Semalam aku ke KLIA dengan Iman untuk jemput suami. Iman tertidur, jadi aku keluarkan stroller. Masalah di aras G, aku tak jumpa laluan troli atau apa-apa yang sesuai untuk laluan stoller. Jadi, terpaksa memanjat di atas so-called-divider itu.
Kebetulan masa tu, ada 2 orang rakyat Malaysia. Aku yakin 100% mereka rakyat Malaysia sebab (1) bawak kereta bernombor pendaftaran tempatan, (2) bercakap dalam bahasa Malaysia walaupon bukan berbangsa Melayu. Sedang aku bersusah-payah untuk mengangkat stoller melintasi divider itu, mereka langsung tak membantu. Pandang pon tidak.
Aku bukannya tak mampu nak angkat tapi sesungguhnya aku sangat terkejut dengan sikap rakyat Malaysia. Dah la kat jalan raya bawak kereta macam samseng; dalam situasi macam ni pon mereka langsung tak ada perasaan mahu menolong. Mungkin bukan semua tapi sedarlah, di kalangan kita ada yang seperti itu.
2 comments:
laki ke ppuan weh? memang org mesia macam ni..tak paham la aku kenapa..
(eh jangan aku macam ni gak dah ler..hehehe)
pompuan ada, laki pon ada. 1Malaysia tak ada maknanya weh
Post a Comment