Florist. It comes with 1 Beryl's Heartshape chocolate. The delivery is FOC for Klang Valley. Online ordering, masukkan segala jenis information dan buatlah payment. I paid using M2U.

Hihiii... mesti kena marah sebab suruh orang bunga hantar bunga ke kilang. Ye, perkara yang tak pernah aku buat. Saje. I was thinking to buy a chocolate cake lah. Hmmmm... sedapnya.

Updated at 3.54pm
He received the flower. Glad he likes it.
Dear BB,

Happy Birthday!
we love you.

This is not a happy song but this is our favorite song. I'm sooo suka Bryan Adams.

It still feels like our first night together
Feels like the first kiss and
It's gettin' better baby
No one can better this
I'm still hold on and you're still the one
The first time our eyes met it's the same feelin' I get
Only feels much stronger and I wanna love ya longer
You still turn the fire on

PS I love you!

Sunday, August 03, 2008

Sweetie


Happy Birthday
to dearest sis, Halumi

Friday, August 01, 2008

Plan

We'll be a bit busy this weekend. The agenda, not in order:
  • Shopping at warehouse sale
  • Stadium tour
  • Proton Technology Week, kena pilih 1 hari antara 2hb dan 3hb
  • Advanced birthday celebration
  • Shopping kipas
  • New born baby visit

Semua event kat tempat yang berbeza. Will be happening, I bet.

Lepas kerja hari ni ada futsal, IT. Alaaaa..... tak aci betul la diorang ni.