Thursday, December 31, 2009

cafe world and 2010

Duit banyak habis sebab extend kedai, tambah meja dan kerusi baru. Bila meja dan kerusi bertambah, baru ramai orang datang. Thanks for coming guys!

However, i need more coins and cash.

Please be my jiran kedai. Buat masa sekarang ada sorang je jiran. Sedih betul :(




Happy new year all.

Nothing to recap on 2009. It's not my year.

Wednesday, December 30, 2009

kami di kelilingi haiwan

Hari Ahad lepas, kami ke pasar tani @ stadium shah Alam. We (me, iman and my sis Widad) went without the husband :p Nak pi cari tudung je. Sampai sana, ada banyak pulak gerai2 yang selain pasar tani tu. There got kuda, kambing, rabbit, rusa, hamster. Auwww... co cute.

Iman spent setengah jam dengan rabbit. Dan beberapa minit dengan rusa. Walk freely dengan baju tido.

Here's the pic.




And the video. 2nd video tu ada bunyi rusa. So cute!








Tuesday, December 29, 2009

28 atau 29

Weekend lepas pegi Sogo dan Pertama kompleks. Lepas solat Asar, Husband kata "Jom balik." I was like "Ehhhh... mana aci Ayah & Iman je dapat beli barang. Ibu pon nak jugak". Then kami ke Sogo.

Ramai orang. Stroller tak bawak, so Iman perlu didukung. By his ayahanda of course :p

"Ok, 15 minit je untuk cari barang." Haiyaa.. ni dah macam shopping marathon ni. Oleh kerana 15 minit sahaja masa diberi, I only managed to grab 3 benda - jeans, pant, and shirt - tanpa try jeans dan shirt itu.

Kemudian balik rumah dengan suka hati.

Bungkusan plastik Sogo dibuka. Jeans baru ditayang pada Husband, kemudian mendapat soalan cepu emas, "Muat ke?" Jawapan standard "Muat la, ini kan size seluar yang lagi 1 tu."

Jeans itu dicuba.

Errrkkk... nape tak boleh butang nih? O oooo.. tak boleh jadi ni. Tapi tak boleh bagitau Husband :p

Esoknya, ke Sogo lagi untuk tukar seluar size tambah 1. Dan shopping baju Iman sikit. Lepas tu balik. Seluar dicuba. Ha, longgar la pulak. Mana ada size 28.5. Ceh. Yes, I know, buncitness dan gemukness. Hmm...

Kali ni bagitau darling husband. And here's the conversation:

She: Tadi dah tukar seluar.
He: Nape tukar seluar?
She: Tak boleh butang.
He: Camane nak butang, perut buncit.
She: Terdiam seketika kemudian mendekati He sambil manja2. Buncit sangat sangat sangat sangat ke?
He: Geleng.
She: Habis tu?
He: Buncit je. Takde sangat sangat sangat sangat tu.
She: Camane?
He: Medium.
She:Ha?

Monday, December 28, 2009

Avatar & New Moon

Kami dah tengok Avatar dan New Moon. Asalnya, I request for Twilight first, tapi Husband download nm dulu. Dan Jumaat sempena cuti krismas, kitorang layan Avatar dulu. Tapi baru half-way, aku dah tertido. Dah hari hujan, dan kadang-kadang ada scene Avatar yg agak slow, sambil n3n3nkan Iman, dengan aku sekali tertido :p

Then petang kami keluar ke Sogo dan Pertama.

Dan malam tu sambung Avatar. Aku memang tahap mengantuk gile dekat-dekat ending tu. Husband lak keep on making me to celik mata, jangan tido "Tengok, dia dah datang dengan kapal besar" or "Yang, tgk, dia nak berubat perempuan yang kena tembak tu".

Dan bila Avatar habis, Husband sambung pasang NM pulak. Terus aku "Haaa? Dah ada ek?" Ok, aku stay up. Hilang segala mengantuk. And yes, Edward and Jacob romantic in their own way.

Thanks darling! I love more!! Iman pon. Ibu sayang jugak :p

Conclusion, I heart nm more than avatar.

Friday, December 25, 2009

Dayana Idola Kecil 2

Tengok Idola Kecil 2 tak? Aku tak tengok. Tapi kalau kebetulan berada di rumah in-law dan ada program tu, anak saudara husband akan tengok. Jadi, terpaksa la tengok jugak. I noted one contestant - Dayana. Sedapnya suara dia. Serak-serak basah pon ada gak. Antara lagu yang dia nyanyi - Ayat-Ayat Cinta, Aku Tak Percaya Cinta, Chow Kit Road, Tiada Maaf Bagimu, Ku Pinjamkan Satu Bintang, dan last week lagu Anuar Zain, lupa lak tajuk.

Cuba lah tengok dia. Sedap suara dia. Boleh lawan Wada juara Idola Kecil tahun lepas tak? Hehehe..

Wednesday, December 23, 2009

Cannot tahan

Lepas kerja hari ni, aku ke sec 3 s.Alam. Lampu tangki minyak menyala, bermakna minta diisi. Jadi, aku singgah di Caltex dekat McD tu. Teringatkan McFlurry dan kentang goreng. Tak tapi tak ape lah, thanks to kesedaran untuk makan healthy food *wink*

Masuk dalam stesen nak bayar. Tiba-tiba ternampak BROWNIES!!!

It was so tempting. Tahap yang buat aku berdiri lama kat meja yang ada brownies tuh. Tapi masih terkenangkan kesedaran untuk makan healthy food. LOL. Bayaran minyak dibuat. Ada baki RM20 dalam tangan. Minyak pon mula diisi. Sepanjang memenuhkan tangki minyak, aku hanya memandang kedai serbaneka tu. Gulp!

Lepas selesai isi minyak, aku masuk dalam kereta. Mula mengira 1, 2, 3, 4... keluar dari kereta dan berjalan ke kedai serbaneka. Pintu ditolak. 1 bekas brownies diambil dan bayaran dibuat. Brader kat cashier tu tersengih. Aku kata "Kang balik rumah terbayang-bayang, susah pulak." Dia gelak je.

Ok, hari ni kalah kepada BROWNIES.

Sekian terima kasih.

Sunday, December 20, 2009

on iman and car seat, and wedding

Sebelum Iman pandai melasak, I have no issue to go out with him alone, without husband's company. Tapi, bila dah pandai keluar dari car seat, paling jauh naik kereta dengan Iman adalah dari rumah ke checkers, 1km from home. Tak sampai kot. Iman duduk kat sebelah, menyandar kat kerusi and i'm driving 20-40km/j.

Tapi percubaan berani jumaat lepas, ke The Curve bersama Iman, dengan Iman di dalam car seat di belakang dan dia tidak berjaya keluar dari car seat, membuatkan hati ini rasa lega.

a few secs before his lala-land

Bila Iman behave, it's hard for me to drop by kat mana-mana. Macam hari ni, on the way balik dari wedding hanie @sec 7 s.Alam. Dah park depan JJ bakery @sec 9 tapi Iman behave sangat-sangat, sayang pulak nak keluarkan dia dari car seat, kerana, dia boleh buat perangai all the way sampai rumah kat PJ nuh. Haiyooo. So, i've to forget my tepung. hehehe..

Tips kalau mahu keluar berdua dengan anak yang tak suka duduk dalam car seat adelah, make sure perut dia kenyang dan dia dalam keadaan yang mengantuk. So that bila dalam kereta, dia akan zzzZZZZzz. InsyaAllah, ok. It applies to Izz Muhammad Iman :p

Oh, sebut pasal wedding hanie, tak banyak amik gambar sebab kena monitor Iman. Fyi, Husband tak ikut sebab ada kerja kat rumah. So, that's why i am full-occupied. Nasib baik masa kat meja makan, tak de buat perangai sangat. Cuma, he likes jalan-jalan cuci mata. He even nak celup tangan dalam baldi yang orang letak bawah bekas cuci tangan. Ohooo.

Iman's alibi @ hanie's wedding yang wangi

On the wedding, it's the wangi-est wedding i ever attend. Suka betul bau bunga rampai. Suka sangat sampai dapat 2 biji bekas berisi bunga rampai with telur pindang *wink*. Pengantin cantik. Venue cantik. To hanie akhma and shahmy the husband, congratulations!!!!

Thursday, December 17, 2009

Salam ma'al Hijrah

Semoga buku lama ditutup dengan penuh keinsafan dan buku baru dibuka dengan penuh kesedaran. Amin.

Wednesday, December 16, 2009

nak share pasal Iman hehe

Iman sekarang sudah 14 bulan atau 1 tahun 2 bulan atau setahun dua. hehe.

  • 100% pass walking test. berjalan merata now. He even try to run the other night. Rilek-rilek. Jangan lari-lari. Kang tergolek.
  • Less day nap.
  • Bangun min 2 kali tiap-tiap malam.
  • Eat a lot.
  • Sensitif. Ye, sensitif. Taktau dapat dari mana. Cth situasi: Aku sampai depan pintu rumah bbsitter. Bagi salam, dan Iman nampak. I hide. Dia punye melalak, haiyooo.. bingit telinga. Cuba pujuk, tapi lambat betul termakan pujuk tu.
  • bbsitter bagitau, Iman said "cape", sambil tangan dia tunjuk kat satu gambar dalam album. Cape tu Iman?
  • If we babab him, he'll babab balik. Oh ini bahaya. Meniru lagi.
  • 100% naik baby swing seorang diri. Kena selalu berjaga-jaga.
  • Suka buang barang dari balcony. Last week, he threw my Tupperware. Sob sob. Bila turun dan cari, Tupperware yilek, but i found vacuum punye kepala. Haaa?? Esoknya, terus pasang jaring plastik. Tapi tetap ada usaha gigih untuk buang barang, cth huruf C from his train toy. Kan dah tak cukup ABC tu. Camno tu?
  • Iman tu rasanya tak suka tengok cartoon. Rasanya la. Tapi bila ada iklan yg ada kucing, wah, kalau boleh masuk dalam tv, dia masuk kot. Oh, last time dia tengok ninja warrior. Amboi, kemain ek, menyandar kat sofa, dgn remote kat tangan, menepek sebelah ayah. Elok la 2 beranak tu.
  • Iman sangat pantang bila tengok kami bermanja-manja. Manja-manja is like aku baring atas paha husband. Dia akan datang dan cuba untuk berada di tengah-tengah.
  • Sekarang bila nampak aku siap-siap pakai tudung, terkedek-kedek Iman datang, berdiri sebelah bonda dia, sambil tangan pegang seluar aku. Haiyo.
  • Bila ayah dia muncul di muka pintu and I said "Iman go salam Ayah", dari jauh lagi Iman hulur tangan sambil terkedek-kedek menghampiri Ayah. Suka betul salam-salam.
  • He likes to kiss too. Ibu, Ayah, nenek, kak Alia, bear, Patrick, bear, apa2 sahaja dia nak kiss. When we say "Iman, saaaaaayang dia" he'll "mmmmuah". I think he get the Muah thing bila Elmo sebut muah. I think la. hehe.
  • baru ada 8 batang gigi. Belum tambah gigi ke-9.
  • Gigi? Masih susah nak gosok gigi. Sometimes kena amik patrick or Bear, dan kena gosok gigi diorang dulu baru la Iman nak gosok gigi. Haiyaa..
  • Sama gak kalau dia lebihkan main daripada makan. Kena suap kat barney dulu, baru Iman nak makan.
  • Bila nak tidur malam, he'll like tergolek-golek, merengek-rengek sebelum tidur. I'll n3n3n him dan dodoikan dia macam baby-baby baru dia tido
  • Cannot tido atas katil sebab he'll like to bergolek dari hujung sana ke hujung sini.
  • Kick ball belum pandai. Sekali je dia kick, pastu dia kejar dan amik dgn tangan. Kick, pastu kejar lagi dan amik dengan tangan. Hmmm..
Mak aiihhh panjangnya. Errr... tu macam recap dari perangai-perangai Iman.

Tuesday, December 15, 2009

Test power

Husband was installing his old amplifier dan speaker-speaker lain during the weekend. As a wife, hehe, i keep on asking him, "Bila nak test power?".

So last night, after a few time bini dia dok bertanya bila nak test power, he played a movie. Lupa cerita apa, tapi cartoon. Hehe. Test power dengan cerita cartoon. Takkan nak pasang action movie dengan speaker depan belakang malam-malam buta. Kang jiran sebelah kata apa plak.

Tapi taktau bila dan camana, I felt asleep.

Ni nanti sure dapat comment, "Iman, Ibu tanya bila nak test power. Tapi bila Ayah pasang, Ibu tido plak."

What to do, mengantuk sangat. Hehe

Saturday, December 12, 2009

mesin jahit

My mom pandai menjahit. Masa muda remaja dulu-dulu kala, she attended sewing class handled by a chinese tailor at pasir mas. Ada lagi kedai tu sekarang. A few years ago, rasanya 2002 kot, my mom purchased her 1st portable sewing machine. And it was an epal. Ada seorang kawan yang introduced her. Bila ada someone datang rumah and demo the machine, my mom teruja semacam and discussed with arwah Baba. Dapat green light, dan masuklah ke rumah sebiji mesin jahit epal. Masa tu, aku try la jugak sikit. Best ok. Dan masa tu, tak tau berapa $$$ sebijik. Dan juga taktau mesin brand tu glamer. All i know is Singer sebab my mom ada beberapa biji mesin jahit singer. She even has mesin jahit tepi.

Now i know that epal is not that cheap. It can reach 3k per machine. Perghhh. My mom's was 3k. She loves the machine so much. Dulu tak tau nape la mama suka sangat ngan mesin tu. Rupanya it can do a lot of things. Dan tak pernah buat hal. Thank God. My mom selalu bagitau, kalau nak beli, beli yg portable. Jimat ruang.

She even sent me to belajar menjahit when i was on my semester break back in 2003. Belajar dengan kawan my mom. Buku pattern tah ke mana :p Sempat la jahit sepasang baju kurung. And, I made my husband (masa tu boyfriend lagi hehehe) sehelai baju melayu. He wore it during our unplanned engagement. Yes, u read me right. Unplanned engagement.

After months of postponement, i finally bought myself a sewing machine few months ago. It was Singer 8280. It's cute. And white. Haha.. rasanya semua machine warna putih. Kalau ada pink or baby blue, i'll go for that :p

Ini kali kedua guna singer's portable. 1st time guna pinjam auntie's, weeks before masuk rumah sekarang, back in 2007. Guna untuk jahit langsir. I told my mom, "kak long jahit sendiri langsir. Senang je rupanya." Hahaha.. ni kalau dapat mesin industri ni, laju je tekan pedal.

Mine only has 7 pattern. I adore the one with electronic setting (lupa model). Wallaweyy.. gile banyak pattern. Up to 40 i think. For warm up, 7 pattern ni pon dah ok.

And now, let's make some project. I'm done with 4 projects. A few is in the list. Hehehe.. poyo jek. Lenguh menjahit manik, kita tekan pedal plak. It's fun.

Friday, December 11, 2009

Mini French toast

Ini favorite Iman jugak. Mini French toast.

Bila buat makanan untuk Iman, kena fikir untuk jadikan mini version. Puding roti pon boleh buat dalam bentuk mini jugak bila diletakkan dalam papercup muffin. Puding roti pon Iman suka makan. Manis kismis lagi sedap daripada manis gula. Rasanya la.

Cuba lah.

Wednesday, December 09, 2009

Fat. Go away

I'm getting fatter and bigger. Tapi belum sampai tahap nak meletup. My mom pon ada tegur "Pipi nampak naik. Hari tu kurus kering". Haaa... camane tu.

Aku tak pernah diet. Jadi mari lah kita sama-sama muhasabah apa yang kita makan setiap hari. Tak boleh jadi membiarkan badan membesar dengan jayanya. Kang tak muat baju, kena beli baju lain. Membazir je.

Let's kurangkan makan. Bukan tak makan langsung tapi kurangkan.

Daripada makan kueteow goreng + buah utk breakfast, makan 2 keping roti dan segelas susu.

Daripada makan tengahari dengan nasi putih penuh 1 pinggan + buah + lauk ayam merah yang sedap tu, makan bihun sup sahaja.

Daripada makan malam dengan nasi putih 1 senduk dan lauk sikit, makan roti dan segelas susu cukup lah.

Boleh ke?

Tuesday, December 08, 2009

Pancake - gumuks

Ini pancake untuk orang tua. Hari tu pancake untuk budak-budak. Bahan-bahan dan how-to sila la tengok sini. Kerajinan tak berapa banyak hari ni nak menaip banyak-banyak kat sini. Heheh..

Monday, December 07, 2009

Iman @ 14 month


He's manja with his Ayah. Boleh bawak wrestling dan main sampan2 dengan kotak.

  • masih breastfeed.
  • he's on Anmum Essential Step 3. Menurut babysitter, Iman minum 3 botol. Makan kerap, jadi kurang susu. Ye, kat rumah babysitter, Iman paling suka makan.
  • bila pandai buat sesuatu, he'll come to me or dear Husband, to show us what he can do i.e semalam Iman bersusah payah bawak dolphin masuk bilik, nak tunjuk kat aku yg tengah iron baju kerja. Dia tekan perut dolphin dan keluar bunyi, dan tersengih pandang si Ibu nih. hehehe.. So, at this point, peluk dan cium sket, sebagai reward.
  • kadang2 pusing kepala bila Iman campak remote atau hp aku. Bukan campak macam balik tu, tapi lebih kepada menjatuhkan. Aiyo.
  • he can walk but he's not that rajin to berjalan bertapak-tapak, instead of 4-5 steps
  • fav fruit is pisang. Jangan la lalu kat tempat pisang @pasar raya tu kalau tak nak amik.
  • he loves keropok.
  • i think he loves my nasi Arab. Banyak dia makan. hehee
  • susah betul nak gosok gigi Iman. Dia suka tutup mulut rapat2 sambil geleng-geleng.
  • dengar cite Iman suka kelip-kelip mata. Hah, ngorat eh?
  • suka dibawa berjalan - dgn kereta, troli @pasar raya, stroller, dukung sambil berjalan - senang dia tidur.
  • belum boleh pronounce 'ibu' or 'ayah'. Selalu panggil 'mama'. Susah kot nak sebut 'ibu'
  • when I hold other baby or budak, dok tengah kusyuk main pon, dia akan datang dan panjat berdiri atas aku. Kadang2 sambil tangan dia menolak 'competitor' dia tu. Hehe.. jealous ke cik Man?
  • suka tiru apa kita buat i.e kalau kita answer phone, dia pon sibuk amik remote letak kat telinga.
  • loves soft toys. Dipeluk-peluk dan dipenyek-penyek.
  • he still my baby hehehe.. manja neh
Time's running so fast. It's dec already. Hmm...

Thursday, December 03, 2009

Mini plain pancake



This is Iman's favorite - mini plain pancake. A few friends asked me in fb and here. So, mari lah kita tampal gambar dah share. Sharing is caring :p

A
2 tbsp of plain flour
1 tsp of baking powder
2 tsp of brown sugar

B
Enough milk, say 3oz (I use fresh milk)
A little oil (I use olive oil)

Cara-cara.
Combine A (dry ingredient) in a bowl.
Mixed B in another bowl. Make a hole in the middle of the A.
Pour B into A. Batter will be slightly lumpy.
Heat a lightly oiled non-stick frying pan over medium high heat.
Scoop 1 tablespoon of batter onto the pan.
Cook until pancakes are golden brown/bubble on both sides.

Nota kaki:
* If the batter cair, add some flour.
* If batter macam tak cukup kecairannya, add enough milk.
* If for adult, boleh letak perasa (gula/garam) dan telur.
* Bila dah selalu buat, u'll know berapa banyak nak letak.
* U'll can make variety type of pancake. I made a few version for Iman - raisin, banana (cut into small slice, just enough to fit on the butter when we scooped on the pan), gratted carrot, versi tambah nestum, versi tambah oat. It's fun. Try lah!

bz bz bz

Lately, I am very occupied. Busy Ya Ampun. Sangat terasa bila nak siapkan seluar Iman malam tadi. Iman, macam biasa, tidak akan jauh dari toy baru dia tu. Nak-nak kalau aku ON, ada lampu, lagi dia suka. Nak fill bobbin dengan benang pon, dia akan membantu dengan menarik benang tu panjang-panjang, sampaikan aku terpaksa stop kejap.

Kenapa busy sekarang?

6.00-6.30pm - Jemput Iman (kadang2 lambat, 6.45pm baru sampai rumah babysitter)
6.30-7.30pm - Cinta Untuk Balqis @TV3, masak, main dengan Iman, mandi, solat
7.30-8.00pm - Nur Kasih @TV3. Pls do not disturb, this time tak ada iklan walau 1 saat.
8.00-8.30pm - Settle kan kerja-kerja lain i.e siapkan semua kerja di dapur, sewing sikit
8.30-9.30pm - Nenek Kebaya @TV9, hidang makan etc etc etc
9.30 onward - Siapkan semua kerja. Kadang-kadang tak siap. Kerja macam siapkan barang Iman, iron baju kerja. Selalunya pagi baru buat :(

Errr... busy dengan tv? Oh. Kita kena balance. Ada banyak program yang tak sempat nak tengok. Biggest Loser Asia sekali sekala dapat menyelit.

Ada orang tanya "Camane kau buat kerja rumah seme?" Ye, aku tak ada maid dan dalam masa yang sama aku nak rumah aku teratur dan bersih. Hari-hari kena sapu, vacuum. Kita kena cepat dan ada jadual sendiri. Aku busy sebab Husband aku balik lambat. Kalau dia balik awal, he took over kerja jaga Iman. Tapi kalau Iman nak dok dengan aku je, he'll take over buat kerja i.e kupas bawang, masak.

Ada yang kata
  • anak sorang boleh lagi.
  • amik la maid
  • bagi la Iman adik, dia nak kawan
Hmmm...
  • kenapa? Anak lebih dari sorang tak boleh ke buat kerja2 semua?
  • aku belum fikir nak amik maid. Aku boleh handle lagi. Selagi kudrat ada, InsyaAllah, Tuhan permudahkan urusan bila kita niat untuk rumahtangga kita
  • bagi la Iman besar. Btw, utk yang berkenaan, nak ke tolong aku jaga anak bila aku beranak lagi? Nak ke bagi duit utk beli keperluan tiap2 bulan? Duit pengasuh? Saving and insurans? Nak? Nak?
Ini bukan entry lepas geram hehe.

Iman dah boleh berjalan sendiri. Tapi malas mengatasi kerajinan. He can walk a few metres without falling. Congratulations sayang!

Oh, pertama kali mencuba resepi baru. Oatcake.
  • 125ml boiling water
  • 1 tsp butter (takde unsalted, salted butter pon ok)
  • oat secukupnye
Tuangkan air panas dalam mangkuk. Cairkan butter. Masukkan oat secukupnya. Sampai doh boleh dibentuk-bentuk. Bakar @10-15min atau sampai jadi perang @180degree. Boleh bekukan. Boleh dapat banyak. Cukup untuk 3 hari makan. Adult pon boleh makan dengan honey atau maple syrup atau apa-apa yang suka. Takde hal.

Itu aje entry yg carca-marba. Bye.

Tuesday, December 01, 2009

Aidiladha - cerita di kampung

WARNING: Entry yg penuh dengan gambar.

Malas nak buat karangan. Jadi, entry in captioned photo and points. Hehe, malas tahap gaban nak mengarang. Oh, photos arranged in 'pictures taken on'.

  • Kami bertolak balik kampung pada malam raya. Jam 10 malam.
  • Jammed hanye di tol Gombak dan kemudiannye sepanjang highway Karak.
  • Selamat tiba di kampung sejam sebelum sembahyang raya.
  • Ke tempat lembu dikorbankan selepas menjamu perut di rumah nenek.
  • Ada 3 ekor lembu tumbang, termasuk lembu untuk akikah Iman. 1 bahagian = RM320.
  • Cuaca sepanjang kami di kampung mendung dan cerah. Hujan? Tarak. Yilek.
  • Malam pertama kami bermalam di rumah husband's Mak Su.
  • Kali ni, Iman dah kenal dengan haiwan. Excited tiap kali nampak ayam, lembu, kuda, dan kucing. Semuanya dipanggil 'eow' (read = meow)
  • Hari Ahad kami beraya di 3 buah rumah. Result = Iman dia jadi extra penat. So, dia tido lama betul. Dalam sejarah, Iman tido dari jam 5.30pm sampai 7am esoknye. Tukar diaper pon kat tempat tido, lap-lap je. Nasib baik tak buang air besar. Fuuhhh lamanya dia tido.
  • Attend tahlil and akikah at a few houses.
  • Kenduri kahwin tak ada jemputan. Jemputan semuanya di luar Kelantan. Maaf sangat-sangat kepada yang menjemput kerana tak dapat hadir :(
  • Kami tiba di KL jam 5pm semalam. Alhamdulillah, jalan clear. Cuaca mendung sepanjang jalan. Iman pon tido manjang. Masuk MRR2 baru dia menunjukkan tanda-tanda keboringan.
  • Hari ni paper Prinsip Akaun (SPM). Widad, my sister salah seorang yang amik paper tu. Good luck!
Ok la. Itu je cerita dari kampung. Sekian.