Friday, July 31, 2009

Melalak dan menangis

I'll be going to a friends makan-makan tonight. Husband's not going. Jadi, kena pegi berdua je, dengan Iman. Hopefully, Iman will behave well along the ride. Ok sayang?

Pernah sekali tu, pegi Subang Parade dengan Iman. On the way balik, he was menangis melalak segala. Aku stop 2 kali tepi jalan. Bagi dia main-main stereng kereta. Hilangkan nangis kejap. Bila dah ok, letak balik dalam car seat. Then, he melalak again. Bila dah nak sampai rumah, I stopped again. Kali ni, dukung dia, n3n3n sket. Bagi dia main dan letak balik dalam car seat. Tapi melalak lagi lepas tu. I drove alll the way to parking kat rumah. Naik rumah, dan terus n3n3n dan he went to ZzzzzZZzzz.. Lor, mengantuk sangat la kot melalak bagai nak rak.

Oh, early this week I bought him a ball. Malam pertama, menangis takut tengok bola tu bergolek-golek. Menjerit-jerit takut. Lagi kuat dari cerita kat atas. Lagi kuat dari kena inject masa nak cucuk IV. 2nd night, masih takut. Dan semalam, dah tak takut. Yeay! Iman tolak-tolak bola. Keliling rumah. Bawah meja makan, balcony, atas toto, dapur. U are a boy, u should not takut of the ball ok.

Let's pray Iman akan behave dan stay cool and calm tonight. Makin besar, makin banyak pe'el :p

Wednesday, July 29, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk Chah, atas pemergian anak kedua.

Al-Fatihah untuk kembar Siam dari Indonesia yang berkongsi 1 badan dan 2 kepala, meninggal dunia selepas 5 hari melihat dunia. Aku menangis bila tengok kembar tu dalam incubator, bertarung nyawa.

Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad. We will miss her brilliant, beautiful ideas, films and advertisements. No one can direct like her. She was a diamond, valuable one, and only.

Al-Fatihah untuk Ayahanda. I miss you.

Al-Fatihah. Semoga semua Allahyarham dan Allahyarhamah berada di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya. Amin.

Monday, July 27, 2009

Iman at 9 month

Iman selamat menyambut 9 bulan kelahirannya pada 4 July lepas. It was weekend, di mana hari bila bangun pagi, tak de nak kelam kabut bersiap pegi kerja. I wonder why i'll be so kelam kabut everyday. Hari-hari mesti 6.30 to 7am tu, buat kerja non-stop. Even, kalau belah malam tu dah siap beg pakaian Iman, susu + food Iman, baju kerja me & Husband, tapi tetap rasa macam terhegeh-hegeh pagi esoknya. Haiyaa. Ooo pagi tu nak kena siapkan breakfast dan siapkan Iman sekali. Eh dah melalut. 4 July jatuh pada hari Sabtu. Iman bangun lambat, 7 lebih. Biasa dia bangun jam 6. Maybe sebab dia dah berjaga jam 1pagi. Bangun main. When he woke up, I kisssssu kissssssu and said "Happy 9 month Iman!"

1. went to PD - 1st swimming pool dip - 1st benjol, jatuh katil
2. like to be in the kitchen with me.
3. suka main bawah buai kat rumah Nenek Mun. sambil cuba berdiri untuk mencapai kain dan baju.
4. he like to play with all the bekas-bekas plastik kat rumah Nenek Mun. and share with all his friends. Iman ada 2 kawan. Alia and Anis. Kadang2 Ika and lil Aina datang. Yeaaa.. semuanya aweks. Cucu Nenek Mun je lelaki. Tapi belum boleh ajak main sebab baru 2 bulan.
5. Iman tak pernah kacau the 2 month Zain Rayyan, cucu Nenek Mun. Good boy.
6. suka main kat balkoni. so i decided to hang his mainan at the blind, so that he has something to main or ketuk-ketuk, to be precised lah.
7. boleh habiskan 1 keping rusk. aku rasa masa tu adelah masa bertenang untuk iman, because he can concentrate on his rusk, tanpa rasa jemu dan bosan.
8. can sit without support. 100% passed. no more tergolek-golek.
9. boleh berjalan2 keliling sofa. tapi sangat eksyen bila lepaskan tangan sebelah.
10. dah pandai main kejar-kejar. dulu kalau kita kejar dia, he will come to us. tak pandai lari.
11. iman suka yogurt. he can finish half of the bekas. so, tiap kali beli yogurt, aku kena beli 2. 1 untuk ibu 1 untuk Iman. share? tak cukup. LOL.
12. suka main air.
13. dah pandai tepuk-tepuk tangan bila orang kata "Iman, tepuk".
14. anak-anak kecil sangat pandai meniru. they are so clever. iman suka tiru orang geleng-geleng kepala. dan tiru any sound yang dia rasa menarik :)
15. bila tak nak susu or makan, iman akan geleng-geleng kelapa.. ehhh kepala.
16. bila dia tak dapat sesuatu benda, dia akan lembikkan badan dia. Haiyaa.
17. kalau dia tolak sesuatu dan tersangkut, sebab terhalang oleh dinding atau pintu, cthnya, dia akan merengek macam ada orang kacau.





Sunday, July 26, 2009

Short term memory lost

Macam Dory dalam cerita Finding Nemo.

Pagi-pagi masa nak pegi keje, aku akan buka grill pintu. Aku amik beg dan angkat Iman, kemudian, cari kunci rumah tak jumpa. Padahal, aku pegang kunci tu, just a sec ago. Selalu gak macam tu.

Hari ni, aku tak tau mana aku letak sikat. Dah puas cari.

Kelmarin, aku cari tudung warna cream yang aku pakai the day before, nak amik brooch. Tapi, cari punya cari, tak jumpa. Dan belah malamnya, aku angkat tilam Iman, laaa, kat bawah tilam Iman rupanya. Adoi la.

Iman and his confusion. Last week aku ada pakai satu singlet, dan aku ikat kat tali dia, so that takde la low cut sangat baju tu. Ikatan tu jadi macam bulat la sket. Tengah lepak-lepak, tetiba Iman panjat nak berdiri. I let him. Tapi tetiba perasan yang dia tengah nenen ikatan baju aku tu. Tertukar dengan the real nenen. Dan semalam, aku pakai brooch yang aku dah jumpa tu. Shape dia bulat. Masa amik Iman kat rumah bbsitter, Iman panjat nak berdiri kat aku macam biasa. Aku biarkan aje. Tapi, perasan yang dia tengah nenen kat brooch aku tu. Aiyaaa... Sah, dia dah confuse.

Friday, July 24, 2009

Excel - tip of the day

Brilliant. I love Excel. Haha.

Quoted from the web,
Assume we have 100 worksheets of data and all worksheets has the same structure. All we need is getting all data together into a single worksheet. Do it in seconds with the following code.
Thank you skin encik fairuz sebab bagitau. I owe you.

Telur dan mentega

I took out butter and egg from the fridge and put on the working table in the dapur. Keluarkan awal-awal sebab nak by the time I do the baking-baking stuff, they are already at the room temperature. Read somewehere: if we use telur yang sejuk, baru keluar dari peti ais (so called refrigerator-cold egg), they wont incorporate into the mixture.

Tapi, hour passed hour. Tiba-tiba dah pukul 11. Iman belum tidur. Masih main-main. Camane dia nak tido, lepas amik dia dari rumah bbsitter, he felt asleep lepas pekena the best dodoian eva - direct feed sambil tepuk-tepuk. Senang betul dia tido. Then he woke up, main. Kemudian, he felt asleep again after 30 mins. By the time husband's home, Iman baru terjaga. Dan dia berjaga sampai pukul 11 lebih.

So... telur masih menjadi telur. Butter masih menjadi butter. Dah 2 hari macam tu. I planned to make some cuppies tapi, akhirnya, telur dan butter masuk balik dalam peti ais. Itu la nasib telur dan butter yang keluar masuk peti ais. I was asking myself, takpe ke butter ni keluar masuk peti ais. Kalau EBM, lepas dah cair, takleh bekukan balik. How about butter? Chef, please respond. Thank you.

Kancil dah renew insurance premium. I dont need to cari merata-rata tempat next years, dok kat sini, semuanya ada. A colleague, who was my ex-boss, agent insurance. Kaki bisnes betul. Bagus la. He helped me and I helped him. So, bila kita nak buat bisnes? Cari duit lebih, in this semua-barang-servis-blablabla-naik-harga country.

Wednesday, July 22, 2009

yogurt

Khasiat yogurt. Source.

Yogurt is a great baby food. It contain lots of high quality protein, plenty of calcium, and beneficial bacteria. It is appropriate to offer yogurt to babies generally after six months of age, and then only as a supplement to formula or breast milk, not as a replacement. You indicate that you would like to try yogurt in this manner, which is fine.

"Saya suka yogurt. Sangat suka sampaikan Ibu tak boleh makan dengan tenang sebab saya suka nak minum dari bekas yogurt. Dalam peti ais, ada banyak yogurt. Sedapnya."

with love,
Iman

Saturday, July 18, 2009

Gambar

Dah lama tak post gambar dan bercerita. Ini gambar-gambar terbaru, yang baru transfer dari camera.

Masa ni kami tengah bersiap-siap nak pegi keje. Seperti biasa, umpan untuk Iman behave sikit masa-masa macam ini adelah tv and cartoon. Dalam gambar di atas, ada Patrick Starfish, kawan baik Spongebob (happy birthday Spongebob!). Iman suka betul wrestling dengan Patrick. Asyik menang je :D

Bath time. Bilik air dah macam taman mainan dah. Mainan penuh sana sini. Hmm.. takde lah penuh. Ada 4-5 ekor je. Iman dah pandai picit benda tu dan keluar bunyi. Awal-awal dia dapat benda tu, dia nangis sebab bila dia pegang takde bunyi. Nangis la sebab Ibu pegang ada bunyi. Hehe.

Iman baru ada 3 kasut. Kasut pertama, kawan aku yang bagi. Terima kasih banyak-banyak. Ini kasut no 2. Kasut ke sandal? Sandal kot. This is the smallest size, I think. 3. Bila Iman pakai yang ni, sedang elok dengan kaki dia. Err... ye ke? Dia rasa pelik ada kasut kat kaki dia. Ye la, dah merata tempat dia berjalan. Berjalan in his case is, berjalan sambil pegang apa-apa yang patut. Apekah itu? Taktau la nama dia apa.

Sekarang musim buah. Rata-rata tempat ada buah. Buah manggis ni aku beli kat pasar malam Sri Manja. Cantik-cantik isi dia. Tak lembik. Sedap. Manis. Tapi mahal la kalau RM3 sekilo. Mama kata kat kampung RM0.80 sekilo. 3 kali ganda.

Nak tau Iman buat apa masa ni? Dia tengah tepuk-tepuk perut aku. Hahaha. Pastu dia selak baju dan cium-cium perut aku. Eiiii geli. Kemudian, he's trying to bite. Oooohhh not good. Sakit ok. Gigi dah 2. Dah pandai gigit. Ayah dia selalu kena gigit kat telinga. Hehe.

MasyaAllah sedapnya kek ni. Aku beli kat pasar malam yang sama aku beli manggis. Ada 2 potong. Potongan yang besar, bukan 1 slice tu. RM6. Chocolate moist with cheese. Tak rasa muak pon. I bet this cake is steamed, not bakar dengan oven. Next week nak beli lagi. Bak kata brader yang jual tu, "Kak, letak dalam peti ais kak. Baru selesa."

Yes, it is Elmo. Beli masa Jcard day hari tu. Masa tengah-tengah pilih baju, Husband cakap "Abang jumpa benda warna merah. Comel." Aku mintak nak tengok. Laaa... Elmo ke. Elmo boleh nyanyi lagu Elmo Love You. Hehe. Mula-mula Elmo kat rumah, Iman takut sebab mata Elmo twinkling. Aku pon takut. Macam hantu pon ada. Hehehe. Tapi hari ni, Iman dah tak takut. Cuma, dia tak reti nak tekat perut Elmo kuat-kuat for Elmo to sing. Oh, pagi tadi, Iman terpijak perut Elmo dan Elmo nyanyi. Happy betul dia. Tapi, pijak?? Huhuu..


Ini pembantu kecil ku. I let him play what ever he wants, asalkan dia boleh dok diam-diam. Ini penemuan terbaru Iman. He struggles to open the lid. Bila dapat buka, nak tengok lak apa benda dalam kotak.

Oh, esok suami ku kena kerja la pulak. Boleh la melepak kangkung dengan Iman kat rumah. Till next time, bye!

Friday, July 17, 2009

kunci rumah, di mana kamu?

Sms conversation.

The Wife: Tadi Iman ada main anak kunci rumah dalam keta. Dia pegang tak masa naik rumah Cik Mun?
The Husband: Tak perasan pulak.
The Husband: Kita kena setkan rule. Jangan bagi anak main kunci, remote dan lain-lain yang senang hilang atau anak boleh telan. Ok?
The Wife: Ok. Set.

Ini kali kedua anak kunci rumah hilang. 1st time hari tu, hilang dalam kereta. Merata-rata tempat aku cari dalam kereta tapi tak jumpa. Husband datang bagi bantuan. Rupanya, dok bawah seat Iman.

Pagi ni, I'm taking another car dan car seat pulak dok dalam kereta lagi satu. Kunci kereta kereta yang ada car seat lak tak bawak. So, Iman dok depan dengan aku. Jangan amalkan. Bahaya. Tengah-tengah dia dok main Barney dan botol air, tiba-tiba aku perasan dia mencari sesuatu. Oh, kunci rumah dah masuk kat celah seat. Iman suka main anak kunci aku sebab ada loceng. Key chain tu ada loceng. Aku amik dan bagi kat dia. Dan masa drive ke office, aku perasan yang kunci rumah tak ada kat atas seat co-pilot. Haaa.. kat mana? Nak mencari tak sempat sebab dah lambat. Park jauh gile dan aku punch in tadi 8.01. Lambat lak makcik hari nih.

Harapnya, kunci kereta ada dalam kereta dan tidak tercicir kat mana-mana.

Thursday, July 16, 2009

mozilla to jcard

I just installed Mozilla Firefox. Now only can view the blogger.com page with no more sakit hati. So, no more IE. 100% switch to Mozilla Firefox. Senang cerita. Husband's using Safari. Talking about Husband, pagi tadi he accidentally installed the Windows update when shutting down the laptop. Last time he did that, the Windows corrupted. Kalau dah biasa pakai open source, memang dah lama say goodbye to this OS. Tapi nak wat camane. Nak pakai MAC os, dah ada pc non-Apple.

I went to jcard day @Midvalley yesterday. Ended with big hole in pocket. RM400++ at kids dept. Gile aku tak pernah buat. But with RM 60 voucher, i think it's worth shopping @Jusco. Yang untungnya adalah Iman. Dapat baju baru, Elmo, big bird, hand phone. Kecik-kecik dah ada hand phone. Haishh. Lepas ni takde nak rebut-rebut hand phone dengan Ibu lagi, ok.I was so rambang mata to choose all number printed t-shirt. Ye, aku suka baju yang ada nombor. Boy's pants so mahal. Macam nak sama harga dengan seluar aku je. Lagi mahal pon ada. Tak padan ngan kecik. The girl's dress sangat-sangat la comel. Geram je aku tengok.

I have 2 project in the list. Both baking. Eh hari tu buat apam. Iman suka apam and yogurt. So i combined it. Sedap tapi tak gebu. Hmmm..

Ok la. Back to work. Take 5 is over.

Wednesday, July 15, 2009

i have issues with blogspot. page cannot be displayed correctly. hmmm. dah la label not been displayed. hampeh betul.

Sunday, July 12, 2009

Hectic weekend

Weekend kami sangat sibuk. Sangat-sangat sibuk. Hmmm... takde la sibuk sangat. Cuma rasa macam tak pernah tinggal rumah lama macam ni. Balik kampung is exceptional lah.

Sabtu pagi ke rumah sis-in-law @Bandar Sunway. Tengahari lak ke rumah another sis-in-law @Puncak Alam, jenguk MIL plus anak sedara nak main dengan Iman. Been there till night. Almost late when we left the house. MIL tolong buatkan air semayang hajat dan baca Yasin etc etc untuk the new WST. All the way back to PJS3, Iman tido.

Dan hari ni, unplanned activity. Pagi ke Sri Petaling. Pasang tinted kereta. Guna voucher RM350 but still need to kopakkan 1k from Hubsters pocket. Ouch. Then, to Ikea. Iman get his high chair after weeks for postponement. My bad. Silap la sampai sana at about 3pm. Nak makan the Ikea restaurant was full. So, directly went to 9A area, get the chair, pay and blah. Bosan lah ramai orang sangat. Oh, rindu betul nak cuci mata kat Ikea lama-lama. Balik rumah, solat. Lepas tu keluar makan. Iman rasa tomyam sket hari ni. The very the Thailand lah. Dan malam ni, ada family dinner @Bangsar. Oh.

At the moment, I am thinking to bake a bread or not. Bake or not bake. Kain banyak tu nak kena lipat. Baju kerja pon tak iron lagi. The father and son, tido. ZzzzzZZ. Hmm.

Thursday, July 09, 2009

let's make pastry


Game ni nama dia Pastry Passion Deluxe. So cute. Kali ni level buat birthday cake pulak. Now i am a junior baker. Huhu.

Aku pernah main game yang order-order fast food. Kalau salah buat, selambe je buang burger dalam tong sampah. Nasib baik game, kalau betul, gulung tikar la kedai tu. Daripada buang, baik makan. Hehe.

Dulu kan, masa diploma, ada satu subjek, ETR kot. A group of 5 kena fikir what business to run. My group decide to buat business kedai kek. It's my childhood dream. Mana tau satu hari nanti, the dream will come true, macam Christiano Ronaldo, masa kecik dia angan-angan nak main dengan Real Madrid. Now, he is one of the player.

Tuesday, July 07, 2009

Foodie

Sekarang musim durian. Banyak betul durian. Malam tadi ada dengar Husband cakap, "Dah 2 tahun tak makan durian." Erk... betul, sejak dia kawin ngan aku, langsung tak pernah makan durian. Aku tak makan durian, so, mungkin tak ada geng nak makan kot. Or, maybe tak makan pon tak pe. Dan malam tadi masa kat rumah in-law @Sunway, ada saudara dari kampung datang. Dan ada durian. Tapi durian tu bukan dari kampung pun. Haha.. durian KL. Kata sepupu tu, durian KL takde pokok. Haha iye la tu. Dan, ada durian 3-4 ulas atas meja. Sungguh berselera Husband aku makan. Lor.. kepingin ke? Kepingin?? Haha. Bukannye tak suruh dia beli dan makan kat rumah, tapi dia tak nak beli nak wat camane. Dan, hari tu, pertama kali beli durian kat Jusco. 3 ulas = RM4.00. Mahal tu. Dan aku dapat soalan cepu emas "Tau buat pulut bubur durian tak?". Laju je jawab "Tahu!". Sebenarnye tak. Hehe. Tapi imagine-imagine macam buat bubur. Ekceli aku taktau nama dia sebenarnya tapi ingredient dia beras pulut, santan, kacang merah, gula melaka @ nise. Bila dah dimasak-masak, jadi la sejenis dessert yang taktau ape rasa. Husband kata OK. So. i guess lulus la kot. Hehee.



Sekarang nak share resepi baru aku cuba. Orang lain dah berzaman buat, aku baru je cuba buat :0. Kat rumah ada lebihan roti dalam 3-4 keping. Daripada dibiarkan takde orang makan, aku pon try la buat 1 resepi ni. Puding roti. Biasa-biasa aje. Cuma aku campur kismis. Mintak kismis Iman sikit. Dik, Ibu amik sikit ye :p

Bahan-bahan dia macam biasa. Roti potong-potong 4 segi. Dalam bekas lain, campur 2-3 sudu besar tepung jagung, 1-2 sudu besar gula halus, 2 biji telur, esen vanila, susu cair 100ml. Thanks Eliss, perasan takde susu cair dalam resepi aku. Kacau-kacau sebati, pastu tuang la dalam bekas yang berisi roti. Tekan-tekan sikit bagi adunan tu meresap dalam roti. Bakar @ 180 degree @ 30-40 minit, sampai kekuningan. Siap. Iman pon makan gak. Kunyah-kunyah kismis. Iman suka mengunyah. Now, kami share makanan. Suap untuk mak, suap untuk anak :o



Dah lama tak share pasal makanan Iman. Pagi tadi masak bubur. Pertama kali cuba campur kurma, kismis, suhun, pucuk keping, bayam, ayam. Haa amik kau. Sedap-licious. Tapi gambar kat bawah ni, bubur nasi campur ayam campur bunga kubis campur nestum sikit. Oh, sedapnya bau.



Itu lah dia. Cerita makanan.

Monday, July 06, 2009

cincin

2nd entry.

Aku buat stock take sabtu lepas. Masa amik wudhu untuk solat asar, i took off my ring. Cincin belah rotan, cincin risik. Kemudian, masa drive balik, baru perasan tak pakai cincin. Aku terlupa dan tertinggal kat tempat air semayang kat surau.

Dan hari ni, masa lunch, aku nampak sorang kakak ni. Aku cakap kat dia pasal cincin tertinggal tu dan mintak tolong dia tanyakan sape-sape. It's overheard by one penglipur lara ni. Dia tanya aku "Awak tertinggal kat mana?". Aku jawab "Kat surau". She was like "Haaa.. sape suruh tinggal?". Panas hati aku. Aku jawab "Kalau tak ada rezeki nak wat macamane."

Kenapa mesti ada respons macam tu? Bukan nak mintak kasihan ke ape, tapi ayat cam harem macam tu buat aku rasa angin satu badan. Tau tak maksud TER. TER means we do it not on purpose la babe. Bukan sengaja. Aku takde la bodoh or kaya duit bersepah-sepah sampai nak tinggalkan cincin. Walaupon hanya cincin belah rotan, tapi tu cincin risik. Dia tanya lagi "Cincin kawin ke?". Aku kata "Tak. Kawin dapat gelang." Kalau aku kata tu cincin risik, taktau la apa respon dia. Maybe dia akan kata "Haa cari pasal tinggal rata-rata." or what?

Please la people, tak perlu bagi respon macam tu.

Romantic comedy, the movie

I heart Julia Robert. Suka filem-filem dia. In my collection, I have My Best Friend's Wedding, Runaway Bride, Pretty Woman. Dan yang baru tayang kat tv2 semalam, Notting Hill. Dan, aku juga suka sangat filem-filem JLo. Wedding Planner, Maid in Manhatan, Monster-in-law, Shall We Dance.

Yeaaa... semuanya romantic comedy. Mak suka ok cite-cite macam tu. So, confession, i like romantic comedy. Jangan gelak ok.

Dan semalam, Husband cakap ngan Iman "Iman, banyak betul cerita hari ni". Memang banyak la pulak. Toy Story, Wall-E, Notting Hill, CSIs. Kami agak packed semalam. Banyak betul cerita nak tengok. Iman pon busy jugak semalam :)

Dah lama nak shout out. Horatio Caine sangat poyo. Tiba-tiba dia berdiri di crime scene, sambil lap-lap or pegang-pegang sunglass dia tu, dan membelakangi sape-sape yang ada kat situ, sambil berkata "What do we have here?". Dan dia tu macam tak pernah hands on pon. Virtual investigate je manjang.

Ok, template bertukar lagi. Dah bosan dengan plain white. Sape-sape ada link yang bagus-bagus untuk template blog, pls leave comment ye. Thanks!!

Saturday, July 04, 2009

Berat

Semalam, i spend my time at another office. Kat situ ada weighing scale. So, timbang la ape yang patut.

Before lunch 45.7kg
After lunch 46.5kg (lepas makan 1 pinggan nasi putih + 3 ekor sotong, kueteow ladna, 1 tin coca-cola, 1 bar snickers choc. Yaaa.. aku makan banyak gile, i know)
After pump session 46.0kg

So, kalau express bmilk, boleh turun 1/2 kg?? Ye ke wei?? Aku sampai timbang 2 kali.

Oh sebelum balik, aku timbang beg. 4.5kg. Gile berat. Kalau timbang beg sekolah budak-budak sekarang, i bet it'd be 10kg.

Hey, dalam dunia skang, ada lagi orang yang mengamalkan cara hidup di zaman batu. Going naked at office. Gile la.

Thursday, July 02, 2009

True, very

I received an email from Baby Weekly.

Hi wafaa! Is your baby beginning to show signs of separation anxiety or stranger anxiety? Both are common at this age, and especially as your baby gets closer to her first birthday.

Yes, sangat betul. Iman will turn 9 months young old this Saturday. In 3 months he will turn 1. His first birthday.

Wednesday, July 01, 2009

Sekarang sudah tahu

Tahu apa? Camane untuk mententeramkan (erk.. apekah?) Iman di waktu pagi. Biasanya Iman akan menangis-nangis bila dia tengok tak ada orang nak layan dia or dia tak nampak kelibat Ibu atau Ayah. Dia akan rasa macam ditinggalkan bila dia bersendirian. Biasanya Iman akan ikut ke mana sahaje aku pegi. Dapur, siapkan food untuk dia. Bilik, iron baju. Balkoni, sidai baju. Iman akan berdiri sambil pegang kaki aku. So, itu akan buat aku rasa cuak gile, takut Iman jatuh.

So, pagi tadi, terfikir nak bagi Iman rusk. Iman layaaaan biskut tu, dan tak kisah kalau tak ada orang layan dia. Kemudian, pasang tv, play Barney. Haa... dok la depan tv tengok Barney sambil makan rusk. Sempat la buat semua benda mengiron, mandi, solat. Gile macam ribut. I think I'll do that every morning.

Starting last week, Iman experienced separation anxiety. Dan pagi tadi pertama kali Iman merengek-rengek campur nangis-nangis sikit. Kesian betul.

Dah malas nak guna signature. Haha. Ngoksngeks.