Sunday, September 25, 2011

Lunch treats from OTD

Aku kena tulis ni sebab aku rasa ini adalah satu kenangan yg indah untuk aku kenang kot-kot aku tukar kerja. KOT-KOT. Setahun dua ni, InsyaAllah, kat tempat sekarang lah aku mencari rezeki.

Balik cuti raya, my OTD group bagitau yang ada 3 orang ni nak buat makan-makan for us kat rumah masing-masing. So I marked my calendar. Hihiii kot-kot la terlupa. LOL.

I was asked to make some trifle on the last lunch treat. Oh, mak memang suka trifle. Buat pon senang.

Makan-makan pertama was at my SM's crib at Casa Tropicana, on last Saturday. Condo itu sangat cantik. Simple tapi practical. We had soto, bergedil yang comel dan sedap, caramel pudding, kueh raya sedap, ketupat palas, serunding daging. Tapi sebelum tu, aku mengada cakap nak buatkan air mango lychee. Kan dah kena suruh follow sekali untuk prepare. Ngehngehh.. Singgah Jaya Grocer untuk beli mangga dan laici. Dan sampai rumah host hari itu, aku pon mulakan la tugas buat air tu. Tapi laici tin tu tak best. Rasa dia tak sedap. Biasanya yg aku beli brand lain. Tapi kat Jaya Grocer tak ada.




The next day, ke Section 19 Shah Alam pulak. Kali kedua aku pergi. 1st time pergi tahun lepas kot. Masa tahlil arwah ibu Arry. I love her parents' house. Sangat selesa dan comfy. The wallpapers. The kitchen. Peti ais yang boleh buat ais. Haha. Selamba je aku bukak. LOL. Oh, we had pasta. Meatball pasta. The sauce was so delicious. With some cocktail desert. Ada sumi jelly you. Sedap. Tengah-tengah makan tiba-tiba hujan and we totally forgot about our shoes. Bila buka pintu, ambik kau, semua kasut jadi sampan yg berisi air. Haha. Funny.


Kami rest satu hari. Kemudian sambung hari Jumaat, semalam. Kali ni di rumah manager kami, kat USJ Heights. 1st time aku masuk kat neighborhood tu. Kawasannya sunyi. Rumah besar-besar. Rumah host hari tu sangat simple dan minimalist. I just fall in love with the ID. Oh anak tuan rumah, sangat hensem dan cantik. Serius. On the food, we had nasi ayam, laicikang (i dont know how to spell), and as mentioned above, my trifle. Nasi ayam sangat sedap. Sos kicap adalah dari sos yang marinate ayam. Sup pulak ada banyak chicken wing. Lepas makan, kami tour rumah. I love the kitchen and back yard. Tuan rumah pernah cakap, "Rumah I simple je sebab I tak suka hias-hias". Well, sometime less is more :)




Itu sahaja lah. InsyaAllah ada rezeki, kita buat lagi.

No comments: