Sunday, August 12, 2007

parking mahal

2 hari pegi KL. 1st day park kat open parking area. sebelum ni pon memang park situ. malas nak cari parking kat Sogo. dulu bayar RM3. tapi semalam, dah naik. kena bayar RM4. parking area paling dekat dengan Sogo pulak RM6. apesal mahal sangat wei. 2nd day pulak, memandangkan jam 8 dah sampai, aku cuba masuk MARA. nak park kat Sogo boleh aje, tapi tak pasti pulak situ charge per entry or per hour. kalau per hour mati la. parking kat pertama dia charge per hour. boleh lingkup park kat situ. berbalik kepada parking kat MARA. masa mula2 sampai memang tak ramai orang. dan balik jam 7 lebih tu, lengang jugak. bayar RM4, covered, dekat. jadi, lepas ni, decide nak park aje kat situ. senang.

my mom called. tanya "bila nak post kad". semalam merata2 tempat cari resit. tapi tak jumpa. cari2 lagi hari ni, caits, ada kat dalam beg hitam tu. kak shaja pon call tanya bila nak ambil barang. aiseyman.

demam malam - what kind of demam is it?

15 comments:

aieesha.salleh said...

ko tempah ape kat kak shaja?

Lin Ghazale said...

berapa shaja charge ek?

Marliza Radzi said...

gua hari2 park kat parking tepi Odeon ni. RM6 per entry tapi gua bayar per month, so murah sket.

tapi kan, parking kat area tu kan, masa time nak raya, tetibe sume akan naik jadi RM10 per entry on wiken. gilo.

Wafaa said...

huh.RM10.alang2 park,park la seharian.haha.

Kak Shaja punye barang depends kpd apa yg kita nak.tapi agak mahal (tapi cantik dan berbaloi) kalau benda2 yg dia kena gubah. skill dan kepandaian seseorang tak ternilai harganya. hehe

barang biasa2 aje.

Lin Ghazale said...

hehe...tau dah harga die...7 dulang can reach up to rm500..itu harga tahun lepas lah..actually u can find the same kerje dgn cheaper harga la..tapi kene googling real hard.

Wafaa said...

gubahan dia tu yg mahal. tapi cantik. aku suka. oleh kerana semuanya bajet sendiri, jadi, terpaksa pendam aje. hehe

Lin Ghazale said...

tu la aku cakap...ade je gubahan yg lebih kurang same and kau tak perlu invest terlalu byk utk hantaran yg akan dirobek2 oleh org...hohohohoh..pendapat shj. if ade rezeki lebih...tade hal nye mane2 pon bole

Wafaa said...

oleh kerana kegawatan ekonomi sendiri, kena plan betul2 kan. kalau pandai, boleh buat sendiri. huhuhu.

Lin Ghazale said...

yaaaaaaaaaaaa....tapi malas la nak buat sendiri...sbb malas dan tidak berduit...carik la yg biasa2 punye

aanywaysss...parking rm3 flat rate kat campbell complex depan sogo...sempit sket la parking die..but manageable la utk drive..nak2 kete kau kecik...aku parking situ bawak myvi sbb die kontot..

Wafaa said...

ops. di manakah Campbell Complex? aku kena spend 1 whole day untuk shopping barang raya dan barang bukan raya. kena park kat tempat baeeeek punye. kang pengsan nak bawa barang.

Lin Ghazale said...

depan panggung wayang keling tu..depan sogo la kire

reena said...

Nasib baik kita tak dok kat KL.Kalau tak habis duit kat parking je.Hehe.Kat Penang, weekend pun cuma RM 3 per entry kat shopping complex.Per hour pun ada la.

Wah! Bestnya semua orang dok prepare nak kahwin.Kita pun nak kahwin cepat2 jugak la kalau camni.Hehe.

Penulis Biasa said...

cit!! dah tukar blog tak bgtau ek..huhu!!

Wafaa said...

aku ada announce kat blog lah bad. ko je yg tak tengok page aku. hehe.

oooo itu ke Campbell. mcm sup.

Penang.. huhu char kuew teow shedaaaappp.. nyum nyum.. dah lama tak pekena pasembor kat padang merdeka. ada lagi ke kat tepi tu?

reena said...

Err..kat Penang ada Padang Merdeka ke? (Teruk kan saya? Org Penang pun tak tau) Padang Broom saya tau la.Hehe.Mai la Penang.Kita jadi tour guide.