Sunday, September 04, 2011

Hello KL!

Raya kami officially ends on raya ke-4. Kami bertolak balik KL jam 10 pagi. Lepas 8 jam on the road, bawak kereta yang kejap speeding kejap macam siput, kami sampai depan Murni SS2 tepat jam 6.30 petang. Kenapa ke Murni SS2? Kerana kelaparan dan mahu makan. Tapi, bila sampai depan kedai, rapat je tertutup pintunya. Husband kata, "Mari tengok kedai kakak cute". So, kami ke Sri Sentosa, dan sekali lagi harapan hancus. Semua kedai makan tutup. Aku dah macam "Heyyy apesal semua tutup". Masa lalu depan Ani Sup Utara, kedai tu pon tutup. At last, kami balik rumah dulu, rehat dan keluar lepas Maghrib.

Kedai pertama yang kami tengok, JM Beriani Subang Jaya. Tutup. Then, menghala ke Shah Alam. Kedai-kedai dekat Nasi Ayam Pak Mal buka tapi kami terus drive ke Sec 9, nak jenguk ayam penyet. Kedai tu buka tapi kerusi semua atas meja. Tak tahu nak pindah ke apa. Masa lalu kat Tesco sebelum ni, aku ada cakap "Kalau semua tutup, Pizza Hut je lah. Confirm buka". So, bila ayam penyet tidak available, kami patah balik ke Tesco Shah Alam. Orang pon tak ramai. Fast food buka. Lepas order for take away, kami jalan-jalan ke dalam. Ehhh food court buka. Oleh kerana kelaparan, kami makan je kat food court tu. Pizza bawak balik.

So, that is our 1st dugaan mencari tempat makan pada hari raya ke-4.

Oh, 4 Syawal. 3 tahun lepas, ada budak tu menjenguk dunia. Dia keluar dari perut ibu dia pada jam 2.20 petang. Budak tu nama dia Izz Muhammad Iman. Iman, selamat hari lahir! Semoga menjadi anak yang soleh. Dan 2 Syawal pula, 4 tahun lepas, kami diijabkabulkan. Happy anniversary husband. Oktober nanti kita celebrate elok-elok. Ok? Love both of you.

2 comments:

Ain Alida said...

happy birthday iman and happy anniversary to both of you. may you n family have a happy and ceria life for many many years to come =)

Wafaa said...

Thanks Ain