Tuesday, December 30, 2008

2009

Tahun 2008 dah nak habis. Sana sini orang buat persiapan untuk tahun baru. Ada beza ke dengan tahun-tahun sebelum ni? Tahun 2009 ni, ada beberapa benda aku nak buat, which is can consider as my 2009 resolution.
  • bring up my Iman baby dengan penuh kesederhanaan. Aku tak nak mewahkan Iman dengan barang yang mahal-mahal. Aku janji. InsyaAllah :) mahal tu macam sehelai baju harga dekat RM100, that's considered as mahal okay. aku beli pon sehelai belas-belas ringgit je. takde la kedekut sangat dengan anakande intan payung. tapi rasanya aku boros kalau shoping barang Iman hmmmm
  • menabung untuk Iman. untuk pelajaran dia. no PTPTipu
  • menabung untuk masa depan. another house and another car. Amin.
  • breastfeed, full. sekarang pon breastfeed penuh. nak maintain. no fmilk.
  • kurangkan membazir makanan. selalu sangat beli lauk dan sayur, pastu lamaaaaa dalam peti. pastu rosak, terpaksa buang. dan juga kes, terlupa nak masukkan lauk yang tak habis dalam peti ais. pastu basi, pastu buang, pastu kena marah. fyi, kat rumah aku ada auditor :)
  • balik kampung bila ada cuti panjang dan cuti sekolah. nak bawak balik anak jumpa nenek dan atuknya di kampung. kena buat setiap kali ada peluang. kena dekatkan hubungan mereka.
  • improve masakan. nak belajar masak masakan kampung. Husband suka. dan juga, pelbagaikan masakan sayur. ini Husband yang suruh.
  • nak tukar handphone atau nak beli digicam. ngehngehngehngeh..
  • teruskan membayar hutang PTPTipu
  • untuk rumah, nak buat kitchen kabinet. haaa.. nak komplen sikit. aku call sorang kontraktor ni. bangsa kita jugak. dia tak kata tak boleh, dia kata nak call balik. tapi tak call pon. masa call hari tu pon banyak "hmmmmm..." which is macam tak nak job tapi dia tak kata tak boleh. tak faham makcik. so, minggu ni kalau tak call balik, aku cari orang lain.
  • nak maintain berat. ni penting untuk menjimatkan duit daripada beli baju-baju dan seluar-seluar baru. esp, uniform. ini pon dah naik 1 size dari XS ke S. tapi tak pe lah, sebab b**bs naik size sebab bersalin. acceptable lah. dan juga, kena maintain berat sebab turun naik tangga bawa Iman ke rumah babysitter. kalau berat naik, semput den.
  • be better person. As a Muslim, as a wife, as a mother, as a daughter, as a sister, as a daughter-in-law, as a sister-in-law, as a friend, as a citizen, as a staff.

Wah, banyaknya. Tercapaikah? Hopefully.

Monday, December 29, 2008

:)

I've been thinking what to give to Husband. Until I caught him surfing for PSP on his PC. So semalam, masa family outing to Sunway Pyramid, I drag him to level paling atas. Boleh nampak dia happy. Tersenyum-senyum. Glad to see that ;p

Hubby, happy belated anniversary. Delayed present, tapi ok la tu. Oh, macam dapat 2 hadiah anniversary. Iman and PSP hehehee..

Btw, Salam Ma'al Hijrah semua.

Sunday, December 28, 2008

Rojak

Finally, I can fit my old jeans! Yeay me. Cepat. Yeay!!

I'm looking for a PSP. Diorang2 kat office beli dengan orang, which is, surf Internet here and there, contact orang yang nak jual, dan pegi amik kat mana-mana tempat yang dijanjikan. Should I do that too? Kat Ampang ada 1 kedai tapi tak familiar la pulak dengan Ampang.

Untuk pertama kali Iman menangis pada waktu malam. Petang Jumaat lepas MIL bagitau dia tak nak tidur sepanjang hari. So, bila balik rumah, lama jugak nak tidurkan dia. Lepas 2 jam baru dia tidur. Tiba-tiba dalam pukul 12tghmlm dia terjaga dan menangis. Gelabah la wei, mana pernah dia menangis malam-malam. Nangis kejap, pastu berhenti. Bila letak, nangis lagi. Kuat lak tu, siap keluar air mata. Panik panik. Last-last Husband ambik, dukung sambil berdiri. Lama lepas tu Iman macam dah mengantuk, I took over, fed him and he went to deep sleep. Masa tu dalam pukul 2pagi. Lepas Iman tido, kami tengok tv, dokumentari pasal tsunami. Dokumentari tu ditayangkan sempena ulangtahun ke-4 tsunami yang melanda rantau Asia pada 26-Dec-2004.

Ops, Husband's calling. Nak keluar jalan-jalan. Daaaa..

Friday, December 26, 2008

Peria vs petola

Sesuatu telah berlaku semalam. Di mana si suami mahu makan petola tumis air. Si isteri pon pergi lah ke kedai untuk membeli petola. Selepas membeli dan belah, si isteri pon pulang ke rumah dengan hati yang berkobar-kobar, mau masak sayur untuk si suami.

Sedang asyik si isteri di dapur, tiba-tiba si suami masuk, menjenguk si isteri.

"Eh, sayang beli peria?" Lalu si isteri terpinga-pinga, dan terus membelek 'petola' yang dibelinya. Dilihatnya pada 'petola' itu tertampal tag yang tertulis PERIA. Si suami gelakkan si isteri yang tak kenal sayur. Si suami terus ke laptop dan google for petola. Dan, si isteri pon terus bersiap untuk ke kedai, bagi mendapatkan petola yang sebenarnya.

Aiyaaa... camane boleh tertukar ni...

Peria


Petola


Selepas kejadian tersilap beli, si isteri akhirnya berjaya memasak petola tumis air dengan jayanya.

Ini bahan-bahannya.
Petola - dipotong
Suhun
2 bawang merah - mayang
2 bawang putih - mayang
Air secukupnya
Telur - 1 biji
Gula/garam sebagai perasa

Cara-cara
Tumis bawang. Masukkan air. Masukkan petola & suhun. Bila dah masak, baru masukkan telur, kacau. Masuk perasa, siap.

Happy birthday sis!


Wednesday, December 24, 2008

Gawat

Rata-rata tempat bercakap tentang krisis ekonomi. Banyak kilang dan syarikat terpaksa buang pekerja atau mengarahkan staffnya bercuti, dan banyak lagi cara untuk kurangkan kos. Contohnye:
  • kilang tempat Husband ku bekerja. Ada 1 dvision (camera div) bercuti sehingga akhir tahun, tanpa gaji. Dah banyak kali Husband bercerita tentang division tu yang selalu cuti extra dari division lain.
  • bonus yang biasanya dapat sebulan gaji, tiba-tiba tahun ni, dibuat secara quarterly. Syukur Alhamdulillah, kilang tempat aku kerja bermurah hati memberi kami tidak secara quarterly.
  • dulu production di satu kilang berdekatan tempat aku kerja, banyak line untuk buat camera. Tapi sekarang tinggal 1 line sahaje.
  • ada seorang kakak Finance bercerita, tentang seorang pekerja kilang yang dimiliki Filipina, terpaksa 'bercuti' 2 minggu tanpa gaji. Bayangkan, sekolah tak lama lagi, dan dia pulak 'bercuti' tanpa gaji.

Tapi yang pelik, kat Malaysia, skang tengah rancak Jualan Jimat Malaysia. Hmmmm...

Oh, bwt, off topic. Aku dah dapat 2 jemputan perkahwinan. Imah dan Ju. I love weddings, tapi banyak jemputan yang tak dapat dipenuhi sebab ada komitmen lagi :( Harap, dapat attend wedding Imah dan Ju.Dua-dua tu kawan dari form 1.

I need to format this laptop. Dah sengal. So, kena backup semua benda dan juga pindahkan semua harta karun dari C to D.

Dan lagi satu, pernah tengok Di Bawah Ketiak Isteri? Sekarang di Astro Aruna tengah main cerita Suami Takut Istri, dari Indonesia. Jalan cerita, watak, sebijik sama denga cerita Di Bawah Ketiak Isteri. Dan hari ni keluar kat paper. Haa... betul. Siapa tiru siapa?

Tuesday, December 23, 2008

Putri yang Terbuang

OMG OMG OMG.

Sinetron ini kembaliiii! Untuk kali ke hmmmm... 3 kot. Malam tadi lepas tengok Awan Dania, tekan-tekan remote. Tiba-tiba terjumpa cerita ini dia cenel 109. So boleh la tengok setiap hari jam 9.30 malam. Dulu cerita ni cerita wajib ditonton masa dalam pantang :)

Jalan cerita? Pasal orang kaya yang dapat anak perempuan, lalu ibu kepada orang kaya tukar anak perempuan itu dengan anak pemandu. Nak dijadikan cerita, isteri pemandu ni buang bayi perempuan tu dan ambik anak saudaranya, yang kemudiannya di'claimed' sebagai anak orang kaya tu. Dan, nak dijadikan cerita lagi bayi perempuan yang kena buang tu, bila dah besar, bercinta dengan anak lelaki orang kaya tu, yang kena tukar tu la. Haa... see how keciknya dunia.

Awan Dania pulak, is one of my mom's fav drama. Cuma, mama panggil cerita tu cerita awan. Dibintangi oleh Scha (dengar cite dia ni awek Fahrin. waaahhh.. bagus-bagus. let the ex-gf be hehe)

Oh, Husband cuti hari ni. Dia kata tak payah hantar Iman ke neneknya. So hari, ayahanda menjaga anakanda.

Btw, Histeria macam menarik je. Pon ada Scha dalam cerita tu. Laku ye skang.

Monday, December 22, 2008

Holiday season

December bulan yang paling banyak cuti. Tahun ni, banyak public holiday jatuh hari Khamis dan Isnin. Kalau nak cuti panjang sikit, apply lah annual leave on the Friday. So, dapat la cuti 5 hari. Hoooo... lama tu.

Walaubagaimana pon, aku tak termasuk dalam golongan orang yang boleh bercuti panjang. Kerana annual leave hanya tinggal 5 hari :(

However, we are planning to balik kampung this CNY holidays. I bet, jalan mesti jammed giles, macam tahun lepas. We have to prepare for a comfy-long-journey for lil boy, Iman. Iman belum pernah travel more than 1 hour dengan kereta. So, that would his first time ever long journey by car. Apa ye yang nak kena prepare? Semoga semuanya selamat, Amin.

Ohhhh tak sabarnya nak balik kampung.

Oh ye, berdasarkan gambar, Iman ni anak Ayah ke, anak Ibu? Pls vote ;)




Manja ye.

Friday, December 19, 2008

Hair

I have cut my hair short, finally. Kenapa? Sebab rasa macam rimas sket bila nak menyusukan Iman tengah-tengah malam. Plus, I need to change my hair-style. After giving birth to Iman, I noticed 2 things.
  1. Rambut banyak gugur. Bukan gugur sendiri, tapi bila disikat, haaa.. amik kau, secekak rambut kat tangan :( Masa pregnant, I love my hair sebab tak banyak gugur. Orang kata, rambut dan kulit akan jadi sihat dari biasa semasa pregnant. Why? I dunno lah.
  2. Rimas lah berambut panjang, kemudian nak menyusukan anak lagi.

After a few weekends, hari ni baru berkesempatan. Ini lah rupa rambut baru ku, 2 inches shorter :) Hope dearest Husband loves it :) :)


Wednesday, December 17, 2008

Sampai hati kah?

“Ketika ditemui dia sedang menghisap jari...mungkin kerana lapar,” kata Rofidah Md Noor, 45, menceritakan mengenai keadaan bayi lelaki yang ditinggalkan dalam keadaan punggung dan kedua-dua kakinya termasuk ke dalam lubang tandas dan ditemui seorang lelaki, pagi semalam. (Sumber: Harian Metro, 15 Dec 2008)

Bergenang air mata bila baca berita ni. Langsung teringat Iman.

Sampai hati orang tu. Mungkin, Allah dah tarik rasa sayang dan rasa sakit bersalin, kerana hubungan yang tidak sah. Kalau iye pon tak nak anak tu, jangan lah buang kat tempat-tempat macam tu. Anak tu tak salah.

:(

Tuesday, December 16, 2008

Ter-motivate ke?



Above is my current motivation to get back my pre-baby weight and size (size???). Walaupon tidak terlalu ketara kedebaban diri ku ini, muat lagi uniform size S (thank you God, kalau tak kena beli baju lain la), tapi adelah amat tidak seronok kerana belum boleh pakai my fav jeans. Sakit hati kan? Dan juga baju nikah yang dipakai setahun yang lalu, adelah baju kurung moden pertama ku dan aku sangat lah suka baju itu. Tapi apekan daya... tidak boleh die-hard-diet sebab tengah nursing (breastfeed baby). Dan, nursing requires abour an extra 500 calories per day. Per day okay!

Tak ada perkataan yang dapat menggambarkan betapa I loveeeee breastfeeding. Rasa macam bonding dengan Iman sangat rapat. Kelebihan bf adelah bila kita bf baby, kulit kita akan bersentuh dengan kulit dia :) That's why, aku amat degil kerana tak nak bagi susu formula. Berkat susu ibu ini lah Iman dah bertambah berat badan. Dari underweight baby, sekarang sudah debab :) Alhamdulillah. So, kepada bakal-bakal ibu dan sesiapa yang plan to have babies, mind set kena positive. Susu ibu adalah anugerah yang sangat berharga dan berkhasiat. Jangan cepat putus asa. Semangat kena kuat. Kalau sikit, tak bermakna tak ada. Kalau sekali pump session dapat 4oz, it's ok. Jangan stress dan jangan banding-banding dengan orang. Lain orang, lain hasilnya.

So, conclusionnya dari post kali ini adalah


  • aku nak pakai balik jeans lama. sikiiiiiiiiiiiiiit lagi nak muat. chayok! wahai lemak-lemak kat pinggul ku ini, cepat-cepat lah hilang.
  • bf sangat lah best :)

Monday, December 15, 2008

Weekend kami

2 plan yang di'plan' last week berjalan dengan jayanya.

Plan 1
Setelah direkemen oleh beberapa orang, I switched the paediatrician to Dr Ali. Kenapa? Sebab Iman menangis masa kena inject 1 bulan paed sebelum ni, walaupon at the same place, SJMC. Tapi kali ni, takde bunyi apa-apa. Instead of menangis, Iman sibuk main dengan tangan dia. Husband pon macam tak percaya. And me, sudah get ready untuk bagi upah (upah = susu). Consult juga untuk beberapa perkara. Akhirnya selepas beberapa hari tangguh, kami dah beli digital thermometer untuk Iman. Senang nak monitor kalau-kalau dia demam ke apa ke.

Plan 2
This is Husband's fav. Senang aje rupanya nak buat. Tapi biasa lah kalau penyakit M tu dah ada, resepi tinggal resepi. Ok, aku buat macam ni

The kuah
Ikan (4 ekor ikan kembung yang sederhana, rebus, ambik isi dia sahaja, jangan lak ambik tulang dia)
Halia (sikit je)
Bawang putih (2-3 biji)
Bawang besar (separuh)
Lada hitam (6-7 biji)
Sedikit air
Santan
Asam keping
Gula & garam

**Campur semua (kecuali santan, asam keping, gula, garam) blend.
** Sediakan periuk. Masuk bahan dikisar tadi.
** Masuk santan, asam keping, gula, garam.
** Masak sampai pekat yee.


The laksam
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
4 cawan air

** Campur semua, kacau.
** Sediakan pengukus. Sediakan tudung periuk. Bukan tudung rice cooker tu. Asal boleh letak dalam pengukus.
** Kukus sampai masak. Dalam 2-3 minit.

The ulam
Timun
Taugeh
Kacang panjang
Bungan kantan (Husband kata kalau tak ada, macam tak jadi la laksam tu. Tapi tak ada pon tak apa, bagi aku la)

The lada
Cili merah
Belacan
Limau nipis
Garam

** Tumbuk cili dan belacan
** Perahkan limau nipis
** Masuk garam sikit



Plan 3
Tak sempat buat char kue teow. Akan diusahakan juga minggu ini :)

Friday, December 12, 2008

Projek

Projek hujung minggu ni, which is besok dan lusa, adalah:
  • Bring Iman to see newly appointed paed, Dr Ali@SJMC
  • Buat laksam. Slurpppp
  • Buat char kuew teow. Slurppppppppps

Weekend, cant wait lah.

5.30? Lagi laaa cant wait hohooooo

Ok, this is Iman with his ayahanda and ibunda in separate pic :)

Update after the birth

Iman
  • Sent to SIL's house, nearby ours but apparently it's in KL. I bathe Iman at 6.30am. Orang kata "Awalnya, tak sejuk ke anak tu?". Mandi pakai air suam dan Iman bangun @ 5.30am. Lagi awal dari orang lain :)
  • Still fully breastfed and took only EBM
  • Mandi 2 kali sehari. Pagi dan petang. Bermakna baju pon 2 pasang setiap hari. Baju-baju Iman semuanya handwash. Rajinnya.
  • Dah pandai baby talk dengan riangnya.
  • Juga, dah pandai angkat kaki. Post at the other blog.
  • Haaa.. lagi satu, dah pandai hisap jari dah. Amboi.. tapi in his case dia hisap sarung tangan dia aje lah. baru kantoi minggu lepas.
  • Boleh berubah-ubah kedudukan kalau dia tolak dengan kaki macam ni.
  • Sudah ada car seat dan juga stroller. Both bought @ Jusco Sunway Pyramid.
  • Need more new cloths lah. Iman cepat besar.
  • Pakai diaper brand Drypers Wee Wee Dry, size S. Bagus tau brand ni. Setakat ni Iman tak kena nappy rashes. Alhamdulillah.
  • Sleeps with dear Ibu.
  • Bangun 2 kali tiap-tiap malam to feed. Luckily, Iman tak menangis. Bila dia terjaga jam 2am & 5am, he just play on his own. Bila dah lama tu baru la dia buat bunyi :)
  • Less reflux, compared to when he was 1 month old
  • Less sleeping during day
  • His jaundice reduce very slow lah. I think it's almost totally hilang.
  • His paed is Dr Angelina tapi rasanya nak tukar Dr Ali. And his Ibu's gynae is Dr Delaila :)


  • Me, the Ibu
  • Sudah kembali bekerja after 60 days maternity leave and 3 days annual leave plus 2 days weekend and 1 public holiday
  • As at 2/12/2008, weight is 50kg. Need to reduce to 45kg, berat sebelum pregnant. Usaha tangga kejayaan. Lalalalalala.
  • Less sleep since Iman bangun nak main pukul 12tengahmalam. Bayangkan...
  • Did not take any jamu atau ubat traditional selepas bersalin. Bukan tak nak tapi anakanda ku cannot terima the ubat-ubatan since he's breastfed. Orang yang breastfeeding ni kena banyak pantang makan, mengikut kata ibunda ku tercinta. However, during checkup last week, the peranakan or rahim is already back to it's place and sudah kecut.
  • Sedang gigih membuat stok EBM untuk anakanda Iman. Jumlah yang berjaya diperoleh tak tentu. Kadang-kadang dapat 11 oz (cth semalam, agak kurang sebab Iman breastfed), kadang-kadang dapat 20 oz (cth masa hari pertama kerja, susu mungkin ada extra sebab Iman tak breastfed direct). Currectly in the fridge ada dalam 20++ aje. Sangat teruja dan termotivated dengan seorang Doc yang dapat buat stok EBM sebanyak 250 dalam masa 2 bulan. Huh, banyak gile wei.
  • Nak potong rambut. Panjang sangat dah.


  • Husband, the Ayah
  • Tak berubah, keje balik lambat jugak tiap-tiap hari. Apesal la hari-hari banyak kerja.
  • PC dia buat hal lagi laa
  • Bila dia ada kat rumah, dia akan jaga Iman, tukar diapers, mandikan Iman, pakaikan baju.
  • Oh ye, dulu dia yang cuci uri dan tanam. Semuanya DIY
  • Rasanya sudah makin kurus :(
  • Wednesday, December 10, 2008

    ;p

    I love breastfeeding!
    sorry, saje nak announce ;p

    Tuesday, December 09, 2008

    Ape rasa 2

    Soalan biasa orang tanya kepada orang yang baru balik dari maternity leave adelah:
    • bila masuk kerja?
    • dapat anak apa?
    • anak nama apa?
    • anak tinggal kat sapa?
    • selepas mendengar jawapan soalan di atas mereka akan tanya, rumah mak mertua kat mana?
    • bersalin normal ke caesar?
    • ada ambik apa-apa tak (cth epidural)?
    • senang tak bersalin?
    • banyak tak dapat susu?

    Empat soalan terakhir tu selalu ditanya di surau (semasa tengah menge'pump'). Jawapan standard kepada soalan di atas:

    • baru hari ni
    • anak lelaki
    • Iman.
    • tinggal dengan mak mertua
    • seberang jalan je, dia dok rumah kakak ipar masa cuti sekolah ni
    • normal. ambik pain killer, induce & gas je.
    • tak tahu lah senang ke tak. masuk kol 9.30pagi, kol 2ptg bersalin.
    • Alhamdulillah, dapat la dalam 13 oz.

    Ada masa-masa tertentu rasa bengkak you-know-what, which is waktu biasa Iman menyusu. So, kena adjust masa menge'pump'. Sebut pasal menge'pump', I need more ice pack. Dah order dengan MomsLittleOne. Will share later how I store my EBM.

    Oh ye, tak lambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha!

    Ape rasa?

    Selepas 66 hari away dari office, aku lupa yang kat tempat kerja ada pintu kat tengah, which is pintu utama to enter the parking area. Dan bila nak login to system, aku lupa password, which needs me to reset my own password. Boleh tak macam tu?

    We (Iman and I) woke up at 5am. Iman macam tahu je Ibu dia nak tinggal dia pegi keje. Masa pakaikan Iman baju, I said to him "Ibu mintak maaf, sayang. Ibu bukan tak nak jaga Iman tapi Ibu kena kerja." Cannot stop my tears lah. Adoi.

    Sebelum keluar dari rumah, Iman menyusu. It was 7am tapi Iman still nenen. Hati ibu mana yang sanggup nak suruh anak dia berenti dari me'nenen'. Kesiannya anak Ibu.

    Dan, masa bawa Iman ke rumah singgahannya, aku terpaksa berhenti kejap kat tangga. Kena pujuk hati sendiri, not to cry. Lepas serah Iman, cepat-cepat aku keluar dari rumah tu. Sape tak sedih tinggal anak. Rasanya Iman ikut Ibu dia kot, mudah menangis. Iman tak nangis tapi mudah bergenang air mata.

    Dan sekali lagi dalam kereta, meleleh nangis. Tak boleh nangis depan Husband, nanti dia suruh berhenti kerja. Aku boleh je nak berhenti kerja tapi ada ke orang nak bagi free 2*** kat aku tiap-tiap bulan for me to joli katak? Just kidding. Not joli katak lah. Tapi itu lah hakikatnya, terpaksa, bukan sengaja. Maafkan Ibu ye sayang.

    Wahai jam, cepatlah 5.30...

    Monday, December 08, 2008

    Hmmm...

    Esok start keje. Bermakna, esok kena tinggal Iman. Oh dunia..

    Friday, December 05, 2008

    Bila tak kerja

    Ada orang tanya "Hari-hari buat apa kat rumah sorang-sorang dengan baby?". Saya ada fixed activities. Kadang-kadang rasa macam tak cukup masa.

    6am - Bangun tido. Iman bangun 15minit awal. Main-main dengan dia jap. Iman menyusu.
    7am - Siapkan sarapan untuk suami. Sarapan sama suami. Sent him off to work. Hantar sampai takat pintu rumah je :) Kemudian tengok cite Early Edition.
    8am - Isnin hingga Khamis, tengok Putri Yang Terbuang @ Astro Prima
    9am - Siapkan air mandi Iman. Mandikan Iman. Lepas anak mandi, bonda pulak mandi.
    10 am - Tidurkan Iman. Tengok tv. Surf Internet. Basuh baju Iman (handwash), basuh baju kotor (machine wash)
    11am - Buat kerja rumah. Kemas dapur, ruang tamu dan bilik, alternately.
    1pm - Iman bangun. Main dengan Iman dan bagi dia minum.
    2pm - Melepak depan tv. Tengok tv (biasanya maraton Oprah), surf Internet.
    4pm - Get ready untuk tengok Puteri Salju. Bersambung dengan Mutiara. Sambil-sambil main dengan Iman. Iman menyusu tak ikut masa. Aku pon bagi dia on demand.
    6pm - Siapkan air mandi Iman. Mandikan Iman.
    7pm - Masuk dapur. Masak memasak.
    8pm - Husband is home! Turn dia lak main dengan Iman, tukar diapers, bagi susu (guna botol).
    9am - Iman tidur. Makan malam. Ye, aku tak ikut diet yang kena makan before 7pm. Makan malam aku ikut time suami balik dari kerja. Dan iye, dia balik lambat :(
    10pm - Melepak depan tv, borak-borak dengan suami. Waktu tido bergantung kepada ke-mengantuk-an mata ni :)

    See.. kan terisi masa aku kat rumah :) Oh ye, itu aktiviti hari Isnin - Jumaat. Hujung minggu tak tentu. Sebab kadang-kadang keluar, kadang-kadang pegi rumah kakak ipar, kadang-kadang dok rumah.


    Ok, I leave you with this beautiful pic. Iman hold my hand :)


    Tuesday, December 02, 2008

    Day 60

    Finally, it's already day 60. Kejap je. Pejam celik, pejam celik dah 60 hari. Bermakna, Iman sudah 60 hari. Dah besar dah anak Ibu :) When it's day 60, maknanya, I should start work tomorrow. Tapi, sebab sayang nak tinggal Iman kat orang, aku sambung cuti lagi 3 hari. Tak boleh nak bayang, kurangnya masa aku dengan Iman besok :( I wish I can raise him on my own. I wish. My only wish.

    Had another visit to Dr Delaila's. Lepas tu, kami ke Subang Parade. Oh, hari ni hari pertama aku drive. Lepas 40 hari dulu, my mom didn't allow me to drive. She was my driver sampai la aku balik KL. Selepas 59 hari tidak memandu, rasa mcm lain je kereta tu. Lepas ni kena beringat, kena bawak slow sket, sebab ada Iman kat sebelah. He was sooooo 'berjurus' (baik, tak meragam) all the way to SJMC (walaupon dah tukar nama jadi Sime Darby Healthcare, it'd take years to lembutkan lidah panggil dengan nama tu). Anyway, Iman memang anak yang baik. Alhamdulillah.

    Hmm.. Iman changes my life, our life. My life changes a lot. Keutamaan sekarang adalah Iman. Banyak beza dulu dan sekarang.
    • Dulu, boleh makan suka-suka hati, tak ada pantang. Sekarang, nak makan apa-apa kena pk Iman, sebab Iman menyusu badan penuh.
    • Dulu, aku ni boleh kata sleeping-beauty-queen. Sekarang, tak boleh tido suka-suka hati, sebab kena attend Iman yang nak main dan menyusu.
    • Dulu, aku pakai 27" jeans. Sekarang, tak muat dah, dah tambah beberapa inci. Oh my. Ha, sejak balik rumah sendiri nih, berat turun 1kg. Maklumlah, kat rumah mak, aktiviti wajib adalah makan :)
    • Dulu uniform XS. Sekarang, naik 1 size sebab tak boleh butang atas. Maklumlah, size kat atas tu tambah beberapa inci. Oh ye, Mothercare nursing bra sangat best. Cuba lah :)
    • Dulu, tido peluk Husband. Sekarang, tido peluk Iman.
    • Dulu, kalau keluar pegi mana-mana, boleh gerak suka-suka hati. Sekarang, kena cari lift atau jalan yang boleh guna stroller. Yang pasti bukan tangga, any type.
    • Dulu, kalau makan kat luar, kejap je. Sekarang, kena gilir-gilir pegang Iman, kalau dia tak nak dok dalam stroller. Jadi, masa makan pon jadi panjang sket.
    • Dulu, kalau shopping, pusing la berapa lama, berapa kali, no hal. Sekarang, semua tu kena cut sket sebab kadang-kadang Iman merengek nak susu. Jadi kena la cari tempat duduk untuk bf dia. Ada sekali tu, tak sempat nak tengok harga milo, Iman nangis nak susu. Last-last main ambik je. Sekali tengok resit milo tu RM20++. Fuh.

    Ok, itu aje. Ada lagi tapi nanti-nanti lah :)

    Monday, December 01, 2008

    Ada apa dengan BF?

    Ini soalan-soalan dan ayat-ayat biasa yang ditanya:


    "Tak bagi susu botol ke?"
    "Habis tu kalau kerja camane? Anak nak minum apa"
    "Susah la kalau tak bagi susu botol, kalau nak pegi mana-mana susah."
    "Beli puting la kalau anak asyik nak menyusu"


    Persoalannya, salah ke kalau aku nak fully breastfeed? Kenapa masih ada orang tak tahu khasiat susu ibu? Atau, masih belum dipromosikan secara besar-besaran?


    Yang paling tak suka adelah bila ada orang suruh aku bagi puting kat Iman, semata-mata sebab Iman suka menyusu. He's only 59 days lah. Lagi sehari cukup sebulan. Biar lah dia minum.


    Setelah beberapa outing dengan Iman, I have to say this. Setiap mall, besar atau kecik, kena buat 1 baby room. Kecik pon tak pe. Susah untuk BF-mommies nak BF anak. Bukan sahaje mall, airport pon kena buat (ke ada tapi aku tak tau?). Tak pasal-pasal aku kena BF in public kat LC*T. Takde masalah tapi memerlukan tempat yang selesa, at least kerusi yang selesa dan tak lenguh belakang.


    Lagi satu, new mom kena explain kat husband and family how nutritious breastmilk is. Tak semua orang tau khasiat susu ibu. Dan tak semua orang tahu that BF in public is not that difficult dan menyiksakan. We only need a comfy place to do our stuff. We know our babies best. Tak ada orang kenal dan tahu anak kita lebih dari kita. So, kita boleh bagi dia keselesaan untuk menyusu. Kita akan tahu bila anak kita tak selesa.


    So, people, pls give full co-operation to all BF-mommies out there. Ok!