Tuesday, October 23, 2007

Millions of thank you!



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana mengizinkan majlis2 kami berlangsung dengan lancar dan selamat. memang penat. famili lagi la penat. siang malam buat keje. jasa mereka memang tak terbalas. I owe so many people during those three days event.

  • Mama & Baba - my supporters. beberapa hari sebelum nikah, hari2 aku nangis. tiap2 hari. ye la, aku dah bukan tanggungjawab mereka. tanggungjawab dah beralih dah. even when i am typing this entry, pon rasa nak menangis. caits, tak macho langsung.


  • Lumi, Aya, Hanif, Widad, Wardah, Ira, Adik - my precious siblings. they are my gems! banyak tolong siapkan barang2 untuk bagi kat tetamu. Widad & Wardah jadi un-official photog. tolong aku cat rumah :) Hanif, tukang pacakkan papan tanda. time puasa dia tolong catkan bilik aku. diorang tolong sapu2 laman rumah. after 9 years, lama rumah kami jadi bersih gile. betul. clear. bersih sangat. dah rumah dikelilingi pokok, daun2 yg gugur pon banyak la. Lumi pulak tolong mekapkan aku lepas aku tertenyeh lip liner yg mak andam pakaikan. tak senonoh betul. Aya tolong cuci beranda. beranda tu dia cuci sorang2, dengan bantuan Aqila. hehehe. Adik & Ira, budak kecik yg tenaga mereka kadang2 amat aku perlukan. contohnya time mintak tolong amik barang :) thank you. terima kasih banyak2.


  • Pakcik Qabil & keluarga - sebab tolong kami. terima kasih banyak2. sampai bila2 jasa mereka aku akan kenang.


  • Cik Sya & Cik Nie - sebab datang menolong masa hari nikah. tolong Mama masakkan untuk tetamu. siapkan hidangan untuk makan beradab. walaupon aku jamah sikit saje (rugi sangat2), tapi sedap woooo.


  • Sedara2 yang lain - nak sebut nama ramai sangat. yg menyumbang dari segi tenaga & wang ringgit. terima kasih. Kak Long tak tahu nak balas dengan apa. yg sanggup ponteng keje untuk join family pergi menghantar (dalam bahasa kamus - bertandang).


  • Azwan - my official photographer. seorang yg on time. datang tepat pada masa. dan tak bersungut. taktahu la kot bersungut dalam hati. terutamanya time nak kumpul famili yg besar (dua2 belah - Wafaa & Najib), susahnya. bila budak2 dah siap sedia nak bergambar, mak2 diorang pulak tah ke mana. bila mak2 dah ready, anak2 pulak dah berterabur.


  • Friends - kawan2 yg sanggup meredah jem untuk datang ke majlis aku. terima kasih ye. ada yg bertolak kol 12, sampai kol 3. sorry la, time raya memang Kelate jem semacam.


  • Mak Andam ku (Kak La & Kak Da) - diorang ni competitor. hehe. tapi aku amik semua barang dari Kak La. totemo arigato, sebab make up saye sampai jadi mcm anak Jepun. even my own father said to the keluarga belah lelaki (masa diorang sampai), "Saya tak cam Wafaa". huhuhu.


  • Others - i might tertinggal few names. tapi from my bottom of my heart, i thank you all very much. daripada Kak Shaja (sebab provide pasu2 yg cantik tu, bukan free tau), kepada tukang masak (my parents hire people to cook the main dishes - gulai daging, ayam masak merah). sedap sedap. tetiba lapar. pakcik yg tolong pasang lampu lip lap. suka tengok budak2 ni seronok.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua.

Tulus Ikhlas,

Wafaa

No comments: