Thursday, April 30, 2009

Kawan sekolah SPM 99

Sebelum lunch semalam, i received a phone call from my ex-classmate-then-now-my-colleague-tapi-lain-division. He said "Wafaa, kawan kau kata kau sombong". Kawan? When we said kawan, it means kawan satu sekolah yang kerja sama tempat. "Kawan???" He replied "Auditor kat Finance tu". Aku pon "Astaghfirullah... aku dah agak dah." The auditor-friend met up with him dan bagitau "Apesal Wafaa sombong aa? Pandang aku macam tak nak pandang je". Wahahahaha. Aku takut salah orang la weii

Fyi, kawan kitorang yang tu dah setengah tahun kot dok wat kerja-kerja meng'audit' kat sini. Hari-hari aku nampak dia kat kantin. Hari-hari aku akan cakap kat kawan aku yang satu ofis "Dia ni kan macam muka kawan sekolah aku la".

Rupanya betul. Haiyaaa..

Kenapa aku tak berani nak tegur? Sebab, it has been 10 years since we left school (SPM 99) and then only now i met him. Dulu masa sekolah selalu pakai seluar merah, now dah smart dah, takde seluar merah dah ^_^. Skang dah pakai kemeja and slack dah. Tak cam siot. Hehe. Keciknya dunia ni.

Regards,

Tuesday, April 28, 2009

How i prepare iman's food


  1. Combined of carrot puree and blended baby rice
  2. Combined of apple and plum puree with blended baby rice
  3. Plum puree
  4. Bekal harian untuk Iman
  5. Combined of plum puree and blended baby rice
  6. He has big appetite.
  7. Blended baby rice and apple puree
  8. Potato puree

Dah lama nak share cerita pasal Iman dan kawan-kawan makanannya. Ye, Iman ada kawan baru, iaitu makanannya. Macam-macam ada. Carrot, apple, plum, pear, bayam, pisang, potato.

Homemade and homecook Food. Kenapa aku memilih untuk d-i-y? Sebab minat, suka, dan sudah tentu rasa rewarding. Rewarding? A'a ada sedikit rasa rewarding feeling. Bila sudah memilih homemade food untuk Iman, physical dan mental mesti mau kuat. Sebab, the preparation of it can take considerable time, knowledge and effort. Yaa.. time and effort plus knowledge. Sebetulnya, kadang-kadang memang rasa penat. Balik kerja, amik anak, masak, basuh semua bekas susu + makanan, siapkan bekal untuk Iman untuk the next day, kerja rumah lain, layan anak layan suami. Sebab itu physical mental kena kuat. Walaupon ada yang awal-awal lagi dah bagi cadangan "Nanti beli nestum, bagi Iman makan", I remain silent. Lain orang, lain cara.

Solid food pertama Iman adalah pisang. Blended banana with EBM. Kenapa aku pilih pisang? Kerana pisang sangat berkhasiat, dan juga it's very easy for Iman to digest, InsyaAllah. Tapi anak ada masalah constipation, boleh try food with high fibre macam apricot, prune, plum, pear, peas.

What is my preparation? As a new mom, I did a lot of reading. Beli buku, magazine, Internet (sangaaaat bagus la www founder nih) dan last but not least, tanya colleagues. The magic word is knowledge. My personal opinion, I need knowledge. Kalau ada buku "Baby food preparation for dummies", aku beli beli tuh. Secondly, barang-barang or gadget-gadget untuk buat makanan bayi ni banyak. I use blender (tak beli food processor sebab blender kat rumah ada 2 biji), bekas nak isi puree, pen and salotape for labelling purpose, the cleanser (same thing used to prepare EBM). Ape lagi ek? Itu je kot. The bahan-bahan untuk makanan - sayur dan buah. Ada buah-buah dan sayur tertentu yang sesuai untuk baby. For Iman, I took from all resources.

How did i prepare the puree?

  • beli buah & sayur
  • basuh, under running water
  • prepare alat-alat untuk merebus atau steam - lain buah/sayur, lain cara. Steam is preferable. Rebus/steam, ikut masa yang bersesuaian.
  • drain and cool the buah/sayur. Kupas kulit, amik isi sahaje.
  • prepare blender dan bekas untuk isi puree. Bila dah sejuk buah/sayur, zaaaassss... blend. I like this process :)
  • Siap.

Senang kan? Senang je. Cuma, time and effort is the main criteria. Penat? Iye, rasa kepenatan tapi seronok.

Ok, tu sahaja nak kongsi. Harap dapat membantu siapa-siapa yang memerlukan. Terima kaseeeyyy.

Regards,

Monday, April 27, 2009

Yours truly


Ada orang email, mintak nak tengok Iman sekarang. So, here you go. Iman takde la banyak berubah dari last posted pic here and here. Cuma yang kat atas ni semalam dan kelmarin. Note that salah satunya adelah pose sexy my lil boy. Muahahahah.. sexy tuuu but featuring the badak biru yang montels. Ngeeee.

Ok. Daaa..

Regards,

Milo ais, e-filling & Drypers

I am so addicted dengan milo ais yang dibuat oleh seorang kakak kat kantin office. Milo dia extra. Tak manis, tak tawar. Cukup. Oh kakak, lain kali buat lagi sedap-sedap ye kak. So addicted sampai kan 2 bungkus aku beli tiap-tiap hari. Kalau tak sempat makan, milo ais tu pon dah cukup untuk buat alas perut.

Akhirnya, aku ada gak no pin untuk buat e-filling. Ngeee.. last minute, i know.

Drypers Wee Wee Dry 84 pc is only RM34. Kat mana? Kat Tesco.


Regards,

Wednesday, April 22, 2009

Earth Day

pic courtesy of Hinton Library

It's April 22, Happy Earth Day everyone! Hari untuk menghargai Bumi. Tapi tak perlu tunggu 22 April. Everyday should be the Earth Day. Apa yang kita boleh buat, untuk selamatkan planet kita? Banyaaaak.
  • Simplest thing - BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH. We have to educate orang-orang dewasa pasal ni. The kids maybe being educated at school. Tapi sekarang, alllll over the world, kat bandar ke, remote area ke, tak kisah la mana, ada je nampak orang buang sampah, walaupon hanya sweet wrapper, padahal kat sebelah tu ada je dustbin. Sakit hati aku tengok.
  • RECYCLE. Kalau kat rumah tu ada banyak resit @ bil @ apa-apa aje yg paper-based, taruk dalam 1 tong @ bekas @ apa-apa aje, dan, masukkan ke dalam recycle bin. Tapi susah nak nampak recycle bin kat negara kita.
  • Tolong laaa JANGAN BAKAR SAMPAH. Stop burning allll your sampah sarap. Asap tau tak? Asap. Makin nipis la ozon.
  • TANAM POKOK. Tak perlu tanam pokok durian or rambutan, tanam apa-apa yang kecik-kecik pon ok. Tapi, kami tinggal di apartment, so got no tanah to plant any pokok. So, we need to plant in a pasu.

Rasa macam environmentalist la pulak.

Ohhh barang yang dipesan dah pon sampai. Thanks darl~~ . I have made entry for this here, pasal Iman dan foodie foodie.

  1. Philips AVENT via Gourmet set or One system - many options. Nama lain tapi benda dia sama je. Oleh kerana makanan Iman aku buat sendiri, so I need this to keep Iman's pureed food. No testimonial yet. Belum test.
  2. Ini cute. Brother Max small food container. Juga untuk simpan pureed food. Design dia sangat cantik. Sangat cool ok. Ekceli, ini kira bonus sebab I actually want MAM feeding set, blue. Tapi tak ada so, she bought the cute food container.

Aku heran kenapa kat luar Malaysia the range for baby's stuff sangat banyak dan sangat comel.



Regards,

Tuesday, April 21, 2009

^_^

Tak boleh tahan nak gelak bila baca Elly tulis pasal Insyirah. Read here.

After fifteen minutes or so, Insyirah started walking towards me all dressed up in white, blue and light green flowery dress WITH maroon and green and pink stripy legging

She was dressed up by his daddy. Aku taktau la camane agaknya kalau Iman dipakaikan baju oleh Ayahnye. All this while, aku yang prepare baju untuk Iman pakai lepas mandi. Even kalau Husband yang jaga Iman kat rumah, if he's on annual leave. Prepare semua-semua including diapers, baby thingy like lotion, baby oil, baju. Letak siap-siap atas katil, so that Husband tak payah cari-cari dah.

OMG sorry Insyirah sayang... Auntie cannot tahan nak gelak :0

Regards,

Sunday, April 19, 2009

Weekend random

Pureen Stock Clearance
Went there on Saturday morning. Orang ramai. Iman dok dengan Husband. Jalan-jalan sana sini. And of course I am the one who merempuh orang ramai yang dok memilih baju etc etc. Grabbed a few stuff for Iman: baju, pillowcase, towels, handkerchief, wet towel, socks, bibs.


Bosch
Husband purchase a new tool. Kali ni dia pilih Bosch. Pricey but worth. Sebelum ni dah ada satu tapi bukan brand Bosch. Pakai setahun rosak. Tapi rosak di tangan orang lain rasanya jika dibandingkan rosak di tangan sendiri. Oh, itu bukan gambar tangan Husband. Itu gambar mat saleh mana ntah :)



Iman
He now actively move forward dan boleh ke biliknya sendiri. I was ironing stok baju kerja untuk seminggu at his room (so called 'his' room la sebab memang dulu sediakan bilik untuk dia) dan tiba-tiba Iman muncul di depan pintu sambil tersengih-sengih ^_^


And, I have a great Sunday, relaxing at home with anak dan suami. Oh, it's so syurga dunia for me.

Regards,

Friday, April 17, 2009

Jumaat

Went to Putrajaya to submit borang berkaitan pencen my late dad at JPA. Tak pernah ke Putrajaya during working days, kereta penuh at all buildings. Siap ada yang park kat tepi jalan besar dan ada seorang polis traffic tengah tulis surat chenta a.k.a surat sama. All went smooth. Ada parking kosong, macam tau-tau je aku nak datang ^_^. Ke 2nd floor, Bahagian Pasca Perkhidmatan. What is 'pasca' by the way? That dept is handling all the perkara yang berkaitan pencen, kalau tak silap aku lah.

It was almost 12 so, I headed to PKNS, nak tengok kain. Tapi kain yang dikehendaki tak ada, so I went to SACC. I know there's jualan murah Poney. I dont have enough cash in purse to memborong dan nak draw duit pon Q at the ATM panjang. Tak kuasa lah. Lagi pon, tak plan nak beli apa-apa pon. Nak tengok-tengok dan meramaikan majlis. Discount is up to 70%. Tapi rasanya yg 70% tu memang untuk yang dah sedia mahal. Setiap bahagian dah dibahagikan ikut umur. Nak beli gak sehelai dua untuk anak bujang tapi Q nak membayar tu panjang sangat. So, for those yang nak pegi, adviced not to bawak the baby ke dalam tempat yang crowded tu. Kesian. Orang himpit-himpit. Aku pon heran.

Oh, I saw mesin jahit Singer and I think it's cute dan menarik. Dan, selendang yang jual kat pasar malam dengan harga RM5 tapi kat PKNS dijual RM10. Kenape ek sampai dua kali ganda? Ooo kat PKNS tu harga tu termasuk harga sewa kedai. Ohhhh, sekarang sudah keluar majalah APARTMENT dan juga latest DAPUR from IMPIANA. Best.


Regards,

Thursday, April 16, 2009

Charlie bit me!

They're so cute and adorable.

Charlie bit me. Laugh. Ouch. Ouch. Charlie, that really hurt. Hehe



Regards,

Krisis bekalan makanan

Pagi tadi kira stok EBM. Risau la pulak. Memang krisis yang sangat teruk sekarang. Dulu ada 30 lebih. Now, stok hanya 17. Aku ada reason kenapa perlu ada sedikit kerisauan. Iman masih kuat minum walaupon dia dah di'introduce' to solid food. Ingatkan bila dah makan, takde la terkejar sangat nak buat stok. Tiap-tiap hari I'll make sure dapat express at least 16oz (equal to 4 botol) so that 3 botol untuk bekalan next day and another one simpan as stock. Tapi bila ada meeting dan discussion yang tak mengira masa, kena curi masa express kat rumah. Dan sudah tentu jadual harian pon akan turut sama berubah.

Dan Iman, hari-hari 4 botol of 4 oz EBM habis. Dan, 2 bekas bekal makanan pon habis. Oh, tak ada perkataan yang dapat menggambarkan how I loveeeeeeeeeee prepare food for Iman. I so enjoyed it. Semalam dan hari ni, I prepare him 2 flavor of bubur. One with apple puree, and one with carrot puree. Kenapa dua jenis? Kerana, semalam adelah hari pertama Iman was introduced to veggie. So, takut dia belum biasa, that's why aku bekalan sekali bubur with apple puree. Babysitter kata habis. Alhamdulillah.

Tapi, dengan stok yang dah jatuh menjunam, sempatkah nak memenuhi permintaan EBM Iman yang masih tinggi itu?


Regards,

Wednesday, April 15, 2009

Exora

Pro*ton first MPV will be launched at KL*CC (Kua_la Lum_pur Con_vention Cen_tre ye, bukan Suria KLCC ^_^) tonight, 15-Apr-2009. Dan, InsyaAllah ada live kat TV1 jam 9.15 malam nanti. Kepada yang dah tengok dalam e-mail atau mana-mana kat Internet, haaa malam ni boleh la tengok lagi sekali.

Dan, kami dapat T-shirt. Kena pakai besok. Oh, kena pakai ek? Tak pakai tak pe?

Oh ye, malam ni finale Mertua vs Menantu. Ehhh... takziah untuk Dynas kerana keguguran kandungan yang berusia 7 bulan. Al-Fatihah.

With love,

Mahal

Semalam ada pasar malam @ Sri*Manja. Apa yang aku suka pasar malam ni adelah yang jual makanan adelah Melayu. Surrounding yang selesa untuk membeli makanan. Ada 1 gerai, jual nasi kerabu, nasi dagang dan juga laksam. Untuk buat nasi kerabu, tak susah, tapi kalau setakat 2 orang makan, rasanya, baik beli. Kalau hujung minggu boleh jugak buat sendiri.

Isunya adalah, nasi kerabu lauk daging bakar (my grandma's is superb!) dan solok lada, without tumis (juga, grandma's is the sedap-est!), harganya adalah RM4. Mahal tak? Mahal kan? Kadang-kadang kurang faham kenapa orang boleh charge mahal-mahal. Nasi kerabu yang jauh lebih sedap yang aku beli dekat masjid dekat ngan rumah kat kampung, yang mana ada ayam bakar, tumis, dan bahan-bahan biasa dalam nasi kerabu, hanya RM2.50. Or mebi akan akan respons yang cakap "Daging mahal." OoooOO macam tu ek?

Tapi, how about laksam? I can get RM1 laksam with same quantity of RM2.50 laksam here, here in KL. Ape ke hal la mahal sangat weii.. Modal nak buat tu tak de la sampai kena naik Gunung Kinabalu nak cari bahan-bahan dia. Cekik darah betul.

Oooohh yee... Iman dah pandai nak bangun dari car seat. Talking about car seat, we need to get him a new car seat. Banyak option. One of them is this. He has been so active lately. Banyak benda baru dia belajar. And today, I introduce him the very first veggie - carrot. So orange :o




Ya Allah.. rindunya aku. Tapi hidup mesti diteruskan.


With love,

Monday, April 13, 2009

Sile jangan ambik

"Jangan ambik plastik sayaa.."



Gomol gomol.. cium cium.. hmmm eiii gigit kang.. ops.. takleh gigit.. eii geram laaa ^_^

Sunday, April 12, 2009

Which short is short?

pic courtesy of TheHairStyler.com

I love my long hair tapiiii sangat susah mahu mencuri masa untuk duduk dan buat apa yang patut pada rambut. It'd take me hours to dok lama-lama dalam bathroom to syampoo and hair-conditioning. Rasanya kali terakhir i cut my hair short was hmmmm.. 2004? Haa betul betul. Masa tu belajar lagi dan duduk menyewa. Dan bila dah biarkan panjang, sayang pulak nak potong. Huh... tapiii kena buat harakiri (bukan suicide dalam kes ini), potong pendek. Pendek means pendek.

Kadang-kadang susah mahu memuaskan hati seseorang tanpa meletakkan kepuasan hati sendiri. Apekah? To make someone's happy without hurting own feelings. Correct.

Tahniah kepada pemenang ABPBH 2008. Nabil excited sangat menang award utama sampai pegi peluk awek. Melopong Fafau. Hahaha..

Thursday, April 09, 2009

Latest pic of Iman

Iman dah sibuk dengan new lesson - merangkak - since he was 5 months 3 weeks.

Tangannya belum boleh menapak ke depan. It's either dia takut or belum cukup kuat ^_^ Tapi, pernah sekali dia showed off depan seorang awek, same age with him. Hihii lawak pon ada. Hmm nampak gayanya, nothing should be on the floor. Kalau tak, mesti akan dikutip dan dimasukkan ke dalam mulut. Even, malam tadi Iman berebut plastik keropok dengan Husband. He's so love plastik yang ada bunyi-bunyian. Cannot take his eye away from it.


This is the latest pic of him. I dont know when the eye lash is growing long. Tapi bila ditegur orang, baru perasan yang Iman punya eye lash yang panjang ^_^

Wednesday, April 08, 2009

Grief period, masih

I dont have anything to write but to share some last moments with my dad.
  • I applied 2 days (30th and 31st Mar) to balik kampung, spend time together with my family
  • 3 jam sebelum sampai kampung, my mom called, bagitau ayah penat. I cried in the car for 3 hours, with Iman on my lap.
  • Baba nak jumpa semua anak-anak, dan yang last sekali sampai rumah is my 2 sisters from Penang.
  • We then decided to send him to hospital. Tapi, aku terpaksa balik awal sebab suasana di hospital is not good for Iman. No, i dont blame my lil baby.
  • Baba was admitted to Wad 1. He looked so pale, tak cukup darah, doc cakap. So the next day, 29th, masuk 1 pain darah.
  • Petang 29th, aku tak dapat tengok baba sebab MIL nak pegi rumah adik dia. I blame myself sebab terpaksa ikut.
  • The next day, Isnin 30-Mar, kami adik beradik ke hospital lagi sekali. Since that day was public holiday, jadi kami hanya bawa birthday card untuk Mama, with all signatures of us (adik beradik) plus Iman and Husband. My brother went to KB to buy a big secret*recipe cake. The rest, went home to take some rest.
  • I was at my grandma's house when my mom called "Long, baba collapse. Tak sedar."
  • We rushed to hospital. Semua ada kat sana. Yasin recited. I peeked into the emergency treatment area in the ward, nampak dada Baba berombak-ombak. Fighting for his life. Deep inside my heart, I know, I'm losing him, sooner or later but I pray for him to be better.
  • Then the doc called my mom. Nampak, Mama ajar Baba mengucap kalimah syahadah. A few minutes later, Mama pandang aku dan geleng kepala. Lemah lutut. Innalillah. Aku ke katil, usap kepala Baba. Cium dahi Baba. Jauh di sudut hati aku, aku sangat-sangat berharap, ada kesilapan pada mesin-mesin yang ada di sekeliling katil. Sangat-sangat berharap agar Baba hanya tidur dan akan bangun kembali. Tapi ini semua kerja Allah swt, yang meminjamkan Baba kepada kami adik beradik sementara waktu.
  • Baba died at hospital, at 5.50pm dan selamat dikebumikan pada jam 11.30pm.

Sedih sangat bila mengemas barang-barang baba. Ada baki bubur nasi yang baba tak habiskan. Ubat untuk belah petang yang tak sempat baba makan. Kek yang tertulis 'Happy Birthday Mama' yang tak sempat baba rasa. Baju yang baba pakai pada hari terakhir nafasnya. Terlalu banyak kenangan. Tapi kita yang hidup ni, harus terus tabah. Semua orang akan menghadapi benda yang sama. Semuanya sudah tertulis di loh mahfuz. Dan kita, tak tahu bila akan dijemput-Nya.

Terima kasih, kepada semua yang datang menziarah. Kepada yang membantu mempercepatkan urusan pengebumian Allahyarham baba.

And, I've lost 3kg, semenjak hari itu. Masih di awan-awangan, untuk menerima semua ni.

Tuesday, April 07, 2009

Home made solid food

4 April dah berlalu dan Iman masuk 6 bulan. After a few trial and attempts introducing him to solid food, he now enjoying his new food, selain susu ibu.

Dan hari ni, I made him baby rice with banana. 2 senduk sebagai bekal di siang hari di rumah pengasuh. Tengahari tadi pegi jenguk Iman and the pengasuh told me that "Suka dia makan, separuh dah habis." Separuh? Maksudnya 1 senduk ke Iman makan?? Iye laa tu. Banyaknya. Hmmm.. boleh ke macam tu? Itu pon, Iman macam boleh makan lagi. Ayooo.. banyak tu Iman.

Sehingga hari ini, Iman memang akan menolak baby rice semata-mata. Belum cuba campur EBM lagi. Mungkin dia akan suka dan makan. Let's try this weekend. Untuk hari esok sehingga Jumaat, the menu is baby rice with fruit.

Mungkin ada orang kata "Kenapa tak beli yang dah siap?" Yang dah siap bermaksud, nestum yang dalam tin. ^_^ For me, lebih puas hati buat sendiri. Adalah impian aku, masak untuk Iman dan bekalkan Iman makanan untuk in between EBM feeding meal. Tak ape lah kalau terpaksa bangun seawal 5.30 pagi, I don't mind. Bak kata cikyam, natural parenting is personal choice.

Kenapa tengahari aku jenguk Iman? Kerana dapat call "Badan Iman merah-merah". I rushed to rumah pengasuh and was about to take him to clinic. Tapi the pengasuh told me "Ini campak keladi ni. Kena bagi air kelapa. Pastu amik daun semambu, letak bawah bantal". Erk... letak daun semambu bawah bantal? Ape itu? Kenapa? Hmm... I need reasonable reason, not just terima membuta tuli.

Monday, April 06, 2009

30-03-2009

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayahanda Abdul Latiff bin Ahamed, yang telah kembali ke rahmatullah pada 30-03-2009, pada jam 5.50 petang. Semoga arwah ayahanda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya.

30-03-2009.. Selamat hari lahir mama.. taktau nak celebrate birthday ke tak next year onwards.

It has been a week and I miss my dad..