kalau berada di sunway dan mahu makan di restoran melayu yang sedap dan yumyum, silalah ke Restoran Jaring. Satu row dengan Domino pizza. Kalau dari LDP, boleh nampak signboard Domino yang besar gedabak itu.
Dalam jam 4 petang, ada orang call. Orang MA*A. Nama Kira. Hehehe macam Jue Aziz dalam Dua Hati (cerita yg Linda Rafar berlakon jugak tu). dia kata ada offer utk jadi lecturer kat Kolej MA*A. somewhere kat kedah, dan daerah itu teramatlah jauh dari bandar. Kalau nak cakap pasal peluang, yup, it’s a good opportunity for me. MA*A tu dah la government. If we are talking about secure career, MA*A is much more secure kalau nak compare dengan dengan company sekarang. Susahnya nak buat keputusan.
Kalau terima
- Kena pindah ke kedah and by 23rd have to lapor diri kat sana
- Terpaksa berjauhan dengan buah hati tersayang. Sekarang takpe lah, tak kawin lagi. Tapi kalau dah kawin besok, takkan nak berjauhan. Sorang utara sorang selatan? No way hose. I won’t leave my husband.
Kalau tolak
- Telah melepaskan 1 peluang yang sangat baik untuk career sendiri. Kalau nak fikir hidup lepas bersara besok, adalah rugi sangat kalau tolak
- Tak perlu berjauhan dengan buah hati. Dan boleh teruskan kehidupan sekarang dengan senang hati. Walaupon kat office ada freak creature yang menyakitkan hati
Komitmen pada satu2 hubungan yang membuatkan aku susah nak buat keputusan. Kalau aku lone-ranger, on the dot aku akan jawab YES tapi hidup ni dah terlalu sebati dengan dia. Masa nak pindah dari Shah Alam ke Sunway pon, berhari2 menangis. Rumah lama dulu dekat aje dengan office dia. Dan sekarang, bila pk pasal hidup ada rumah dan tangga, siapa yang nak berjauhan dengan life-partner. Dan, aku nak hidup yang sederhana tapi sempurna. Wang bukan segala-galanya. Duit boleh cari tapi masa untuk hidup bersama dengan keluarga, adalah benda yang paling berharga. Adoi, nampak sangatlah aku ni family type. And yup, I admit it.
1 comment:
peluang baik tu. fikir masak2. hehe. tapi, sangat faham kenapa mahu tolak. sangat faham.
Post a Comment