Saturday, February 12, 2011

Cerita Iman

Dah lama tak tulis pasal Iman. Bila tengok entry lama, banyak jugak entry.




NOTE: Kalau tak nak baca, tutup je. TQVM.

Pada umurnya 28 bulan 8 hari, beratnya tetap 10kg. Kang orang kata aku tak bagi anak makan pulak. Dah jenis badan dia tak naik. Tanya doctor pon jawapan dia sama "Dia sihat cuma dia small size. Tengok balik gambar parents masa kecik". Checked - ikut Husband.

It has been a while since Iman lulus 99% turun dan naik tangga. Tak cukup 100% sebab most of the time aku akan mintak Iman pegang something (dinding/tangga). Going up is faster than going down. Advantage - aku boleh hand-carry barang. Dulu masa Iman tak pandai naik tangga, susah nak bawak barang. Maklumlah ye, rumah tak ada lif. Apartment 3 tingkat mana ada orang buat lif pon.

Current hobi - main p-eh-p (PSP). Main as in betul-betul main. Cuma ada la a few parts yang dia perlukan bantuan such as tak tahu nak buka treasure box atau tak tahu nak lompat across the gaung. Yang ni kena tolong sebab kalau tak, nanti hero tu jatuh dalam api. LOL. Itu kalau main satu jenis game. Kalau main Ultraman, ada problem 1 je. Dia nak buat aksi angkat - pusing - baling pada yang tak boleh buat macam tu. Itu pon satu problem jugak nak kena explain bagitau yang Ultraman jenis tu tak boleh buat macam tu. Hmmm.. I don't think it is good for a 2 y.o toddler to play such games. Jadi, plan aku adalah, bagi Iman main PSP time weekend je. He has been asking for PSP since yesterday tapi aku kena cekalkan semangat dan distract dia dengan benda lain.


Gigi. Gigi bawah Iman menunjukkan tanda-tanda mahu rosak (macam kereta pulak.. LOL). Not that aku tak cuci atau beruskan gigi dia or gave him too much sweets or candy. Nope. Aku memang tak belikan dia candy or sweets. Paling manis yang ada kat rumah pon; Vitagen, yogurt, sometimes we have homemade cakes in our fridge, once in a blue moon ice-cream. Tak tahu main silapnya sampai gigi Iman boleh kuning dan dah tak elok. I feel bad. Nak-nak bila ada yang komen "Tu la, bagi makan gula-gula banyak sangat". Errkkk.. suka hati je nak komen. Cuba datang rumah aku dan buka peti ais tengok ada tak benda-benda macam tu. Komen pandai je ye.


Rambut. He had a long curly hair, until yesterday. Oleh kerana tidak tahan, aku pon bawak Iman potong rambut kat kedai mamak kat bawah rumah. RM5 je dah boleh dapat rambut yang pendek dan kemas :) Sebelum ni, ramai pulak yang cakap Iman ni perempuan. Padahal dah pakai shirt dan jeans. Dah habis 'lelaki' dah aku pakaikan dia, tapi ada jugak yang kata dia 'perempuan'. Tailor dekat rumah kata "Rambut macam perempuan". Cousin Iman cakap "Rambut Jonas Brothers". Pengasuh Iman kata "Ni kalau Isha dapat macam Li, mesti lawa". (Note: Isha adalah seorang kawan Iman di rumah pengasuhnya, berusia hampir setahun. Li adalah panggilan Iman di rumah pengasuh. Kenapa Li? Sebab anak lelaki pengasuh Iman nama Fadli, dan aku tak tahu kenapa dia address Iman as 'Li').






Tertarik kepada toddler lain dan mahu bermain bersama. Friendly I can say tapi sokmo kedekut takut orang ambik barang dia. LOL. Pandai berbaik dengan budak kecik dari dia. Kecik as in budak-budak yang baru merangkak, contohnya. Kalau dia tak bagi budak tu ambik bola dia, biasanya dia akan offer budak tu benda lain. And thank God dia tidak suka tolak-tolak budak lain sampai jahat. Haippp... behave sikit ye Muhammad Iman.


Juga budak perempuan, mesti tersipu-sipu. Terbaru masa jumpa Sofia Alani anak Rozalinda & Azwan Shahady tu. Haishh.. Dipicit-picit pipi Fifi. Nasib baik la Fifi tak rimas. Weekend hari tu Muhammad Aqid anak Bob dan Nana jadi mangsa dia. Huhuuu.. Oh tidak ye, Muhammad Aqid tu lelaki. Itu nak cite pasal Iman yang suka main dengan pipi budak lain. Kesian korang. Sorry la ye, anak auntie memang macam tu bila jumpa budak muda dari dia.





Bila aku panggil "Iman!", dia akan jawab "Ye, jap". Dan dia berlari-lari datang kat aku yang dok dalam bilik, contohnya. Hihiii... "Ye, jap" tu selalu aku yang cakap. LOL. Too cute.



Kadang-kadang, aku ajak Iman buat kerja rumah. Yang terbaru, kalau dia ada kat dapur masa aku masak, dia yang tukang ceduk beras dan masukkan ke dalam periuk, of course with my supervision. Kemas area depan tv kalau nak bentang toto pon Iman kena buat. Siapa sepahkan, dia yang kena kemas. Tapi biasanya, aku la yang kena kemas. Haha, macam la tak faham kan?


Contoh bantuan dari Iman. Ini masa hari hujan, kami sidai kain dalam rumah. Cepat pulak keringnya :)

Hmm ape lagi. Oh, Iman suka nasi lemak. Dia tak suka bihun goreng, tapi mee goreng dia boleh jugak makan. Antara fish fillet, nugget dan french fries, he prefers fish fillet. Huhuhu mahal tu nak. Betik, tembikai, pisang, apple dia ok dengan tu. Tapi kalau bagi dia isi kelapa, dia tak nak. Apesal ntah. Licin kot.


Target nak PT sebelum bulan 3 tak kesampaian. Kalau tengah practice tu, mesti bocor 2 kali. Camane ibu bekerja train yang tinggalkan anak di rumah babysitter PT anak masing-masing? A big Q.


Ok lah, tu je. Bye.

5 comments:

natsuha said...

ye jap....(same sebijik..) :p

aieesha.salleh said...

ye, iman kalau tak kasi toy kat tangan dia, dia akan bagi toy lain.. ingat kidzsport? ehhehe.

alaa, badan dah ikut rangka makpak, ok apa.. and pasal gigi pulak, kat rumah boleh la monitor, kat bbsitter sapa nak monitor dah gosok ke apa ke kan. pada yang tau komplen je, soh derang ngomong sama tangan :)

ajan said...

aaaa, kimi susah gila nak suruh gosok gigi. sampai kena peluk tangan dua dua, pegang kepala, tenyeh berus gigi tu dekat gigi dia.

sampai menangis2 dia tanak gosok gigi. aku tatau dah camne nak buat gosok gigi tu macam fun.

Lin Ghazale said...

try nyanyi2? menjawab soalan ajan. ke bdk besar dah tak jalan dah nyanyi2 eh?

Wafaa said...

Jue: Adam pon sama ke? "Yee.. jap".. haha. lawak la.

Aishah: ha'a. takut je aku dia pegi tolak budak tu (ni masa aku bawak dia playland Midvalley). Rupanya dia pegi ambik bola lain bagi kat budak tu.

Ajan: pernah la tanya dentist, camane nak buat ngan budak tak suka gosok gigi. Dia pon ckp anak dia pon sama. Dentist tu kata kena paksa jugak2. Huhu..

linghazale: budak besar dah tak jalan dah nyanyi2. sekarang, aku gosok gigi dalam kereta. Tu masa aku hantar dia pegi babysitter.