Thursday, January 29, 2009

Iman @ his 1st balik kampung

Office politic

is bad, ok.


pic courtesy of Cartoon Stock

Wednesday, January 21, 2009

Talent from nowhere

I keep on playing the AJL clip since morning, yang ada Wada dan Jac. Tapi nak dengar Wada nyanyi aje. OMG suara Wada, mantap I tell you. Even masa Idola Kecil hari tu pon my MIL pernah kata "Budak suara sedap tu nanti nyanyi lagu apa". Hahaa.. she is Wada's #1 fan. See.. how the Idola Kecil can attract nenek-nenek punya attention.

On the other part, I think laa, Wada ni kalau dia habis belajar, SPM ke Uni ke, boleh ganti Siti ni.. hehehe..

Tuesday, January 20, 2009

Ungu - Tercipta Untuk Ku

I've been listening to this song for 2 weeks. Lepas format laptop ni pon, this is the only song that I copied into the folder. Dedicated to my other half :) :)


On our Nikah day, a year ago


Sunday, January 18, 2009

Shhhh...

Baru je download terbaru ke pc. Tetiba ternampak gambar ni. Lawak la pulak.. Kuikuikui..

Klik gambar untuk tengok.

Oh ye, congratulations to pemenang AJL. Tak tengok sangat sebab takde favorite song yang masuk. Tapi sempat tengok Stacy. Best. Siti, tahun ni masuk lah bertanding balik ye.

AI8


the phenomena begins!

Friday, January 16, 2009

List of hope

Nak buat tag lah hari ni :) Tag dari bonda Nuha.

NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK BABY/BAKAL BABY:


  • saving untuk education dan juga ambik insurans untuk Iman.
  • buy and read him books. I loike.
  • sihat-sihat sokmo ye anak Ibu.

NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK SUAMI TERCINTA:

  • improve masakan, dan juga pelbagaikan lauk lauk utk bb
  • nak jadi Ibu yang baik untuk Iman dan juga wife yang kiut dan comel hahahahaha
  • bagi 2 aje boleh tak?

NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK DIRI SENDIRI. Summarize dari list ini:

  • nak maintain berat @45kg
  • full and exclusively breastfeeding Iman
  • nak kurangkan shopping la

NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK KERJAYA:

  • siapkan kerja dulu baru melaghaa.. nampak sangat la skang ni melagha dulu baru buat keje
  • nak mintak naik gred boleh tak boss?
  • ini pon bagi 2 je la deh.

SILA UPLOAD 3 KEPING GAMBAR ANAK ANDA DAN SEKEPING GAMBAR ANDA BERSAMA ANAK ANDA. LATEST PIC AS AT 2009.

I give you package of our piccies.. hehe..

Sama tak?? Sama kan?? Hehehe...


I leave you with this video. This lil one woke up as early as 5.30am untuk main. Lepas ibunda kemas barang-barang Iman (susu, baju and what-not), he was brought to his room to get diaper changed. Lihat lah si kecik ini aktif pagi-pagi buta. Dia ada habit, macam tau je kalau orang nak record video, dia akan pandaaaaang je camera/hp tu. Aiyaaa Iman..


Jumaat

Israel semakin angkuh. Bekalan makanan dan ubat-ubatan disekat. Orang awam dibom suka-suka hati. G*** betul la diorang.

Tapi apakan daya kita kat Malaysia ni. Patutnya boikot habis-habisan barang-barang yang ada sangkut paut dengan Israel tu. Tapi ini tak, iklan K*F*C ada lagi kat radio. Beli barang made in Thai*land la jawabnya. Dan, di Pro*on, ada buat derma untuk meringankan beban umat Islam di Gaza. Walaupon tak seberapa, tapi berkat doa dan bantuan yang tak sebesar mana itu, diharap dapat membantu sedikit sebanyak. Wakil Muslim Care Malaysian Society akan bertolak ke Syria untuk ke Palentine Ahad ini, membawa bersama wang yang didermakan. Semoga, roh-roh mereka yang terkorban di Gaza, dicucuri rahmat-Nya. Amin.

Selingan
Semalam aku pegi pasar malam. Mahalnya sotong putih. RM16 sekilo. Ikan pari 2 keping kecik RM4++. Mak aihhh... Itu belum ambik udang lagi. Udang tak tahu lak berapa sekilo. Yang pasti, duit not 50 yang aku bawak semalam, berbaki RM20 sahaje dengan hanya membeli sotong 1/4 kg, ikan pari 2 keping, keropok sikit, pisang 1 ikat, lauk siap masak 2 jenis. Tanpa ada barang-barang yang tergatal tangan nak beli.

Thursday, January 15, 2009

Busy body

I tried to melupakan apa jadi antara mereka tapi cuba baca ni. Hmmm... semuanya macam dah tertulis dalam skrip. Masa kena interview dalam WHI dan juga phone call interview dalam Melod*, macam tengah rehearsal baca skrip pon ada. Huhuuu.. sorry.

Kepada si pelakon muda itu, saya memang tidak kenal awak kalau bukan sebab kes awak kena gossip dengan si lelaki itu. Sebab benda-benda yang jadi, baru la saya kenal awak. Tak tahu siapa salah tapi yang pasti kalau tak, masakan pokok bergoyang. Lalalalalalaaaa

Sunday, January 11, 2009

Happy birthday!

Siti Nurhaliza :)

dan juga, selamat hari ke-100 untuk kesayanganku, Iman. Get well soon ye sayang. Mmmmuah!

Oh yee... saya mahu
  • buat cupcakes
  • format laptop nih. ayoo
  • kitchen cabinet sebagai 2nd office at home. oh..
  • iman untuk sihat, bebas dari demam batuk selesema.

Ok itu aje.

Thursday, January 08, 2009

Bila dah 3 bulan

Lately, Iman sangatlah banyak minum.

Masa MIL jaga dulu, dalam last week macam tu, I need to topup 1 oz to make 4oz and prepare 3 bottle for him. Sebelum ni, dia minum less than 3 oz.

Minggu ni, he stays with new babysitter, and he demand another bottle of 4 oz. OMG anak ku dah semakin banyak minum. Alhamdulillah. Tapi aku risau takut stok EBM tak sempat nak supply demand Iman yang semakin tinggi. Semalam, balik rumah terus kira berapa EBM in stock. Dan as of now, ada 36 bottle/bag. Harapnya cukup lah. Orang kata bbBoy kuat minum. Ye la kot. Kena tingkatkan usaha nih.



Wednesday, January 07, 2009

First wedding

Last weekend, kami attend satu wedding di KL. And it's Imah's first wedding! Wah, anak Ibu dah attend wedding. Sepatutnya ada satu lagi wedding kena attend on 20-Dec kat PD tapi tak dapat pegi sebab ada hal lain. And, we're looking forward for another 2 weddings, both at Kelantan, this coming CNY holidays.

OMG. I love attend weddings. Tak tau nape. Kalau ada family members yang ajak pegi meminang atau join the rombongan pengantin, aku akan rasa sangan seronok. At a wedding we can see only happy faces. Wajah happy pasangan pengantin, wajah gembira dan lega ibu bapa dan ahli keluarga pengantin, wajah tetamu yang hadir kekenyangan, wajah kawan-kawan pengantin yang berseri-seri bila bergambar dengan pengantin. Kanak-kanak kecil yang memeriahkan satu-satu wedding.

Contohnya yang kat bawah ni. Ahaks.. ada je yang mencuit pipi Iman yang tak setembam mana. Everybody loves babies. Who doesn't, kan?



Tuesday, January 06, 2009

Baby baby

Congratulations to Ila & husband and Irhan & husband
for their 2nd on 1st Jan and 1st on 5th Jan, baby boy, respectively

dan..

Congratulations to Kak Pah & husband
for their lil girl, Auni. Keep on expressing the milk kak Pah. jangan putus asa ok?

Stop the war


Today, war doesn't bring anything but death of innocent people.

Malam tadi Dr*M cadangkan Malaysia untuk boikot matawang U*S dan barang-barang keluarkan negara Uncle Sam tu. Tapi mana mungkin. Malaysia nih dipenuhi barang-barang negara itu. They control the world. Dan semalam juga, dalam M*H*I Dr Chan*dra Mu*zaffar berkata, kemungkinan serangan kali ni adalah untuk membalas dendam kekalahan mereka di tangan tentera Hizbullah pada tahun 2006.

Beberapa kali aku nangis malam tadi, even now, bila tengok yang terkorban tu kanak-kanak. Malam tadi, dalam Buletin*Utama, dia tunjuk kanak-kanak yang cedera akibat serangan bom Yahudi yang tidak diakui oleh Allah swt, ke hospital dan ditangan mereka ada anak patung.

Tapi mereka, tentera di Gaza dan Lebanon (Hisbullah) telah berniat untuk syahid. Mereka tidak berani mati. Semoga roh-roh mereka yang terkorban dalam serangan tentera Yahudi Is*rael ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amin. Alfatihah.

"Ya Allah, sepertimana Engkau menghantar burung-burung Ababil untuk menghancurkan 60,000 tentera bergajah Abrahah ketika mereka dengan angkuhnya mahu meruntuhkan Kaa'bah, bantulah saudara-saudara kami di Gaza, Palestin, tanah yang dibuka oleh Sayidina Umar r.a pada tahun 636M Ya Allah dari rejim Zionis. Amin."

Saturday, January 03, 2009

^__^

Congratulations Imah & Husband
wah cantiknya pengantin, very black and maroon :)
Kena tag dengan Ina. Ok, let us know each other better :) Here's about me.
  1. Aku suka makan. I love buffet so much. Makan banyak tak hengat. Tapi ada benda aku tak suka dan tak makan. Tak suka/makan (a) sayur yang berwarna hijau (b) organ dalaman macam hati, paru, perut (c) durian ye, memang tak nikmat sebab tak makan raja segala buah tu (d) anything with cafein, obviously i.e nescafe, coffee. So tak boleh belanja saye Starbuck. Pian kata aku pelik. Dan, sangat suka makan (a) coklat, segala-gala choc-based (b) aiskrim (c) Marigold Peel Fresh Orange. Kadang-kadang ke kedai semata-mata nak beli itu je (d) My mom's daging masak kicap. OMG, sedapnya sehinggakan I'll strictly told my mom not to make that lauk. Sebab, aku boleh tambah nasi berpinggan-pinggan (e) Buah jambu batu (f) Air kelapa.
  2. Selain makan, aku juga suka masak dan baking. Walau tak sehebat mana, tapi aku suka. Percaya atau tidak, walau selewat mana, kalau tak penat, aku akan masak untuk suami. Aku tahu buat spaghetti bolognese tapi tak pandai masak gulai. Aku tahu moist choc cake tapi aku tak pandai buat kueh melayu. Bukan tak nak, tapi tak menjadi :(
  3. Suka kebanyakan movie Walt Disney. To name a few Nemo, Enchanted, Bedtime Stories. Juga suka cerita-cerita yang bergenre-dont-know-what-call i.e Legally Blonde, My Best Friends Wedding. Both are my fav. Tengok banyak kali pon tak pe. Kalau sequal movie pulak Harry Porter dan juga LOTR. Tengok banyak kalu pon no hal.
  4. Minat sangat dengan KRU dan Elite, masa zaman sekolah dulu. To be precised, Yusri dan Abby. That's why I follow almost all their stori-mori. I even sent Abby kad raya masa aku form 1. Pastu masa sekolah berkawan dengan orang yang juga suka Yusri. Hahahaha.. saiko betul.
  5. I can shopping alone. Rasanya kalau aku shopping sorang-sorang, boleh pokai. Kalau sorang, I can take time to belek-belek as long as I want. I also can tawaf tempat-tempat fav, now baby dept lah. Mula-mula tengok kat rack A, then B, etc etc. Then I can go back to rack A again. Hihiii..
  6. Walau aku ni bersize XS, tapi aku ada red tip belt dalam taekwondo. Red tip tu biru tip merah. Lepas merah, hitam. Pernah cuba sparing masa uni time tapi sekali je sebab tak tahan sakit. Habis bengkak-bengkak kaki. Oh ye, Emeltz Yoko Yoko tu menjadi lah :)
  7. Aku ni tak ramai kawan. But I am loyal to some close friends. Macam maksud nama aku, Wafaa, yang bermakna setia. Ecececece.
  8. Sangat yg sangat beremosional. Maknanya, kalau ada apa-apa yang menyedihkan depan mata, aku pon turut sama menangis. Cth kalau ada orang buang bayi, walaupon aku baca paper je, bergenang je air mata ni. Terbaru, baca berita pasal Adik Akmal, bayi yang terjatuh dari buaian kat nurseri masa umur 3 bulan. Sejak hari tu, dia sangatlah menderita. Dan, orang yang tak bertanggungjawab tu, tak dikenakan apa-apa tindakan. Sedih sangat. And I was in the office masa baca cerita tu, dan *sob sob* sorang-sorang sambil kontrol takut orang dengar.
  9. Oh, saya sangat suka tengok TV. Sepanjang berpantang, tv la peneman setia aku kalau Iman tido. Tv peneman setia aku dari dulu. Sambil-sambil bersantai depan tv, aku surf Internet.
  10. Pasal cinta pulak, aku mula kenal dan seterusnya bercintan-cintun dengan Husband masa umur 19 tahun. Masa tu dia kat Jepun, aku kat Arau Perlis. Kami berhubung melalui email, hantar e-card, chat dating, surat dan kadang-kadang dia telepon. Dan, masa dirisik dulu, rupanya arwah suami nenek saudara aku pernah berkahwin dengan mak saudara dia.Laaa... keciknya dunia. Kami tunang Oct 2006, kawin Oct 2007 dan Iman lahir 4 Oct 2008 :) Oleh kerana Oct bulan banyak peristiwa, jadi, aku buat 10 point je lah :)

Friday, January 02, 2009

BF - the preparation

Ada orang tanya, what is the preparation for breastfeeding-working-mom. Specifically, kalau nak express the breastmilk, what to have and to do.

Jawapan dari saya, a new working mom who express the breast milk at the office.

  1. A bag that can store your EBM (express breast milk). Make sure the bag can fit all your equipment. Equipment = bottle, chillers, pump. Dan yang paling penting, tahan sejuk to keep your EBM.

  2. Bottle. Ini untuk simpan EBM. Kalau EBM mewah, bawa lah extra botol. Ada botol yang 4 oz, ada juga yang 9 oz. Me? Bawak 2 botol 4 oz dan 1 botol 9 oz. My EBM is around 15 to 20 oz. So, muatlah 3 botol tu. Normally, the 4 oz can go until 5 0z EBM and 9 0z can go until 10 oz. Balik rumah I keep the EBM in the bottle and storage bag.

  3. Chillers. Beli yang tahan lama, up to 8 hours. Mula-mula aku beli ice pack dari Guardian. That one tahan sampai tengahari je. Then I bought Coleman chillers. Ha, ini tahan lama. Sampai petang sejuk. Kalau tak jumpa kat kedai, you can purchase online from MLO. Click here to see the rupa bentuk.

  4. Pump. In the market, there are various brand and type of pump. Kalau nak double pumping, you can get the electric pump. Me? Use manual pump, from Avent. Sangat berpuas hati.

  5. Dan, tak kurang pentingnya, cloth. Ini untuk mengelap apa-apa yang patut. Susah gak kalau tak ada.
Those things are the least thing you have to have to express the milk. Some 'pengusaha-pengusaha EBM' at my tempat kerja, simpan botol-botol dalam bekas khas, macam tupperware yang bukan brand Tupperware. Itu kalau bag is big enough to masukkan that thing. Ada juga yang bawa reading material. Dan ada juga yang bawa laptop, sambil pump sambil tengok movie. Pump session is taking about 15-20 minutes. Kalau keluar bukan macam shower, it'll take longer.

So, hope this helps.

Thursday, January 01, 2009

Welcome 2009!

Happy new year 2009.

We don't go anywhere. Dok rumah je, tengok Bedtime Stories. Best! Dan, ada tetamu datang. Watie and family dan Jijan and family. Thanks for coming, datang tengok Iman. Tengok mak dia sekali. Huhuuu.

Oh, a good beginning of my 2009. Finally, I get back to my normal weight 45kg, without any diet program. Thanks to breastfeeding *grinnnnnnnnnn*

Semoga semua azam baru kalian tercapailah hendaknya. Amin.