Monday, December 15, 2008

Weekend kami

2 plan yang di'plan' last week berjalan dengan jayanya.

Plan 1
Setelah direkemen oleh beberapa orang, I switched the paediatrician to Dr Ali. Kenapa? Sebab Iman menangis masa kena inject 1 bulan paed sebelum ni, walaupon at the same place, SJMC. Tapi kali ni, takde bunyi apa-apa. Instead of menangis, Iman sibuk main dengan tangan dia. Husband pon macam tak percaya. And me, sudah get ready untuk bagi upah (upah = susu). Consult juga untuk beberapa perkara. Akhirnya selepas beberapa hari tangguh, kami dah beli digital thermometer untuk Iman. Senang nak monitor kalau-kalau dia demam ke apa ke.

Plan 2
This is Husband's fav. Senang aje rupanya nak buat. Tapi biasa lah kalau penyakit M tu dah ada, resepi tinggal resepi. Ok, aku buat macam ni

The kuah
Ikan (4 ekor ikan kembung yang sederhana, rebus, ambik isi dia sahaja, jangan lak ambik tulang dia)
Halia (sikit je)
Bawang putih (2-3 biji)
Bawang besar (separuh)
Lada hitam (6-7 biji)
Sedikit air
Santan
Asam keping
Gula & garam

**Campur semua (kecuali santan, asam keping, gula, garam) blend.
** Sediakan periuk. Masuk bahan dikisar tadi.
** Masuk santan, asam keping, gula, garam.
** Masak sampai pekat yee.


The laksam
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
4 cawan air

** Campur semua, kacau.
** Sediakan pengukus. Sediakan tudung periuk. Bukan tudung rice cooker tu. Asal boleh letak dalam pengukus.
** Kukus sampai masak. Dalam 2-3 minit.

The ulam
Timun
Taugeh
Kacang panjang
Bungan kantan (Husband kata kalau tak ada, macam tak jadi la laksam tu. Tapi tak ada pon tak apa, bagi aku la)

The lada
Cili merah
Belacan
Limau nipis
Garam

** Tumbuk cili dan belacan
** Perahkan limau nipis
** Masuk garam sikit



Plan 3
Tak sempat buat char kue teow. Akan diusahakan juga minggu ini :)

No comments: