Thursday, May 28, 2009

Current

Current status: Busy bee
Current food on the table: Telur bungkus (malam tadi buat)
Current mood: Normal
Current temperature in the office: Cold. I loike.
Currently listening to: Westlife's (ekekeke mengimbau kenangan dulu2)
Currently missing: Iman and arwah ayah. Al-Fatihah.
Currently waiting for: The next gaji... hahahaha.. bengong.. baru 6 hari gaji masuk dah tunggu next gaji
Currently chatting with: Arry, kak Ros. Sambil buat keje ok.
Currently I am: period.. hahaha.. so ini secara tak langsung menjawab pertanyaan "Dah ada isi balik ke?"

Regards,

Monday, May 25, 2009

Ikan siakap stim limau sri chiangrai

Sebelum balik kampung awal bulan hari tu, kami ke Carre*four. Terbeli la ikan siakap. Kononnya nak masak stim lah. Al-kisahnya, Husband terchenta bermadah-madah dengan Iman. "Iman, Ayah jumpa ikan dalam peti. Besar. Dah 2 tahun dah rupanya ikan tu dok situ. Agak-agak, nape ye ikan tu ada kat situ?" So agak-agak, Iman faham tak? Ekekeke..

So, Sabtu malam lepas, he took 2 magazines. Dua-duanya pasal Thai food. Iman pon pegang satu, belek-belek jugak. Husband kata "Ini dia kerja rumah untuk esok." Wahhhh pertama kali dia belek majalah, cari menu yang dia nak makan, dan request me to cook it.

Lepas tu Husband bermadah-madah lagi dengan Iman, "Iman, Ibu tanya ikan yang dah lama beli kalau dok dalam peti tak fresh ke? Susah betul soalan ye, Man." Ekekeke iyaaa... soalan-soalan ku memang susah-susah :) Termasuk lah "Abang, nape abang Logan tu jadi jahat?", "Eh kenapa semua orang besar Nissan orang putih?" Dan, setiap soalan ku itu, mendapat jawapan dari Husband. Sangat sabar melayan soalan-soalan yang kadang-kadang, aku rasa tak masuk akal :) tQQQ darlingS.

Oh ye, ikan siakap itu telah selamat menjadi lauk. Pertama kali masak stim. Oh, tak sangka, sangat senang dan sangat sedap. Huhuuu..





Regards,

Lebih manis

Semalam nampak dalam tv. Hari ni nampak dalam paper. Rasanya lebih manis dan cantik kalau elok-elok dipakaikan tudung tu wahai Datuk. Btw, cantik baju. Chiffon mahal, sudah tentu ^_^

Regards,

Friday, May 22, 2009

2 in 1 day

Iman surprise me with 2 new skills in a day. Sungguh teruja gitu.

I was YM with my sister when iman came to me at the coffe table. Mula-mula tak berapa nak heran sebab he always like that, nak manja-manja dengan Ibu. Masuk bawah meja, keluar balik. I played ABC song on the youtube. When he saw the colorful alphabets, tiba-tiba Iman macam teruja semacam. Teruja lagi. Then i noticed that he was standing on his knee. Ehhh bila masa lak berdiri macam ni. I let him enjoyed his ABC song. A few secs after that, he stands on his own, in front of my eyes, for the first time. OMG. OMG. OMG. Wahhh mak suka. I texted my husband, bagitau Iman dah berdiri and he replied 'merangkak belum dah berdiri la pulak. skip 1 step'.

Bila berdiri, diketuk-ketuk laptop's keyboard la pulak. I played him a few video i.e London bridge is falling down, baa baa black sheep, barney i love you etc etc. Glad he enjoyed it. Teruja semacam je. Teruja lagih ^_^

Then i off to dapur, nak masak nasi and i let iman play alone on the toto, ditemani Hagemaru on tv.




Husband arrived home. And joined me in the kitchen. Tengok ayam bakar. I marinated ayam for 1 whole day and the result was superb. The longer you marinate, the sedap it will be. Percayeee lah. Then I go and check iman. Ehhhh merangkak? Iman merangkak? Iman's crawling? Biar betik. He crawled towards me sambil tersengih2. I joined him crawling. Ekekeke.. sakit gak aa lutut. Baby ni tak sakit lutut ke merangkak? Ke sebab tu people invented the knee pad, to protect their knee when they're in crawling phase.



Taktau lambat atau cepat, tapi at his 7 months and 2 weeks, Iman boleh berdiri sendiri dengan bantuan meja, kerusi atau badan orang lain dan merangkak. Dan, bersedialah untuk mengemas barang-barang yang disepahkannya. Tambah lagi 1 kerja.



Regards,

Thursday, May 21, 2009

New Idol

Kris Allen takes the next AI title

Smile smile smile

Regards,

Wednesday, May 20, 2009

Tak boleh blah

A colleague was holding a Dell laptop. He said "Bengang betul. Baru hantar dah tanya bila boleh siap." He showed me a paper, with a handwriting on it. Tertumpah air manis. From the smell, it wa air milo. Lepas tu another colleague said '"Ada lagi yang tak boleh tahan. Dulu masa saya jaga aset, ada sorang ni call bagitau pc rosak, tak boleh buat keje. So, saya suruh dia hantar workshop. Boleh tak dia jawab 'kalau saya hantar, saya nak buat keje dengan apa?'" OMG OMG, ampunkan aku kerana aku rasa macam nak woi agak-agak laaaa weiii!

Btw, it's the finale of American Idol tonight. Handsome Kris or the rock Adam? And, I'm cooking lala masak pedas. The smell, perghh.. menggugat iman seh.

Oh, Iman tengah belajar nak duduk. Sit on his own. And he's now so active mengemas. Masuk bawah meja, keluar balik. Masuk bilik main dengan bakul, pastu memanggil minta bantuan bila bakul dah tergolek. Macam tu lah dia.

Regards,

Monday, May 18, 2009

Masalah ke?

Iman fully BF. I am his only milk factory. No other milk but my only breastmilk. Ada masalah ke? * saiko *

Memenuhi permintaan beberapa peminat.. ekekeke.. iyoo yo jek.. cari la gigi Iman dalam gambar di bawah. He was "ta ta ta ta teeehhh ta ta teehhh" when I photographed this pic. He now can share roti with me. Huhuu..

Regards,

Friday, May 15, 2009

Bye Danny


No more Danny Gokey. No more suara serak-serak basah itu. No more sexy voice. Dapat ke final 3 pon dah kira ok dah tu. Tapi sayang jugak la. 1 step closer to final 2.

Danny's last 2 performance:
You Are So Beautiful
Dance Little Sister

So now, down to Kris and Adam. Adam?


Mari berfutsal malam ni dan esok. Larat lagi ke? Ngeee.


Regards,

Thursday, May 14, 2009

main main main

Pada umur 7 bulan, Iman makin suka main dan menjelajah ke segenap ruang rumah. Apartment, besar mana sangatlah ruang tapiii Iman sangat kreatif mencari tempat-tempat baru untuk diteroka. Tapi entry kali ni bukan pasal kreatif tapi bangun main jam 3 pagi. Dah beberapa hari Iman bangun main pukul 2-3 pagi. Tak caya? Tengok jam kat dekoder Astro tu. Tapi pagi tadi, lamaaaaa sangat dia berjaga. Sambil melayan dia main, aku makan nasi. Ekekeke.. lapar lak. Iman hanya tertidur balik lepas aku tutup semua lampu. Bila gelap gelita baru dia dok diam, bergolek-golek tepi Ibu, peluk-peluk Ibu, nenen beberapa minit dan zzzZZZZzz..



Ingatkan bila dah berjaga sejam lebih, Iman akan bangun lambat. Tapi tak. Iman bangun jam 6.30pagi, macam biasa. Sementara Ibu bersiap-siap, Iman main towel rack. Goyang-goyang, tarik-tarik sejadah. Bila Ibu nak solat, dia panjat lak sejadah. Terpaksa la Ibu solat tepi Iman. Tak sempat baca Yasin sebab dah lambat. Biasanya, kalau baca Yasin, Iman akan pandaaaaaang je sambil tersengih-sengih. Ye aaa, dia pantang nampak mulut kita maca terkumat-kamit (cth situasi di mana bila kakak pramugari yang cantik tengah bagi penerangan pasal keselamatan dalam flight, Iman pegi tarik2 baju kakak tu sebab (1) baju kakak warna merah & (2) Iman ingat kakak tu cakap dengan dia.)

Sebut pasal main, rasanya la, kami boleh jimat sikit kot kalau bab beli barang-barang mainan yang kecik-kecik. Sebab, Iman minat nak main ngan benda-benda bukan mainan, contohnye, remote Astro. Remote tu kan ada macam-macam warna. Dan juga, majalan masakan Ibu dan juge, baby books. Tapi jangan risau, kalau bagi mainan ape pon, Iman akan layan. Tak kisah. Ekekeke..

Oh, ini toto baru. Walaupon pink, rasanya, tak kisah kot kalau yang tergolek-golek atas tu adelah bayi lelaki :)


Regards,

Wednesday, May 13, 2009

Cerita hari ibu

Selepas berbelas tahun, tahun ini adalah tahun pertama semua anak Mama ada dengan Mama masa Hari Ibu. All but Arwah Baba tak ada. Tapi kami celebrate awal sehari sebab Surayya nak balik Penang. Ceritanya.

Kami pulang dari hospital melawat nenek yang kena tahan sebab asma. I asked my sister Halumi to drop by at a bakery to buy a cake. So, she did that. Back in Penang last week, Surayya bought a Mother's day musical card, ekeke macam kad raya la pulak. And I took the task to bought the gift, jam tangan. Mama lost her jam tangan yang arwah Baba belikan. So, she didn't have any jam tangan after that.

We plan to surprise Mama. Jadi, kami memang buat taktau je. Kek yang dibeli diletak di luar rumah. Kad ditandatangan dalam bilik, which each of us sneak into the room, one by one, termasuklah Iman. Punye la control kad tu supaya tak berbunyi. Maklumlah, musical card. Ekekeke.. Semuanya cover baik punya, until Surayya keluarkan air dan pinggan-pinggan kecil untuk makan kek. Bila Mama tengok dia tanya "Nak makan apa tu". Tak de orang pon jawab, buat-buat tak tau je semua. Aiiyooo kantoi la pulak.

At 9pm, kami ambil semua barang (cake, card, gift) dan letak depan Mama. Tiba-tiba aku ternampak kat cake tu ada tulisan "Selamat Hari Ibu Mama & Kak Long". I said "Apesal lak ada nama aku tu?" Semua orang gelakkan aku "Haii tak ingat ke awak tu dah jadi mak budak". Aku gelak sendiri. Ekekeke.. lupa lak.

Bila Mama buka hadiah tu dan nampak jam, as i aspected she said "Eh jam. Mama tak ada jam. Jam baba bagi dulu hilang". We tried to make noise as much as we can so that she didn't drop any tears that night. Yes, it's tough. The pain is still there, dan kami cuba kekuatan for our dearest mom.

Itu sahaja cerita hari ibu. For me, cukup lah bila Iman dah pandai nak kiss pipi aku. Now he knows how to kiss me. Pipi, dahi, tangan :)


Regards,

Monday, May 11, 2009

To and from

Kami berdua = kami = me & anakande Iman balik kampung last week. Leave behind was his Ayah, tak boleh balik sebab busy ngan kerja. I was busy too last week tapi family comes first is my principle :)

Ada a few gambar in my D40 tapi belum transfer. So, ini gambar dari henpon.


Pertama kali mencuba vignetting. Oh, ini iman & ayah. Anak ayah kan? So manja with his Ayah. 4 malam tak tidur dengan Ayah, he has been so baby. Ayah nak bangun pi solat pon nangis. Nak susu pon cari Ayah. Erkk...

Lepas Ayah jemput dari lcct, singgah di JM beriani @USJ. Jarang makan luar. Jadi ini adelah pertama kali iman guna highchair. Nasib baik tak meragam. Cuma, dia nak main pinggan yang berisi nasi walaupon dah bagi biskut. Anyhow, he's cool baby ^_^

Regards,

Sunday, May 10, 2009

Teething

How do you know your lil boy or girl is teething?
  • baby dribbles more. Iman has no running saliva
  • shows signs of swollen or sore gums. Taktau iman kena ke tak benda ni.
  • pulls their ears. Oh this one is always. I tot he wants to sleep.
  • has red cheeks. He has no red cheeks. Ke, aku tak perasan?
  • wants to chew on everything. Alwaysss since hmmm... 5m?? Yaaa see his 5m development.

What we can do to help?

  • give our baby cool teething ring or hard food to chew. I gave Iman Teething Rusks. Keras gileees. Marah2 anak aku ^_^
  • cold food also can be considered to get some relief. Cold food straight from fridge, i.e apple puree. Belum cuba. sebab selalu bagi pureed food with bubur nasik

Kenapa bercerita pasal teething? Kerana, Iman sudah ada gigi. Iman ada 2 gigi :) :) :) Related story here.

Now I know why mommies out there sangat teruja bila anak tumbuh gigi pertama. I've experienced it and i'm loving it.

Regards,

Friday, May 08, 2009

Day 40

It has been 40 days since baba passed away. Semua dah dapat terima kenyataan. Aku cuma berpegang kepada kata-kata "Yang hidup semuanya akan kembali kepada-ya. Lambat dan cepat je". Itu yang selalu aku bagitau mama.

Malam ni tahlil. Kami adik beradik dah semua balik kampung. I took last flight home on Wed, balik dengan Iman aje. Husband busy.

Hari ni menunya adalah Nasi Arab, family's secret recipe ^_^.

Oh esok hari ibu. Happy mother's day mama. And to me too. Kali pertama menyambut hari ibu :)

Ok, mau mandi. Happy weekend all.


Regards,

Tuesday, May 05, 2009

Amir Yusuf

I found a blog, and I clicked on Amir Yusuf's categori. I read. And I cried.

Iman, Ibu sayang Iman. Ibu sayang sangat.


Regards,

Monday, May 04, 2009

7 month darling~~

Woaaahh dah 7 bulan ke? Ohh aku hutang 6 month's milestone. Mari kita combine 6 and 7 month's milestone in 1 entry.


  • we dont know his current weight sebab tak pegi check-up. But his length is 71cm and head diameter is 44cm. Patut la cap dah tak muat. Sendat.
  • seorang yang pemakan. Pemakan? Macam pelik je perkataan. He has big appetite. Now his daily meal is 5 bottle of EBM, 2 bekas of baby rice with pureed veggie or fruit and 1@2 pc of rusk's campur dengan susu sket. memandangkan dia dah makan dan selalu tengok bila orang makan, i gave him to taste aiskrim, bagi dia hisap buah plum sampai kering.
  • merayap sana sini. Since he is now like DBKL yang menyapu bersih lantai rumah, hari-hari kena sapu dan mop.
  • masih sit with support. tapi dah beberapa kali kantoi he wanted to sit by himself. so that's why he need 100% our monitor kalau tak, tergolek dushhh
  • his poo poo dah jauh beza since he's taking solid food. oh, sangat 'wangi'.
  • left hand is faster than right hand. left-handed??
  • tangan dia dah kuat. dah boleh angkat dia dan swing swing, macam gymnastic pon ada ekeke.. gelak je dia bila buat mcm tuh
  • i'd say he is friendly sebab tak takut dengan orang.
  • and oso, i'd say he has strong leg sebab boleh tolak rocking chair dan juga Ayah's 10-years old speaker besar dengan kaki
  • kalau terhantuk, dah tahu rasa sakit, so he'll cry for 5 sec lepas tu main balik
  • he likes big people. hahah. why i say so? kalau tengok plus size kakak or abang or makcik or pakcik, whoeve laa he'll stare with full of interest dan memandang dengan penuh harapan orang tu nak amik dia dan dukung. i.e with mom's cousin makcik Sa and his cousin @ husband's nephew
  • use sign language to communicate with Ayah & Ibu. wheneva i'm there to fetch him @ bbsitter's, he'll came to me macam dah lama gile tak jumpa. spread his arm bila mahu didukung.
  • eye co-ordination is nearly perfect. we always play hide and seek and he knows where to look at, waiting for me to appear
  • if he can talk he'll say 'do not disturb me' masa tengah kusyuk main mainan yang dia rasa menarik, i.e bendalah patung yg kita picit keluar bunyi tu. Haa that thing, taktau nama apa. Do not disturb me is equal to jangan amik main saya, kalau tak saya menangis. Sama jugak kalau dia tengah nak manja-manja, nak baby-baby, tetiba kena ke dapur tutup air (for example), he'll cry his heart out.
  • dah susah nak pakaikan diaper sebab berpusing sana sini. aiyak~~
  • pegang botol sendiri = 100% passed
  • dah kenal orang dah ni.. tersengih2 dari jauh.

Ibu

  • still bf and pump at office.
  • can fit pre-pregnancy uniform and pre-pregnancy-cant-fit-pants. ekekeke
  • perut belum kempis.. wahhh kempis.. takde maknanya kalau makan macam kenduri
  • on Noriday since hmmm.. bila ek start amik? Feb i think
  • period 3 kali sudah

Ayah

  • still the same. no obvious changes kecuali he's getting slimmer~~

Iman is already passed half way to 1 year old. i want to cry. time flies so fast.


Regards,

Sunday, May 03, 2009

Fn not ok



This is Iman's first typing attempt. He made the laptop like a keyboard mainan. And he looked at the screen as a very niceee toy sampai panjat nak naik atas laptop punye monitor. Sambil tangannya menekan-nekan laptop keyboard.

And the result was the function key is now not working. Aiyak. Mari tanya Encik Google, kot-kot ada jumpa solution.

Regards,