Monday, September 25, 2006

1 Ramadan

hari pertama menjalani ibadah puasa di tempat kerja. huhuh.. puasa lepas aku berpuasa di A&D Creative. my first job. ape cerita la diorang.

kepada sesiapa yg rasa nak M.C, jangan datang office. terus lah ke klinik.

dan juga kepada sesiapa yg bergelar smoker, praktis2 lah untuk berhenti merokok. selain boleh jaga kesihatan, juga boleh guna duit tuh buat beli susu + pampers anak. tak baik membazir. hehehe. en. najib, terima kasih ye sb dah tak merokok.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sejarah Ramadhan

  1. Ramadhan: ertinya panas terik
  2. Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
  6. Di pilih untuk ibadat puasa.
  7. Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

  1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
  2. Bulan penuh keberatan
  3. Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
  4. Amal sunat sama dengan solat fardhu
  5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  7. Bulan menambah rezeki
  8. Memberi buka banyak pahala
  9. Bulan keampunan* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.* juga doa pada sepertiga malam.
  10. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan
  3. Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
  7. Solat berjemaah setiap waktu
  8. Solat jemaah di masjid/surau
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  10. Sahur diwaktu akhir
  11. Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  12. Mandi Janabat sebelum Imsak
  13. Kurangkan tidur
  14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  15. Tunaikan Solat Dhuha
  16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  17. Tunaikan solat Rawatib
  18. Jaga pacaindera
  19. Elakkan gosok gigi pd waktu petang
  20. hadiri majlis ilmu
  21. Buat baik pd ibubapa
  22. Isteri hendaklah taat pd suami
  23. Banyakkan bersedekah
  24. Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  25. Berbuka bersama org tua
  26. Jemput tetamu berbuka
  27. Kurangkan berat badan
  28. Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  29. Baiki hubungan suami isteri
  30. Baiki hubungan jiran
  31. Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
  32. Elakkan berbelanja berlebihan
  33. Kuatkan kesabaran
  34. Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  36. Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
  37. Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan3
  39. Berdoa dgn nada lembut dan merayu
  40. Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
  41. Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
  42. Melazimkan solat waktu
  43. Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
  44. Elakkan banyak berhutang
  45. Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  46. Tunaikan zakat fitrah

No comments: