Tuesday, July 22, 2008

Entry 1:

Hari ni boss tak ada. Dia EL, anak demam. Kakak sebelah meja aku pon EL, anak masuk wad, belum keluar. Cian baby. Tapi walaupon boss is not in today, aku tetap baik sebab tak pergi mana-mana. Baik dop? Sistem aku ok, tak de lak nak buat hal. Sampai taktau nak buat apa. Tak gemar betul.

Confession. Aku tak pandai potong daging. Rasa macam dah betul cara, tapi liat jugak. Kesian bb. Sori, isteri mu ini masih tidak pandai potong daging. Eh, okay la tu. Dari kawin, I cooked for him everyday, tolak hari minggu dan hari ada pasar malam, sebab dia suka makan char kuew teow. Tapi tetap tak boleh lawan char kuew teow yang ada kat Utara. Bila la boleh pi Penang makan char kuew teow nih. Oho, sedapnya. Dulu masa belajar kat Perlis (2000-2002, 2003 tak dok Perlis dah), selalu beli kat Maybank Kangar. Biasanya kalau aku yg order "Bang, kasi 2 bungkus tapi satukan." Hihi... makan banyak seh. Char kuew teow ada banyak version ke? Sebab, ada yang kuah banyak, ada yang kuah sikit.

Cakap pasal makan, setakat ni belum mengidam apa-apa. Cuma, craving aku bertukar-tukar dan ikut musim. Not really musim lah. Ada masa, berminggu-minggu aku suka makan jambu. Kemudian, berminggu-minggu suka minum Marigold Peel Fresh Orange, berkotak-kotak sekali beli. Ada bulan yang sepanjang masa asyik nak buat kek je. Kalau tak buat kek, apa yang baking lah. Haaa... itu je. Lain-lain takde la banyak. Tapi Cadbury Dairy Milk, huhuhu all time craving. Sungguh tidak sihat la makan coklat banyak-banyak. Sekali beli, 2-3 bar yang besar.

And, I love Oprah show. Sukaaaaa sangat.

4 comments:

Eliss said...

ada banyak entry ker hari ni?aku bosan duk ofiz,nak gi mengular tp semorang takot nak mengular esp niza..skema tul..hehehehe..
aku pun suka mkn char kuew teow..susah nak jumpa yg sedap..dulu ada CKT pak akob sek7, skang ntah dier pegi meniaga mana..

Wafaa said...

char kuew teow, ex-bos aku kata kat TTDI jaya ada. dia kata sedap. alamaks.. kena cari ni.

hihi.. jgn la ajak niza mengular. ajak bos sekali.

Kancilbiru said...

faa, kat umah aku ada char koew teow sedap...Penang mari...tukang masak pun org Utara...kuli-kuli dia pun org Utara..hahahaha.sedap sihh...tp buka malam je...kalau nak dtg kasik tau...dekat je ngan umah aku....

Wafaa said...

aku tau. kat gerai paling hujung kan?