Saturday, June 25, 2011

Ikan rebus/kukus goreng

Ikan rebus/kukus goreng ni aku tak pernah makan sebelum kawin. Ini favorite suami. Aku belajar ni secara pemerhatian. Cewah. Tengok mak mertua buat. Tengok semata-mata tanpa tanya soalan.

Jadi bila balik rumah dan teringat nak buat, aku try lah. Mula-mula guna ikan selar atau kembung yang size sederhana. Tapi suami kata ikan kecik lagi sedap. Aku ni malas nak handle ikan kecik. Biasanya kalau beli ikan sederhana besar ni, boleh mintak siang kat kedai. Tapi kalau beli ikan kecik, mana ada orang nak layan kalau kita mintak siang. Hehe.

Kali pertama tu aku rebus ikan sederhana besar. Percubaan kali kedua, aku beli ikan kecik. Ikan selar kecik. Boleh tahan lembik ikan-ikan tu aku kerjakan. Serius tak pandai. Aku kukus 4-5 ekor sahaja. Lepas dah lulus mengukus itu, aku goreng. Suami kata, dah ok tapi kalau garing sikit lagi, lagi sedap.

Percubaan ketiga, aku mintak tolong suami siang sementara aku siapkan lauk lain. Hasilnya sangat aku kagum. Tak ada ambik gambar la pulak hari tu. Aku kukus dan goreng. Suami kata baru ok. Ikan yang selebihnya aku buat stok.

Percubaan kali ke-4, aku beli banyak jugak ikan selar kuning kecik. Aku siang sendiri. Kukus dan simpan untuk stok. Untuk 2 minggu. Ikan kukus ni tahan lama.

Cara buat dia senang je.

  • Siang elok-elok. Cuci bersih-bersih. Toskan airnya.
  • Masukkan dalam satu bekas yang boleh digunakan untuk mengukus. Letak garam dan asam keping.
  • Kukus selama 20-30 minit.
  • Bila dah siap, boleh la disimpan buat stok.

Aku suka makan ikan kukus goreng ni dengan sup atau sayur masak lemak. Pasangan yang terbaik pada tekak aku. Suami kadang-kadang dia ambik isi ikan ni, letak dalam budu bersama limau, cili padi dan isi durian sikit. Ngeheee..

Itu je lah. Tayangan gambar hari ini - ikan selar kuning yang sedang dikukus.

4 comments:

Jaja® said...

kalu dah kukus pastu simpan dlm freezer balik ke maksud ko kalau nak buat stok tu? krg paham la..

Wafaa said...

Jaja, aku simpan kat bawah je, tak masuk freezer. Kalau freezer, jenuh la nak thaw sblm guna.

syuhada said...

Wafa, nnt tunjuk gmbr end result pulak. Teringin nk belajar buat jugak hehe

Wafaa said...

Aidat, nanti aku buat, aku tempek gambar deh