Akad Nikah - 14 Oct @ 2 Syawal
- lupa nak keluarkan bantal dari plastik. maklum lah, bapak excited anak nak kawin, dia belikan 3 biji bantal baru. termasuklah bantal peluk. tapi anak yg sorang ni pegi letak bantal yg dlm plastik atas katil. so, please mind the bantal yg enter frame dlm gambar2 tu :)
- i tot i'd be with other people, to see the akad ceremony. rupanya tak. aku dok dlm bilik je. punye la aku tunggu orang panggil tapi alih2 diorang masuk dlm bilik. itu pasal tak sempat kemas habis bilik. huhuhuhu. budak2 (sepupu2 la, sape lagi) ramai sangat dlm bilik aku. lupa nak kemas barang2 yg diorang usik.
- mekap kat kedai sebab mak andam ada beberapa orang yg dia nak kena mekap. bila tengok cermin lepas mekap, terkejut nyet aku. muka cam opera cina. fyi, mekap tak pernah ada kat muka ni. takat blusher sket2 kasi pink pipi tu ade la, gloss yg takde kaler. itu aje lah.
- my youngest brother, bawa diri sebab kak long dah kawin. kesiannya. aku tak sempat nak jaga dia mlm tu. tau2, aku nampak dia tertido kat kerusi panjang :(
- semasa siang harinya, aku masih lagi memandu, ke sana sini. tak yah ada pantang2. jangan percaya sangat. darah manis la, itu la ini la. yg penting, kita doakan keselamatan kita di mana saja kita berada.
Majlis / Kenduri - 15 Oct @ 3 Syawal
- i dont like the mekap for that day :( tebalnya mcm nak berlakon cite hantu. tapi the baju is ok. puas hati.
- there was a khatam Al-Quran ceremony for me. oleh kerana segan, aku ajak adik aku sama :) btw, aku tak bagitau pulak kat Azwan (photog) yg ada majlis tu. tapi dia shoot gak. btw (lagi), awal gile dia sampai.
- it was raining when i was being mekap2 dlm bilik. and he slept over my place :) hari tu kata nak terus balik lepas kenduri, alih2, adik aku bawak masuk beg baju dia. yo yo o je.
- my D40 terjatuh (secara tak sengaja) dan tak boleh on. so, there's no photo from my camera. dlm handphone ade lah. so, i have to mintak from my sister and orang lain. sedih la jugak. tapi gambar2 masa nikah buat aku tak de la rasa terkilan sangat. btw, my D40 telah direpair oleh dear husband lepas event habis :) thank you darlings, muah!
- i dont have banyak persalinan. ada songket 2 pasang, gaun 1. tapi tak pakai pon :) tak berminat nak pakai baju yg berpasang2, lagi2 baju yg kimono, korea. tak best.
Bertandang - 16 Oct @ 4 Syawal
- we supposed to bertolak from home at 11am, tapi kol 10.30 ada orang datang lagi. mlm tadi pon sampai kol 11 orang datang. nasib baik khemah ada lagi. jadi, pengantin ni la yg kena melayan tetamu. dear husband? lepak depan tv dgn adik.
- i left (tertinggal, ok) a bag, the one that ada camera. 1 bag penuh camera. ok? dah sampai kat masjid dekat dengan rumah pihak lelaki baru perasan. my bad :( mintak camera dgn dear husband :) tapi rasanya mcm takde bateri, atau pon ada orang delete seme gambar takde :( photog? takde, tak hire pon
- aku drive sendiri ke rumah pihak lelaki sebab tak cukup driver :)
- bila sampai kat masjid tempat berkumpul, then only i knew that ada kereta kuda akan datang amik aku. OMG. camane nak panjat kereta kuda tu dengan kain yg meleret ni (fyi, baju tempah sendiri, kat Rantau Panjang). bila sampai masa, naik la kereta kuda tu. dear husband dah tunggu atas kereta kuda tu. cuak gile! bila nak turun, OMG, tak boleh nak turun. dah la tetamu dah ramai. seme pandang je. tersengih2. tengah orang lain kalut2 nak tolong aku turun dari kereta kuda tu, tetiba datang la hero Hindustan, dukung aku bawak turun. OMG. malu gile. depan orang ramai lak tu. adik aku cakap, semorang tepuk tangan. tapi takde orang capture that moment sebab terkejut. adoi. laki ku, unpredictable. ops, panjang plak cerita.
- aku nangis masa hantar family aku balik. pastu menyorok belakang dear husband. malam tu 2,3 kali menangis. adoi. tak macho langsung.
ada lagi. tapi sebab title 5 Perkara, jadi aku tulis 5 benda aje lah :)
3 comments:
seronok membacanya :)
alahai mekap lah yang paling digusariku.
boleh la testing dulu.
but the cons is tak surprise dah la and the pro is boleh la demand2 mekap camane yg nak.
pesanan = takyah la amik baju ada corset. seksa!
surprise? that's the last thing I want. heh.
Post a Comment