Thursday, December 21, 2006

Phuket.. bila nak pegi?

penat lah hari ni. lenguh2 belakang. ke sebab berat dah naik? jadi badan tak dapat nak tampung berat badan aku nih? aiyaaa..

rasa nak pegi jalan2 lah tapi tak tau nak pegi jalan2 kat mana. nak pegi jalan2 dengan sape? inazuke sibuk. adik2 pon dah tak leh nak ajak pegi sana sini dah. aya dah masuk semester baru. lumi lak susah nak dapat cuti. cuti utk kenduri ayahsu kat pasir mas pon tak lulus. ape laa bos dia tuh. tu mesti cha-ya-nun-alif.

tetiba aku teringatkan Phuket. tak tahu kenapa, itu lah tempat yg aku teringin sangat nak pegi, selain Jepun. orang lain mungkin nak pegi Europe, Paris. nak kata aku nih suka pantai, takde la suka sangat. sb leceh la kena bersihkan badan dari pasir. kan macam melekit2 gitu. tapi itu lah.. Phuket is just nice & beautiful place for a vacation.

apa yg kita perlu ada untuk ke Phuket?
  1. pasport - make sure pasport tak mati. kalau mati, sila lah renew
  2. duit - duit shoping, makan, hotel. kalau boleh tumpang tido umah sedara/kawan, boleh la jimat sket & ada la duit lebih nak shoping
  3. camera - tak kisah lah camera jenis apa, asalkan boleh snap gambar. kang orang tak caya lak kita pegi sana
  4. pakaian - penting! takkan nak bogel lak.
  5. ubat - kalau ada sape2 yg sakit2 tu, ubat penting tau. kang satu hal pulak nak cari klinik kat sana. panel proton takde kat sana tau.
  6. gadget - mp3 player ke, apa2 player ke yg boleh digunakan utk jadi 'teman' kat sana
  7. ape lagi??

how to get to Phuket from KL?
  1. air / aeroplane - hehehe ejaan masa kecik2. skang orang suka cakap 'flight' je. dari KL boleh naik MAS / Air Asia. berapa jam ek? tak lama kot. sebab takde la jauh sangat. hehe
  2. land - boleh pegi Hatyai dulu. kat sana ada Air Thai yg ada daily flight ke beautiful Phuket *wink*

No comments: