Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Ramadan 11

Hari ni sempat hadir ceramah Ustaz Zawawi Yusof (penceramah bebas). Lepas meeting 2 jam setengah, dapat dengar ceramah ni sejuk sikit hati. Aku tak tahu tajuk ceramah sebab masuk 10 minit lambat. Aku rasa yang berkaitan dengan ilmu dan amal.

Untuk ingatan diri sendiri, aku listkan kat bawah ni point-point aku yang aku pick-up
  • ada ilmu, percaya pada ilmu, ajak orang buat tapi dia sendiri tak buat. Dia adalah orang yang fasikh
  • ada ilmu, tak percaya pada ilmu, ajak orang buat, dan dia pon buat. Dia adalah munafik.
  • ada ilmu, percaya pada ilmu, ajak orang buat dan dia sendiri buat. Dia adalah mukmin.
Dan ada sesuatu yang menarik, yang aku baru tahu.
  • kalau kita berniat untuk buat sesuatu yang baik, contohnya kita berniat untuk solat tahajjud, itu pun sudah dapat ganjaran pahala.
  • kerana niat yang baik itu telah menjadi realiti di alam jin (tak sure term yang betul)
  • jadi kalau kita berada di tempat yang gelap tapi kita niat untuk menjadi berani, InsyaAllah jin yang akan menjauh dari kita.
Dan juga, solat kita mungkin sah sebab memenuhi semua syarat tapi sah itu tidak menjamin solat kita diterima oleh Allah swt. Nasihat Ustaz Zawawi, sempena Ramadhan, mari kita berdoa semoga semua amalan kita diterima oleh Allah swt. Amin.

Itu sahaja. Assalamualaikum.



Wednesday, August 03, 2011

Ramadan 3

Hari ke-3 berpuasa.

Pagi tadi lepas withdraw duit, tiba-tiba Iman cakap "Ibu, nak oti anai". (Oti anai = Roti canai). Aku dah macam, heii kat mana nak cari time-time puasa ni. Oh, lupa, ada kedai kat hujung sana. Kat kedai tu ada jual suratkhabar. Selalu aku free reading je :p

A few local newspaper front page head lines:
  • Rakyat Somalia tetap berpuasa walaupon kebuluran. So kepada yang sengaja tak berpuasa tu; malu la sikit dgn orang Somalia. Kalau tahu malu dan dosa dengan Allah swt, mesti dia puasa. Ni bangga pegi beli makanan kat food court. Ape hal.
  • Khianat - bakar motor dan kereta waktu orang sedang bersahur. Ni kerja orang mabuk ke apa. 3 kereta & 15 kereta hangus sama sekali.
  • Sepah berpecah.
  • Abby takut menangis di hari perkahwinan Norman.
Oh. Hari ni birthday my 2nd sister, Halumi.

Happy birthday! Semoga dilimpahi rahmat-Nya dan dipanjangkan umur.

Monday, July 25, 2011

Body Analysis Scale


Picture from Google.

I heart my new Cosway body analysis scale. Love it so much sampai tiap-tiap hari aku timbang. Husband dan Iman pon timbang. No, not that timbang suka-suka hati tanpa buat apa-apa aktiviti. Lepas habis aktiviti kat dapur, mop lantai, jalan-jalan sambil shopping groceries, iron baju sebakul. Bila dah timbang dan nampak berkurangan beberapa ratus gram, hati menjadi girang. Selama ni aku berpegang kepada prinsip workout dan buat kerja-kerja rumah pon boleh kurangkan berat badan. Bila dah nampak hasil secara live depan mata, makin rajin nak buat kerja rumah. Maklumlah, nak ke gym sangat-sangat tidak berkesempatan (untuk tidak ada maid dan suami pulang lambat, seharusnya keutamaan ku pada anak).

Bila sudah ada si dia ini, nak makan malam secara besar-besaran pon tak berani. Bayangkan, walaupon hanya semangkuk bihun sup sedap, berat boleh naik sebanyak 300gm. Apakah itu? Bayangkan kalau nasi 1-2 pinggan? Kalau sebelum ni, aku selalu makan nasi pukul 11 malam, kadang-kadang 2-3 pagi (bila terjaga dan kelaparan). Jadi, untuk naikkan semangat untuk mempraktikkan diet pemakanan yang betul dan mahu kurangkan beberapa kilogram, haruslah berdisiplin dan tabah :)

Lupa. Dengan 3 point (thanks to Aishah, aku guna point dia), aku hanya tambah RM79 untuk penimbang ni. Tapi, tak semua kedai Cosway ada. Aku sebenarnya belum sempat nak explore lagi penimbang ni. Setakat yang aku baca, dia boleh kira BMI sekali, water content, muscle, bone (kalau tak silap), calories. Nanti ada masa, nak godek. Lagi satu, suka la LCD backlight dia, sebab kalau dalam gelap pon boleh timbang. LOL. Benda ni ringan je. Iman pon boleh angkat ke sana ke mari. Biasanya, kalau nampak dia tengah mengangkut tu, aku menjerit la sebab takut jatuh dan pecah. Boleh nangis mak.

Semoga dengan adanya benda ni, aku tak ada la teruskan makan walaupon sudah kenyang. Rasulullah saw pon pesan, berhenti makan sebelum kenyang dan tidak makan di luar batas kemampuan perut. Rasulullah saw bahagikan perut kepada 3 bahagian : 1 bahagian untuk makanan, 1 bahagian untuk minuman, 1 bahagian untuk udara.

Ok, itu je. Bye.

Saturday, June 25, 2011

Ikan rebus/kukus goreng

Ikan rebus/kukus goreng ni aku tak pernah makan sebelum kawin. Ini favorite suami. Aku belajar ni secara pemerhatian. Cewah. Tengok mak mertua buat. Tengok semata-mata tanpa tanya soalan.

Jadi bila balik rumah dan teringat nak buat, aku try lah. Mula-mula guna ikan selar atau kembung yang size sederhana. Tapi suami kata ikan kecik lagi sedap. Aku ni malas nak handle ikan kecik. Biasanya kalau beli ikan sederhana besar ni, boleh mintak siang kat kedai. Tapi kalau beli ikan kecik, mana ada orang nak layan kalau kita mintak siang. Hehe.

Kali pertama tu aku rebus ikan sederhana besar. Percubaan kali kedua, aku beli ikan kecik. Ikan selar kecik. Boleh tahan lembik ikan-ikan tu aku kerjakan. Serius tak pandai. Aku kukus 4-5 ekor sahaja. Lepas dah lulus mengukus itu, aku goreng. Suami kata, dah ok tapi kalau garing sikit lagi, lagi sedap.

Percubaan ketiga, aku mintak tolong suami siang sementara aku siapkan lauk lain. Hasilnya sangat aku kagum. Tak ada ambik gambar la pulak hari tu. Aku kukus dan goreng. Suami kata baru ok. Ikan yang selebihnya aku buat stok.

Percubaan kali ke-4, aku beli banyak jugak ikan selar kuning kecik. Aku siang sendiri. Kukus dan simpan untuk stok. Untuk 2 minggu. Ikan kukus ni tahan lama.

Cara buat dia senang je.

  • Siang elok-elok. Cuci bersih-bersih. Toskan airnya.
  • Masukkan dalam satu bekas yang boleh digunakan untuk mengukus. Letak garam dan asam keping.
  • Kukus selama 20-30 minit.
  • Bila dah siap, boleh la disimpan buat stok.

Aku suka makan ikan kukus goreng ni dengan sup atau sayur masak lemak. Pasangan yang terbaik pada tekak aku. Suami kadang-kadang dia ambik isi ikan ni, letak dalam budu bersama limau, cili padi dan isi durian sikit. Ngeheee..

Itu je lah. Tayangan gambar hari ini - ikan selar kuning yang sedang dikukus.

Thursday, April 28, 2011

Choc cheese berry from Secret Recipe

Newly launched of Secret Recipe - Choc Cheese Berry. Itu kot nama dia. Super sedap.

4 layers, including topping and base. Topping is blueberry with chocolate, followed by cheese and chocolate. Sedapnya. And the base is the crunchy chocolate base.

We can find some berries in the cake. It makes cheese not so 'muak'.

Tapi malangnya, tak semua franchise ada. Salah satu yang ada adalah Casa Tropicana. Thank you boss for the 3 slices of super sedap cheesecake.



Sunday, April 03, 2011

Nasi Ayam Kampung, Sec 13 Shah Alam

Hari Ahad yang sangat productive. Bermula agak lambat, kami keluar rumah pada jam 11 pagi, dengan 3 to-do. Ke Maybank, Ambank dan CIMB untuk semua payment. Then, off we went to Jaring, Bandar Sunway for lunch tapi tutup la pulak. Tukar destinasi ke Nasi Ayam Kampung Sec 13, atas cadangan suami.

Ini dah kali ke-tak-tahu-berapa-kali datang sini. Tapi baru 2nd time dengan suami dan Iman. Selalu datang sini untuk lunch dengan kawan-kawan tempat kerja. Hari ni baru rasa nak tulis kat sini, sebab hari ni aku ada snap gambar 2-3 keping :p

Hari ni, kedai penuh macam biasa. Macam tiap-tiap hari penuh je kedai ni. Bila dah namanya restoran ayam kampung, speciality restoran ini adalah ayam kampung. Ayam kampung goreng dan ayam kampung masak lemak. Ada banyak lagi lauk lain dan antara fav aku adalah lala masak lemak. Terbaeekkk..


Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, Sec 13, Shah Alam

(belakang perumahan banglo Laman Seri, bersebelahan Serenity Spa)


Lepas lunch kami ke Giant; beli groceries. 1/3 troli cecah RM150++. Mahalnya barang sekarang.

Saturday, March 19, 2011

When sky is the limit #2

We went there. For the 2nd time. Kali pertama kali pergi 2009 dulu, ada encik Suami.

Selepas terkejar sana sini, kami on the road by 8.23am. Lalu ikut Puchong, heading to Putrajaya. Sampai kat P2, minyak pulak dah nak habis. Sms bertanya orang Putrajaya (Watie), dan kami pon keluar dari P2, menuju ke P16. On the way ke P16, terjumpa P18 dan dalam tu ada Petronas. Near 1Malaysia Futsal. Nasib baik. Tapi terpaksa ke P16 jugak sebab nak keluar duit. Huhu.

Melihatkan orang yang bersesak-sesak cari parking sebelum ni, aku decide nak park kereta kat belakang bangunan office. Seberang jalan je pon. Exercise sikit.

Tak ada yang menarik pon. Maybe belon-belon yang menarik dah terbang ke udara. Biasa je. 1 je belon yang menarik perhatian Iman - doraemon. Dari dalam kereta dia dok cakap "Ibu, Emon".

Rata-rata orang pegang DSLR. Wah. DSLR aku ni umur dia dah masuk 5 tahun. Dah antik tapi masih berfungsi. Tak ada alasan kukuh untuk beli baru, kecuali alasan upgrade. Kalau upgrade, mahu cuba Canon EOS. Model apa tak tahu. Berangan je dulu, bukan kena bayar pon.

Ada banyak stall makanan. Tapi kami tak masuk pon. Malas. Tergerak hati mahu beli aiskrim, tapi malas menguasai diri. Last-last, kami blah macam tu je. Hanya beli 1 barang - bubble gun. Mahal wei. RM15. Aku pernah beli bubble gun size tu, harga dia bawah RM10. Cekik darah.

Have a quick tour, kami balik tak lama lepas tu. Dan terserempak orang drifting. Jauh lebih menarik dari belon, so kami lepak belakang Palace of Justice.

Itu je lah. Ni gambar sikit.



Ada komik, bola dan tak lupa juga Ultraman. Ni tak ada kaitan dgn silly uneducated joke from Berita Harian & Fiz Fairuz. Loser.

Main kat MOF. Haha. Macam tak ada tempat lain nak main.

Saturday, January 22, 2011

digital photo


Aku ada masalah dengan gambar-gambar digital a.k.a digital photos. I love to take photos. Dulu sebelum ada kamera besar, aku ada kamera kecik. Selepas bertukar tangan secara tidak rasmi, aku hanya ada kamera besar dan camera phone sahaja. Masa ada kamera kecik, semua benda yg menarik perhatian aku, aku akan snap. Akibatnya, berlambak la gambar. Bila dah berlambak, pening lak kepala aku nak susun gambar-gambar tu. I categorized them by year. Yang tu dah ok tapi bila dok dalam tu, some were well organized and some not. Yang not well organized tu yg jadi headache pada aku.

Tiap kali transfer gambar kat laptop ni, Adobe Photoshop Starter Photo Edition yang akan tolong create folder. Tapi tak boleh bergantung kat 'assistant' tu 100%. Kena ikhtiar cara lain. I'll seek some ways; easy and fun yet effective *cross fingers*

For a good starting point, let's study this - Tips for organizing your digital photos.

Side note: My boy was awake for 12 hours today, without even 1 minute day nap. Jadi malam ni, seawal 8.00 mlm dia dah mintak toto dan n3n3n. By 8.15pm, dah nyenyak tidur. Tidur tanpa dinner. Dijangkakan malam ni sehingga ke subuh esok, dia akan berjaga banyak kali mintak n3n3n dan susu.

Tuesday, January 11, 2011

Melaka - Day 1

I owe myself an entry on our holiday... hmmm ke short trip? Reminder; entry sarat dengan gambar. Maklumlah, orang jarang berjalan. LOL.

Melaka - Day 1

Pagi 1hb baru decide nak ke Melaka. 10am baru terkedek-kedek nak survey hotel. Online booking for 1 night stay at Emporer Hotel. Sementara tu, layan 2 movie dan tunggu Zohor. Bila lambat gerak, lambat la sampai. Siap terlajak ke Jasin lagi. Ini kes terlepas exit Melaka. So, dari tol Jasin tu, kitorang terpaksa patah balik. Jasin ke? Ntah. Tapi tol RM2.60.

Dari tol nak masuk Melaka, kami sangat berterima kasih kepada my beloved hp's navigator. Kami selamat sampai hotel pada jam 6.00pm.

Emperor Hotel terletak di Jalan Munshi Abdullah. Maknanya, kami terlepas dari jammed yang lama & panjang yang menuju ke town itu. Despite of bad reviews from Internet, we found out that the hotel was quite okay. Ye la, ko dah bayar RM200, tak kan ko nak service dia tu macam hotel yang bayar RM1000. U get what u pay lah. Given a room at 21st floor and facing the town and sea, siapa tak suka.

Masa mula-mula sampai, ikat langsir dulu :)


Menikmati pemandangan dari tingkat 21.

Dari bilik kitorang, boleh nampak kereta yang bersusun dan merangkak dengan sangat perlahan menuju ke town. Kat sebelah kiri, we could see the Bukit China. Aku sebenarnya nak bawak Iman main pool tapi sebab dah lambat, terpaksa la postponed. Then bila menghampiri Maghrib, pemandangan lagi cantik. The sunset was so beautiful. Subhanallah.

My sunshine and beautiful sunset.

Aktiviti lain sementara menunggu malam adalah seperti berikut.

Satu; surf Internet cari tempat makan, cari information pasal Zoo Melaka (the main reason why we went to Melaka). Kami pernah spent almost 5 1/2 hours in Zoo Negara. Guess how many hours we spent in Zoo Melaka. Heheee..


Dua; explore the room. Lari sana sini. Panjat sana sini. Sambil makan KFC and asked me to take his pix. Yes, he asked me. "Ibu.. ambar" (ambar=gambar).


Tiga; posing.


Empat; main game. His fav game on my phone is car racing. Tapi dalam phone husband lagi banyak games and his favorite applications. Baru Samsung, belum iPhone lagi tu. kekekeke...



Then, we were ready for next activities - food hunting and night sight-seeing. Owhh.. before we left the hotel, aku stuck pulak depan tv. Ada Confession of Shoppaholic. Ngeee....

Left the hotel room at 8.30pm and drove to nowhere to find food. We used the nagivator to find Anjung Batu, but it showed Umbai. Tak pe lah, kami ikut je. Masa ke sana, kami nampak ada banyak kereta bagi signal dan masuk ke satu lorong. "Ehh tu mesti orang nak pegi makan. Jom kita tengok". Then off we followed the cars. Checked the navigator and it showed Sungai Duyong. I was like "Haaa.. nama kedai ni ada dalam recommended restaurant". Ngee.. Sometimes, kita kena follow instinct.

The 1st restaurant was packed with hungry people like us. So, we went to 2nd restaurant. Also packed but there's some vacant. Kami dapat meja hujung dekat sinki dan dapur. Hehe. Wait for 1 hour for our order. In the meantime, Iman enjoyed the live band performance. Tak berkelip. Risau aku kot-kot dia boring sebab kena tunggu food selama sejam. For sure dia tengah lapar sebab tak makan apa-apa dari jam 6. Ehh ada ada. Makan KFC yang bawak dari KL. Kekekeke... Btw, banyak kali jugak band tu nyanyi lagu happy birthday. Ada la dekat 5 kali. And then, ada sorang penyanyi ni, dia nyanyi lagu Marc Antonny dengan sangat sedap.

Enjoying live band performance.



Selepas menunggu sejam, food sampai tapi kami makan tak sampai 1/2 jam. Lepas tu kami ke town nak tengok Eye On Malaysia tu. Ronda-ronda sesat dalam town. Terjumpa Jonker Street. Tapi lepas setengah jam tak jumpa jugak Eye On Melaka dan kami pon balik hotel. Eh sebelum tu, kami menyinggah ke Jambatan Kg Morten dan Taming Sari Guess House. 20 minit jalan-jalan di tepi sungai, tengok bot yang masih membawa tourist dan juga tengok guess houses yang cute. Thank you Iman sebab awak sangat behave, walaupon nak bawak bantal :)

Menyeberang sungai


This is my fav house. Cantik.

u can contact this line if interested.


Sampai bilik 11.45pm. Owh, ada New Moon lak. Tak dapat tido awal sebab terpaksa tengok. Haha.. bukan terpaksa tapi choose to.

to be continued.

Friday, December 10, 2010

Bladeless fan

Kipas kesayangan ku patah blade. Jadi, kena cari blade baru. Masa ke Midvalley weekend lepas, kami ke one of the outlet yang jual barang eletrik. Lupa la nama tapi dekat dengan Harvey Norman, same level with Carrefour. Window shopping and found this one interesting item. A bladeless fan, by Dyson. It is Dyson Air Multiplier.




Tengok dari gambar memang tak kata tu kipas. Bladeless. Haha... ye aku jakun. Tak pernah nampak bladeless fan. Macam kipas, dia boleh pusing jugak. The air was so smooth, and sejuk. Paling penting, no blade; so it is safe. Dan juga senang nak cuci (big advantage for me, yang suka sangat nak kipas takde habuk).

The cheapest we can get is around RM900++. Wooo... berlubang besar la poket kami. Anyway, it is an interesting invention. Can replace portable aircond. Errr... replace tu takde la kot, but it is good anyway. No harm for me.

Monday, November 29, 2010

Noodle station

I lost my blogging mojo due to twitter. Haha.. dont blame me, blame twitter. No lah. Actually i have a lot to share. Our raya haji, our family dinner at Four Season Kota Bharu, my newborn niece Nureen Aila, our (Iman and I) baking session, Iman progress, relocation of my workplace that nearer to my house which is i love it so much, eventho it's for 21 months of period. Hehehe..

Knowing me, kita cakap pasal food je la dulu. Ni semuanya sebab baru lepas pekena nasi arab @ D Arab Cafe, sec 7 s.A. Ok back to tajuk utama.

Have u been to SACC s.Alam? If yes, have u tried 'Noodle Station'? You should try it. I just did my 1st visit last Friday and looking forward for more visits. Sebab sedap :)



My lunch that day - Springy Noodle with Prawns. There are 4 big prawns in my plate. Puas hati aku. The seasoning was just nice. Perfect, at least for me. Not more than RM10. Plus tax, i think around RM8.90. Ye la, kalau buat kat rumah or beli gerai, tak sampai pon RM5 ni. Kalau jual murah sangat camane tokei kedai nak bayar sewa kedai, gaji staff. The i.d was nice. Minimalist. Love the earth color.



Feel free to make a visit. Tengok la web dia kot-kot ada dekat area awak.

Note: I'm not paid to do this entry. Ini sebab nak bagitau lunch saya hari tu sedap. Tu je. Bye!

Monday, October 25, 2010

Can u draw?

Can u? Can u?

Sabtu lepas, kami ke KL Sentral, nak hantar Adik naik train. Sampai awal la jugak. So, jalan-jalan la kejap. Sekali nampak 1 booth yang ada 3 orang kartunis tengah melukis.

Biasanya, kalau nampak booth-booth macam ni, aku akan rasa kagum. Hihiii.. salute habis dengan orang-orang yang pandai melukis. My mom can draw, my husband also can. Aku? Tak ada talent langsung. Lukis orang lidi boleh lah. kawan office aku sketch baju kurung dan adik-beradiknya dengan sangat cantik. Kagum mak. Sangat-sangat berbakat ok. Maybe, otak kanan aku kurang digunakan.

Sebab ada duit lebih dalam poket, aku duduk dan mintak brader tu lukis kan Iman. Charge dia as follows: Black and white RM10 per person. Colour RM20 per person.





BTS:
  • Iman was wearing same baju dari siang. Tak mahu tukar.
  • The booth is in front of KL sentral's KFC.
  • Aku cakap "Iman, duduk elok-elok ye. Abang nak lukis". Sekali brader tu cakap, "Ok, uncle nak lukis ye." LOL. Salah address la bro. Hek hek..
  • He took 15 min to finish the drawing.
  • U can Bluetooth to them and see whether the picture is big enough for them to see. Siap ada kanta pembesar okay.

Lagi gambar kat sini.

Thursday, October 21, 2010

Mari naik LRT

Weekend lepas, kami ke KL Sentral. Ye, tak ada yang menarik pon. Yang menarik pada aku hanyalah, it was Iman's first trip to KL Sentral by LRT. LRT. Hey yo. LOL

Malas nak drive ke KL Sentral dan bayar parking yang mahal untuk satu jangka masa yang pendek, kami naik LRT je. Park kereta kat Stesen Kelana Jaya. Aku pon tak tahu kenapa aku pilih Kelana Jaya. Padahal stesen paling dekat adalah yang dekat Amcorp Mall tu. Apa-apa je lah. Yang pasti, nak park kereta kat Stesen Kelana Jaya wajib guna Touch & Go. Punya la dah lama tak naik pegi sana, baru ku tahu. Nasib baik ada balance yg ciput2 dalam touch & go.

Another issue; 1 kad touch & go boleh guna untuk 1 individu sahaja. Owh.. baru tahu jugak. Haha. Sengal lagi sekali.

Off we went to KL sentral.

Gambar di bawah. Pakai camera phone aje.

Tangan dia tu ada duit syiling 5 sen. Dia pegang sampai la balik.

Welcome to KL sentral. Tengok tu, vandalisme betul.

With 'asyu'. Eh camane nak eja? Ashu or Asyu?

On the way back, sampai kat Asia Jaya, coach kitorang lengang. Kami ke coach paling hujung. So Iman, enjoy the view.




Wednesday, October 20, 2010

Faris Fakri, a talented photographer

Faris Fakri.

Cerita lah sikit ye.
  • Secara tak sengaja terjumpa nama dia masa aku sibuk dok cari photographer masa nak kawin dulu. Back in 2007.
  • Updates on twitter and fb
  • recently discover that he is good friend to my old good friend's younger brother. The sister is Intan and the brother is Hafiz.
Go and visit his official website. Gorgeous photo waiting for you.

Note: Free promotion, tak de sape suruh pon

Monday, October 18, 2010

Celebration at Zoo Negara

As in last para in my previous entry, October is our month of celebration. Kali ni tak ada potong-potong cake dah. Pokai la mak kalau asyik nak potong cake manjang :p

On the way ke klia nak ambik adik hari tu, I texted my husband. "Sempena anniversary, jom kita gi zoo. Boleh bawa Iman tengok fish besar". Kekekeke.. fish besar rimau pon ada. No lah, just joking.

So, on last Saturday, off we went. Me, husband, Iman and my adik bongsu.

Welcome to Zoo Negara.

Adult - RM25 per person
Kid below 3 years - FOC.
Camcoder fee - RM15
Insect Zoo - RM5 per entrance. So kalau pegi 10 orang, just bayar RM5 je, bukan ikut kepala.
Tram is different fee. No info sebab kami tak naik tram.






Cerita gambar di atas:

(1) Terduduk masa tengok haiwan nama emu. Terkial-kial nak bangun.
(2) He was eating RM7.90 ice-cream. So mahal. Dah macam beli baskin robbin dah.
(3) He was on his way to Ape Center. Awww. Senget-senget.
(4) Hah, ngorat. Bapak budak tu pandang sambil tersengih. Ampunkan anak saya.
(5) Dalam banyak-banyak haiwan dalam zoo, ini yang paling Iman teruja - millipede or ulat gonggok. Excited tengok kaki yang terlalu banyak kot.
(6) He fall asleep depan kandang rimau. hahahaha.. lawak lawak.


I was so cair looking at his cheeky face in the right photo.





Cerita gambar di atas:

(1) Ada ikan nama 'Berbaju'. LOL.
(2) This insect (lupa nak tengok nama dia) ate sumi jelly. So cute.
(3) Not cow, but 'Banteng'. Ada 3 warna je depa nih. And they also known as 'white-stocking'.
(4) Poor butterfly. It cannot fly anymore. The left wing broke :( No matter how hard it tried, it is impossible it can fly again. *sob sob*

Sampai jam 11 pagi, kami keluar jam 4 lebih. Agak lama. Tapi sedikit kecewa sebab tak dapat tengok elephant show. Ke tak ada? Masa tengok multi-animal show kat amphitheater tu pon Iman macam tak tau nak tengok apa. Muka boring. Tapi bila datang sea lion tu, hah, mula la "ape tu ape tu".

Despite of the hot day, we enjoyed it.

Friday, October 15, 2010

Selamat jalan, selamat semuanya


Mama,

Selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah. Semoga mendapat haji yang mabrur. Semoga selamat semuanya.

love,
kak Long.

My mom, my aunt and her husband telah selamat berangkat ke tanah suci. Flight to madinah was early this morning, 1am. I think she has not activate her saudi sim card yet. Pagi tadi call tak dapat.

Semalam ke kelana jaya. Nampak ramai bakal jemaah haji yang muda. Seronoknya. My mom kata, register untuk menunaikan haji dan buka account tabung haji; dua perkara berbeza. Bila kita buka account dengan tabung haji, tak semestinya kita dah register untuk menunaikan haji. Registration kena buat asing. Isi borang etc etc. So guys, mari kita register. RM1300 for registration.

more photo here.

behind the scene.
  1. Ayah cik tak sempat jumpa mama sebab mama dah masuk dulu. Bak kata Ayah su, ayah cik hanya 100% tahu tempat kalau tempat tu ada golf. LOL
  2. husband bought toy for Iman. belon tembak-tembak tu. tapi belum sempat masuk dalam kereta dah rosak :( poor my baby
  3. My Adik demam. Bawak dia ke klinik lepas selesai semua urusan di kelana jaya.
  4. Bought mama saudi sim card. RM69 per card.
  5. my MIL overnight at our house.

Thursday, September 02, 2010

Wrap up

Dah bersawang? Belum. Tweeting more than blogging. Blogging kena taip panjang-panjang. But for the sake of I want to keep the memories, I will wrap up sikit sana-sini.

Lusa, Iman will turn 23mo. Fuh. Lagi sebulan, he'll turn 2y. A few days later, we'll be celebrating our 3rd wedding anniversary. Iman has been so active now. Running here and there. He sometimes can throw tantrum kat mana dia nak (happened at petronas bila tak dapat belon, terus terbaring atas lantai). However, he's a darling bila nak suapkan aku biskut atau apa-apa yg dia tengah makan. Mencabar ok. Kalau time tak puasa, boleh la aku makan. Ini nak disuap petang-petang sebelum berbuka. Bila ditolak, berkeras nak suap. Bila kita pretend makan, dia nak kita buka mulut sb nak tengok kita chew. OMG.



As raya is few days left, aku dah dapat almost semua biskut raya. Beli 3 jenis je - 2 jenis choc based (RM25 each) and 1 pineapple tart (4 boxes of RM20 each). Ehh.. ada lagi. Kueh gunting (ye ke nama dia?). Semua jenis dah dimakan. Left 1 box each utk dibawa pulang ke kampung. Hihiii.. btw, I baked biskut sarang semut during the weekend. 1st attempt & Alhamdulillah it turn ok. Kekeekeke.. so, am looking forward to make more to give-away to babysitter, neighbours, in-laws & of course, bawak balik kampung ^_^

Tadaaaa... biskut sarang semut. Tak de nama lain ke? I dont like semut. Kecik2 pastu gigit orang. Bad ant, bad.


And, some more food. As I didn't go to param, i normally ordered some food from office. Hihihii.. suka mak. Dok kat office pon boleh order-order. Hari ni order 2 set of chicken chop, esok pulak 2 pieces of murtabak. Kadang-kadang, kalau nak makan kueh-mueh melayu, i can make order of kueh seri muka to this one kakak. Or, if feels like eating bubur lambuk, pon boleh order. Delivery sampai ke meja ^_^

Hmmm what else? Oh. Husband was so kind, belikan microwave. When I asked him "hadiah untuk apa?", his reply was "tak payah ada occasion pon boleh bagi hadiah" ^_^ After hunting one ELBA model, pegi sana-sini, it's either "sorry kak, habis stok" or "model ni tak ada". We end up bought a Sharp. It is grill oven. We wanted a convention one. Untuk sedapkan hati, we keep this kind of thoughts "Nanti kan nak beli package yg ada 3 barang tu, so, dapat la digital oven. Kalau nak bakar cake or cookies, we can use the old oven. Elok lagi." Hihiii.. berjaya sedapkan hati. Jadi, mari grill ikan/ayam/daging banyak-banyak.

Monday, August 23, 2010

13 Ramadan 1431H - baju raya


Alhamdulillah, baju raya Iman siap. Panjang cerita pasal kain baju melayu ni.

Mula-mula aku beli 1m je. Bila bagi kat tailor, dia cakap tak cukup. Kena beli at least 1.5m. So, aku pegi balik Jakel, beli lagi 1m. Masa kat kedai tu, aku dah cakap kat budak salesman tu, make sure match dengan kain contoh tu. Budak tu cakap "Betul kak. Dah sama". So, aku percayakan dia. Aku susah nak banyak songeh sebab Iman dah berlari-larian di celah-celah kain.

Bila aku bagi kat tailor, dia kata tak sama. Betul, memang tak sama. Frust. I went back to Jakel, kali ni, memang aku banyak songeh. Mula-mula salesgirl yang attend tu match dengan 1 warna ni. Memang nampak sama, tapi kali ni, aku telek betul-betul. Tak sama pon. Aku memang la berpegang pada "Customer is always right" hari tu. Aku suruh dia keluarkan semua yang group warna tu. Aku siap cakap, "Hari tu saya dah datang, salesman hari tu salah tengok warna. Membazir je duit bayar." Akhirnya dapat jugak warna yg sebijik. Aku cakap, "Ni kalau tak sama jugak masa saya check kat bawah, saya nak tukar". "Kak, betul kak, dah sama". "Hari tu pon cakap yang sama. Bila balik tengok, tak sama langsung". Ha, amik kau. Hihiii.. aku jarang banyak songeh macam ni. So, sekali sekala, tak ada la rasa bersalah.

Itu dia cerita dia. Ape jadi dengan kain yg tak match sebanyak 1m tu? Ntah, ada je dalam drawer. Nanti-nanti free, kita fikir apa nak buat dengan kain tu.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Ramadan

Terima kasih Ya Allah, kerana beri peluang kami bertemu lagi dengan Ramadan. Harap-harap, cita-cita aku dalam Ramadan ini termakbul. Amin.

Email dari seorang kawan tentang amalan sunnah di bulan Ramadan.

  1. Menyegerakan berbuka puasa
  2. Berdo’a ketika berbuka puasa dan selama berpuasa
  3. Makan sahur dan mengakhirkannya
  4. Meninggalkan perkataan kotor
  5. Mandi junub sebelum waktu solat subuh
  6. Memberi makan kepada orang yang berpuasa
  7. Tidak melaksanakan al hijamah (bekam)
  8. Memperluas hubungan silaturahim, berbuat ihsan terhadap sanak saudara dan memperbanyak sedekah terhadap fakir miskin.
  9. Menyibukan diri dalam tholabul ilmi, tilawah al Qur’an dan dzikir.
  10. ‘Itikaf

Wednesday, July 28, 2010

Surat lawyer Indah Water

Ye betul. Dapat surat lawyer Indah Water. Indah Water. Hihiii...

Masa mula-mula dapat tu, aku dah macam "Ehhh aku dah bayar la. Apehal plak nak anta-anta surat lawyer nih."

Aku check semua bill payment records yang aku ada. I have a few folders (dalam hard disk) that keep almost everything pasal online payment yang aku buat. Checked in Indah Water folder, ehhh mana screen shot? Oh, ni mesti aku letak dalam word document. * cari lagi *

Tak jumpa.

Tapi aku jumpa M2U transaction history for Jan and Feb 2010. Haaa.. ada pon RM144.00. Check the payment acc. Ehhh... sejak bila pulak aku bayar Syabas RM144.00 nih? Ciss.. ni mesti aku salah select acc masa buat payment. Hampeh aaa.. Deng, sendiri salah. Ok, mari betulkan balik kesalahan tu.

Call Syabas. 1-800-88-5252.
  1. Cik officer kata "Cik boleh refund atau balance -144 tu boleh remain kat situ, so that, apa-apa bil lepas ni, tolak je dari situ". I choose to refund.
  2. How to refund? Kena bawa bil dan juga payment confirmation. Go to Jln Templer branch sebab itu paling dekat dengan rumah aii.
Problem is - I don't have screenshot payment yang dibuat. Remember? I only have the M2U history.

Call Maybank customer service. 1-300-88-6868.
  1. Ask whether can get transaction history for month of Feb in m2u. The reply "Tak ada cik".
  2. Solution - kena pegi branch yg buka account tu. Boleh request kat sana. Nasib baik aku buka acc kat sec 14 s.Alam je. Buatnya aku guna acc yang buka kat Jitra? Mampos nak pegi Jitra semata-mata sebab tu.
Dan hari ni, settle dapatkan confirmation dari sec 14 tu. Esok, kena pegi Maybank lagi sekali together with husband. Apesal kena pegi Maybank lagi? Apesal tak settle kan hari ni? Sebab kitorang nak kena apply banker's cheque. $$$ dari 2 account and to perform 1 banker cheque. Boleh nggak? Aku lupa nak tanya orang maybank tadi. Call customer service tadi tak angkat-angkat. Haish.

Ok itu je yang dapat dikongsikan kali ni.

Ehhh ada lagi. Aku nak beli henpon *gatal * Nak henpon yang boleh jadi organizer aku. henpon yang camera dia sangat-sangat bagus. (Read : aku tak ada kamera kecik. Kamera besar gabak je ada. Thus, camera phone is a must for me sb aku suka amik gambo). Henpon yang boleh guna FREE internet whenever wifi's around. Aku tak ada extra duit utk bayar internet bill utk henpon. Cukuplah dengan bayar streamyx kat rumah RM88 sebulan. So, does iphone or bb or nokia have the model? hahaha.. soalan ngok ngek. Mari sama-sama study. Suggestion? Sila la recommend. Sekian terima kasih.