Friday, August 05, 2011

Ramadan 5

Pertama kali tak bersahur T____T. Bila terjaga, aku macam confuse. So aku keluar dan tengok jam kat decoder Astro. 06:06. Huuu nak nangis. Semuanya dah siap. Tinggal nak panaskan aje. Dah minus pahala bersahur. Double rasa nak nangis bila ingatkan yang aku berbuka dengan air laici 1 cawan, kurma 1 biji, Big Apple donut 2 biji. Aku sangat risau jadi macam hari ke 3 berpuasa. Sakit kepala sampai 2 kali aku muntah. Memang menangis lah. Hari tu aku bersahur dengan mee hailam dan kurma. Kira ada carbo jugak la dalam sahur aku tu. Tapi dia punya sakit kepala, Tuhan je yang tahu. Lepas muntah, hilang la kejap sakit kepala tu. #dugaanramadan

Aku bukan tahan lapar tapi perasaan nak makan tu tak ada. Setakat ni aku berbuka dengan kurma dan air sahaja. Tapi air tu bergelas-gelas lah. Hihii. Perut cepat penuh. Apesal ntah. Adakah kerana Usana? Tak pasti. Yang pasti, cita-cita aku sempena hari raya seperti akan tercapai. Moga-moga tercapai. Amin.

Dan sesungguhnya, aku tak perasan hari ini hari Jumaat sehingga aku dapat reminder meeting petang semalam. Ini bermakna, esok cuti. Agak-agak, berbuka kat Puncak Alam kah? Sila-sila. Boleh ngada-ngada mintak nak makan apa-apa. LOL. Menantu perempuan tunggal lah katakan :p

Ok, itu aje. Bye.

6 comments:

syuhada said...

sama la aku wafaa. terjaga elok2 imsak. minum air kosong je.. alhamdulillah boleh tahan jugak sampai berbuka lepas tu start sakit kepala...

efa fairuz said...

wahh tgh diet usana la ni.. hehe :D

Wafaa said...

Aidat: Tu la. Dapat la rasa camane orang susah tak ada makanan bila kelaparan sampai masuk angin T____T

Wafaa said...

Efa: Usana boleh guna utk diet ke? Tak tahu pulak. Sb kitorang hanya makan multi-vitamin dan mineral aje. Hadiah bday utk husband tapi saya tumpang sekaki :)

aieesha.salleh said...

emm, multivit usana? ok tak? aku survey2 jugak lepas ko cakap pasal sakit lutut tu boleh makan usana

Wafaa said...

tapi kalau based on doc kau cakap, injection je boleh elokkan lutut kau, mkn supplement tak menjadi ko utk kes kau. kott