Thursday, October 29, 2009

ukur baju di badan sendiri

Lately, a few people came to me and said "Baik ko beli rumah atas tanah sekarang. Nanti rumah mahal, baru sakit." OR "Awak beli la rumah bawah, senang orang nak datang-datang." OR "Rumah kat sini cantik. Tak yah renovate dah. Rumah sekarang bagi sewa." OR "Ko beli rumah nanti renovate la. Baru puas hati".

Sape yang tak impikan rumah atas tanah. Maksudnya, bukan rumah apartment, condo dan rumah-rumah yg in that line. Aku pon. Impian tu memang ada. Rumah kat area sini rata-rata RM300 ribu ke atas. Beli rumah mungkin senang tapi untuk buat keputusan nak beli rumah kat mana, banyak benda kena consider. Contohnya:

  1. Rumah @Shah Alam 2 (contohnye) murah dan cantik. Memang murah kalau nak banding dengan rumah-rumah kat area PJ. Tapi cuba tengok lokasinya. Jauh dari tempat kerja kami suami isteri. Bila jauh, masa dan kos memainkan peranan. Very huge role to play.

  2. Kami pergi kerja asing-asing. Untuk naik 1 kereta, it's a big NO. Husband aku bukan balik sharp 5.30 pm macam orang lain. Aku tak nak Iman and his siblings dok kat nurseri tu sampai malam. So pegi 1 kereta is IMPOSIBBLE. Bayangkan duit gaji habis kat minyak dan kereta. Orang lain gaji 5-6 ribu sorang tu boleh la. No money no talk.

  3. Renovate rumah. Ye, sape tak nak rumah cantik. Tapi renovate sampai berpuluh-puluh ribu tu, tak pernah aku terfikir. Sb tu aku kata 'ukur baju di badan sendiri'. Bukan kemampuan untuk renovate berpuluh-puluh ribu tu. Jadi, eloklah buat mana mampu.

  4. Pendapatan. Kami suami isteri kerja. Tapi kami berdua banyak komitmen dari segi duit. Income kami belum cecah 7-8ribu. Rumah, kereta 1, kereta 2, babysitter Iman, life insurance + education Iman, Ummi & Mama, bills, hutang loan belajar (aku menyesal amik PTPTN. Jgn mimpi aku nak suh Iman amik PTPTN), saving.

  5. Kami hidup hasil titik peluh sendiri. Tak ada durian runtuh dari mana-mana. So, kalau nak harap RM30ribu jatuh kedebuk atas riba tu, aku bawak 1 family pegi Mekah; umrah dan bercuti kat sana.
Aku suka rumah sekarang. Apartment 3 bilik 2 bilik air, ada balkoni yg boleh nampak bukit Jalil. Walaupon kecil, tapi cukup untuk kami bertiga. Lagi pon, aku bukan beli rumah untuk orang lain. Rumah untuk kami anak-beranak berteduh.

Jadi, biarlah aku mengukur baju di badan sendiri. Ada rezeki beli rumah teres, InsyaAllah ada. Bukan tak ada rumah teres mampu milik tapi ini pasal beli rumah. Rumah yg elok di mata dan di hati.

InsyaAllah, rezeki Allah ada di mana-mana.

Monday, October 26, 2009

random on iman, lagi

I was eating keropok pedas/sira. Iman tengok dan dia nak jugak. I give him a small piece tapi dia nak yg besar. Aku dah ready dengan air kot-kot la dia kepedasan tapi tengok dia rilek je makan. Pelik betul cara dia makan. He was holding the keropok like that sampai la keropok tuh habis. Selalu gak dia pegang macam ni. Contohnye ini. When i took the last piece, dia melalak bingit telinga.



Note his left hand holding aku punye lip balm Nivea. Itu pon dia bole jadikan mainan.

Semalam masa kat masjid Bentong, ada 1 banner pasal Umrah. Rupanya harga berbeza2. Kalau pegi musim sejuk hampir 2k extra kena bayar.

On Iman's introduction to susu formula, he's trying on Enfagrow. So far ok je. Oh, he still bf. Tak tau boleh nak wean ke tak besok2. And, he eats a lot now. Rambut pon dah tumbuh dah. Tadi kena tegur dengan cleaner "Sayang, rambut dah ada." Ye la, hari tuh dia tegur "Sayang, kepala sudah gondol." She called my son 'sayang'. Hehehe...

Do i need to buy new car sear bila Iman dah boleh bangun dari car seatnya? Ini masa nak pegi sjmc. He was at the back seat. Baru jalan less than 5 min, he was standing like this. I was like "Iman! Iman buat ape tuh". Stop and take the car seat letak kat depan. Oh Iman.

Eh baju sama lak dalam 2 gambar nih. I have issue bila belikan baju untuk Iman. Suka betul belikan dia baju warna putih. Now, he has a lot of white t-shirt. Hehehee.. macam baby2 lak.

Wednesday, October 21, 2009

lambat lambat lambat

Aku akan lambat bila n3n3n is all matters for Izz Muhammad Iman.

Bayangkan. Jam kat dinding dah pukul 6.30AM tapi Iman masih nak men3n3n. Mata tutup tangan pegang n3n3n tak mau lepas. Bila ditarik, he didn't gigit but suck as hard as he can.

Maafkan Ibu sayang. Terpaksa stop the n3n3n session sebab Ibu kena bersiap pergi kerja. Oleh kerana lambat, hari ni no bekal for Iman :( I was planning to make him plum pancake tapi terpaksa postpone la nampaknya. Esok la kot. InsyaAllah.

Due to high demand & production down, Iman akan mula minum susu formula minggu ini. Tapi brand ape nak beli? Let's say brand A. What if it not suit Iman - kot la dia berak2 ke, sembelit ke. Makcik keliru lah.

Ohhh... late posting on Iman's birthday. Ini gambar bday cake Iman, Spongebob. tQ to Lana's mom sebab sudi buatkan Spongebob untuk Iman. It was her 1st time buat Spongebob. And it was too cute to cut and eat hehehe.

Tuesday, October 20, 2009

i need

a food processor.

itu aje nak cakap.

Monday, October 19, 2009

Brush ur teeth sayang


Iman dah ada 8 gigi. i've been trying to brush his teeth everyday. Sometimes he's easy, sometimes not. Seperti pagi ini. He was like geleng-geleng tak nak brush his teeth. Sabar je la si Ibu ini.

How to make brushing teeth is an interesting activity? How? Brush while playing? In the morning?? Oh tak cukup masa. Unless I woke up as early as 5am to prepare everything. Macam hari ni, I made french toast for Iman tit-bid box and for Husband's breakfast. Then cuci pinggan mangkuk periuk belanga segala, kemas dapur a bit. Meja makan pon nak kena cuci jugak. My bad sebab tak buat semua tu sebelum masuk tidur. Masuk tidur awal semalam sebab nak tidurkan Iman. I want to make a fix bedtime for Iman. 9pm can? Ke dah lewat tu? Tapi Husband balik kerja lambat. Earliest is 8pm. So, masa untuk spend dengan Iman berapa minit aje? Plus, Iman sangat aktif di malam hari. Panjat sana sini. Penat Ibu nak kejar dik.

Eh lari topik.

Ape-ape pon, Iman kena berus gigi jugak.

Btw, betul ke tumbuh gigi awal lambat berjalan? Iman tumbuh 2 gigi masa 7 bulan. Awal ke lambat? Now 8 batang.

Tak ape lah belum boleh berjalan. Take your time. Dah boleh berjalan karang, kita pi ronda-ronda kat taman ok :p

Friday, October 16, 2009

Iman demam

Jumaat. Iman demam lagi pagi tadi. Demam since Selasa. Pagi tadi his temp was 37.6. Slight fever. I decided to change his ubat demam to ubat warna pink yang dapat dari SJMC. Sebelum ni, bagi Iman ubat yang dapat dari klinik TTDI. His fever come and go. On and off. Ini kali kedua Iman demam lama. 1st time was back in Feb early this year @4m.

So, let's make appoinment with paed today. Hopefully, her schedule is free this afternoon.


--------

Update:

i brought Iman to sjmc this morning. Paed not available belah petang. Iman happy semacam sepanjang tempoh menunggu yang 2 jam tu. Yeaahhh.. 2 jam tunggu turn. Ramai gile patient. Sabar aje lah. Lucky iman tak meragam sangat. Cuma lasak dia lebih sikit.

Since he had fever for more than 3 days, paed asked us to do blood test. Sian anak Ibu, kuat betul dia menangis tadi. Tah camane aku boleh tengok that kakak amik darah Iman. Result was -ve for dengue, and got something called viral. If demam more than 38 c, must go to ER asap. Hopefully, hujung minggu 2 hari nih, i can give full attention to him.

Ekceli demam dia on and off. Apa2 pon, get well soon Iman!!

Wednesday, October 14, 2009

it's the two!


baby, happy 2nd anniversary.

i want to grow old with you.

let's make more kids. haha... just kidding. let me rest for 1 more year, then we make another one. hahaha. the very the straight forward. InsyaAllah, kalau Tuhan nak bagi rezeki, bila2 pon Dia boleh bagi.

2 years of marriage. 2 years of beautiful moments. Asam garam rumah-yang-banyak-tangga pon kami lalui. Biasa la. Who does not?

We have Iman. Iman is our sweetheart. He's 1 year Demam lak Iman semalam. Cepat baik ye sayang Ibu. Bila Iman demam takde orang nak sepahkan rumah. Errrr... tak jugak.

2 years and counting. I love you and Iman!

Happy Anniversary!!

Tuesday, October 06, 2009

berkilaukah?


baju dari aunties belah Ayah
walker cum ride on toy dari iBu
waiting 4 spongebOb pulak

xOxO

Monday, October 05, 2009

1 tahun sudah

Alkisahnya, setahun yang lalu, Iman lahir jam 2.20pm.

Selamat hari ulangtahun, Iman. Iman dah setahun. Iman dah tukar status dia menjadi toddler, bukan baby dah. Tapi Iman tetap baby Ibu & Ayah :) Dan Iman masih lagi suka n3n3n dengan Ibu. Hehehe...

12 tengah malam 4-Oct-2009, kitorang kat rumah sepupu Husband @ Tasik Puteri. Iman baru bangun tidur selepas tidur beberapa jam, start dari dalam perjalanan ke Tasik Puteri sampai la beberapa jam selepas sampai rumah sepupu tu. Bila midnight new @tv3 start, I was like 'eh ehhh... dah pukul 12. Happy birthday Iman'. Kiss kiss sket.

No cake cutting semalam, as we were @ sil's house @puncak aLam. Dan aku pon dah tempah cake for next week. So, let's potong-potong cake 1 week late. Hehehe..

Soalan biasa sekarang adalah "BILA NAK TAMBAH LAGI SATU?". Haa.. bila? InsyaAllah bila semua sudah bersedia dan Tuhan nak bagi, ada la rezeki.

Pada usia 1 tahun, Iman:
  • kadang-kadang curi2 berdiri sendiri dan lepas tangan, pastu goyang-goyang sambil tepuk-tepuk tangan.
  • belum boleh berjalan tanpa bantuan. Yeee... anak aku belum boleh berjalan, so takyah la nak banding2 "eh.. anak orang tu baru 10 bulan tapi dah boleh berjalan".. itu anak dia, bukan anak aku ok. Hahahahaha.. yes, aku emo betul bab banding2 nih.
  • Ada 8 batang gigi.
  • Banyak cakap. Baby language la, of course. Bukan macam kita-kita nih.
  • masih bf dan aku pon masih pump @work. Tapi tengah berkira-kira untuk campur sb my supply sudah drop dan tak dapat nak kejar demand. He drinks 5-6 botol of 5oz, a day. Pengsan makcik.
  • Pandai salam dan cium tangan. Berkat asuhan ku itu, dapat la extra $$$ raya hehehe
  • his digest system cepat betul process kalau Iman makan buah. So, ini menyebabkan Iman selalu uukk uukk bila makan buah. So, rasanya, iMan cepat lawas :)
  • memandangkan ada 8 batang gigi, no more makanan lembik-lembik. he ate almost everything.
  • he like sharing. Sangat pemurah. sampaikan makanan dalam mulut pon dia akan keluarkan, dan bagi kat kita kalau kita mintak .
  • kalau terbatuk, he will korek untuk buat-buat batuk. Adoi.. kadang2 kalau extra korek tu boleh muntah le anak ku sayang.
  • iman sekarang tak ada rambut sebab 1 week after hari raya, Husband c.u.m his Ayah dah cukur licin kepala Iman. Now dah tumbuh sket.
  • he can mix around. peramah sket la.
  • now ada beberapa wheel toy. lori la, truck la. biasa la, budak laki. if gegirl, of cos la byk doll doll segala hehe
  • memanjat adelah perkara yang digemari. meja makan tu penah dia panjat dan of cos la aku kena follow dia ke mana saja dia explore tempat2 tinggi.
  • kesihatan iman lately Alhamdulillah baik. Syukur Alhamdulillah. takpe lah Iman tak berisi macam orang lain asalkan kesihatan Iman baik.
  • berat dan tinggi belum tahu sebab belum checkup. To make appointment with his paed.
Semua parents mengharapkan anak mereka jadi insan yang berguna. Kami pon. Selalu berdoa dan kata pada Iman "Iman jadi anak yang dengar cakap Ibu ngan Ayah ye. Nanti boleh la Iman tolong-tolong Ibu kat rumah. Pastu, bila Ibu dah besar sket, nanti Ibu hantar Iman mengaji. Belajar solat semua-semua. Kalau Ibu tak dapat bagi Iman harta yang banyak, Iman jgn marah Ibu. Tapi Ibu harap, Ibu dapat bekalkan dan sediakan Iman dengan ilmu untuk Iman guna. Semoga dgn ilmu tu Iman dapat jadi orang yang berguna." Amin.

Friday, October 02, 2009

Oh Iman

Tu la. Baca lagi kat office, kan dah kena tegur. "Wafaa, are u ok?". Uwaaa... lagi orang tegur, lagi aku nangis.

Amir Yusuf. Bila tengok gambar-gambar arwah, mengingatkan aku kepada Iman. Iman macam tu lah dulu, kecik je. Size mereka seakan. Iman lahir bukan bersize besar tapi Alhamdulillah sejak lahir, amat mudah menjaga Iman.

Selain hari Iman demam, aku tak pernah berjaga malam. Walaupon Iman kerap bangun menyusu, tapi dia tidur balik.

Bab makan, Iman tak ada masalah. Iman makan semua. Alhamdulillah, setakat ini belum allergic dengan apa-apa.

Iman suka berkongsi. Makanan dalam mulut, kadang-kadang dia bagi kat aku hehe.

Ahad ini Iman genap 1 tahun. Walaupon masih belum boleh berjalan sendiri, aku tak kisah. Kadang-kadang Iman berdiri sendiri dan tepuk-tepuk tangan. Kemudian duduk. It's ok Iman, take your time. He is expert in cruising. Hehehe.. Iman ada 7 batang gigi dan dah boleh petah bercakap baby language. He can clearly said "tatih", "papa", "mmmmaa". Bukan, bukan kami dipanggil mama papa. Tapi aku rasa tu basic word untuk baby, at least untuk Iman.

Ada beberapa orang kata sebab aku tak bagi Iman dok dalam walker, sebab tu Iman tak boleh berjalan. And they comparing with other baby, 3 bulan lebih muda dari Iman, dah boleh berjalan dan bila dok dalam walker, laju je jalan. Dan Iman bila diletak dalam walker, hanya berdiri main mainan pusing-pusing tu. Dan bila ada yang berkata "Kalau H**** duduk, dah laju dah jalan". Oh, poor Iman. What I did that time was, go to Iman and kiss him. Kiss kiss kiss.

Here's an article i want to share. Baca lah. It's about a Q from nenek/atuk yang cucu dia umur 7 bulan tapi belum merangkak. Points taken below.

Each individual child develops and blossoms in his own way, at his own pace
.... not spending enough time on the floor, using an infant walker (which often eliminates the desire to learn crawling behaviors -- infant walkers are bad for proper development)
Dan ini lagi satu article, pasal walker. 1 para to highlight.
Many parents think that walkers will help children learn to walk. As it turns out, walkers interfere with learning to walk. In addition to decreasing the desire to walk by providing an easier alternative, walkers strengthen the wrong muscles. The lower legs are strengthened, but the upper legs and hips become relatively weak. The upper legs and hips are most important for walking.
Oh, i'm not offend parents yang belikan walker untuk anak-anak mereka. It's just personal choice.

As my Iman, setakat ni secara traditional. Tak ada buai, tak ada puting/pacifier, tak guna boucher. Awal-awal lepas pantang, ada orang suh aku belikan buai, suh bagi puting/pacifier bila tengok Iman kuat menyusu. Tapi aku biarkan masa berlalu macam tuh, ignorekan suara-suara tu. Alhamdulillah, tanpa buai, Iman boleh tidur lena. Tanpa puting/pacifier, Iman tidak kelaparan.

Itulah Iman.

Entry emo menjelang ulangtahun pertama Iman.