Showing posts with label list. Show all posts
Showing posts with label list. Show all posts

Sunday, March 06, 2011

Inspiration - sewing and beautiful fabrics

I'd like to start sewing back. So, for some inspirations and motivations, I blog-walking to these 2 blogs tonight: Aida and Tini. So envy. Good envy. lol. I don't know where to get some extra times from my 24 hours a day.

Tak cukup dengan itu. Menyelam ke lautan fabric yang sangat cantik - The Fabric Fairy, Sew Baby. Belum jalan-jalan ke craft and art blog lagi.

Good for them. Berkerjaya dalam sesuatu yang sangat mereka minati. I wish I could. Tapi ape kan daya, makan gaji je la buat masa sekarang. Niat tu penting.

Ok, good nite.. err morning!

Friday, August 06, 2010

Check list

I was on leave yesterday but didn't look like one. Why? Blame the long to-do list.

After sending Iman to babysitter's house at 9-ish, I left home (after stucked depan laptop) at 10.45am. And reached home at 6.20pm. Balik sama dengan orang kerja.

9/11 - DONE
2/11 - NOT DONE. Reason: Tak jumpa mana Syabas. The address is just Jalan Templer. !@#$. And, tak sempat nak beli barang buat kek batik sebab by the time sampai rumah, dah nak 6.30. BBC was at 6.30. So, cancel beli barang. Maybe lain hari.

Last but not least, below is the list:
  1. Change banker cheque - Maybank OUG, Jalan Klang Lama, KL
  2. Refund money - Syabas Jalan Templer, PJ
  3. Submit original S&P - Joseph Ting, Puchong
  4. Submit cheque - Bandar Puteri, Klang
  5. Kancil, rumah - Ambank, Bandar Puteri, Klang
  6. Persona - Maybank Otomobil PKNS S.Alam
  7. Bank-in duit Iman - Tabung Haji PKNS S.Alam
  8. Renew insurance - PKNS S. Alam
  9. Renew roadtax - PKNS S. Alam
  10. Hair cut - PKNS S. Alam
  11. Kek batik - any kedai

Thursday, June 25, 2009

I wish I

  • re-checked my pump bag masa nak keluar rumah tadi. Sebab, aku tertinggal handle. So, hari ni, pertama kali tak pump kat office. Pinjam orang punye? Mustahil sebab yang sama brand dengan aku sudah (1) pindah office, dan (2) dah berenti pam.
  • can go to J-card day @SunwayPyram!d today. Boleh beli baru raya Iman. Dengki je masa lalu depan kepala singa tu pagi tadi, jalan clear, kereta tak banyak. Sure parking baaaaaaaaaaaaaaaanyak gile dan boleh park kat depan pintu masuk. Hahaha.
  • can be the 1st group of people yang tengok Transformers. Malam tadi Husband kata dah ada orang upload kat internet, but the cam version lah. DVD version cepat lah keluar. Untuk pegi tengok kat panggung adelah mustahil sekarang. Sebab sayang laa nak tinggal Iman.
  • join the team building this year but I have to decline it because (1) EBM stok for dear Iman is not mewah like dulu-dulu kala, now tinggal 15 je, (2) tak ada orang yang boleh amik Iman dari rumah pengasuh. Husband? Dia balik lambat. So dont expect him to balik kerja on time as 5.30pm. And (3) organizer nak bagi ke aku pam 3 jam sekali????? Baik tak payah pegi.

Regards,

Tuesday, December 30, 2008

2009

Tahun 2008 dah nak habis. Sana sini orang buat persiapan untuk tahun baru. Ada beza ke dengan tahun-tahun sebelum ni? Tahun 2009 ni, ada beberapa benda aku nak buat, which is can consider as my 2009 resolution.
  • bring up my Iman baby dengan penuh kesederhanaan. Aku tak nak mewahkan Iman dengan barang yang mahal-mahal. Aku janji. InsyaAllah :) mahal tu macam sehelai baju harga dekat RM100, that's considered as mahal okay. aku beli pon sehelai belas-belas ringgit je. takde la kedekut sangat dengan anakande intan payung. tapi rasanya aku boros kalau shoping barang Iman hmmmm
  • menabung untuk Iman. untuk pelajaran dia. no PTPTipu
  • menabung untuk masa depan. another house and another car. Amin.
  • breastfeed, full. sekarang pon breastfeed penuh. nak maintain. no fmilk.
  • kurangkan membazir makanan. selalu sangat beli lauk dan sayur, pastu lamaaaaa dalam peti. pastu rosak, terpaksa buang. dan juga kes, terlupa nak masukkan lauk yang tak habis dalam peti ais. pastu basi, pastu buang, pastu kena marah. fyi, kat rumah aku ada auditor :)
  • balik kampung bila ada cuti panjang dan cuti sekolah. nak bawak balik anak jumpa nenek dan atuknya di kampung. kena buat setiap kali ada peluang. kena dekatkan hubungan mereka.
  • improve masakan. nak belajar masak masakan kampung. Husband suka. dan juga, pelbagaikan masakan sayur. ini Husband yang suruh.
  • nak tukar handphone atau nak beli digicam. ngehngehngehngeh..
  • teruskan membayar hutang PTPTipu
  • untuk rumah, nak buat kitchen kabinet. haaa.. nak komplen sikit. aku call sorang kontraktor ni. bangsa kita jugak. dia tak kata tak boleh, dia kata nak call balik. tapi tak call pon. masa call hari tu pon banyak "hmmmmm..." which is macam tak nak job tapi dia tak kata tak boleh. tak faham makcik. so, minggu ni kalau tak call balik, aku cari orang lain.
  • nak maintain berat. ni penting untuk menjimatkan duit daripada beli baju-baju dan seluar-seluar baru. esp, uniform. ini pon dah naik 1 size dari XS ke S. tapi tak pe lah, sebab b**bs naik size sebab bersalin. acceptable lah. dan juga, kena maintain berat sebab turun naik tangga bawa Iman ke rumah babysitter. kalau berat naik, semput den.
  • be better person. As a Muslim, as a wife, as a mother, as a daughter, as a sister, as a daughter-in-law, as a sister-in-law, as a friend, as a citizen, as a staff.

Wah, banyaknya. Tercapaikah? Hopefully.

Sunday, September 14, 2008

Kepelbagaian

Ingat ini, cita-cita ku? See the update?
  • fOOd - Buat ikan percik, choc cupcakes with maveles icing, fruit punch juice, puding koktel.
  • babyMuahMuh - cat bilik. cat bilik. cat bilik. dan cat bilik.
  • Dearest me - memanjakan rambut :) mau trim sikit hujung dia, mau kasi treatment sket. Kalau @ pMas, less than RM100 boleh buat hair spa lagi plus dengan treatment, hair mask. So cheap! And, post-natal set, hmmm kena ada ke?
  • DearestBB - bought him new shirt.
  • Our lil kenderaan & home - bayar installment. claim subsidi minyak. huhu pakcik kayo! send vacuum for service, apesal tah berasap.
  • Menunggu Amazing Race Asia 3 dengan penuh kesabaran.
  • Qiamullail. Sangat beruntung kalau dapat berqiamullail. Amin

Most of them took place on weekend dan hari ini paling memenatkan. I did my hair today. Buat puding koktel pon hari ni. Ada beberapa tambahan acara. Antaranya, buat sotong sumbat. First trial, dan menjadi. Even masa makan pon, aku cakap "Tak caya lah buat sendiri benda ni." Thank you Eliss!Heheee... Dan juga, mengecat kabinet baju BabyMuahMuah. Halfway, next weekend sambung dan harap boleh completekan 1 whole room sekali. Tingginye angan-angan.

(1) Pulut yang ditanak. 1 pot aje, tapi banyak lak. (2) Sotong yg sudah disumbat dengan pulut, menjadi sangat gemuk. (3) Lepas disumbat pulut, sotong pon berendam la seketika. (4) It'll took a while, for the santan tu turn into red color. Takde lak gambar yang dah siap.



Sushi in roll. Sedap. Malam ni mau buat. Ada balance pulut. Oishiiiii!


Sekian lama, akhirnya, buat jugak puding koktel. Sekali makan 2 mangkuk. Huhuuu


Oh, I love that saloon. RM90 = cut, wash, hair treatment. Sangat berbaloi kerana sangat best, berbanding dengan kedai yang lagi satu. Kebetulan pulak, share birthday dengan tokei kedai tu :)

Wednesday, September 10, 2008

Cita-cita buat masa sekarang adelah:

  1. fOOd - Buat ikan percik, choc cupcakes with maveles icing, fruit punch juice, puding koktel.
  2. BabyMuahMuh - cat bilik. cat bilik. cat bilik. dan cat bilik.
  3. Dearest me - memanjakan rambut :) mau trim sikit hujung dia, mau kasi treatment sket. Kalau @ pMas, less than RM100 boleh buat hair spa lagi plus dengan treatment, hair mask. So cheap! And, post-natal set, hmmm kena ada ke?
  4. DearestBB - bought him new shirt.
  5. Our lil kenderaan & home - bayar installment. claim subsidi minyak. huhu pakcik kayo! send vacuum for service, apesal tah berasap.
  6. Menunggu Amazing Race Asia 3 dengan penuh kesabaran.
  7. Qiamullail. Sangat beruntung kalau dapat berqiamullail. Amin.

Semoga semua cita-cita ku itu tercapai. Amin.

Wednesday, September 03, 2008

Order

I have ordered:
  1. Blueberry cheesecake. 1 biji hanya RM40. Share 4 orang. Sorang 3 slices. Where else I can get blueberry cheesecase 3 slices @ RM10 haaa? Ini baru dikata best price :)
  2. 1 dozen choc flavor cup cakes. Ini pon share, tapi share 2 orang. Only RM1.60 per piece. Haaa... tell me if you bought cheaper than this.
  3. Bubur lambok. Every Ramadan, got 1 guy Finance guy everyday take order. Last year it was RM3, now, plus 50cents. Taste no different than last year.
  4. Roti canai. Ini kirim kat Husband, mintak dia belikan. Ahad lepas, sempena sehari sebelum puasa, request nak makan Roti Boy, Big Apple Donut, kueteow sizzling @ Carrefour Subang food court, roti canai kosong 2 keping. Tapi, hanya dapat 2 aje - Roti Boy dan kueteow sizzling. Donut? Ya Allah, panjangnya Q. Tak kuasa den nak beratur. So, beli Roti Boy 4 aje. Rupanya, Husband pon suka. Hihiii... baru ku tahu

Kueh raya? Tok sah cakap lah. Dah order beberapa jenis.

  1. Sarang semut. Order sampai 3 bekas. I looooove sarang semut yang dibuat oleh sorang kakak ni :)
  2. Sejenis biskut yg choc flav. Something chewy-chewy. Test sample before puasa, ohooo sedapnya
  3. Mushroom carie. Order sebab comel sangat. Senang je nak buat, guna adunan mama carrie cuma lebihkan aising dia tu hah. Tapi, mana mau cari cutter bentuk mushroom. That one akan terbang ke kampung halaman.
  4. Tart nanas. Ekceli, bulan tak puasa pon order dengan sorang brader ni. Wife dia buat tart nanas sedap. Tapi ada orang komen kata kureng lembut dari tahun lepas. Uiks.. aku yang hampir tiap bulan order, rasanya macam sama je. Tak pe lah, dah pesan suh buat baeeek punye.
  5. Golden rings. Haaa.. ini mahal ni. Teringin nak rasa bile ramai orang puji sedap. So, ape lagi. Tungggguuu.

Itu aje. 5 jenis aje. Ada sejenis dua plan nak buat sendiri. Biskut aiskrim dan juge hmmm... ape lagi satu? Kek lapis kot. Pernah buat sekali aje kek lapis. Sungguh nostagik. Ada beberapa plan ni. Nak buat puding kelapa, udang masak lemak. Itu yang terkini nak cuba buat.

Ok, selamat berbuka!

Thursday, August 21, 2008

5 perkara

Nak share 5 cerita / perkara.
  1. Ada seorang lelaki, dia berterus-terang dengan awek dia (I called her No 1) tentang orang yang dia sedang berkawan sekarang, I called her No 2. No 1 menangis dan No 1 admit yang dia pon salah jugak sebab tak pandai jaga si boyfriend. Si boyfriend kata dia selesa berkawan dengan No 2, dan dari hanya main-main, dia rasa macam ada chemistry dengan No 2. From my personal opinion, kalau setia dan betul-betul sayang dan hargai No 1, he should not, or even have any intention to try berkawan baik dengan other perempuan lain, yang mana, dari main-main boleh jadi betul-betul. So, stick to 1 person at 1 time. Komitmen pada 1 orang sahaja. I gave him my two cents, saying that "Fikir masak-masak. Baru kenal je budak tu, takkan nak terus tinggal awek kau sebab budak tu." Aku tambah lagi, "Jangan main-main".


  2. A friend that's moving to new house, tengah survey peti ais dan dia nak beli peti ais 1 pintu. I gave him my two cents "Untuk long term, peti ais 2 pintu sangat-sangat berguna. Percaya lah." Dia kata "Beli peti ais 1 pintu akan avoid kita untuk simpan barang banyak-banyak dan makanan berminggu-minggu." Itu kata-kata seorang lelaki yang tak menguruskan peti ais dan dapur. Tapi bagi aku yang hari-hari masak dan hari-hari uruskan peti ais, I need big one so that I can have space to letak all barang-barang yang memang rosak kalau letak kat luar. Itu hanya pendapat aku. And what I practise. Thanks to Husband :)


  3. Hari ni aku lunch dengan 3 orang kawan sekerja and we talked about makan dan berat badan. F said to N "Tension aku tengok kau makan. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk." And N said "Kau fikir macam ni. Aku makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Aku nak gemuk sikit." Rasanya itu adelah normal kot. Bila sorang tu kurus, dia nak berisi sikit. Bila sorang tu berisi, dia nak kurus sikit. Dan diorang pusing tengok aku "Yang ni lagi satu, dah nak beranak dah tapi tak nampak mcm mengandung. Tengok lama-lama baru perasan." Then I said "Kalau aku buka baju, perut besar gak". Hihiiii.


  4. A boss should not mengamuk to his staff dan hentak-hentak meja. Itu adelah tidak professional. Tak kisah nak marah tapi ini bukan sesi nak lepas geram. Adekah itu akan selesaikan masalah? Tidak sama sekali. Lagi-lagi kalau yang dimarah tu orang-orang lama yang kerja kat kompeni ni. Lama means satu usia dengan kompeni ini atau separuh. Marah boleh tapi kena la tengok tempat. Kalau bilik tu bercermin kaca yang clear, kamu juga dah menjatuhkan air muka orang lain. Bukan ke tak elok tu.


  5. Usain Bolt pecahkan rekod lagi. Dan kali ni dia tak lari main-main macam biasa. Btw, kenapa TPM kata Chong Wei bermain dengan bagus masa final? Bagus ke bila dengan mudah Msia diperkotak-katikkan masa final men single badminton. Come on mannnnn... Tak reti tengok game ke?

Ok sekian :)

Monday, July 21, 2008

Saya juga malas..

Tak rasa macam nak kerja lah. Rasa macam nak
  • Balik rumah dan masak Gulai Daging Terengganu. Eliss, aku dah ada resepi. Nanti aku test.
  • Go-kart! Dah 3 kali weekend aku tengok orang main go-kart.
  • Tengok semua rancangan @ 712. Semua Forbes show, Kimora's, semua THS artis yang kiut-kiut (Drew Barrymore ada tak?)
  • Winter Sonata re-run. Last weekend, cenel KBS world @ 303 ada main Winter Sonata. Sekali sekala layan cite feeling-feeling ok gak.
  • Pamper my hair and bodi. Dah lama tak buat treatment. Bukan treatment tapi taruk ubat, kasi urut-urut kepala ni, taruk hair mask sikit. Pastu buat whole body scrub, whole body massage, perap 1 badan dengan susu campur madu, picit-picit sikit. Walaaaweyyy... i need that!
  • Window shopping. I just looooove jalan-jalan kat mana-mana shopping complex, tengok-tengok barang, barang yang kiut-kiut aje. Tapi bila dengan encik Suami, there'll no istilah window-shopping anymore. So sekarang, cuma boleh buat online-window-shopping.
  • Vacation. I deserve a vacation. Baby... plisssssss...
  • Balik rumah dan buat kek cawan yang comel with colorful topping.

Anything but sit in front of pc and hmmmm....

To dear friend, you know who you are. Take care and love ya! Be strong.

Monday, July 14, 2008

Suami pulang lewat, jadi...

Suami pulang lewat. Oleh kerana keseorangan, aku hanya melepak depan tv, nonton Miss Universe 2008. Few points from there;
  • Kaki mereka cantik. Perut mereka sangatlah flat. Tapi Husband kata kurus kering. Hihi.
  • Almost 90% of the contestant berambut panjang.
  • Miss USA jatuh lagi, same round (evening gown). Tahun lepas Rachael Smith. Gedebuk.
  • Miss Venezuela menang. Cantik.

In the midst of making my very first karipap. Baru siap inti. Pastri dia besok lah :) Suka karipap pusing tapi kena buat kerja lebih sket lah. Kena buat 2 jenis doh.

There are a few newborn babies around me last weekend.

  • Abang Amri. 4.2kg baby girl, normal delivery @ Hospital Putrajaya. He said "Normal okay!" Heheh.. rezeki anak.
  • Kak Lin. 3.4kg baby boy, normal delivery @ SJMC, tak jahit apa-apa. oooomigodd, bagusnya
  • Brangelina. 5 pounds twins, dua2 berat lebih kurang, c-sect @ France seaside hospital

Ok, dah lewat. Nite nite.

Sunday, July 13, 2008

Checked

1st trimester - checked
2nd trimester - soon to say bye-bye
3rd trimester - very soon to say hello. walllaweyy

This week is the last week of 2nd trimester and will say hello to 3rd trimester. Based on books and doc's said, week 13 to 26 is 2nd trimester and week 27 until birth is 3 trimester.

Banyak benda nak kena buat ni:
  • Check the stuff
  • Beli barang lagi, especially baju selain newborn size
  • Paint the baby's room. Ok, lama dah tangguh.
  • Paint baby's wardrobe. Yang ni pon lama tangguh.
  • Bought kain for baju kerja
  • Bought baju raya. Ada ke?
  • Pilih dan beli set lepas bersalin. Hmmmm...
  • Attend apa2 kelas, kalau rajin lah.
  • Checkup at hospital
  • Buat donat dan karipap. Dan juga belajar buat pie. Wallawey.. sedapnya.
  • Confirm the babysitter. SIL sudah book, btw.

Esok Isnin. Esok keje. Esok meeting. Esok bosan.

Oh, Ajiem, thanks a million, for the kerepek pisang :) 1 tin kau buatkan aku. Tenkiuss. Akan aku cerita pada anak aku besok yang Auntie Ajiem buatkan Ibu dia kerepek pisang masa dia 6 bulan dalam perut huahuahuahuahuahahahaha ~~ thank you darling mmmuah!

Friday, June 13, 2008

Things for tomorrow

Looking forward for a few stuff tomorrow:
  1. Grey's Anatomy collection
  2. Private Practice download
  3. External hardisk housekeeping
  4. FRIENDS marathon at 711
  5. Donat donat donat!

Oh dear, baby's so active lah.

Wednesday, May 28, 2008

The 5 days

2 days during weekend and add 3 more days of annual leave, rasa macam kejap je cuti. I dont think I can just duduk-duduk kat rumah. Tiap-tiap hari mesti nak keluar. At least pegi kedai, pegi mana-mana shopping mall and waste money. Baik kerja la pulak. Even yesterday, I remote to office network dan buat kerja sikit.

In 5 days, I've discovered a few things

  1. Parking charge kat Alamanda, Putrajaya MURAH okay. Walaupon during weekend.
  2. Bowling pon murah. RM 5.40 per game.
  3. Wet World Shah Alam opens at 10.00am and fee is based on height. Cute je.
  4. If we bought Baskin Robbin ice-cream yang dalam bekas, it's much much more cheaper than yang beli kat stall dia. 3 scoops can reach RM19.90. Whereas, yang dalam bekas is only RM14.90.
  5. I dont fancy maternity attire. It's alll because I can' find the suitable one for me. For office wear, to be precise. No longer fit the XS size of my uniform. Susah betul lah. Pakai t-shirt kang gi keje.
  6. Cuti sekolah banyak betul cerita best :)
  7. My Husband can stay up for his Anime at Animax and PS2.
  8. I know one short cut to get to Puduraya station. Kereta tak banyak I tell you. Ini kes tersilap jalan :)
  9. Bila meniarap rasa senak. So, dah tak boleh meniarap. Dan juga, bila baring tak boleh luruskan kaki, rasa stress kat perut. So, have to bend a little bit. See you next week darlinggg. Muahhh2
  10. I missed my Husband in these 5 days. Sebab, dia tak cuti langsung. Weekend pon kena kerja. Eh haloooo.. kalau ye pon company Je*pun, takkan nak dera laki gua kot.

Ok lah. Nak mandi, pergi bank pulak. See... mana boleh lekat kat rumah. Aiyooo.

Wednesday, January 30, 2008

today's wrap up

  • finished 4 test script. nak montah mengadap benda sama.
  • PM told me the dateline for that documentation is 1st Feb. wth!
  • lunch with newlyweds - Aishah & Suhaimi. i had a snack plate tapi tak boleh lepak lama sebab ikut orang. huhu. i dont eat outside since married. yep, i cook everyday. berkhidmat utk suami :) muehehe
  • dapat tau Babun dapat baby boy. last jumpe dia dlm 3 minggu lepas kot. time tu baby belum keluar :) btw, Babun tu bukan nama sebenar.
  • ada weight scale kat CS dept (pelik tak?). ada orang suruh aku timbang. dan, ape lagi. tapi... pelik... apesal 40kg? tak penah2 berat aku 40kg. hmmm... mcm kena tipu ngan weight scale lah.
  • went to nearest store to buy some stuff including my dearest otto-san talcum powder. hmmm... wangi :)
  • heard in HotFM, song-writer cum actor Loloq passed away after 3 days comma. Al-Fatihah.
  • until now, 9.44pm, dear otto-san belum pulang. uhuk.

uiks, dah 2 post pakai point form aje ni.

dulu2 kan, masa sekolah2 dulu, kalau tulis nota, mesti dlm point form. pastu dlm bentuk awan2. pastu kena guna pen yg lebih dari 1 warna. Alhamdulillah, it helped me to pass the exam. huhu, itu dulukala la. semasa muda remaja. sekarang pon remaja lagi.

Roza @ Lyn is getting married in 2 days time. dan, in 2 days time also, i will add another candle on my cake.

Wednesday, January 23, 2008

what i did on public holiday?

today is public holiday (Thaipusam). however, dear husband is working today. so, as i am bujang today, until 7pm i guess, i did a few things:

  1. fitball exercise. i have a fitball @ home. i also have a manual vcd. with those 2 stuff, i have 10 minutes exercise. huh. sungguh tidak practical. 10 minute aje? 10 years ago, when i was 16, netball & volleyball is my daily activity. now? i dont even have chance to do all those activities. so sad huh. sungguh la tidak sihat hidup ini.


  2. housework, macam biasa lah. i am a housewife @ home. maybe i can be called "House Manager" muahaha.


  3. lazing in front of TV and laptop. surf Internet - You Tube-y. hari ni aku cari semua vclip siti masa juara lagu. i think i have all of them :) oso watched OIAM season 2. sarah raisuddin memang bersuara sedap. and also Oprah Show. watch Heroes, again, on my laptop. and, not to forget Heroes season 2 :)


  4. i was chatting with my sister when i've found out that i have some old photos in my external hard disk. these photos taken during my sisters' visit to KL end of November last year.
@ The Chicken Rice Shop we can have 4 type of chicken flavor...

and very tasty pie-tie.


some of the beautiful drawings u can find @ Pasar Seni, KL.

a booth that sells variety of jeruk that's so shedap.

Thursday, October 25, 2007

5 perkara

di sebalik majlis-majlis ku.

Akad Nikah - 14 Oct @ 2 Syawal
  • lupa nak keluarkan bantal dari plastik. maklum lah, bapak excited anak nak kawin, dia belikan 3 biji bantal baru. termasuklah bantal peluk. tapi anak yg sorang ni pegi letak bantal yg dlm plastik atas katil. so, please mind the bantal yg enter frame dlm gambar2 tu :)
  • i tot i'd be with other people, to see the akad ceremony. rupanya tak. aku dok dlm bilik je. punye la aku tunggu orang panggil tapi alih2 diorang masuk dlm bilik. itu pasal tak sempat kemas habis bilik. huhuhuhu. budak2 (sepupu2 la, sape lagi) ramai sangat dlm bilik aku. lupa nak kemas barang2 yg diorang usik.
  • mekap kat kedai sebab mak andam ada beberapa orang yg dia nak kena mekap. bila tengok cermin lepas mekap, terkejut nyet aku. muka cam opera cina. fyi, mekap tak pernah ada kat muka ni. takat blusher sket2 kasi pink pipi tu ade la, gloss yg takde kaler. itu aje lah.
  • my youngest brother, bawa diri sebab kak long dah kawin. kesiannya. aku tak sempat nak jaga dia mlm tu. tau2, aku nampak dia tertido kat kerusi panjang :(
  • semasa siang harinya, aku masih lagi memandu, ke sana sini. tak yah ada pantang2. jangan percaya sangat. darah manis la, itu la ini la. yg penting, kita doakan keselamatan kita di mana saja kita berada.

Majlis / Kenduri - 15 Oct @ 3 Syawal

  • i dont like the mekap for that day :( tebalnya mcm nak berlakon cite hantu. tapi the baju is ok. puas hati.
  • there was a khatam Al-Quran ceremony for me. oleh kerana segan, aku ajak adik aku sama :) btw, aku tak bagitau pulak kat Azwan (photog) yg ada majlis tu. tapi dia shoot gak. btw (lagi), awal gile dia sampai.
  • it was raining when i was being mekap2 dlm bilik. and he slept over my place :) hari tu kata nak terus balik lepas kenduri, alih2, adik aku bawak masuk beg baju dia. yo yo o je.
  • my D40 terjatuh (secara tak sengaja) dan tak boleh on. so, there's no photo from my camera. dlm handphone ade lah. so, i have to mintak from my sister and orang lain. sedih la jugak. tapi gambar2 masa nikah buat aku tak de la rasa terkilan sangat. btw, my D40 telah direpair oleh dear husband lepas event habis :) thank you darlings, muah!
  • i dont have banyak persalinan. ada songket 2 pasang, gaun 1. tapi tak pakai pon :) tak berminat nak pakai baju yg berpasang2, lagi2 baju yg kimono, korea. tak best.

Bertandang - 16 Oct @ 4 Syawal

  • we supposed to bertolak from home at 11am, tapi kol 10.30 ada orang datang lagi. mlm tadi pon sampai kol 11 orang datang. nasib baik khemah ada lagi. jadi, pengantin ni la yg kena melayan tetamu. dear husband? lepak depan tv dgn adik.
  • i left (tertinggal, ok) a bag, the one that ada camera. 1 bag penuh camera. ok? dah sampai kat masjid dekat dengan rumah pihak lelaki baru perasan. my bad :( mintak camera dgn dear husband :) tapi rasanya mcm takde bateri, atau pon ada orang delete seme gambar takde :( photog? takde, tak hire pon
  • aku drive sendiri ke rumah pihak lelaki sebab tak cukup driver :)
  • bila sampai kat masjid tempat berkumpul, then only i knew that ada kereta kuda akan datang amik aku. OMG. camane nak panjat kereta kuda tu dengan kain yg meleret ni (fyi, baju tempah sendiri, kat Rantau Panjang). bila sampai masa, naik la kereta kuda tu. dear husband dah tunggu atas kereta kuda tu. cuak gile! bila nak turun, OMG, tak boleh nak turun. dah la tetamu dah ramai. seme pandang je. tersengih2. tengah orang lain kalut2 nak tolong aku turun dari kereta kuda tu, tetiba datang la hero Hindustan, dukung aku bawak turun. OMG. malu gile. depan orang ramai lak tu. adik aku cakap, semorang tepuk tangan. tapi takde orang capture that moment sebab terkejut. adoi. laki ku, unpredictable. ops, panjang plak cerita.
  • aku nangis masa hantar family aku balik. pastu menyorok belakang dear husband. malam tu 2,3 kali menangis. adoi. tak macho langsung.

ada lagi. tapi sebab title 5 Perkara, jadi aku tulis 5 benda aje lah :)

Sunday, July 01, 2007

My weekend


gambar disusun mengikut susunan aktiviti. walaupon berdua tapi we had a great time. walaupon sesat tapi kami berjaya sampai ke tempat yang dituju.

Taman Orkid - Pertama - Sogo - Taman Tasik Titiwangsa

a) bunga orkid ini adalah favorite aku. cantik. nak beli tapi rasanya macam belum ready lagi :)
b) mind the camera on my sandal :) walaupon panas terik, tapi puas hati.
c) nasib baik ada mcm canopy yang penuh dgn tumbuhan2 hijau. dan juge orkid yang bermacam2 warna
d) belakang tu adelah Stesen Keratapi Lama KL. tapi lindung ngan pokok laks. panas dooo. especially that besi, the one i hold.
e) solat di Masjid Negeri. cam pelik je, mana pembahagi antara ruang solat lelaki & wanita?
f) singgah makan di Sogo. pedas semacam plak mknan fav hr ni. kemudian ke Pertama. tempah kad. jalan2 cuci mata. masuk Sogo beli beg.
g) after 1 hour sesat (kes silap amik exit la ni) sampai gak ke Eye on Malaysia. it was superb!
h) in the gondola. believe it or not, i was scared like hell. kerana, aku ni gayat. i wasn't dare to move even 1 inch. gile ar gayat. feels like my heart beat stopped.
i) presents you Eye on Malaysia at night, photographed by me. huhu.

Tuesday, May 22, 2007

cerita lama

Lepas kerja pegi Subang Parade. Alone, macam biasa. I like. Tujuan utama – buat spec baru. so pegi kat 1 kedai ni. Check mata, power takde (ok) & stig turun (wooo suka suka). Tapi nak juga kena ada spec yang flexible. So that takde la terpenyek bila tertido masa baca buku atau tengok tv. Went to MPH. apa yang boleh dikatakan tentang MPH Subang Parade adalah ia merupakan satu tempat yang lebih besar dari MPH Sunway Pyramid. Tetiba teringat Kinokuniya. Alaaaa dah lama tak pegi. Dulu 1st date dengan tunang terchenta kat situ la. Dia siap bawak anak sedara lagi. Masa tu Icha baru 4 tahun. Nak ngikut ucu dia, jadi terpaksa la ucu dia bawa. Punya la lama kawan dengan dia, budak tu dah darjah 4 dah pon skang.

Cerita zaman mula2 bercinta. Seronok je. Huhuhu.
  • Dari dia kat Tokushima, balik KL cuti natsu (natsu in Nihon-go, or summer), balik semula ke Tokushima, habis belajar balik mesia dan menetap kat KL sampai la sekarang.
  • Dari aku kat arau, balik negeri utk praktikal, kemudian berhijrah ke shah alam utk sambung belajar, sampai lar habis belajar & kerja, dok ke kat shah alam, dan sekarang menetap kat sunway/PJ. Perjalanan hidup.
  • Dari tahun 2001 sampai la 2007.
  • Daripada kawan biasa, upgrade jadi kawan istimewa, kemudian upgrade lagi jadi tunang merangkap bakal teman hidup bersama2.
  • Daripada takut2 nak jumpa ummi sampai la aku dah biasakan diri dengan bakal ibu mertuaku itu. hehehe. Nak kawin dengan anak bongsu dia, jadi kena la adakan hubungan yang baik dengan ummi. Sampai mati, aku kena pegang kata-kata Rasulullah saw, yang lebih kurang berbunyi "ibu adalah tanggungjawab anak lelaki sampai dia mati. isteri datang selepas ibu"
ape2 pon, aku kena start balik wat preparation. Dah lama sangat tergendala.

Friday, April 20, 2007

Kalau..

  1. Kalau pinjam barang orang & orang tu pesan "tinggalkan kat sini ye lepas guna", please do so. Moral dari - orang pinjam USB cable handphone aku dan tidak buat apa yg aku suruh, dan sekarang handphone aku takde bateri. lepas ni aku taknak pinjamkan kat orang dah. nak beli baru mahal tau.


  2. Kalau bukan boss, jangan nak mengarah-ngarah orang yg sama level dengan kita. Moral dari - seorang exec yg gred sama dan gaji sama dan pangkat sama suka mengarah2 and he is so bossy and irritating.


  3. Kalau terbangun pagi lambat, boleh pilih untuk pakai tudung yg semalam dan pilih baju kurung yang tidak perlu di'iron'. Moral dari - pagi ni aku telah terlewat bangun jam 6.30 dan lucky today is Friday and i don't have to wear uniform.


  4. Kalau kita masuk ke satu2 tempat, kita kena adapt dengan keadaan. bak kata pepatah "masuk kandang kambing mengembek. masuk kandang harimau mengaum". Moral dari - seorang exec yang tidak adapt dengan orang keliling, selalu demand benda2 yang rasanya tidak patut di'demand' oleh orang yang baru masuk keje sebulan.


  5. Kalau kita pandai buat sesuatu, jangan merendah2kan orang lain atau membanding2kan diri dengan orang lain dan berkata "i'm better than him". Moral dari - Aizat said he's better than Rich singing Itu Kamu. and Aizat sang even more worse than Rich.

Tuesday, April 17, 2007

Beberapa perkara

hari ni bangun lambat. aiyak. but manage to sampai before 8. huh, lega.

i supposed to move to tempat yang tidak disukai. bukan tempat but i don't think i'll like the environment.

i am counting days for hari gaji. lambatnya 23hb.

cuba dengar Hurt (Aguilera). not bad. and her Fighter also ok.

wedding season's on the way. and i already have list of wedding invitations to be attended next month. Watie (27th, Kelantan), Laily (26th, Perak), Faiza (26th, Pahang), Nina (June 2nd, Kelantan). haaa.. camane tu. lain2 negeri pulak tu.

btw, Girl's Outing Day (or called as Gedik Santai Day by Watie) would be on this Sunday at Midvalley.

there's one bad news today. Kak Saniah's husband passed away. Al-Fatihah. daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.