Sunday, November 29, 2009

Aidiladha & animals

Salam Aidiladha. Kami masih di kampung. Esok baru balik KL. Jammed ka? Tidak jammed ka? Baru dapat sms dari in-laws. Jam 6 pm, baru kat RNR kKrai. Bertolak jam 12tgh. Oh. Menakutkan. Balik ke kampung di malam raya, kami salah sebuah kereta yang stuck dalam kesesakan dari tol Gombak to Bentong. Read - sepanjang highway ye.

Raya ni tak ada gambar. Sibuk dengan acara korban pada hari raya pertama. Kami tidak di kampung one hour before sembahyang raya. Sedikit rasa weng. haha... From our family, me buat akikah utk Iman and my brother buat korban. Belah family my nenek, ada 3 orang buat korban. Jadi, sibuk sedikit. Ada a few piccies tempat kejadian lembu 3 ekor dikorbankan.

Iman was so excited dapat tengok haiwan lain selain cat and dog. Ye la, kat KL itu je haiwan yang banyak ada. Bila nampak lembu2 untuk dikorbankan, dia asyik dengan "eowwww...". Read - he's saying meow. Bila di rumah maksu, at husband's side, kuda pon dia panggil "eowww...". Meow oh meow. Later, we share story about Iman and cat.

Attending tahlil at my aunties, dapat jumpa sepupu-sepupu yang jarang dapat jumpa. Gossips and updates, macam biasa. Masing-masing membesar dengan jayanya. Anak-anak pon bertambah-tambah diorang. Hmmm... bagus2.

Mom's calling. Nak buat air untuk en. husband. See you later.

p/s: girls, let's buy kfc barrel tonight. dine at home. kfc ramai orang. rimas hehe.

Wednesday, November 25, 2009

Good book


I have a lot of books in this line. Maksudnya, parenting and baby/toddler food. Tapi yang ini rasanya menjadi my new 'friend' from today onwards. Best ok. The gambar, the illustration (sangat-sangat memainkan peranan ok. Note to editors in m'sia), the menus, the ideas.

Tentang buku ini yang saya suka adelah:
  • macam buku lain, recipes/menus/ideas categorized according to age
  • sebelah resepi tu, ada gambar2 cute representing nutrition. Wah, mak suka yg ni. So cute.
  • this book has ideas on how-to frozen food. Read = food, not puree. I really need this!!!
  • full with sample of planner. Which is very good.
  • plenty of ideas on snack. Love it! Sangat sesuai utk Iman yg byk gigi dan suka makan.
Yang saya tak suka:
  • harganya mahal la. RM50. But it a good investment. It's book dear.
Ok that's all. Next time, i share my other book pulak.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Safe journey. InsyaAllah.

psp biru

PSP is my husband's best friend (gadget). Tido pon kadang2 kat tangan ada psp. Balik rumah, rehat2 depan tv, layan Iman dengan psp. Hari-hari download game baru. 1 game bertahan 2-3 hari sebelum diganti dengan game lain. PC dan external hard disk ada berlambak-lambak psp game. Kalau bukak youtube, wajib tengok video-video berkaitan psp.

Tapi semalam psp buat hal. Wrongly update flash. Akhirnya, psp tak dapat dihidupkan. Memory card tak boleh baca kat psp lain (test guna psp Bob) tapi boleh baca dengan card reader. Maybe something to do with firmwire. Different psp, different firmwire, I think la.

Husband was so gloomy last night. Being his wife, of course la bagi efek kat aku gak. Sebab bila gloomy macam tu, he doesnt talk so much.

So, hari ni, aku bawak psp ke office. Test-test dengan psp Bob. At last, bawak ke kedai, by Syed's recommendation. Ye, mereka hantu psp. Psp di hati ku. Aku menunggu kedai tu bukak punye la lambat, sampai aku tershopping beberapa buah buku dari MPH. Aku pantang jumpe MPH. Aku boleh tahan tengok baju-baju yg cantik. Aku tak de heran sangat. Tapi bila dengan MPH, once in a blue moon je aku walkout without duit melayang. Mesti ada je benda aku beli. MPH should award me A LOYAL CUSTOMER. Haha.

Oh, cerita psp. Bila kedai tu dibukak, aku masuk. Tokei kedai tak ada. Aku frust. Aku nak tunggu lagi tapi dah lambat. Aku rasa frust sangat-sangat. At last aku tinggalkan psp biru itu di kedai. DREAMMAX @summit USJ. Take care dear. Masuk hospital kejap. Lepas tu, aku berjalan keluar dari kedai itu. Dengan harapan, psp biru kembali sedar dari koma. Boleh ON tapi BLANK. Yileekkk. Kita serahkan kepada yang arif. Jap lagi aku nak call, tanya khabar.

Cerita banjir - gano nih nok balik. Ishhh..

Tuesday, November 24, 2009

Tolong tutup lens

Malam tadi, Iman nangis nak tidur. Bila bagi n3n3n dia diam. Pastu dia buat beberapa summer-sault berpusing-pusing atas katil. Pastu sambung nangis. Tiba-tiba dia nampak buku cerita kat atas meja sebelah katil. Itu buku cerita Iman yang setiap kali aku nak bacakan, dia kalut nak pegang sama. Aku amik d40 dan amik gambar Iman. Bila nampak kamera debab tu, Iman terus amik penutup/cap lens. Dia kemudian, hulurkan cap tu pada kamera. Dia letakkan cap tu pada lens.

Lor.. Iman nak tolong tutup rupanya.

Dan ini pagi tadi. Ini kat dapur. Ye, d40 yg terbaring atas lantai tu.




Err... betul sangkaan ku, Iman tgk buat 'pelaburan' masa ni.

Monday, November 23, 2009

jalan2 ye, berjalan belum

Ada sorang ni, asal nampak muka aku je dia tanya, "Eh anak kau dah boleh berjalan?".

Jawapan standard, "Belum jalan sendiri. Biar la lambat. Kang kalau dah berjalan, suruh dok diam2 pulak. Kalau dah petah bercakap, suh dok diam pulak."

Best betul jawapan.


Aku MMS gambar ni kat Husband, bagitau 'iman nak gi jalan2'. He replied, 'amboi, tak tgk henpon pon.' Yeahh... that's Iman.
ps: Iman is not camera shy. Dia tak pandang henpon/camera bila dlm kereta sb excited nak jalan2.

Oh ini gambar Iman. Kisah di sebalik gambar ini adalah seperti berikut.

One fine evening last week, hujan dah berenti. Aku pon cepat2 amik kasut & sock Iman. Iman dah seronok bila dipakaikan kasut. Tandanya nak pegi taman a.k.a playground. Bila sampai bawah, laaa... hujan balik. I looked at Iman and said "Iman, hujan la sayang. Cannot go to taman." Tapi takkan nak naik balik, dah smart dah anak aku ni. Last2 kami masuk kereta, pusing2 kawasan rumah :p Iman happy, aku pon happy.

Ini lak, Iman dengan anak babysitter. Iman dah kuat sebenarnye utk berjalan tapi penakut kot. Dia lagi berani panjat meja makan daripada berjalan sendiri (tanpa orang pegang). Take ur time. Kang berlari tak berenti pulak, aku gak yg penat kejar. Bukannye mak orang lain yg nak kejar. LOL.

Wednesday, November 18, 2009

LOTR

My current movie project is Lord Of the Rings.

Currently watching - The Fellowship of the Ring. Lagi dua : The Two Towers dan The Return of the King.

One of my fav movie. Simpan baik punye ni. Ke mana sahaja aku pindah, aku make sure yang ni dibawa sekali. Bagi orang lain, tengok sekali dah cukup, takyah tengok 2-3x. Tapi aku tengok gak beberapa kali. Takde masalah yang tu. It's a therapy for me. 1st therapy is window-shopping @ kitchen dept, 2nd is membelek2 buku di MPH, 3rd is benda2 yg berkaitan potong rambut, cuci rambut, facial, body massage. And 4th one is, tengok movie kegemaran.

Seorang kawan came to me, dan bagitau "Ko kena tengok Twilight." Ape? Kerana ramai lelaki hensem kah? Hehehe.. I'll watch one day. Jangan risau.

Tuesday, November 17, 2009

Sebut betul2 ye

A
Ibu: Come Iman. Kita pegi dapur. Tatih. (sebut taaaaa-tih)
Iman: Titah. (sebut dengan laju tanpa leret-leret)

B
Iman sedang mengetuk-ngetuk henpon ku atas lantai.

Ibu: Iman, jangan buat macam tu.

Iman pandang Ibu sambil tangannya teruskan aktiviti ketuk-ketuk.

Ibu: Iman, Ibu babab nanti.
Iman: baba...

C
Masa nak balik dari rumah bbsitter.

Ibu: Iman, salam kakak.
Iman: kakak.
Ibu: Salam kakak. Kita nak go home.
Iman: (hulur tangan kat Ila (anak bbsitter) yang duduk 2 depan dari tempat aku berdiri)

D
Tengah main-main dengan Iman.

Ibu: Iman, sayang Ibu.
Iman: (Get close to me, dan dekatkan muka sambil mulut terbuka sikit) Mmmuah.

E
Iman baru lepas mandi. Lap-lap, dan buat semua yang patut. Bila time pakai baju, sarung dari kepala. Bila baju menutupi mata:

Iman: taak-aaaa. (Read: he's saying cak-aaa)

Sunday, November 15, 2009

Mencari almari.

After a hectic night, ke keramat attending husband's side majlis doa selamat+tahlil+bday dan balik jam 2pagi, hari ini, adalah ahad yang mendamaikan. Pagi banyak dihabiskan di dapur dan main dengan Iman. Oh, semalam masa 'berperang' nak tidokan Iman, found another way to tickle him - menggunakan siku. Dia punye la gelak sampaikan Husband kata "Dah la tu, nanti dia ngigau" :p

Sarapan hari ini adelah nasi lemak. Ada beberapa cawan beras sebelum habis licin. So, hari ni kena pergi kedai cari beras.

Semalam re-organize dapur yang kecil itu. Ada beberapa projek in my to-do list. Dibahagikan kepada 2: dapur dan 2nd room. 2nd room ada banyak kotak. It is a big room and it is the biggest waste in this house, which is, not fully use of it. Being planning to buy or custom-order for weeks. Buat kabinet sampai ke ceiling pon ok jugak tapi budget constrain la pulak. For the size that I want, it'd cost me almost 4-5k. Perghh.. mahal sangat tu for unused stuff. I don't save money for that. Oh, jalan-jalan tengok perabot @U6 (rasanya lah) Shah Alam. Sana ada banyak kedai perabot. Jumpa wardrobe 8ft size, RM2299. It's cheap compared to custom-order one. Tapi sayangnya, it has slide-door.

The almari hunting still on. Hopefully can get 1 or 2 before Dec. Amin.

Friday, November 13, 2009

no, saye tidak berdiet

Banyaknya mosquito bites kat badan Iman. Badan, kepala, belakang, tangan, kaki, everywhere. Rumah pengasuh tetiba ada nyamuk. Mungkin kerana nyamuk dah bertempiaran lari sebab tempat mereka tinggal ditenggelami air. Aduhhh..

Tadi ada sorang brother tegur, "Wafaa, bakpo awok kurus nih". Diikuti dengan seorang kawan, "Muka kau nampak cengkung." Lalu jawapan ini diberi, "Oh, sebab aku pakai tudung coklat." Heh. takde kaitan.

No. I'm not on diet. Tak pernah mengikat perut, menahan lapar, kerana mahu turunkan berat badan. I eat a lot. And frequent. Jadi, itu sudah menidakkan kata-kata orang yg kata aku diet. I just do my daily house-chores. Maklumlah, takde maid. So, dari A sampai Z, semua kerja di rumah, I am the manager and kuli. Mungkinkah sebab itu? Atau, sebab aku breastfeed? I've been bfeeding Iman for 1y1m++. Counting till Allah bagi rezeki lagi :p

Tuesday, November 10, 2009

Cantiknya dapur chef Wan

I love kitchen. Suka sangat-sangat. Bila my mom bagitau nak buat island kat dia punye newly extended kitchen, aku yang lebih-lebih teruja. My mom's island is dark brown color. Hari tu masa raya puasa, the island was packed with kueh raye. Hehehe.

Pagi ni masa tengah2 dok browse kosmo online, terjumpe dapur Chef Wan.

CANTIKNYA!

Chef Wan ada dapur yang cantik. Color combination sangat sweet. My mom hari tu nak buat hud macam ni lah, tapi tak jadi ;p


Ada banyak storage yang banyak. Sukax10000000. Sukanya la hai. My dapur ada 7 pintu tempat simpan barang dan 3 drawer. Drawer-drawer tu dah jadi hak milik Iman. Itu tempat dia main. Habis disepah-sepahkannye.


Read and see more here.

Monday, November 09, 2009

Maafkan aku

Wahai badan, maafkan aku. Sebab aku rasa aku makan banyak.

8.30am - nasi goreng
1.30pm - nasi putih + lauk ayam merah + nasi tambah + carrot juice
2.00pm - 1 pc of Big Apple donut
2.30pm - 1 pc of Big Apple donut

dan sekarang, 3.00pm, aku rasa nak makan donut terakhir nih.

Gile la byk kalori. Karbo tingginye.

Sunday, November 08, 2009

Iman dah besar - 13 bulan dah

Iman dah besar. He now 13 months. jadi makin manja la pulak anak bujang sorang nih


dah 100% pass panjat kerusi meja makan. highchair pon dah panjat keluar sendiri.


dah pandai minum pakai straw. gambar ni 1st time Iman minum air kotak. I always worried Iman tak pandai minum pakai straw. Now, tak risau dah. Pening kepala ade la bila dia pantang tengok orang minum air.


bila diberi pen, dia akan conteng2. his 1st artwork ada tampal kat peti ais. Jangan conteng dinding rumah ye sayang?

From
dah boleh makan dengan sudu & garpu (eh camane eja fork in bahasa?). Bila diberi sudu, he know what to do with that. Terus letak dekat mulut, tanpa mengira ada makanan atau tak :p


Dah boleh share kerepek or keropok dgn Iman. Dia dah boleh makan dengan selambe


Sekali sekala berjaya buka puding kecik2 ni sendiri. Dah tentu la dia guna khidmat gigi 8 batang tu. Memang kena monitor, kalau tak, habis dia telan semua.


Oh tidak. Iman dah pandai pusing2 kepala paip. Errr pusing2 yg nak kuatkan dan perlahankan air tu. Siap cucuk2 jari nak buat percik2. Kretip betul.


Dah boleh join layan youtube dgn Ayah, tengok best of psp game 2009. pastu 2 beranak tu layan psp pulak.

Melalak bagai nak rak bila mengantuk sangat2 dan tak boleh tido sb takde n3n3n. Haa, how to wean??

Sangat pandai meniru. Cth: he was n3n3n dan aku terbatuk sambil tutup mulut lah. He stop n3n3n dan tiru aku batuk sambil tutup mulut.

Alamak lupa berat. Rasanye 8.5kg. Ringannye.

Menurut laporan dari nenek Mun the bbsitter, Iman pandai sebut 'atu' (satu), 'akan' (makan), 'iyam' (diam). Dan kat rumah, he talks non stop. Ablabalabla..pecipeci.. WHAT IS THAT?

Takut nak berdiri lama. So, his walking progress is slow but improved. Bila dipimpin, laju la pulak dia. Siap tarik2. Tak ape lah, take your time. Kang dah pandai berjalan kang, sebok suh dia duduk pulak. Aku tak bagi guna walker pon satu masalah besar bagi sesetengah orang. Ape daa.

Ha, kalau merajuk, belajar2 la pujuk dia.

Iman akan happy macam baru menang 1 juta bila nampak toto. Bila dia merengek2 nak tido, bentangkan toto (toto, bukan dia punya tilam kecik tu), dia akan terus menggolek2kan diri.

Dan, soalan paling hangat sekarang "BILA NAK TAMBAH ANAK?" Jawapan standard, akhir tahun depan baru start balik projek besar-besaran.

Thursday, November 05, 2009

At last

i am back to my normal life.

Marathon-ing My Girl mengganggu kehidupan aku. Dalam kepala ni lagu-lagu sedap dari cerita tu dok menyanyi-nyanyi. Balik rumah on time. Mana tak on time, nak siapkan kerja-kerja rumah awal. Siap awal, boleh tengok 1-2 cd. Sekali sekala Iman datang mengacau Ibu.

Selepas 3 hari, baru hari berjaya khatam My Girl

i'll miss u Gong Chan.

Tuesday, November 03, 2009

addicted

to this ~ My Girl.

handsome. cute. lawak. gedikss. sakit hati. lucu. romantik. sweet. semua ada.