Tuesday, May 17, 2011

Rambut

Khamis lepas, aku dan Iman pegi Giant. Iman berbaju sleeveless dan berseluar pendek. Iman sangat baik. Masa nak bayar dia tolong aku letak semua barang atas kaunter. Aku sangat happy dan mood pon okay. Until, that cashier asked me a question "Lelaki ke perempuan, kak?"

Gulp. Jambu ke anak aku? Kecik-kecik dapat soalan macam tu, aku tak ada la nak terasa sangat. Eh perlu ke terasa? Terasa ke sentap? Haha. Ok abaikan.

Esoknya, aku dah pasang niat dari pagi. "Nak balik awal, nak bawa Iman pegi potong rambut". So, masa ambik Iman aku cakap ngan dia, "Iman, jom, kita potong rambut". Kami ke tempat biasa Iman dan suami potong rambut, dekat je dengan rumah. RM5.00 sahaja untuk potong rambut Iman.

Masuk je kedai tu, dia dah tersengih-sengih. Macam tahu-tahu je nak potong rambut. Kali terakhir potong kat sini rasanya 2 bulan lepas kot. Zass zass kejap je. Mamak tu siap suruh aku ke depan untuk snap gambar Iman. LOL. Kasi chance ke macha? Kekekek..

Yang kelakar, bila disuruh tunduk, dia punya tunduk sampai kepala nak cecah perut. Hahahaha.. Bila suruh angkat kepala, dia pegi dongak tinggi-tinggi. Sampai budak sebelah aku tergelak.

Ini antara aksi Iman masa acara potong rambut itu.

Amboii.. tersenyum simpul nampak.

Kali ni mamak tu pulak tersenyum simpul. Kekekekk

Final touch up. Wahh belah tengah y'all!

1 comment:

Miss Syida said...

bkn jambu, kiut~~~*

normal la kan.