Saturday, March 19, 2011

When sky is the limit #2

We went there. For the 2nd time. Kali pertama kali pergi 2009 dulu, ada encik Suami.

Selepas terkejar sana sini, kami on the road by 8.23am. Lalu ikut Puchong, heading to Putrajaya. Sampai kat P2, minyak pulak dah nak habis. Sms bertanya orang Putrajaya (Watie), dan kami pon keluar dari P2, menuju ke P16. On the way ke P16, terjumpa P18 dan dalam tu ada Petronas. Near 1Malaysia Futsal. Nasib baik. Tapi terpaksa ke P16 jugak sebab nak keluar duit. Huhu.

Melihatkan orang yang bersesak-sesak cari parking sebelum ni, aku decide nak park kereta kat belakang bangunan office. Seberang jalan je pon. Exercise sikit.

Tak ada yang menarik pon. Maybe belon-belon yang menarik dah terbang ke udara. Biasa je. 1 je belon yang menarik perhatian Iman - doraemon. Dari dalam kereta dia dok cakap "Ibu, Emon".

Rata-rata orang pegang DSLR. Wah. DSLR aku ni umur dia dah masuk 5 tahun. Dah antik tapi masih berfungsi. Tak ada alasan kukuh untuk beli baru, kecuali alasan upgrade. Kalau upgrade, mahu cuba Canon EOS. Model apa tak tahu. Berangan je dulu, bukan kena bayar pon.

Ada banyak stall makanan. Tapi kami tak masuk pon. Malas. Tergerak hati mahu beli aiskrim, tapi malas menguasai diri. Last-last, kami blah macam tu je. Hanya beli 1 barang - bubble gun. Mahal wei. RM15. Aku pernah beli bubble gun size tu, harga dia bawah RM10. Cekik darah.

Have a quick tour, kami balik tak lama lepas tu. Dan terserempak orang drifting. Jauh lebih menarik dari belon, so kami lepak belakang Palace of Justice.

Itu je lah. Ni gambar sikit.



Ada komik, bola dan tak lupa juga Ultraman. Ni tak ada kaitan dgn silly uneducated joke from Berita Harian & Fiz Fairuz. Loser.

Main kat MOF. Haha. Macam tak ada tempat lain nak main.

No comments: