Kami sampai PMas lepas Zohor. 13 jam perjalanan. Bertolak dari KL jam 12 malam. Sangkut dalam jammed beberapa kilo dari tol Gombak, lepas tol tu jammed lagi sampai la ke Petronas dekat tol Bentong. Sangat-sangat lah mencabar. I drove all the way from KL. Volunteer sebab Husband kerja. Iman tido sepanjang perjalanan. Beberapa kali bangun main.
Berbuka di rumah PMas. Ada ayam golek 2 ekor dan sup tulang. Sederhana sahaje tapi licin semuanya. Sukanya aku beli makanan kat kampung. Semuanya RM1. Jumlah yang sama tapi dengan harga yang separuh dari KL. Kat KL melampau mahal. Tak sedap tapi mahal.
1st raya
Bangun seawal jam 6 pagi. Terkejar sana sini. Biasalah, semuanya ada, penuh lah rumah. Husband pegi sembahyang raya dengan Adik. Gadis-gadis termasuk Iman tak pegi semayang raya sebab 4 daripada mereka uzur. Me not going. Tunggu Mama balik dari masjid untuk ke pusara Baba. Jalan masuk ke tanah perkuburan sesak. Dapat parking depan rumah orang. Kami berjalan kaki ke pusara. Tikar dibentang, surah Yasin dibaca. Baru beberapa baris ayat dibaca, air mata mengalir laju. Beberapa kali terhenti bacaan. I recalled all his last moment, macam di'playback' depan mata.
Hari Raya hari kemenangan, jadi aku tinggalkan kesedihan di pusara. InsyaAllah, ada peluang Kak Long datang melawat lagi.
Kemudian kami semua pegi ke rumah Che & Tok Ayah (@ Mama side). Ramainya orang, macam nak roboh rumah. Dah ada yang datang beraya.
Menginjak ke tengahari, kami ke rumah adik arwah Baba di kampung. Menjenguk Mak (@ arwah Baba side). Berkejar dengan Iman yang mengejar kucing.
Mama & adik-adik ke Kota Bharu, rumah MakcikSa, sepupu Mama yang paling rapat. Me+Husband+Iman to Beris Kubu Besar, rumah MakSu (adik bongsu Ummi a.k.a maksedara laki ku). In-laws ada di sana. Singgah di pusara arwah Ayah (Husband's side). Pertama kali aku dibawa ke sana. Kami satu-satunya yang ada di tanah perkuburan itu. Pulang ke PMas jam 6.30pm.
Raya 2
Hari ni kami di PMas buat open house. Simple saje hidangan. Sate dan roti jala ditempah. Ada kek coklat dan kek lapis. Biskut raya sangatlah pelbagai jenis. Air pon pelbagai jenis. In-laws datang selepas Zohor. Kemudian kami dijemput ke rumah ibu Abang Mat (Husband's brother-in-law), juga di PMas. Makan nasi dagang. Petang jam 6 gitu-gitu, bertolak balik rumah Mama. Ada jiran a.k.a saudara jauh. Husband rancak bersembang bila bertemu engineer yang kebetulan juga belajar di Jepun dulu. Keluarlah pelbagai cerita, sampai tunjuk-tunjuk henpon segala.
Ada acara potong kek untuk Iman. Kami tak biasa sambut birthday. Cukupnya ada sebiji kek dan keluarga terdekat. Iman suka potong kek rupanya. Hehe..
Oh ye. My 2nd sis, Lumi, accident sebelum Zohor, depan rumah Che. Mamat naik vespa langgar dari tepi masa Lumi buat u-turn. Ke balai polis buat report sementara mamat-mamat vespa yang lain yang sebelum ni kecoh, berdiam diri bila aku kata "Kita settle kat balai".
Raya 3
Ada 4 rumah yang perlu kami pergi. Melawat pengantin yang majlisnya pada raya ke2. Aku tersilap tengok hari. Maaf ye Su. Kemudian kami ke rumah Pakcik (Husband's uncle, his mom eldest brother). Lunch kat sana. Kemudian ke rumah MakSu (lagi sekali). Spent 1/2 day there. Lepas Maghrib bertolak balik PMas. Destinasi ke 4 tidak dapat dikunjungi. There goes my plan.
Raya 4
Kami dah bertolak balik ke KL sebab Husband kerja Khamis dan Jumaat. Pelik betul bos dia. Cuti after raya NOK. Cuti next week OK. Huh.
Sedikit gambar untuk dikongsi.
Way back to PMas from Beris. Banyak lampu. Ada signboard orang kawin. Halumi dan Lutfi (not in picture). Ada jugak orang nama Halumi ye. Halumi tu nama adik kedua aku.
4 comments:
wafa..yang iman tdo tu..ade special kipas untuk dia ae?tu yang jenis clip ke?
a'a yg ada klip tu. tapi blade asal Iman dah koyakkan. laki aku buatkan blade baru.
kamu kelihatan sungguh ayu dalam gambar last itew.. hihihi... baju hijau tu mama kamu ke?
Hahahahahah ayu??? lentok habes tu. Yaa.. itu Mama saye
Post a Comment