Tuesday, December 09, 2008

Ape rasa 2

Soalan biasa orang tanya kepada orang yang baru balik dari maternity leave adelah:
  • bila masuk kerja?
  • dapat anak apa?
  • anak nama apa?
  • anak tinggal kat sapa?
  • selepas mendengar jawapan soalan di atas mereka akan tanya, rumah mak mertua kat mana?
  • bersalin normal ke caesar?
  • ada ambik apa-apa tak (cth epidural)?
  • senang tak bersalin?
  • banyak tak dapat susu?

Empat soalan terakhir tu selalu ditanya di surau (semasa tengah menge'pump'). Jawapan standard kepada soalan di atas:

  • baru hari ni
  • anak lelaki
  • Iman.
  • tinggal dengan mak mertua
  • seberang jalan je, dia dok rumah kakak ipar masa cuti sekolah ni
  • normal. ambik pain killer, induce & gas je.
  • tak tahu lah senang ke tak. masuk kol 9.30pagi, kol 2ptg bersalin.
  • Alhamdulillah, dapat la dalam 13 oz.

Ada masa-masa tertentu rasa bengkak you-know-what, which is waktu biasa Iman menyusu. So, kena adjust masa menge'pump'. Sebut pasal menge'pump', I need more ice pack. Dah order dengan MomsLittleOne. Will share later how I store my EBM.

Oh ye, tak lambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha!

1 comment:

Eliss said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha!
X penah sekali pun mengepam di ofiz :P lagipun,not fully bf..:( x kuat semangat nak fully bf..dan bengkak after ofiz hour..