Saturday, September 27, 2008
Syahdu
Sob sob.
Wednesday, September 24, 2008
Purse atau wallet atau beg duit
Kemas-kemas beg, kemas sekali purse. Hmm... I think, I need new purse. Sangat memerlukan purse yang banyak compartment. Baru perasan yang kena simpan sekali buku klinik company dan juga hospital. Lesen, IC, segala mak nenek kad yang berkaitan duit, kad-kad lain seperti MPH, RealRewards, Jusco, Braun's. Ada anak besok, segala benda yang berkaitan dia pulak. Jadi, rasanye, handbag dan purse baru amat dikehendaki sekarang.
So, let's hunt for new purse and handbag this Friday weeeehoooooo. Berapa ratus lagi bakal melayang? Ohooo..
Tuesday, September 23, 2008
Hari ini adelah
This is the cutest biskut raya yang di-order tahun ni. Rasanya tahu kot camane nak buat. Guna cara buat aising untuk biskut mama carrie. Gunakan pelbagai warna. Next cute biskut raya would be my biskut aiskrim muehehehe.
Monday, September 22, 2008
Anime, anyone?
Husband is a big fan of Dragonball. So, I bought him 1 set of Dragonball series. Dari episod 1 sampai la episod 153. Sebelum ni, susah sikit nak cari audio Japanese with Eng/Malay sub. Selalu jumpa yang audio Chinese. Tak best. Hari-hari tunggu Dragonball @ 715. Kalau tak sempat tengok yang 7pm punye, dia tunggu repeat tengah malam.So, next project is DragonballZ hunting. Dan juga, stroller hunting, lepas dah selamat deliver dan juge habis pantang besok. Sempat la dengan year-end-sale. Huhuuu. Amin.
Anime is Husband's fav. Me? Huhuuu suka tengok reality show. Tak kisah ape pon. To name a few - must-watch-The Amazing Race Asia (TARA), Kimora: Life in a Fab Lane, America's Next Top Model. Ape lagi ye? Oh, semua yang ada @ AFC semua aku tengok. Tapi sekarang, banyak kena tolerate ngan Husband. When he's home, I'll let him to control the remote. Tapi, bila ada TARA, the remote is mine. Muehehehehe.
Oh, nak komplen sikit. Pasal penjual kueh kat bazaar Ramadan. Sabtu lepas, pegi la cari kueh lapis. Jumpa 1 gerai ni. Tanye la "Seringgit berapa?". Dia jawab "Dua.". Jadi, aku mintak lah seringgit. Dia bagi 3 biji. Bayar la seringgit, tapi dia macam tunggu lagi aku bagi duit. Aku tanya la "Ini berapa?" Dia jawab "RM1.20". Eh... aku nak seringgit aje. Dia kata tak boleh. Macam iklan 018 la pulak. Nasib baik bulan puasa, aku sabar je. Kalau tak, dah letak balik dan cakap "Tak jadi beli". Bukan berkira, tapi, tak suka la orang cakap belit-belit. Camane la nak maju kalau asyik nak tipu orang. Memang tak baik komplen pasal makanan, tapi kueh lapis yang tu, tak ada rasa langsung. Tawar. Sakit hati punye pasal, terus aku buat puding koktel yang ada kuah. Haaa... puas hati. Haish...
Thursday, September 18, 2008
TGIF
Taktau official ke tak, tapi kalau ikut kalendar & tarikh, today is my 36th week. 36 divide by 4 is 9. So, it's 9th month oredi. Ye ke? So, how many weeks left? Kira la sendiri sebab kadang-kadang when people asking, yours truly yang sorang ni forgot how many weeks left. Aiyaa... Dan bila kat rumah, tetiba teringat baju-baju BabyMuahMuah tu belum dibasuh lagi. Ada advice suh basuh dulu sebelum guna, so, it's in the list of not-done-yet-list.
Lepas Asar semalam, HusbandDear tetiba tanye "Pandai buat roti jala?". Hihiii... pernah la buat dulu, tolong mak. And it was pink, sebab tak ada pewarna kuning. Hehehe... So, tadi malam, since he volunteer to make the kuah kari, I agreed to make the roti jala. The 1st 3 roti tu memang tak ada rupa. Boleh dimaafkan sebab itu kira trial version. Hehe. For approx 2 cups of flour, I can get about 20 roti jala. The adunan is about half of the standard blender's size. Ok la tu, untuk 2 orang makan :)
Ok, sambung keje.
Wednesday, September 17, 2008
Nasi apa?
Tak lama dulu, masa tengah tengok satu program @ AFC, pasal Singapore and food, most of the peniaga dalam program tu cakap "Resepi turun temurun". Husband turned to me and asked "Ha, kita punya apa?". Wife yang sorang ni jawab "Nasi Arab!". Heheee...
Plan nak buat weekend ni. Dan hari ini, menu berbuka puasa adelah home-made Nasi Kerabu :) Yummmmy.
ps: Happy birthday to Aishah!
pss: Salam Nuzul Al-Quran kepada semua!
psss: Ada juga kompeni yang tak cuti pada hari ni, walaupon berada di Selangor. Cth: Husband's :(
Sunday, September 14, 2008
Kepelbagaian
- fOOd - Buat
ikan percik, choc cupcakes with maveles icing, fruit punch juice,puding koktel. - babyMuahMuh - cat bilik. cat bilik. cat bilik. dan cat bilik.
Dearest me - memanjakan rambut :) mau trim sikit hujung dia, mau kasi treatment sket. Kalau @ pMas, less than RM100 boleh buat hair spa lagi plus dengan treatment, hair mask.So cheap! And, post-natal set, hmmm kena ada ke?- DearestBB - bought him new shirt.
- Our lil kenderaan & home -
bayar installment. claim subsidi minyak.huhu pakcik kayo! send vacuum for service, apesal tah berasap. Menunggu Amazing Race Asia 3 dengan penuh kesabaran.- Qiamullail. Sangat beruntung kalau dapat berqiamullail. Amin
Most of them took place on weekend dan hari ini paling memenatkan. I did my hair today. Buat puding koktel pon hari ni. Ada beberapa tambahan acara. Antaranya, buat sotong sumbat. First trial, dan menjadi. Even masa makan pon, aku cakap "Tak caya lah buat sendiri benda ni." Thank you Eliss!Heheee... Dan juga, mengecat kabinet baju BabyMuahMuah. Halfway, next weekend sambung dan harap boleh completekan 1 whole room sekali. Tingginye angan-angan.
(1) Pulut yang ditanak. 1 pot aje, tapi banyak lak. (2) Sotong yg sudah disumbat dengan pulut, menjadi sangat gemuk. (3) Lepas disumbat pulut, sotong pon berendam la seketika. (4) It'll took a while, for the santan tu turn into red color. Takde lak gambar yang dah siap.
Sushi in roll. Sedap. Malam ni mau buat. Ada balance pulut. Oishiiiii!
Thursday, September 11, 2008
:(
It's lately. Ada masalah ke? Tak ada masalah pon. Tapi selera makan terbantut dalam seminggu ni. Kesian baby :( Ke sebab sudah 3 hari berbuka sendirian di rumah, bertemankan ikan-ikan yang makin gemooook dlm aquarium? DearHusband sibuk. Jam 9 baru sampai rumah. Kesian BB :(
Tapi, nafsu nak buat pelbagai jenis makanan (lauk, dessert, cakes) sangat lah tinggi. Alahai, ape ke pelik sangat la pe'el sekarang ni.
Oh, seorang atlet kita raih gangsa di Paralimpics Beijing 2008. TV pon tak tayang, berita-berita pon kurang ghairah. Pemenang pingat perak masih dijulang. Huh.
Wednesday, September 10, 2008
Cita-cita buat masa sekarang adelah:
- fOOd - Buat ikan percik, choc cupcakes with maveles icing, fruit punch juice, puding koktel.
- BabyMuahMuh - cat bilik. cat bilik. cat bilik. dan cat bilik.
- Dearest me - memanjakan rambut :) mau trim sikit hujung dia, mau kasi treatment sket. Kalau @ pMas, less than RM100 boleh buat hair spa lagi plus dengan treatment, hair mask. So cheap! And, post-natal set, hmmm kena ada ke?
- DearestBB - bought him new shirt.
- Our lil kenderaan & home - bayar installment. claim subsidi minyak. huhu pakcik kayo! send vacuum for service, apesal tah berasap.
- Menunggu Amazing Race Asia 3 dengan penuh kesabaran.
- Qiamullail. Sangat beruntung kalau dapat berqiamullail. Amin.
Semoga semua cita-cita ku itu tercapai. Amin.
Tuesday, September 09, 2008
Peristiwa
Oh ye, sudah order kek lapis yang ada rasa milo dengan kawan opis. Senang kan, beli kek pon tak payah bangun dari kerusi. Tup tup... dapat email, tanya-tanya, order-order. Berani order sebab dah pernah order tahun lepas *wink* . Currently, working on list of benda-benda yang diorder untuk raya :)
Lagi satu Oh. Congratulations to KFaz. Semalam dia kata dia dah jangkit dengan aku. Hihiii.. she's at her early pregnancy. 4,5 minggu. For her, it's 4th birth and the 3rd anak. Harap semuanya selamat :) For me pulak, Jumaat ni checkup. DearieHusband take 1 day leave. Bila tanye kenapa, dia kata "Kan nak tengok baby". Hihiii.. suwitnye. Haaa.. congrates to Jijan too. She's expecting this coming April. Weeehooo... more babies please. Hehehe..
Sedikit kata-kata untuk dikongsi. Dapat dari ceramah agama tengahari semalam. "Bacalah Al-Quran, kerana Al-Quran itu ubat kepada penyakit nyanyuk." Sekians.
Sunday, September 07, 2008
Family and iftar
Hmm.. I really missed my mom, dan sudah tentu masakannye yang sedap. I missed her daging masak kicap. Tahun ni, tahun pertama tak dapat buka puasa dengan family. *sob sob*. Walaupon sudah berkahwin, for me, berbuka puasa dengan keluarga sendiri, must be a must, walau pon sekali.
Hari ini, orang-orang Puncak Alam turun ke KL, berbuka di rumah Angan & CikNa pulak. I made some onde-onde. Dan sudah tentu, for me, hari tidak memasak. Hihiii can i yeay? Yeaaaay. Baru semalam cakap dengan Husband, nak jadikan weekend to be my day off from cooking. Samada beli atau dia masak :) Tak de la tak masuk dapur, tapi, the wife deserves a day off, sehari je. Lagi sehari, makan luar. 5 hari straight memasak, so I guess I deserve 1 day off. Heheee...
Friday, September 05, 2008
I love this
Ada sorang brader ni cakap "Kau ni makan la dulu, dok asyik melayan orang". Iyeeee... saye memang suka melayan orang. Saye suka serve orang makan. Saye selalu nak ajak orang makan. Tapi keadaan je yang tak mengizinkan saye untuk menjemput kawan-kawan datang rumah untuk makan-makan. Sebab itu, saye suka buat apa-apa dan bawa ke office untuk makan sama kawan-kawan office.
See. People enjoyed their food. Me oso. The food was yummy-licious. Habis, licin ok. Senang aku cuci bekas hihii. Oh, mind all the kotak-kotak. Maklum lah, plan last minute, tak sempat nak book apa-apa :)
(Atas) Kek choc & makaroni goreng yang dibawa pada hari makan-makan. (Bawah) Ini lah blueberry cheesecake dan choc cupcakes yang diorder kelmarin :)
Working hard on Friday? Oh my.
Wednesday, September 03, 2008
Order
- Blueberry cheesecake. 1 biji hanya RM40. Share 4 orang. Sorang 3 slices. Where else I can get blueberry cheesecase 3 slices @ RM10 haaa? Ini baru dikata best price :)
- 1 dozen choc flavor cup cakes. Ini pon share, tapi share 2 orang. Only RM1.60 per piece. Haaa... tell me if you bought cheaper than this.
- Bubur lambok. Every Ramadan, got 1 guy Finance guy everyday take order. Last year it was RM3, now, plus 50cents. Taste no different than last year.
- Roti canai. Ini kirim kat Husband, mintak dia belikan. Ahad lepas, sempena sehari sebelum puasa, request nak makan Roti Boy, Big Apple Donut, kueteow sizzling @ Carrefour Subang food court, roti canai kosong 2 keping. Tapi, hanya dapat 2 aje - Roti Boy dan kueteow sizzling. Donut? Ya Allah, panjangnya Q. Tak kuasa den nak beratur. So, beli Roti Boy 4 aje. Rupanya, Husband pon suka. Hihiii... baru ku tahu
Kueh raya? Tok sah cakap lah. Dah order beberapa jenis.
- Sarang semut. Order sampai 3 bekas. I looooove sarang semut yang dibuat oleh sorang kakak ni :)
- Sejenis biskut yg choc flav. Something chewy-chewy. Test sample before puasa, ohooo sedapnya
- Mushroom carie. Order sebab comel sangat. Senang je nak buat, guna adunan mama carrie cuma lebihkan aising dia tu hah. Tapi, mana mau cari cutter bentuk mushroom. That one akan terbang ke kampung halaman.
- Tart nanas. Ekceli, bulan tak puasa pon order dengan sorang brader ni. Wife dia buat tart nanas sedap. Tapi ada orang komen kata kureng lembut dari tahun lepas. Uiks.. aku yang hampir tiap bulan order, rasanya macam sama je. Tak pe lah, dah pesan suh buat baeeek punye.
- Golden rings. Haaa.. ini mahal ni. Teringin nak rasa bile ramai orang puji sedap. So, ape lagi. Tungggguuu.
Itu aje. 5 jenis aje. Ada sejenis dua plan nak buat sendiri. Biskut aiskrim dan juge hmmm... ape lagi satu? Kek lapis kot. Pernah buat sekali aje kek lapis. Sungguh nostagik. Ada beberapa plan ni. Nak buat puding kelapa, udang masak lemak. Itu yang terkini nak cuba buat.
Ok, selamat berbuka!
Tuesday, September 02, 2008
Kali pertama
Hari kedua? Ape menarik? Ramadan kali ni sangat berbeza dari Ramadan sebelum ni. Kenapa?
- Pertama kali bersahur dengan suami
- Pertama kali pergi ke masjid untuk berterawih dengan suami
- Pertama kali berbuka, berdua (eh, ke bertiga?) dengan suami
Bangun seawal 4.30 pagi untuk siapkan sahur. Siapkan juadah berbuka sendiri. Siap-siap pergi terawih sama-sama. Pengalaman pertama yang sangat best :)
Macam tak percaya, mampu bangun 4.30 pagi untuk siapkan sahur hihiii..
Oh ye, ada 2 orang kenalan, dapat baby di ambang Ramadan ini :) Best kan, dapat raya dengan baby baru. Congratulations to Norlin and Sairi (welcome on board to Iris Sairi, on 28-Aug) and to my ex-boss, encik BK untuk anak ke-5 (dia kata baru no-5... hihihi).