Monday, October 17, 2011

Pegang tangan

My mom was here 2 weeks ago (8-9 Oct 2011). Aku mintak adik aku Widad datang. Melaka - KL naik bas 2 jam je :) Ada kenduri family friend kat Subang Bestari. Esok harinya, kami ke Shah Alam untuk aqiqah Ziya @zam_aiza. Sebelum ke sana, kami solat di Masjid Biru. Seperti biasa, bila masuk ke masjid yang besar dan lapang macam ni, ada budak tu berlari ke sana sini. Hanya Allah swt sahaja yang tahu macam mana perasaan aku masa tu. Takut dia kacau orang sembahyang. Takut sungguh. Tapi syukur, tidak sampai ke tahap tu.

Then dia mintak nak turun dalam kolam yang dikeringkan kat luar dewan solat. Aku kasi chance. Bukan nak turut kehendak anak tapi aku tahu, dia sebenarnya mengantuk dan penat. Jadi, macam tu lah dia channelkan perasaan dia - melalui permintaan yang pelik-pelik dan tak biasa dia mintak. Layankan aje la. Dah penat dia tidur le.

Salah satu permintaan dia, dia suruh ambik gambar. Haha. "Ibu, nak ambik ambar cik Dat". Makanya, adik aku terpaksa layankan je. Depan pintu masuk dewan solat pulak tu. Siap mintak nak pegang tangan lagi you.



Kami ke kereta. Sekali lagi dia mintak nak bergambar. Dengan neneknya pula. Juga sama, mintak nak pegang tangan. Awww sweet. Sebenarnya diorang ni jarang jumpa. Terkilan jugak aku sebenarnya. Nak buat macam mana, kami tinggal di 2 negeri berbeza. Jauh pulak tu.




Ok itu aje lah dulu. Sampai update lagi (tak tahu bila).

No comments: