As tweeted above, kami ke TH (a.k.a Tabung Haji). Pergi berdua je dengan Iman. Suami macam biasa lah, balik lambat. Niat di hati mahu menghantar 2 orang boss yang InsyaAllah akan menjadi bakal jemaah haji. Sebenarnya aku tak tahu pukul berapa diorang akan check in kat TH Kelana Jaya. Sempat SMS tanya flight pukul berapa je. Aku bajet-bajet je bertolak dari rumah pukul 8mlm. Itu pon lepas dinner nasi kerabu sedap dari pasar malam. Ada pengajaran di sebalik nasi kerabu itu. Next time kena mintak nasi lebih sebab 1 bungkus share dengan Iman adalah tidak cukup :PwafaalatiffOff to TH
Kami sampai dalam pukul 8.30pm. Aku nampak ramai orang dah mula keluar dari bangunan TH tu. Tak terfikir lagi diorang dah check in. Lepas nampak sorang budak perempuan menangis, baru aku terfikir, alamak, diorang dah masuk ke. Aku call Kak Ab tapi tak de jawab. Ha, kali ni baru nak cakap kat diri sendiri "Padan muka, sape suruh nak surprisekan diorang" Bila tengok kawasan tempat letak bag kat luar dewan check in tu dah lengang, ok sah, bakal-bakal jemaah dah masuk. Tapi aku intai-intai cari. Tiba-tiba..
wafaalatiffSmp lewat di Tabung Haji. Org dah masuk. Nasib baik nmpk Anding. Sempat jumpa bos. Bos baik anak buah pon syg
Aku ternampak seseorang berbaju hitam belang putih. Eh, macam Anding. Haaa... mesti diorang ada dekat-dekat situ. Laju je aku jalan ke arah sana. Ada famili Kak Ab je (husband dan anak-anak dia). Aku nampak Cik Lisa dan Kak Ab baru 2-3 langkah tarik bag nak masuk ke dalam dewan. Aku tepuk bahu Cik Lisa. Dia terjerit kecil "Heyyyy". Lalu kami berpelukan. Eh tiba-tiba rasa macam tulis novel. LOL.
Dia nampak surprise. Mana tak terkejut. Sempat lagi dia kenalkan Anding. "Ini adik I". Aku cakap la "I nampak dia la I terus datang sini". Kekeke..
wafaalatiffJadi, thanks to Anding sb nampak dia aku dpt jumpa cik Lisa & kak ab
A quick pesanan "Jaga office", "Mintak maaf kat Muna sebab dia kena attend UAT". Yada yada.. Aku cakap "Tak payah fikir tu. Pergi dengan aman. Kitorang ok je kat office" Padahal.. hihiii hanya orang dalam bilik tu je yang tahu :)
Bila Cik Lisa berpusing nak masuk ke dewan, dia tanya lagi sekali, "Datang hantar siapa?". Aku cakap "Korang lah", punya la dia terharu, maka aku dan Iman dipeluk untuk kali ke.. errr 3 kot. Nampak la mata dia berkaca (ok ini ayat dari novel haha maaf ye), aku pon nasib baik dapat tahan air mata. Masa mula-mula nampak Anding tadi pon nampak monyok je muka dia. Dengar la Cik Lisa cakap kat dia "Jangan nangis tau". Hehe.
Sempat jumpa 5 minit pon dah ok. Alhamdulillah. Semoga mereka mendapat haji mabrur. Semoga kami dipermudahkan untuk ke Tanah Suci juga. Maka, mari lah register dan start kumpul duit. Paling kurang RM15,000.00 kena ada.
Last but not least,
wafaalatiffByk benda aku tak faham hari ni. Salah satunya kenapa kat Tabung Haji Kelana Jaya ramai betul org jual belon.
Sesungguhnya, I really mean it. Tabung Haji/Menghantar orang menunaikan haji dan belo-belon langsung tak ada kena mengena. Nampak sangat target diorang adalah kanak-kanak yang ikut sama menghantar atuk/nenek/saudara mara/ikut parents hantar orang mcm aku ni hah. Dah la mahal. RM7 untuk 1 belon. Iman tak mintak tapi dia kata "Ibu, banyak belon. Sama.. sama", so aku tahu dia excited, jadi aku belikan 1 untuk dia, just to make him happy. So kami pulang bersama seekor Ultraman. Maaf, Spiderman tidak dapat menandingi kehebatan Ultraman di mata Iman. Hehe..
Sekian.
No comments:
Post a Comment