Tuesday, May 22, 2007

cerita lama

Lepas kerja pegi Subang Parade. Alone, macam biasa. I like. Tujuan utama – buat spec baru. so pegi kat 1 kedai ni. Check mata, power takde (ok) & stig turun (wooo suka suka). Tapi nak juga kena ada spec yang flexible. So that takde la terpenyek bila tertido masa baca buku atau tengok tv. Went to MPH. apa yang boleh dikatakan tentang MPH Subang Parade adalah ia merupakan satu tempat yang lebih besar dari MPH Sunway Pyramid. Tetiba teringat Kinokuniya. Alaaaa dah lama tak pegi. Dulu 1st date dengan tunang terchenta kat situ la. Dia siap bawak anak sedara lagi. Masa tu Icha baru 4 tahun. Nak ngikut ucu dia, jadi terpaksa la ucu dia bawa. Punya la lama kawan dengan dia, budak tu dah darjah 4 dah pon skang.

Cerita zaman mula2 bercinta. Seronok je. Huhuhu.
  • Dari dia kat Tokushima, balik KL cuti natsu (natsu in Nihon-go, or summer), balik semula ke Tokushima, habis belajar balik mesia dan menetap kat KL sampai la sekarang.
  • Dari aku kat arau, balik negeri utk praktikal, kemudian berhijrah ke shah alam utk sambung belajar, sampai lar habis belajar & kerja, dok ke kat shah alam, dan sekarang menetap kat sunway/PJ. Perjalanan hidup.
  • Dari tahun 2001 sampai la 2007.
  • Daripada kawan biasa, upgrade jadi kawan istimewa, kemudian upgrade lagi jadi tunang merangkap bakal teman hidup bersama2.
  • Daripada takut2 nak jumpa ummi sampai la aku dah biasakan diri dengan bakal ibu mertuaku itu. hehehe. Nak kawin dengan anak bongsu dia, jadi kena la adakan hubungan yang baik dengan ummi. Sampai mati, aku kena pegang kata-kata Rasulullah saw, yang lebih kurang berbunyi "ibu adalah tanggungjawab anak lelaki sampai dia mati. isteri datang selepas ibu"
ape2 pon, aku kena start balik wat preparation. Dah lama sangat tergendala.

No comments: