Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Selamat menunaikan haji

wafaalatiff
Off to TH
As tweeted above, kami ke TH (a.k.a Tabung Haji). Pergi berdua je dengan Iman. Suami macam biasa lah, balik lambat. Niat di hati mahu menghantar 2 orang boss yang InsyaAllah akan menjadi bakal jemaah haji. Sebenarnya aku tak tahu pukul berapa diorang akan check in kat TH Kelana Jaya. Sempat SMS tanya flight pukul berapa je. Aku bajet-bajet je bertolak dari rumah pukul 8mlm. Itu pon lepas dinner nasi kerabu sedap dari pasar malam. Ada pengajaran di sebalik nasi kerabu itu. Next time kena mintak nasi lebih sebab 1 bungkus share dengan Iman adalah tidak cukup :P

Kami sampai dalam pukul 8.30pm. Aku nampak ramai orang dah mula keluar dari bangunan TH tu. Tak terfikir lagi diorang dah check in. Lepas nampak sorang budak perempuan menangis, baru aku terfikir, alamak, diorang dah masuk ke. Aku call Kak Ab tapi tak de jawab. Ha, kali ni baru nak cakap kat diri sendiri "Padan muka, sape suruh nak surprisekan diorang" Bila tengok kawasan tempat letak bag kat luar dewan check in tu dah lengang, ok sah, bakal-bakal jemaah dah masuk. Tapi aku intai-intai cari. Tiba-tiba..

wafaalatiff
Smp lewat di Tabung Haji. Org dah masuk. Nasib baik nmpk Anding. Sempat jumpa bos. Bos baik anak buah pon syg

Aku ternampak seseorang berbaju hitam belang putih. Eh, macam Anding. Haaa... mesti diorang ada dekat-dekat situ. Laju je aku jalan ke arah sana. Ada famili Kak Ab je (husband dan anak-anak dia). Aku nampak Cik Lisa dan Kak Ab baru 2-3 langkah tarik bag nak masuk ke dalam dewan. Aku tepuk bahu Cik Lisa. Dia terjerit kecil "Heyyyy". Lalu kami berpelukan. Eh tiba-tiba rasa macam tulis novel. LOL.

Dia nampak surprise. Mana tak terkejut. Sempat lagi dia kenalkan Anding. "Ini adik I". Aku cakap la "I nampak dia la I terus datang sini". Kekeke..

wafaalatiff
Jadi, thanks to Anding sb nampak dia aku dpt jumpa cik Lisa & kak ab

A quick pesanan "Jaga office", "Mintak maaf kat Muna sebab dia kena attend UAT". Yada yada.. Aku cakap "Tak payah fikir tu. Pergi dengan aman. Kitorang ok je kat office" Padahal.. hihiii hanya orang dalam bilik tu je yang tahu :)

Bila Cik Lisa berpusing nak masuk ke dewan, dia tanya lagi sekali, "Datang hantar siapa?". Aku cakap "Korang lah", punya la dia terharu, maka aku dan Iman dipeluk untuk kali ke.. errr 3 kot. Nampak la mata dia berkaca (ok ini ayat dari novel haha maaf ye), aku pon nasib baik dapat tahan air mata. Masa mula-mula nampak Anding tadi pon nampak monyok je muka dia. Dengar la Cik Lisa cakap kat dia "Jangan nangis tau". Hehe.

Sempat jumpa 5 minit pon dah ok. Alhamdulillah. Semoga mereka mendapat haji mabrur. Semoga kami dipermudahkan untuk ke Tanah Suci juga. Maka, mari lah register dan start kumpul duit. Paling kurang RM15,000.00 kena ada.

Last but not least,

wafaalatiff
Byk benda aku tak faham hari ni. Salah satunya kenapa kat Tabung Haji Kelana Jaya ramai betul org jual belon.

Sesungguhnya, I really mean it. Tabung Haji/Menghantar orang menunaikan haji dan belo-belon langsung tak ada kena mengena. Nampak sangat target diorang adalah kanak-kanak yang ikut sama menghantar atuk/nenek/saudara mara/ikut parents hantar orang mcm aku ni hah. Dah la mahal. RM7 untuk 1 belon. Iman tak mintak tapi dia kata "Ibu, banyak belon. Sama.. sama", so aku tahu dia excited, jadi aku belikan 1 untuk dia, just to make him happy. So kami pulang bersama seekor Ultraman. Maaf, Spiderman tidak dapat menandingi kehebatan Ultraman di mata Iman. Hehe..

Sekian.

Monday, August 02, 2010

Jamuan

Last week, kitorang ada makan-makan kat office. Kitorang order nasi berlauk je. Tapi, since potluck is most welcome, ada a few menu tambahan.

  • Roti jala
  • Laksam kelate (terbaekkk)
  • Bubur lambuk
  • Bubur durian
Oleh kerana makcik yang organize (kutip duit, email2, order2), jadi makcik pon dengan extra rajin buatkan makaroni goreng dan trifle.

Last year, aku buatkan spaghetti kot. Dua-dua menu omputih. Wahh.. mata biru. Tu je yg aku berani masak untuk bagi orang makan. hahahaha... simple je pon. Tak de berkecah sangat dapur. On trifle, tu first time buat trifle. Aku lak tak penah makan trifle. Haha. Ke pernah? Lupa lak. Ape-ape pon, janji semua licin. Terima kasih ye, sudi habiskan ^_^



Friday, July 02, 2010

Lambat

My dear husband came home late now. Last night he reached home at 10.30 p.m. The day before, 10 p.m. Most of the time, Iman already asleep. He also had his late dinner and I accompany him every night dan kadang-kadang termakan sekali ^_^. Yeah, late dinner is equal to makan nasi.

Dan Iman pulak, bila dah belah malam jarang dapat jumpa ayah dia, esok paginya you can witness a few drama. And the drama caused my punch card warna merah.

Drama apa? Drama yang mana ~ nanak (tak nak) ibu, nak ayah. Pulak dah. So ayah la kena handle Iman ^_^ Iman pulak, dah 2 hari bangun pukul 5.30 (semalam) dan 5.00 (hari ni). The father still sleeping, soundly; so, the mother lah, kena bangun dah layan dia. Tapi tetap sampai office 5 min to 8.00 a.m. Kenapa lambat? Is it because I am so terhegeh-hegeh or take my sweet time masa hantar Iman (siap bye bye Iman for a few mins).

Dan malam ni, Brazil vs Netherland. Haha. Tetiba je WC.

Ok, nak sambung prepare sample data. *sigh*

Tuesday, June 15, 2010

tak ada tajuk

Cuti panjang sebab adik bertunang. So, aku balik kampung. Khamis balik kampung, Ahad balik KL.

Sampai KL, demam. So, I was flat for one whole day. The sweet darling husband made me bubur nasi daging yang sangat sedap. Awww.. thank you!

Isnin start keje. Oleh kerana sebelum cuti tu ada issue, jadi, masuk office dengan kerja yang banyak.

Isnin juga aku back to uruskan hal-hal housing loan. Phone call here and there. Chasing banker to submit offer letter. Yada yada.

Dan hari ni, 15 Jun, birthday my arwah Baba. I miss you, a lot. Al-Fatihah.

Friday, July 24, 2009

Telur dan mentega

I took out butter and egg from the fridge and put on the working table in the dapur. Keluarkan awal-awal sebab nak by the time I do the baking-baking stuff, they are already at the room temperature. Read somewehere: if we use telur yang sejuk, baru keluar dari peti ais (so called refrigerator-cold egg), they wont incorporate into the mixture.

Tapi, hour passed hour. Tiba-tiba dah pukul 11. Iman belum tidur. Masih main-main. Camane dia nak tido, lepas amik dia dari rumah bbsitter, he felt asleep lepas pekena the best dodoian eva - direct feed sambil tepuk-tepuk. Senang betul dia tido. Then he woke up, main. Kemudian, he felt asleep again after 30 mins. By the time husband's home, Iman baru terjaga. Dan dia berjaga sampai pukul 11 lebih.

So... telur masih menjadi telur. Butter masih menjadi butter. Dah 2 hari macam tu. I planned to make some cuppies tapi, akhirnya, telur dan butter masuk balik dalam peti ais. Itu la nasib telur dan butter yang keluar masuk peti ais. I was asking myself, takpe ke butter ni keluar masuk peti ais. Kalau EBM, lepas dah cair, takleh bekukan balik. How about butter? Chef, please respond. Thank you.

Kancil dah renew insurance premium. I dont need to cari merata-rata tempat next years, dok kat sini, semuanya ada. A colleague, who was my ex-boss, agent insurance. Kaki bisnes betul. Bagus la. He helped me and I helped him. So, bila kita nak buat bisnes? Cari duit lebih, in this semua-barang-servis-blablabla-naik-harga country.

Wednesday, April 15, 2009

Exora

Pro*ton first MPV will be launched at KL*CC (Kua_la Lum_pur Con_vention Cen_tre ye, bukan Suria KLCC ^_^) tonight, 15-Apr-2009. Dan, InsyaAllah ada live kat TV1 jam 9.15 malam nanti. Kepada yang dah tengok dalam e-mail atau mana-mana kat Internet, haaa malam ni boleh la tengok lagi sekali.

Dan, kami dapat T-shirt. Kena pakai besok. Oh, kena pakai ek? Tak pakai tak pe?

Oh ye, malam ni finale Mertua vs Menantu. Ehhh... takziah untuk Dynas kerana keguguran kandungan yang berusia 7 bulan. Al-Fatihah.

With love,

Thursday, January 29, 2009

Office politic

is bad, ok.


pic courtesy of Cartoon Stock

Thursday, November 27, 2008

Ehem ehem...

Proton catat untung RM115 juta

27/11/2008 6:00pm
SHAH ALAM 27 Nov. – Proton Holdings Bhd. (Proton) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM115.3 juta untuk separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2008 berbanding kerugian sebelum cukai berjumlah RM41.8 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Keputusan kewangan itu merupakan keuntungan Proton untuk lima suku berturut-berturut, bermula suku kedua 2007.
Bagi suku kedua, pembuat kereta nasional itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57 juta berbanding RM59 juta pada suku sebelumnya. - Utusan

Wahai Management yang budiman (ehem ehem), semoga dibukakan hati untuk bagi duit poket lebih untuk kami. Amin.

Friday, September 05, 2008

I love this

Minggu lepas, hari terakhir bekerja sebelum Ramadan, kami telah bermakan-makan. I called this self-sponsored breakfast. Hehee.. Why? Collect a few ringgit and allocate tugas kepada beberapa orang. I volunteered to bake a choc cake dan buat sedikit makaroni goreng, dan lagi satu sponsored keropok goreng. Sorry, tak bermaksud nak cakap pasal makanan time-time puasa ni :)

Ada sorang brader ni cakap "Kau ni makan la dulu, dok asyik melayan orang". Iyeeee... saye memang suka melayan orang. Saye suka serve orang makan. Saye selalu nak ajak orang makan. Tapi keadaan je yang tak mengizinkan saye untuk menjemput kawan-kawan datang rumah untuk makan-makan. Sebab itu, saye suka buat apa-apa dan bawa ke office untuk makan sama kawan-kawan office.



See. People enjoyed their food. Me oso. The food was yummy-licious. Habis, licin ok. Senang aku cuci bekas hihii. Oh, mind all the kotak-kotak. Maklum lah, plan last minute, tak sempat nak book apa-apa :)


(Atas) Kek choc & makaroni goreng yang dibawa pada hari makan-makan. (Bawah) Ini lah blueberry cheesecake dan choc cupcakes yang diorder kelmarin :)


Working hard on Friday? Oh my.

Tuesday, July 22, 2008

Entry 1:

Hari ni boss tak ada. Dia EL, anak demam. Kakak sebelah meja aku pon EL, anak masuk wad, belum keluar. Cian baby. Tapi walaupon boss is not in today, aku tetap baik sebab tak pergi mana-mana. Baik dop? Sistem aku ok, tak de lak nak buat hal. Sampai taktau nak buat apa. Tak gemar betul.

Confession. Aku tak pandai potong daging. Rasa macam dah betul cara, tapi liat jugak. Kesian bb. Sori, isteri mu ini masih tidak pandai potong daging. Eh, okay la tu. Dari kawin, I cooked for him everyday, tolak hari minggu dan hari ada pasar malam, sebab dia suka makan char kuew teow. Tapi tetap tak boleh lawan char kuew teow yang ada kat Utara. Bila la boleh pi Penang makan char kuew teow nih. Oho, sedapnya. Dulu masa belajar kat Perlis (2000-2002, 2003 tak dok Perlis dah), selalu beli kat Maybank Kangar. Biasanya kalau aku yg order "Bang, kasi 2 bungkus tapi satukan." Hihi... makan banyak seh. Char kuew teow ada banyak version ke? Sebab, ada yang kuah banyak, ada yang kuah sikit.

Cakap pasal makan, setakat ni belum mengidam apa-apa. Cuma, craving aku bertukar-tukar dan ikut musim. Not really musim lah. Ada masa, berminggu-minggu aku suka makan jambu. Kemudian, berminggu-minggu suka minum Marigold Peel Fresh Orange, berkotak-kotak sekali beli. Ada bulan yang sepanjang masa asyik nak buat kek je. Kalau tak buat kek, apa yang baking lah. Haaa... itu je. Lain-lain takde la banyak. Tapi Cadbury Dairy Milk, huhuhu all time craving. Sungguh tidak sihat la makan coklat banyak-banyak. Sekali beli, 2-3 bar yang besar.

And, I love Oprah show. Sukaaaaa sangat.

Friday, May 23, 2008

TGIF

Today is 23rd. 23rd equals to gaji masuk. Yeay!

Today is Friday. So the lunch hour is longer than other days. Even though today is salary day, I didn't go out. Lepak-lepak kat office sambil melayan Forbidden Kingdom.

Hari ini juga, sambil buat kerja yang memang tak akan habis tu, sempat melayan Always Be My Baby, David Cook's version. Dari pagi dok layan lagu ni. Lagu ini lah yang buat aku betul-betul fall in love dengan suara dia. Ke sebab I am MC's fan? I'm not rock fan but I'm sooooooo into suara yang ala-ala Bryan Adams. Tak de la lembik-lembik macam most of our reality show punye contenstant. Maaf, that is the truth. Anyway, thanks to AI 2008 sebab bawa Bryan Adams to perform. Lama tak tengok dia perform kat TV, I mean in a concert. Husband is also Bryan Adams' fan. Siap ada CD tu. Hehe.

I pray for my dad's health.

Tuesday, May 06, 2008

simple FTP

if you want to FTP a file from one server (source) to another server (destination), use the following steps:
  1. Login to source server by using telnet. Use telnet source server IP address
  2. Go to path you want to copy the file. Use cd path
  3. Type ftp destination server IP address.
  4. Login to destination server by using root or anonymous.
  5. Go to directory you want to copy the file into. Use cd path.
  6. Copy the file using put or mput*. Pls note that put is to copy 1 file and mput is to copy multiple files. Use put filename or mput filenames*.
  7. To leave the ftp session, type bye.

ok, siap. senang aje kan? it took me hours to refresh back sebab dah lama tak buat :)

Tuesday, April 29, 2008

laju mcm roket

i have just upgraded RAM @ this laptop. add another 1G, so total is 1.5G. weeeehoooooo! the previous 512Mb (sahaje) always cause "Memory Low". bosan betul. buka 1 excel pon slow-nya mcm tunggu ayam bertelur.

sekarang?

best, macam makan donut yg salut coklat sambil tengok Transformers kat rumah, dengan suami terchenta, bertemankan ikan-ikan yg gemuk, yg suka berenang-renang pastu suka bertembung sesama sendiri. haaa boleh imagine tak camane best tu?

Thursday, April 17, 2008

soalan rakyat malaysia

15 minutes to 5.30. yeeehaaaaa.. boleh balik yeay!

owh, kepada RG, buat taktau je orang yg tanya soalan yg buang masa tu. biasa la, rakyat negara ni kan 'prihatin' dan agak 'badan-sibuk'.

bila orang tu tak kawin, dia tanya "bila nak kawin".
bila orang tu dah kawin, dia tanya "dah pregnant ke belum".
bila dah pregnant, dia tanya "tak mabuk ke?".
bila dah ada anak, dia tanya "bila nak dapat cucu".
those questions will apply to our children and grandchildren in future. trust me.

owh, hari ni aku mengular dgn RG. hehe. once in a blue moon okay! takde buat selalu. hilang stress bila boleh keluar kejap. balik je opis, kringg... kringg.. oh man..

haaa... i watched 27 Dresses. kalau suka cerita2 ini - My Bestfriend's Wedding, Runaway Bride, Wedding Planner, Maid in Manhattan - you should watch this movie. i like Jane's hair style. sangat cantik :)

Friday, April 11, 2008

bosan kerja. rasa nak berenti dan buat benda yg aku suka.

Friday, March 14, 2008

it's my life - Bon Jovi

sibuk minggu ni. hari-hari balik lambat. minggu ni tak sempat nak masak. apatah lagi lipat kain. rasanya, minggu ni aku sangat-sangat tak terurus. sudah 4 hari husband aku kena masak sendiri. sorry ye, isteri awak tak sempat nak masak. lucky he is not so cerewet kalau bab-bab makan. tapi malam tadi dia mengadu, dah 2-3 malam makan nasi sorang-sorang. alaaa.. kesiannya. rasa bersalah la pulak. takpe, bila dah setel semua kat office, we'll back to normal.

i wish we can paint her/his room this weekend :) cuma, warna apa ye? maybe we'll go for natural color. but it won't be pink or blue, since we are plan not to intai-intai the gender. itu pon kalau kuatkan semangat lah.

new Saga & Waja CPS sudah keluar staff purchase. hmm.. we need to buy 1 family car. tapi semua tu kena consider financial punye status jugak. now we need to pay installment for 1 car & 1 house. umur pon tak muda lagi. sorang 30, sorang 26. dengan hasil makan gaji sekarang, cukup untuk hidup berdua. masih ada balance. but since we are expanding our family, the perbelanjaan pon kena expand jugak. setakat ni, dengan hidup yang sederhana, kami OK-OK aje. tidak kaya & tidak melarat. Alhamdulillah :)

Wednesday, March 12, 2008

i am busy today. huh. tak suka betul. with pushy supervisor, and gelabah supervisor (same person), it stressed me out. tak suka tak suka tak suka.








Thursday, March 06, 2008

malam tadi
aku masak lala masak pedas dan sayur masak lemak. resepi yang senang dan tak guna banyak bahan. demam pilihanraya makin kuat lah. malam tadi penuh orang pasang bendera. and the result is penuh jalan dengan bendera.

at 10pm, ada 2 cerita yang aku nak tengok @ 2 different channel. Bionic Woman @ StarWorld& CSI @ AXN (new season). lebih excited nak tengok CSI. kalau tak silap, this season is Sara's last appearance. adoi. tak syiok sungguh lah. oh, American Idol tak tengok sebab encik suami nak tengok berita. tapi bila turn to channel berita, dia boleh belek2 Ujang. hmmm... itu lah kuasa suami kot. takpe, takpe..

macam Baba pulak. dia jarang pegang remote, tapi kalau dah pegang, heheh kitorang terpaksa tengok cerita yg dia nak tengok. tapi kadang2 bapak sendiri boleh kalah dengan suara veto anak2 yang nak tengok cerita lain hehe.. sorry.

hari ni
i dont plan anything today. mcm biasa, pukul 8 masuk kerja. tapi hari ni punch in lambat, 8.02. my superior is not around. she's on MC for 2 months. her maternity leave start today and she's going to induce this saturday. so hari ni, aktiviti macam biasa. takde special plan pon. dok je depan pc ni smp pukul 5.30pm. itu lah daily routine. boring kan? memang lah boring. tak seronok langsung.

baru kejap tadi tepon Baba, mintak belikan daging lembu. takut lak hari sabtu takde orang buka gerai. hehe. maklumlah, hari mengundi lah katakan. tapi Baba kata beli hari sabtu, baru lah fresh. murah aje daging lembu fresh kat tempat aku, RM10 sekilo. jauuuuuh lebih murah dari sini.

esok
InsyaAllah, aku balik malam esok. yeay! can't wait. la la la la la....

Tuesday, February 26, 2008

hari ni baru perasan, betapa serabutnya laptop ni dengan wayar2. power, network cable, lock & tetikus (hehehe mouse). bila nak kemas2 nak balik, ini la yg takes time. at least few minutes. tak suka betul.

serabut tak? serabut kan?

oh ye, my Singapore friend asked me to purchase Palmer's lotion. so semalam sudah beli kat Guardian. it's cocoa butter. sedapnya bau. i have cocoa butter body cream & body scrub. baunya sedap mcm coklat. for face moisturizer, aku guna yg bau mcm coklat jugak.

haaa lagi satu. sebelum balik kerja semalam, i texted him "nak minum air tembikai". and last night, he made me a very sheeedaaaap air tembikai, blended dengan ais, sugar-free lagi. he is the sifoo in the house bila bab buat air buah. hehe. nanti nak mintak air mangga lak. itu hari try banana milk shake, hmm tidak ku gemari :)

the ikan-ikan doing well. cuma si Hitam tu kena sakit kulit kot. sekarang kena bagi makan sikit2 sebab diorang mcm tak heran bila kita taruk makanan banyak2. bila taruk sikit, haa baru la berebut2 nak makan.

Wednesday, February 20, 2008

stress.

jangan tanya banyak soalan.

jangan ingat aku tau semua benda.