Monday, July 25, 2011

Body Analysis Scale


Picture from Google.

I heart my new Cosway body analysis scale. Love it so much sampai tiap-tiap hari aku timbang. Husband dan Iman pon timbang. No, not that timbang suka-suka hati tanpa buat apa-apa aktiviti. Lepas habis aktiviti kat dapur, mop lantai, jalan-jalan sambil shopping groceries, iron baju sebakul. Bila dah timbang dan nampak berkurangan beberapa ratus gram, hati menjadi girang. Selama ni aku berpegang kepada prinsip workout dan buat kerja-kerja rumah pon boleh kurangkan berat badan. Bila dah nampak hasil secara live depan mata, makin rajin nak buat kerja rumah. Maklumlah, nak ke gym sangat-sangat tidak berkesempatan (untuk tidak ada maid dan suami pulang lambat, seharusnya keutamaan ku pada anak).

Bila sudah ada si dia ini, nak makan malam secara besar-besaran pon tak berani. Bayangkan, walaupon hanya semangkuk bihun sup sedap, berat boleh naik sebanyak 300gm. Apakah itu? Bayangkan kalau nasi 1-2 pinggan? Kalau sebelum ni, aku selalu makan nasi pukul 11 malam, kadang-kadang 2-3 pagi (bila terjaga dan kelaparan). Jadi, untuk naikkan semangat untuk mempraktikkan diet pemakanan yang betul dan mahu kurangkan beberapa kilogram, haruslah berdisiplin dan tabah :)

Lupa. Dengan 3 point (thanks to Aishah, aku guna point dia), aku hanya tambah RM79 untuk penimbang ni. Tapi, tak semua kedai Cosway ada. Aku sebenarnya belum sempat nak explore lagi penimbang ni. Setakat yang aku baca, dia boleh kira BMI sekali, water content, muscle, bone (kalau tak silap), calories. Nanti ada masa, nak godek. Lagi satu, suka la LCD backlight dia, sebab kalau dalam gelap pon boleh timbang. LOL. Benda ni ringan je. Iman pon boleh angkat ke sana ke mari. Biasanya, kalau nampak dia tengah mengangkut tu, aku menjerit la sebab takut jatuh dan pecah. Boleh nangis mak.

Semoga dengan adanya benda ni, aku tak ada la teruskan makan walaupon sudah kenyang. Rasulullah saw pon pesan, berhenti makan sebelum kenyang dan tidak makan di luar batas kemampuan perut. Rasulullah saw bahagikan perut kepada 3 bahagian : 1 bahagian untuk makanan, 1 bahagian untuk minuman, 1 bahagian untuk udara.

Ok, itu je. Bye.

2 comments:

cikgu_azie said...

bape ek harga sebenar pnimbang ni?mcm best je...:)

Wafaa said...

Seratus lebih. Tak ingat exact price. Tapi lebih RM150 dan tak sampai RM180.