3-Oct-2008
Hari raya ketiga. Ada appoiment dengan gynae @SJMC. Macam biasa, buat itu ini. Cuma kali ni Dr Delaila bagi MC 1 minggu. Dia kata, "Tak payah kerja, rehat kat rumah. Ok, see you next week." Oh ye, sebelum tu buat CTG, nak tengok ada contraction ke tak. Resultnya, baby active dan contraction too little.
4-Oct-2008
1am to Subuh - Tido tak berapa nyenyak. Asyik ke tandas. Lepas tu, rasa macam senggugut setengah jam sekali. Jadi, setengah jam sekali la terbangun, pastu pi tandas.
6am - Bangun solat. Sebelum tu ada macam air ape tah keluar dari 'situ', pegi tandas dan buat ape yang patut. Lepas tu nak sambung tido, tapi tak boleh tido lak.
7am to 9am- Sakit macam senggugut jadi 5 minit sekali. Bagitau bb, dia kata takde apa-apa, dia suh baring. Pegi tandas jap, nampak ada benda coklat kat panty *gulp* I on the pc and did some Google-ing. One of the labor sign is mild diarrhoea. Ok, checked that one. I monitored the sakit macam senggugut tu. A'a memang datang 5 minit sekali. Discuss dengan bb nak pegi hospital ke tak. Takut false alarm aje. Plus, satu ape pon tak pack lagi. Maklum laa, due sepatutnya lagi 2 minggu. So, not to take any risk, kami pon decide nak pegi hospital. Nasib baik dekat dengan rumah. Kalau false alarm, boleh terus ke Sunway Pyramid, mau shopping sket.
9.15am - Register @Delivery unit. "Kak, saya sakit 5 minit sekali. Tak tau false alarm ke ape." Nurse kat kaunter tu kata "Ok, takpe, mari kita check." Nurse suruh masuk 1 bilik ni. Tak tau lak tu labor room until I asked my husband. Kena tukar baju, pastu naik atas katil. Dipakaikan alat untuk CTG. Nurse tu pon start seluk-seluk, check bukaan. Sudah 3cm. "Ok, kena bersalin hari ni." Gulp. "Bukan false alarm ke?". Nurse tu kata, contraction 5 minit sekali. Then only baru buat phone calls to our family. Oh ye, nurse masukkan ubat ikut bont*t. Kurang 2 minit, cepat2 pegi bilik air. Nasib baik sempat hehe.
9.47am - Dr Delaila datang. Buka 3cm. Dia pecahkan air ketuban. Banyaknyaaaa. Rasa macam banjir atas katil.
10am - 12pm - Dihidangkan makanan. Thank God, sebab aku memang tengah kebulur. Kang takde tenaga nak push. Sambil makan sambil tengok tv. Mula-mula tak sakit sangat tapi lamaaaa baru rasa sakit tu makin kerap. Husband was there, tak tinggal walau sesaat :) Takde tak tinggal langsung. Dia turun pegi buat admission. Tak perasan pukul berapa, nurse inject pain killer. Kesian kot tengok aku tak tahan sakit. Tengah tahan sakit, sempat gak aku tanya "Ape dia tu? Bukan epidural kan?". "Bukan, ini pain killer. Epidural kena doc yang buat. Nak epidural ke?" "Ehhhh tak nak tak nak". Haaa... bila dah kena cucuk ngan pain killer, mula la lalok. Ntah pukul berapa aku tertido. Lampu ditutup, gelap.
12.30pm - Nurse datang check bukaan. Baru 5cm. Dia tanya nak induce ke tak. Sekali lagi soalan "Kalau induce camane?". "Kita drip, nanti cepat sikit bukaan". Lepas tu aku lalok balik. Kuat betul penangan pain killer tu. Tetiba sedar, nampak nurse tengah masuk air/ubat a.k.a drip. Theeeeeennnn baru start sakit gile2. Siap nangis, peluk bb, mintak maaf segala. Pastu zzzzzz balik.
1pm - 2pm - Tiba2 sedar dari tido, nurse bagi mask. Amik gas pulak. Tak reti nak sedut. Nurse kata reduce sakit dalam 50%, tapi tak de pon. Dah la sakit, kena pegang mask lagi. Tetiba bila masa ntah bb tolong pegang mask, guide aku suh sedut. Dia kata aku pegang tangan dia kuat sangat. Opsss sori, tak perasan. Tetiba kuar soalan "Abang tak keje ke?" Nurse cakap, "Dah-dah jangan cakap lagi, dia dah lalok dah ni." Huhuuu
2pm - 2.23pm - Tetiba lagi, dengar nurse kata dah 8cm. Masa tu rasa macam nak b*rak. Pastu baru perasan yang diorang dah siap tempat bersalin, dgn alat-alat semua. "Ok, dah 9cm, boleh push pelan-pelan". Tapi serius la, memang rasa nak b*rak sangat2 tapi tak boleh. By the time dah 10cm, doc belum datang. Dia gi semayang. Nurse guide suh push and bb just right beside me. Dia kata time ni aku pegang jari dia. Ops. Aku kata aku tak larat, nurse kata "Jangan cakap macam tu." Pastu aku cakap lagi "Kakak, vacuum la kak, saya tak larat". "Eh, takkan nak vacuum. Boleh ni. Kalau tak doc nak tolak masuk operation room." Dengar je operation room, terus boleh push. Then doc datang, ready for reaaal labor. Alamak, takott. Bismillah, tawakal banyak-banyak. Segala doa aku baca, tapi kot melayu :) Tak tahu la berapa kali push, tiba-tiba nampak doc angkat baby. "Ehhh... dah sudah tapi nape baby tak nangis?" Nurse bagi gunting kat bb suh potong tali pusat, masa tu baru la umat Nabi Muhammad saw yang baru ni menangis. Kuatnya suara dia sampaikan ape yg doc cakap satu pon tak dengar.
Nurse bersihkan baby. Kemudian bagi kat bb, bb azan dan iqamatkan. Masa tu 1 bilik dengar suara baby je :) Kuatnya suara dia. Lepas tu nurse letak baby atas dada aku. Segala yang sakit tadi, tak ingat langsung. Bb kissed dahi aku, pastu senyum manjang je dia. In the same time, doc tengah jahit menjahit. Nampak gak dia tarik benang. Erk... tak pe lah, buat la ape pon, yang penting semuanya dah setel. Sebelum jahit menjahit tu, dia dah keluarkan uri. Baby dibawa ke nursery. Terus diam bila orang tolak dia nak pi nursery. Macam tau-tau je nak gi jumpe kawan-kawan baru :)
Ingatkan dah habis aktiviti seluk-menyeluk, rupanya belum. Datang lagi sorang nurse, dia seluk-seluk, nak check kalau ada darah beku tertinggal. Last seluk ok. Datang nurse lagi sorang pulak, change me to clean cloth, pakaikan aku semua-semua. Segan lak. Lepas tuh, goodbye labor labor room, hello to post-natal room.
Dan kami discharge keesokan harinya.
7 comments:
erk...macam sakit jer faa...hehehe...mcm takut plak...
Hihii.. Ed, kalau dah 'buat', kena berani tanggung kuikui..
x alami xperience cengginih..c-sect tak rasa aper..tapi lepas induce memang sungguh mcm period pain :D
Eliss, 2nd anak nnt boleh try :)
wafaa, aku dulu pun sedut gas banyak..siap2 muntah lg kat labour room..pastu bb pun lambat nangis..dlm 5 second tu lps lahir br nangis..doktor kata, may be dia pun tersedut gas tu gak..
aku tak reti sedut bendalah tu..mcm tak jadi je.
wafaa,
dari seorang yang bukan-ibu-lagi ini, berkerut-kerut aku baca pengalaman kamu ini...
seriau...
tapi memberi banyak pengajaran..
:)
Post a Comment