Tuesday, September 29, 2009

Pizza

Akhirnya selepas berkira-kira nak buat roti atau pizza, akhirnya semalam, tepung dah menjadi pizza. Roti next time buat. Untuk pertama kali buat sendiri, uli pakai tangan sahaje; rupanya sangat tidak presentable. Boleh gak tahan ek. Dengan 200gm tepung roti, dapat hasilkan 2 keping mini pizza, errr besar sket dari mini pizza. Walaupon lupa letak button mushroom (in both spaghetti and pizza, oh ye, malam tadi husband's dinner was spaghetti. letak cheese kaw2 hehe), kira boleh dimaafkan la kot.

Kelebihan buat d-i-y pizza:
  • boleh letak topping mewah-mewah. Extra semua-semuanya. Cheese, sosej, tomato. Meleleh je cheese tuh.
  • boleh buat pelbagai size ikut perut nak.
  • jauh lebih murah dan kenyang. Kekekeke
  • kurang bekas kena basuh compare to buat kek :p
Keburukan dia:
  • ambik masa lebih dari sejam, count from sediakan bahan to uli-menguli to naikkan doh to membakar
Ok, here's the recipe.

Bahan2 dan cara2
(Doh pizza)
200gm tepung roti/high protein flour
120ml air
1 sudu besar gula
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil yis
sedikit garam
-- Gaul semua bahan dalam 1 bekas. Uli-uli-uli. Kemudian, biarkan naik 2 kali ganda, dalam 40-60 minit. Tutup dengan kain lembap. Lepas tu bakar @180 at 20min atau sampai masak.

(Topping)
Terpulang nak letak ape. Me use mozarella cheese, sosej, sos tomato, buah tomato, capsicum, bawang besar.

Sunday, September 27, 2009

Roti ke pizza

Dok fikir2 nak buat roti. Belek-belek resepi. Pastu nampak gambar pizza lak. Sedapnye.

Tiba-tiba Along call tanya tak nak datang rumah ke. So terpaksa melupakan pizza dan roti tadi. Kena siapkan kerja sebelum bertolak ke Puncak Alam.

Esok kerja. Camane nak charge battery yang dah 10 hari tak fikir pasal kerja?

Ehhh Iman akan genap 1 tahun weekend depan. Birthday boy sudah botak :)

Friday, September 25, 2009

Cerita raya

Sehari sebelum raya
Kami sampai PMas lepas Zohor. 13 jam perjalanan. Bertolak dari KL jam 12 malam. Sangkut dalam jammed beberapa kilo dari tol Gombak, lepas tol tu jammed lagi sampai la ke Petronas dekat tol Bentong. Sangat-sangat lah mencabar. I drove all the way from KL. Volunteer sebab Husband kerja. Iman tido sepanjang perjalanan. Beberapa kali bangun main.

Berbuka di rumah PMas. Ada ayam golek 2 ekor dan sup tulang. Sederhana sahaje tapi licin semuanya. Sukanya aku beli makanan kat kampung. Semuanya RM1. Jumlah yang sama tapi dengan harga yang separuh dari KL. Kat KL melampau mahal. Tak sedap tapi mahal.

1st raya
Bangun seawal jam 6 pagi. Terkejar sana sini. Biasalah, semuanya ada, penuh lah rumah. Husband pegi sembahyang raya dengan Adik. Gadis-gadis termasuk Iman tak pegi semayang raya sebab 4 daripada mereka uzur. Me not going. Tunggu Mama balik dari masjid untuk ke pusara Baba. Jalan masuk ke tanah perkuburan sesak. Dapat parking depan rumah orang. Kami berjalan kaki ke pusara. Tikar dibentang, surah Yasin dibaca. Baru beberapa baris ayat dibaca, air mata mengalir laju. Beberapa kali terhenti bacaan. I recalled all his last moment, macam di'playback' depan mata.

Hari Raya hari kemenangan, jadi aku tinggalkan kesedihan di pusara. InsyaAllah, ada peluang Kak Long datang melawat lagi.

Kemudian kami semua pegi ke rumah Che & Tok Ayah (@ Mama side). Ramainya orang, macam nak roboh rumah. Dah ada yang datang beraya.

Menginjak ke tengahari, kami ke rumah adik arwah Baba di kampung. Menjenguk Mak (@ arwah Baba side). Berkejar dengan Iman yang mengejar kucing.

Mama & adik-adik ke Kota Bharu, rumah MakcikSa, sepupu Mama yang paling rapat. Me+Husband+Iman to Beris Kubu Besar, rumah MakSu (adik bongsu Ummi a.k.a maksedara laki ku). In-laws ada di sana. Singgah di pusara arwah Ayah (Husband's side). Pertama kali aku dibawa ke sana. Kami satu-satunya yang ada di tanah perkuburan itu. Pulang ke PMas jam 6.30pm.

Raya 2
Hari ni kami di PMas buat open house. Simple saje hidangan. Sate dan roti jala ditempah. Ada kek coklat dan kek lapis. Biskut raya sangatlah pelbagai jenis. Air pon pelbagai jenis. In-laws datang selepas Zohor. Kemudian kami dijemput ke rumah ibu Abang Mat (Husband's brother-in-law), juga di PMas. Makan nasi dagang. Petang jam 6 gitu-gitu, bertolak balik rumah Mama. Ada jiran a.k.a saudara jauh. Husband rancak bersembang bila bertemu engineer yang kebetulan juga belajar di Jepun dulu. Keluarlah pelbagai cerita, sampai tunjuk-tunjuk henpon segala.

Ada acara potong kek untuk Iman. Kami tak biasa sambut birthday. Cukupnya ada sebiji kek dan keluarga terdekat. Iman suka potong kek rupanya. Hehe..

Oh ye. My 2nd sis, Lumi, accident sebelum Zohor, depan rumah Che. Mamat naik vespa langgar dari tepi masa Lumi buat u-turn. Ke balai polis buat report sementara mamat-mamat vespa yang lain yang sebelum ni kecoh, berdiam diri bila aku kata "Kita settle kat balai".

Raya 3
Ada 4 rumah yang perlu kami pergi. Melawat pengantin yang majlisnya pada raya ke2. Aku tersilap tengok hari. Maaf ye Su. Kemudian kami ke rumah Pakcik (Husband's uncle, his mom eldest brother). Lunch kat sana. Kemudian ke rumah MakSu (lagi sekali). Spent 1/2 day there. Lepas Maghrib bertolak balik PMas. Destinasi ke 4 tidak dapat dikunjungi. There goes my plan.

Raya 4
Kami dah bertolak balik ke KL sebab Husband kerja Khamis dan Jumaat. Pelik betul bos dia. Cuti after raya NOK. Cuti next week OK. Huh.

Sedikit gambar untuk dikongsi.

Bergambar sebelum ke pusara Arwah Baba

My new cousin, HaziQ. Lahir beberapa hari sebelum Syawal :)

Di ladang kuda AyahSu. Dia ada banyak kuda.

Iman pertama kali potong kek. Sukanya dia. Pastu comot.


Way back to PMas from Beris. Banyak lampu. Ada signboard orang kawin. Halumi dan Lutfi (not in picture). Ada jugak orang nama Halumi ye. Halumi tu nama adik kedua aku.

3 jenis biskut yang paling aku suka raya kali ni :)



Akhir kata, Salam Aidilfitri semua!

Thursday, September 24, 2009

Back to KL

Alhamdulillah, kami dah kembali ke rumah di Sri Manja. Semalam pagi bertolak dari kampung. Jammed sikit dari Machang to Kuala Krai. Tapi kalau nak dibandingkan dengan jammed masa balik kampung hari ni, yesterday was better. Yang balik Sabtu jam 12 tengahmalam tu, the most terrible jammed yang pernah aku jumpa. Jammed a few kilo dari tol Gombak sampai la ke Petronas dekat tol Bentong. Gile kan. Sepanjang jalan aku dok "Astaghfirullahhala'zim".

Hari ni tinggal berdua dengan Iman. Husband kerja. Ada 3 trip laundries nak kena buat. 1 done, 1 is in progress, 1 is in the waiting line. Iman dah makan sikit tadi, dah mandi. Me not yet. At 12 nanti nak pegi Sogo jap. Husband mintak tolong carikan pants. He's loosing weight. Kena cari seluar size 29. Oh dear. Camane nak tambah berat?

Thinking about to pegi beraya rumah kawan-kawan kat sini tapi esok lah kot.

Nanti cerita pasal raya pulak. Signing off now~~

Thursday, September 17, 2009

Dear all,

Selamat Hari Raya. Maaf kalau ada salah dan silap.
Semoga selamat semua-semuanya.

Love,
Wafaa & family

Wednesday, September 16, 2009

Tahniah!

Aku dapat cousin baru semalam. Adik perempuan bongsu my mom a.k.a my closest Auntie, CikSya, dapat anak lelaki. Selepas 7 tahun, dapat jugak anak lelaki. Anak sulung perempuan. Nama belum tahu. Nanti balik kampung raya ni boleh tengok. Sukanya!!! Suka baby, suka suka suka!

Ramai betul kawan aku pregnant tahun ni. Kat office je 4 orang dan sorang tu tengah tunggu masa. Belum department sebelah. Dan belum masuk bini kawan-kawan lelaki kat office nih. Kawan-kawan blogger. Seronoknye!

Meh nak tengok sket sape

Gee - new m2b, huhu mesti cute nih
Afni - new m2b, 2nd child
Lin - new m2b, 2nd child. Alooorr.. sian, mabuk teruk ek. Takpe, sabar ye
Boss aku hehe new m2b, 4th child
Aniza - new m2b, 2nd child, 1st child dia baya Iman & she's expecting 2nd on Dec. Oh, aku ketinggalan
Kak Mai - baru deliver last week kot
Sha - dah beranak belum??
Imah - new m2b, due next year kan kan kan? Feb? Tu bulan bday aku tu hehe
Wife Ajad - anak dah nak masuk sebulan, 1st baby
Jijan - 1st baby on April, Amna gebu dan semangat sangat2 tapi Auntie belum jumpe la.
Fadz - baru dapat anak no 3, umur 3 bulan lebih2. Ehhh.. ke 4? Rasa 3 bulan. Haaa betul lah.
Roza - new m2b, 1st baby, weii bila due?

Ada lagi??? Sile tinggalkan nama anda dalam komen hehe

Ha, Aishah, bila kita nak buat anak no 2? Kekekekeke..

To all, tahniah atas kelahiran anugerah paling indah dari-Nya dan kepada yang sedang 'membawa', I pray for your good health, both u and unborn baby.

Tambahan: Ooooo aku ada silent reader ek.. hehehe

Tuesday, September 15, 2009

Bukannye tak nak tapi..

Aku pernah kena tegur dengan sorang mamat ni, "Wah, banyak beli. Isteri mithali la katakan." Ini semua sebab dia tengok kat tangan aku ada plastik lauk untuk berbuka. Dan aku jawab, "Bila anak kau tak berenggang dengan kau, baru kau tau camane."

Aku bukan tak nak masak tapi masa terhad.

5.15 habis kerja.

5.30 baru keluar dari pagar. Sape yang tau jalan kat depan Proton ni camane, boleh la imagine, campur2 sket dengan ada construction.

6.10 paling awal boleh sampai kalau semua traffic light hijau, which is dalam mimpi kot. baru sampai kat tempat parking. Balik rumah, hantar beg laptop dan beg pump dan barang-barang lain.

6.20 sampai kat rumah babysitter. Biasanya pegi jalan kaki sebab rumah seberang jalan je. Tapi kat 5th floor, tak ada lif, ok. Kalau pegi dengan kereta, nak tenangkan Iman dah satu hal. Gedebuk gedebak dah amik masak 15 minit semua-semua tu.

6.40 lebih kurang. Uruskan anak - tukar diaper, n3n3n. Main kejap dengan dia. Bukannye sampai rumah, terus letak dia, dia akan dok diam. Dah tinggal 1 hari, bila jumpa tak layan, sape yang boleh dok diam. Cabaran bermula bila Iman start peluk kaki. Memang nak bergerak tak boleh.

So, fikirlah sendiri sebelum nak kata aku malas nak masak. Orang lelaki mana nak berkejar-kejar nak sediakan hidangan berbuka. It's all wife punye job scope. Kalau ada pon, 1 dalam 1000 kot. Dan, kalau ada orang gaji, semua orang gaji sediakan - dari kupas bawang, cuci ayam segala, semua-semua lah. Nak-nak kalau yang menegur aku tu tinggal dengan mak. Nak lagi best, bila ada orang gaji 2 orang lagi kat rumah tu. Jadi, jangan samakan semorang orang ye.

Ok, itu aje.

Monday, September 14, 2009

Iman's cuppies


My 2nd attempt deco cupcake. Sukanya la hai warna biru tu. It's brilliant blue tapi bila 1 drop sahaja, it turned so cantik. Walaupon buruk, it's ok. I am satisfied. Biru pink tu, haishhh.. very the ge-girl lah. Iman pon ada menolong jugak. Kesian kat Iman, i beat the buttercream on the floor. So, Iman boleh la tengok. Tapi bila bangun nak ambik sudu, tangan dia dah masuk dalam bekas, pegang the mixer dan cream kekeke...

Brought to iftar at sil's @pck Alam. And the balance 5 pc left for me at home. Haaa amik kat. 5 biji tu untuk aku je. Hehehe...


Saturday, September 12, 2009

Iman Oh Iman - Episod 2

Kali ni bukan pasal kena gigit. Tapi pasal minat terbaru Iman. Kali pertama Iman menemui 'mainan' baru ni - panjat speaker. Masa ni tengah tunggu Husband siap-siap nak pegi kerja, Jumaat lepas. Penanda kami tidak lewat adalah Barney. Bila Barney belum nyanyi I love You song, maknanya dah nak jam 7 pagi.

Berbalik kepada Iman. One second, he's watching Barney. A minute later, kantoi tengah terkial-kial panjat speaker. Aku dah macam "Haaa.. Iman buat ape tu?". Aku biarkan je. Then aku masuk bilik kejap, pastu aku jenguk balik. "Ehhh... camane boleh dok celah tu?" Kalau tengokkan keadaan lotion dan remote control yang dah tunggang-langgang tu, rasanya Iman dah berdiri atas speaker tu or dia tolak-tolak je. omg, atas meja makan pon dia dah boleh capai. Meja, katil semua dah panjat. So, itu lah sebabnya, kalau nak masak, I'll took all his toys letak depan dapur. Haa, bertukang la kat situ.


Dan ini, hari Sabtu masa kami tinggal berdua aje kat rumah. Dengan pelbagai aktiviti Iman, camane la aku nak buat biskut raya. Apetah lagi nak mop lantai. Vacuum ok lagi, sebab dia akan dok diam.


1. Iron board berjalan-jalan keliling rumah. Dari bilik tengah masuk ke master bedroom, keluar balik. Pastu stuck kat kerusi, menjerit minta bantuan. Ibu pon datang menyelamat macam Wonderpet. Oh Iman.
2. Pantang nampak Ibunda online, Iman akan datang dekat. Bila laptop tu ditinggalkan sendirian, it's like 'pucuk dicita, ulam mendatang' for him.
3. Kemudian, hujan turun dengan sangat lebat. Iman suka tengok hujan. So, I let him lepaking kat balcony, menikmati suasana hujan.
4. Bila hujan dah berenti, Iman masuk dan main benda lain pulak - iaitu - panjat speaker. To-date, speaker-speaker tu dah masuk bilik. No more there. We need to buy a cabinet lah.




Thursday, September 10, 2009

Iman Oh Iman

Ada 2 main point.

Satu. Aku takut sangat nak breastfeed Iman 2-3 hari ni. Sebab, dia gigit!!!! Dia sengaja gigit. Lepas dia gigit dia tersengih-sengih. Arghhh takut. Sampai 1 tahap malam tadi, aku merajuk dengan dia. Aku masuk bilik, tutup pintu. Dan Iman datang ketuk-ketuk pintu, nangis-nangis. I let him crying for 5 min. Aku ambik dia, letak atas katil, dodoikan dia. Bila suakan n3n3n, dia geleng-geleng tak nak. So hari ni, engorge tahap gaban. That's it, itu lah issue yang paling aku takut sekarang - kena gigit. Main gigit-gigit pulak dah weii.. Sakit!

Kedua. I said 'Kakak', he'll repeat 'Tataaaa'. I am so happy. Suka suka suka. Hehehe.. dah besar dah anak aku. Cuma bila kita kata 'No Iman', dia belum faham. Tu yang kadang-kadang jadi tarzan kat rumah bila Iman dah separuh jalan panjat tv kabinet, di mana kaki dah sebelah dok atas kabinet. Or, panjat tong sampah kat dapur. Tong sampah tu bertutup dan hari-hari kena cuci. So, extra kerja untuk aku. Hehe.

Itu sahaje.

Point no 1 tu akan menghantui aku selagi Iman buat macam tu.

Wednesday, September 09, 2009

Lauk-pauk & bekal Iman

Semangat nak masak datang. So semalam, sampai rumah jam 6. Terus masak. Macam tak caya dapat siapkan 2 lauk dalam masa 20 minit. Iron Chef pon kalah nih.. hehehee


Lala Goreng Cili
Bahan-bahan: Lala, 3 bawang merah, 3 bawah putih, 2 cili merah, 2 sudu besar sos tomato, cuka makan sikit, garam
Cara: Rendam dan basuh lala. Tumbuk bawang2 dan cili. Then, tumis. Dah pecah minyak tu, masukkan sos. Masuk garam sket. Kemudian masuk air sikit (kalau suka la, me tak letak air). Last sekali, masukkan lala. Eh belum last. Tuang sket je cuka.


Sayur Goreng Lauk Udang
Bahan-bahan: Udang secukupnya, sayur (me guna stok yang ada i.e broccoli, cauliflower a.k.a bunga kobis (ek?), carrot), 2 ulas bawang putih (tumbuk kasar), Knorr Pasti Sedap (jiran sebelah bagi 4 peket kecik)
Cara: Tumis bawang putih. Masukkan sayur-sayuran dan udang-udang itu. Last sekali masuk air sikit dan juga perencah knorr tu.



Dan ini Iman's meal. Buat pagi tadi, buat bekal Iman hari ni. Banyak la pulak. 5 keping. Gumuk-gumuk lak tu. Takpe, Iman can share with friends. Selain pancake a.k.a lempeng, Ibu bekalkan Iman nasi with sardin (sedapnye dik!!), dadih yg Ibu buat Isnin lepas. Guna separuh dari adunan, dapat 15 bekas. Banyaknya. Bawak 2 bekas ke office bagi kat kawan yang terpaksa tidak berpuasa.

Oh ye. Ini guna resepi yang belajar kat youtube hehe. That's why I love youtube! Basically, to get nice and fluffy and gumuks one, you have to separate the mixed ingredient.

Iman's Pancake
Bahan-bahan: (A) 3 sudu besar tepung naik sendiri, 1 sudu (kot) baking powder (saje je letak nak kasi extra naik hehe), brown sugar sket. (B) 1 telur, susu, minyak jagung (boleh guna minyak sayur lain or melted butter/majerin or olive oil)
Cara-caranye: Bancuh A bagi rata. Bancuh B dalam bekas lain, kacau kacau. Masuk B dalam A. Ni goreng tanpa minyak sb dah letak minyak jagung. Dapat la 5 biji kalau tuang guna senduk sup.




Monday, September 07, 2009

iftar with ex-pt

A quick post while Iman is sleeping. Lepas dia tidur tadi, cepat-cepat aku mop lantai. Hihiii..

The iftar was held @Johnny's BTS. Pegi berdua je dengan Iman sebab Husband ada keje. Wish to lepak lama sket tapi Iman dah garu-garu kepala, gosok-gosok mata. He even tertidur atas dukung masa aku bayar parking. Kesiannye. Tak bawak stroller sebab aku sorang yang handle dia. Kebarangkalian Iman tak nak duduk dalam stroller tinggi sebab dia suka panjat keluar or meronta-ronta minta diangkat. So, kalau dah aku sorang yang handle, sape nak tolak stroller kalau aku dukung dia.

Aku tak makan sangat sebab banyak kena attend Iman. Dia panjat keluar dari high chair dan nak naik atas meja yang penuh dengan mangkuk gelas segala.

I've ordered Nasi Goreng Belacan. Mintak Nani amik separuh sebab aku tak boleh habis. Strawberry Milk Shake lak, kalau setakat Dutch Lady perisa strawberry tu, kat rumah boleh buat. hahaha.. tipah tertipu. Aku buat smoothies kat rumah pon guna fresh and pure buat strawberry. Sungguh la nak kaut untung kedai-kedai makan ye.

I don't take any photo sebab dah ramai yang bawak camera. So, sesapa yg bawak tu (especially As) sile la share @fb ye. Nanti aku copy.

Ramai juga yang datang. As & Miza (rajin Miza tolong pegang Iman. Iman sedap peluk ke As?), Imah (husbandless gak macam aku malam tadi hehe), Nani & bf, Shaz (the organizer), Peja (dressing mcm manager daa), Mache, Saturn, Amri, Zulhusni Mokhti yg tinggi (or should i say Q-react.. dia ni dulu suka conteng buku aku), Nasir & family (anak dia tu aku rasa macam sebaya ngan Iman, sebab umur dia 1 tahun 8 bulan, so rasanya lahir Jan 2008 kot), bakal pengantin Tini & Syed, Shukri & wife, Ajis & wife (patut aa sorok bini, dapat awek cun), Rosdi (apesal botak licin?), Shahrir, Pesa (As kata makin putih hehe), Ikhsan, yang depan aku yg rambut macam askar tu sape nama aa.. lupa. Ampun!

Ada lagi ke aku tertinggal?

Iman telah pow uncle-uncle or pakcik-pakcik or abang-abang (???). Kekeke.. jumpe setahun sekali pon susah, ape salahnye bagi duit raya awal. Iman kan lahir raye ke-4 tahun lepas. Heheheh.. sorry kalau ada yang takde duit bayar parking or peli prepaid nak call awek sebab aku tolong pow duit raya utk anak aku. Anak-anak korang besok nanti macam anak aku jugak.

Rupanya dekat gile tempat aku park kereta dengan tempat makan. Bayar parking kat hujung bangunan, pastu aku turun tangga sket ke level 2. Lorrr... Maklum la, aku tak biasa kat BTS. Dekat rumah aku tu ada Midvalley & Sunway Pyramid. Tu yang tak jejak kaki ke BTS.

Ok, a long quick post.

Photos courtesy of As, selepas dia mengupload dalam fb :)

Friday, September 04, 2009

11


Sangat cepat masa berlalu. Sangat sangat. Iman pon dah 11 bulan. OMG!!!!! 11??? Lagi sebulan 1 year old? Dont grow so fast baby, Ibu rindu your baby moments. Uhuhhhh..

Here's a video. Sorry video a bit dark. Sape yang tak rindu this moments? His laugh, cry, giggle, scream (yaaa jeritan yang sangat high pitch), kiss. Oh dear.

Thursday, September 03, 2009

tersentuh sedikit

A colleague came to my place

She: Eh kau tak nak kain pelikat?
Me: Kat mana? Nak buat ape?
She: Kat surau. Bagi la kat bapak kau.
Me: Silent
She: Eh.. arwah. She tapped on my shoulder.
Me: Dah banyak kat rumah. Ambik yang arwah punya.

She left. I look at my laptop. I cried.

I missed my dad.

Al-Fatihah.

Wednesday, September 02, 2009

Cuti bersama Iman di rumah

Siapa tak suka hari cuti. I've enjoyed my hujung minggu and public holiday. Spend time with super duper lasak baby mmmmmuahmuaaaah. Dan biasanya selepas beberapa hari bersama Iman, Iman akan ada sedikit separation anxiety. Tapi hari ni tak. He was sleeping masa aku angkat dia nak keluar dari rumah. Mana tak tido, hari ni dia ikut sama bangun sahur.

By the way, kalau suka tengok rancangan masak-memasak, orang tu diklasifikasikan sebagai apa? Suka memasak? Pandai memasak? Or, is it just typical lady yang suka cooking stuff? Hehehe.. yang pasti, now at tv, so many cooking show. Lagi-lagi sekarang. Semuanya bertemakan hari raya.

I like Ketuk-Ketuk Ramadan. Lawak pon ada. Simple je masakan yang Sheila Rusly buat. Sekali-sekala tengok artis-artis memasak ni, best jugak. Ada satu program @AFC, Sedap. Makcik tu suka suruh orang rasa yang dia masak dan bagi komen. Dah depan tv, takkan la orang tu nak kata tak sedap pulak hehehe.


And Iman is the only cabaran for me dalam menghabiskan jahit manik. Tapi Iman boleh main sendiri. Contohnye, Iman suka sangat lepak kat balkoni. See below.


Kenapa? Sebab kat luar sana ada banyak car. Ada banyak motor. Ada playground yang colorful. Kebetulan, lately, hujan je. So, boleh la Iman ambik angin.

Ini semalam, lepas balik rumah babysitter. Iman dapat bendera. Pandai dia goyang-goyang macam kat tv :p Haa.. ini ada satu perangai baru. Tiba-tiba, dia berenang, sambil muka diletakkan atas lantai atau mana-mana yang dia rasa sesuai. Pastu dia bangun dan nampak Ibu pandang, dia nangis. Tapi Ibu buat deekkk je, then dia duduk, gosok-gosok mata, garu-garu kepala. Ohhh itu tandanya mahu n3n3n dan tido.


Selain cabaran semasa menjahit manik, ini pulak cabaran masa lipat kain. Jadi sebagai denda, Iman telah bertukar menjadi little ustazah hehehe.. ampun ye sayang. Sekali sekala kena buli. Bukan selalu :)

Tuesday, September 01, 2009

i love youtube

it's just like source of everything that i need to know.

from religious clips Cahaya Selawat (Ya Nabi Salam Alaika) nasyid, Azan at Masjidil Haram Mekah, beautiful zikir and Al-Quran recites

to many useful clips for berangan-chef like me i.e how to make brownies

to many many hilarious banned advertisements and baby laugh clips!!!