Saturday, August 29, 2009

WIP - sewing beads

My current WIP is sewing beading on my old plain dark pink baju kurung. Dah lama tak menjahit benda-benda kecil ini.

Ini jahitan manik pertama. 3 years ago. Benang tu pon dok ada lagi. Baju tu pon ada lagi. Sekali sekala pakai pada hari Jumaat.

Oh ye, semalam dapat siap jahit manik pada kedua-dua bahagian tangan sebab Iman tidur 2 round. Tips untuk tidurkan Iman hanya satu. Make sure dia kenyang, mandi-mandi, wangi-wangi, then he'll demand for n3n3n. After 5 minutes, he'll fall asleep. Senang aje :)

Jadi, inilah hasilnya. Yeah, buruk, I know. Tapi at least ni jahit sendiri. The starting was so bad. Lupa langsung ok. Memang la benda-benda macam ni kena praktik. Kalau tak, mau cramp tangan :)


Aku cari balik kain yang ada contoh-contoh pattern jahitan manik yang belajar tahun lepas. Ini dia. Bila tengok balik, aku pon taktau boleh jahit sendiri ke tak pattern yang complicated macam warna pink dan biru tu.


Got to go. Iman dah bangun.

Food


I have just downloaded latest photos from my camera. Banyak jugak gambar food. Food Iman dan food parents Iman.

From top-left:
  1. Telur bistik
  2. Grilled chicken drumstick
  3. Iman tofu with mango puree
  4. Iman plain pancake
  5. Simple chicken soup
  6. Ikan bilis goreng cili
Nak share sekaligus semua 6 resepi, kang ada yang termuntah. I share the 1st recipe first. Yang lain, later.


Bahan-bahan
Telur
3 biji
Daging/Ayam kisar
Black pepper, gula, garam

Kuah
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Mixed vege atau sayur-sayuran yang sesuai (carrot, kacang panjang, bunga kubis)
1 ulas sawang merah - tumbuk/mayang halus
1 ulas bawang putih - tumbuk/mayang halus
Black pepper, gula, garam

Cara-cara
Telur
Pukul telur. Masukkan daging/ayam kisar dan bahan perasa.
Goreng.

Kuah
Tumis bawang.
Masukkan semua sos dan sayur.
Perasakan dengan bahan perasa.

Tuang kuah atas telur.

Wednesday, August 26, 2009

Sebat ke tak sebat

Kenapa kecoh sangat ye pasal sebat-sebat ni? Agaknya, Malaysia dah ketandusan berita yang lagi bagus kot. Errr... maaf ye pemberita.

Niat untuk menjadi tauladan tu dah bagus. Tapi ditayang-tayang dan bergambar dengan sukarela bagai, hmmm... Rasanya si pesalah itu ada anak (correct me if i'm wrong). Dan jika ditayang-tayang sebegini, tidak terfikirkan moral anak-anak itu nanti. "Oh, mak dia la yang minum arak tu." or "Awak minum arak jugak tak? Mak awak minum kan?". Kesiankanlah pada anak-anak dan keluarga yang lain.

Berita lain. Aku tengah jahit manik. The very the pinkish. Tema raya tahun ini adalah pink. Tapi bukan baju raya yang aku jahitkan manik or beading-beading ni. Baju lama yang plain. Kain baju raya baru je beli kain kat SACC dan sudah selamat dipos ke kampung. Thanks Mama, sebab nak jahitkan :)

Berbuka apa hari ni? Taktahu. Yang pasti, sahur nanti nak makan nasi goreng :)

Tuesday, August 25, 2009

Lempeng tak menjadi

Selepas tragedi buat lempeng tak menjadi pagi tadi, I turn my baby food book. Belek-belek cari resepi menarik untuk Iman. Hasil pencarian, esok InsyaAllah buatkan bubur kacang untuk Iman. Ada balance kacang hijau yang buat bubur durian hari tu.

Tragedi buat lempeng tak menjadi pagi ni sungguh sadis. Adunan cair dan juga, telur masuk in the middle of blending the mixture. Last-last masuk tong sampah. So, hari ni aku kukuskan pau kaya 3 biji untuk Iman. Bekalkan coco crunch 1 bekas, 1 roti spreaded cream cheese dan peanut butter (potong empat dan cantumkan buat 2 set).

Oh ye. Nak share Vitamin C source list. Courtesy of SuperBabyFood. Click for larger view.



Monday, August 24, 2009

Banyakkan bersabar

Hari ketiga berpuasa. Belum apa2 aku dah rasa macam kehabisan idea untuk masak juadah berbuka dan bersahur. Tak nak cakap pasal makanan lah.

Bendera merah naik pada petang Jumaat lepas. Jadi, belum rasa nikmat puasa lagi. Sadis. Belum berpeluang berterawih dan berpuasa. Tapi tak apa, banyak lagi amalan lain untuk kejar pahala. Amin.

Contohnye, banyak-banyak bersabar bila anakande sepah-sepahkan rumah selepas beberapa minit dikemaskan :p

Dan banyak-banyak bersabar sekiranya masa mandikan anakande, anakande nak main pencuci muka yang dah expired. Bila kita ambik dari dia, dia akan menangis macam kena cubit. Oh tidak.

Dengan kata lain, banyakkan bersabar.



Oh ye. Iman dah ada 5 1/2 batang gigi. Dan sekali sekala, bila Iman geram, Iman akan test kekuatan giginya, dengan menggigit bahu Ibu dia :p Sejak gigi ada banyak ni, suka betul dia menggigit baju. Dan sekali sekala bila geram, Iman akan mencium pipi Ibu dan bila geram tahap gaban, dia gigit sikit pipi Ibu dia. Oh tidak. Itu lah cara Iman tunjukkan geram dia. Tapi Ibu je yang kena gigit. Iman geram Ibu? Sebab Ibu gomol Iman?

Iman so kedekut bila orang nak tengok gigi dia. Dia akan tutup mulut serapat-rapatnya. 5 batang. Gigi ke-6 tumbuh last week, di sebelah gigi pertama (bawah rightmost).

Thursday, August 20, 2009

schedule during puasa

InsyaAllah, minggu depan puasa. Tapi, aku belum sempat duduk dengan tenang dan buat jadual masak untuk sepanjang bulan puasa ni.

Kompeni bagi balik pukul 5.15 petang sepanjang Ramadan ni. Ada beza ke balik 15 minit awal dari hari-hari biasa? Hmm.. tak ada kot. Nak ke parking, nak keluar ke jalan besar lagi, jammed dengan pelbagai jenis kenderaan. Traffic light ada 6. It's so jangan mimpi la kalau semua lampu hijau. If it is, it'll save a lot of my precious time. Ambik Iman. Dan, tiba lah sangat yang aku taktau camana nak buat nanti.

Iman, selepas seharian tinggal kat rumah nenek Mun dia, he'll turn like koala bear. Tau tak camane? Nak peluk kita sepanjang masa, even kalau kita berdiri, he'll attach to u like a cute koala bear. What on earth I can do to prepare juadah berbuka? Sometimes i'm thinking that i'm a bad house manager. I don't know how to manage :( :(

I wish I can cook juadah berbuka. Tapi, time is the barrier. I want to cook tapi kalau anakande dah jadi macam koala bear, dan nak dok dengan kita 26 jam, mana nak masak, nak hidang, nak buat semua tu. Kalau Husband balik awal, semua tu tak jadi masalah. So, let's hope and pray, suami ku balik awal. Tapi, ikut pengalaman puasa tahun lepas, he arrived home few minutes before azan Maghrib :(

Dan, aku rasa, beli lauk berbuka is the best option. I hate it but I have no better choice :(

Haaa.. malam tadi Iman buat sesuatu di luar jangkaan. Aku sakit kepala malam tadi, so, aku decide nak baring je dalam bilik dan tutup lampu semua. Lepas hidang makan malam kat Husband, aku masuk bilik. Tak sampai 2 minit, Iman ketuk pintu. Aku buka pintu dan angkat Iman, letak atas katil. Iman panjat-panjat badan aku dan kemudian dia turun katil dan ketuk-ketuk pintu nak keluar. Aku bukakan dia pintu, dan dia keluar. Aku cuba untuk melelapkan mata semula. Tak sampai 5 minit, Iman ketuk-ketuk pintu lagi. Oh my... dah benda macam tu jadi 4-5 round. Husband berdiri depan pintu, dia kata "Iman nak dua-dua orang dok depan mata dia." Then, aku keluar dan baring atas sofa. Baru la Iman boleh duduk dengan aman damai. That's my son.

Tuesday, August 18, 2009

Tahniah la

Tahniah la sebab dah kawin. Tapi, sesungguhnya aku rasa sedikit wth bila tengok news dalam Buletin Utama pasal diorang kawin. Dulu nafi habis-habisan. Pelik jugak bila lelaki ni, dapat izin kawin dengan perempuan itu. Walau diizin oleh bekas isteri, dan si lelaki kononnya telah menghilangkan diri dan tidak menghantar khabar berita. Hati seorang isteri yang melahirkan anak-anak kepada si lelaki itu, sudah pasti tersentuh. Isteri mana tak tersentuh bila diabaikan suami. Dunia artis, tidak mengira ustaz atau ustazah.

Oh ye. Usahlah mendekati suami orang, walaupon si lelaki ada hak untuk kawin lebih dari 1. Tapi tu la, ikut Rasulullah saw konon. Mungkin ada lelaki lupa bahawa isteri-isteri Rasulullah saw kesayangan kita semuanya balu, hanya Siti Aisyah yang masih anak dara sunti. Itu pon usia masih setahun jagung.

Kamu dah kawin. Tahniah la ye.

Sunday, August 16, 2009

food at sunday

Hujan di petang Ahad. Nyaman. Aku biarkan rumah dalam keadaan gelap. I have some free time now. The two boys are sleeping. Tadi nak tidurkan Iman macam nak pegi perang. Mata tu dah mengantuk tapi sama banyak dengan nak main.

Esok ada orang minta aku buat something to makan-makan. Am thinking about to buat benda yang senang dan cepat. Dan bajet. Haha. So petang nanti, boleh la beli bahan-bahan nak buat tu.

i am surfing mamafami's fotopages. I wish i can be like her. Cooking and baking, like no other business. Tapi tu lah, nak curi masa untuk diri sendiri pon tak boleh kadang-kadang tu. Buat hair treatment pon kena pegi time lunch break on friday. The longest lunch break.

I almost finish my house core today. Folding is done. Vacuum rumah sudah. Husband did the fan cleaning. I've made Iman sweet potato with spinach pancake. He likes it. I noticed that Iman refused to eat food yang lembik-lembik. He likes nasi putih yang biasa kita makan, with some kuah or lauk. Toasted bread with butter. He can finished up 1 banana at one time. Keropok keping pon dia dah boleh pegang sendiri. I let him eat coco crunch himself. He can feed himself now. As he preferred to be fed by hand (berkat tangan ibu yang menyuap :p ), i need to make something different. Oh, i saw on progam yang Farah AF pegi jalan-jalan @ Hong Kong, there's one time the HK's lady make something like bergedel, the different is she used mashed potato with steamed salmon. Maybe i can make one dish for Iman. Ada salmon sikit dalam fridge.

Oh, got to go. Nak bakar ayam. I have marinated chicken drumstick with black pepper, honey, soy sauce and salt. Let it marinated for 1 hour, pastu bakar.

Thursday, August 13, 2009

Face-mask

Due to H1N1 seriousness, I bought 5 pieces of face mask. Murah je kat situ. 80 sen aje. Kat sekolah, dengar cerita orang jual RM1. Mark-up 20 sen. Mahal tu. So hari ni pakai mask kat office :p

Last weekend pegi birthday party Nuha Humayra. Selepas setahun, baru aku dapat jumpa Nuha balik. Dulu tengok dia, baru umur beberapa hari.

Birthday party pertama yang Iman attend. He was ok that day. Tak de perangai pelik-pelik. Makan pisang. Makan nasi. Rasa choc indulgence. He was about to join guys talk kat depan dapur sebelum aku sambar dia. Mainan Nuha banyak yang bergerak-gerak dan Iman sedikit confuse bila dia main sotong yang banyak kaki yang ada telinga bentuk bulat. It's not n3n3n la Iman. Salah concept tu. On the way balik PJ, dropped-by rumah Aishah. Pertama kali bawa Iman jumpa Ashraf. Ashraf is a good boy. Iman yang sopan depan ge-girl tadi, dengan penuh sopan juga dah buat macam rumah sendiri kat tempat Ashraf lepak. Sorry dear.

Courtesy of Eliss. Thanks Eliss for inviting :p





Sunday, August 09, 2009

Matured ke?

Semalam Iman duduk dalam seater. Aku amik gambar dia. View balik kat kamera. Tunjuk kat Husband, I said "Iman nampak matured."

Aku rasa anak bujang aku nampak matured. Hehehe.

Gambar masa 6 bulan dan 10 bulan. 4 bulan beza. Dah nampak kurus dan macam hensem sikit. Ekekekeke. Pipi bulat pon tak ada. Banyak exercise, tu yang loose weight tu. Loose weight ke ape? Berat naik sikit. Tak timbang tapi bila angkat tu, rasa la berat dari dulu :p

Thursday, August 06, 2009

Nasi kerabu, cupcake

Weekend lepas masa pegi beli groceries, Husband suh amik bunga kantan. Dia kata "Esok nak makan nasi kerabu." So, aku pon pegi la cari bahan-bahan untuk nasi kerabu.

Sambal kelapa terdiri daripada:
  • 2 ekor ikan kembung (rebus/bakar dan ambil isi. Tumbuk.)
  • Kelapa (goreng tanpa minyak. Tumbuk panas-panas. Then gaul dgn ikan.)
  • 1-2 biji bawang merah kecil (dimayang halus)
  • 1 batang serai (dimayang halus)
Semuanya gaul-gaul. Perasakan secukupnya.

Ulam-ulaman dan sampingan yang sunat ada:
  • taugeh, mentimun, bunga kantan, kacang panjang
  • Telur masin
  • keropok goreng
  • budu (takde ni bukan nama nasi kerabu)




And this is my latest baking project. Resepi dia takde softcopy. Tulis kat kertas. Ada kat board kat dapur. InsyaAllah kalau ingat, nanti aku share kat sini. Sedap. Hehehe. Puji diri sendiri. Buat 1 adunan, dapat 20 biji kot. Lembut. Sihat sikit kot sebab aku kurangkan gula up to 100gram. Kes tak cukup caster sugar ;p

Tuesday, August 04, 2009

Dear

Happy birthday dear!

We love you. Infinite love.

lots and lots of love,
ibu and iman

Nak makan kat luar tapi semalam Suami ku berkata "Daripada makan kat luar, baik masak something special." So, I plan to cook hehe... let's see what we'll have tonight.

-------------------------

Iman turns 10 month today. Iman ada 3 gigi. Ibu sayang Iman.

Saturday, August 01, 2009

Green face

It's Saturday evening. Husband's not around. Pegi office jam 11 pagi tadi. Iman tido lepas mandi dan nen3n tadi. I took my bath. Take my sweet time in the shower. Jarang dapat mandi lama-lama ^_^. Lepas mandi, aku pakai firming mask. Then i continue you tube-ing sambil tengok Cookwork @AFC.

Tiba-tiba Iman bangun. He saw me in this green mask. He was staring at me. I hid my face, Iman peeked to see "what is that". Sebelum Iman nangis sb takut tengok perempuan bermuka hijau, i quickly nurse him. Tepuk-tepuk sikit and he went to sleep again. Fuuuhhhh lega. Takut dia nangis tengok muka aku.

Oh, i made kuah kacang. A bit pedas. Next time, kurangkan cili or else, ada orang sakit perut :p