Wednesday, February 21, 2007

My Hols Wrap Up

Jumaat 16.02.07
balik kampung. yeay! naik bus kat Putra. ramainye orang, mcm balik raya puasa beb.

Sabtu 17.02.07
reached beloved pasir mas at 7am i think. lama gile rasa perjalanan kali ni. sakit2 badan aku. tobat tak nak naik bas tambahan dah. next time, i'll drive. bas tambahan? serik serik.

my beautiful mother suruh anta my 2 lil adik pegi kelas agama. hehehe dengan tak mandinya, aku bawa diorang pegi kelas agama. balik umah, mama kata hari ni my nenek ada appointment dengan doc mata dari Tun Hussin Onn (did i get this right?). nak buang katarak (betul ke??). kitorang pegi bagi moral support kat dia. my makcik2 & pakcik juga datang.

petang ni kaum Cina ada makan besar. kitorang? hehehe dengan poyo-nye adik lelaki aku si Hanif kata nak belanja kitorang makan. waaaaaaaaaahhhh best2. kami pegi KB Mall. makan pizza kat sana. we took some photos. aku habiskan duit utk diorang. tapi kali ni tak cukup sorang lah. takpe, raya puasa ni semua balik. wei balik tau! ada bigggg event. hehe



Ahad 18.02.07
tido. tido. dan tido. adik aku yg dua orang tu tido kol 11 bangun. my beautiful mother bising sebab dia beli nasi tapi takde orang makan. camane nak makan ma kalau seme orang tido lagi. hehehe

balik kampung belah baba. huhu u know what, i ate 3 pinggan of nasi. itu untuk pagi. belum masuk makan tengahari lagi tu. adoi. mama kata kak long dah gemuk. adoi adoi. takpe ma, lepas raya cina baru start mengamalkan pemakanan yg betul. sementara berada kat umah ni, keep on makan.

tengok Fantastic 4 dua kali. hehe.

petang pegi Rantau Panjang. ramainye orang. parking kat tanah orang. kena caj RM3. woi sejak bila kalau pegi Rantau Panjang kena bayar parking ni. woi. beli some small-paper-bag-macam2 warna-yg-comel utk bagi kat orang masa kawin nanti. then beli jambu. 1kg = RM5. murah. tapi cik sya kata mahal. erm. ada lagi yg lebih murah rupanya.

Isnin 19.02.07
bangun awal. tengok tv. tunggu Dennis the Manace. hehehe cerita kegemaranku sejak kecil. sape ada cd? pinjam boleh?

kol 1 janji dengan Ju nak pegi kedai pengantin kat Wakaf Bharu. ada 1 pakej ni kan, guna fresh flower. complete set (baju, pelamin, bilik, aksesori, etc etc) worth RM1800. dah book :) hehehe suka2 hati je kan.

kol 5.30 naik keretapi balik KL. ramainye orang. naik kelas takde tempat tido. tapi this time better than naik bas balik hari tu. kali ni aku tido sepanjang perjalanan. kol 10 lapar. bangun pegi kantin, makan megi.

Selasa 20.02.07
sampai KL sentral kol 5.45 pagi. nasib baik terjaga. dah la mimpi Mawi nyanyi. woi takde orang lain ke aku nak mimpi ni. adoi laa. mawi juga yg masuk dalam mimpi aku. tah ape2. KL sentral sunyi sepi beb. lengang. takde orang.

bf aku punye la janji nak datang amik. sekali aku terpaksa naik komuter pegi Petaling. dia tido mati. arghhhhhhhhhh tension je mak. adoi. nasib baik tak nangis. dah nak muncung dah. sekali dia call kol 8 lebih. suara baru bangun tido. cait. apa nak jadi laaa laki aku sorang ni. bb, tido tu kunci la jam.

melepak2 kat sentosa. tengok Ghost Rider. eh apasal hantu tu kan, dia kan ada api, bila masuk dalam air, api tu tak padam. pelik tak? sesuatu yg tak logik. langsung tak logik. then lepak2 tengok cite korea ngan Cikna. hehehe kol 2 baru balik rumah.

No comments: