Sunday, April 08, 2007

AF5

Tak berapa sihat. Rasa semacam je badan ni. Malam tadi terjaga dari tido, kepala rasa sakit sangat. Bangun tido pagi ni rasa badan panas. Nak gi klinik jap lagi, nak wat blood test sekali la kot.

Dan kerana tak berapa sihat jugalah, tengok AF tak abis. Tak ingat sape yg last aku tengok. Tertido. Sedar2 aizat dah abis nyanyi, tunggu nak kena kritik. Lepas tuh tertido balik. Terjaga lagi, tekan butang R, tengok latest result. Nama Fatin takde, aiseyman Fatin out. Dan baru kejap tadi ternampak message kat @15, ada chatter kata “tak patut farha & noni keluar”. Aik.. 3 orang sekaligus keluar? So sekarang tinggal lah 10 orang. Apa2 pon,

  • Heliza membosankan
  • Aizat best tapi % dia dah turun.
  • Ebi naik mendadak siot.
  • Dekna best lah
  • Aswad nyanyi sedap dan rasanya dia tak control kot
  • Rizal – bila dia nak keluar?
  • Candy emmmmm saya tak suka dia nyanyi. Menyanyi ke menjerit? Farah breep breep lagi sedap dan juga, bila Candy nak keluar?
  • Shawal *wink* aku & roza sudah jatuh chenta dengan Shawal. Adakah sb dia hensem? Hensem ke?
  • Dafi ramai voters yg terdiri dari budak2 perempuan umur 20 ke bawah, dan juga kakak2 & makcik2 yang ada anak dara yg dah besar. Huhuhu
  • Mila yg bersuara sedap. Suara mila sedap. Mila ada suara sedap.

Have some photo shoot. This time I’m improved.

2 comments:

Marliza Radzi said...

adalah tak nonton Ebi la ni? waa ruginya! hehe.

sedapnya suara Mila! sedaaaaap!!!

Wafaa said...

a'a menunggu repeat tapi Astro dok repeat konsert 2 aje. banyak kali lak tuh, kita dah boleh hafal step dah huhuhuhu