Monday, May 15, 2006

Makin Kasih Selepas Rujuk

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Bintang/20060515081818/Article/indexm_html

"SAYA tidak akan maafkan dia." Itulah antara kata-kata pelakon Abby Abadi mengenai orang ketiga yang dikatakan menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina bersama Norman Hakim, pada 8 Januari 2002.

Mungkin kenyataan itu diluahkan Abby ketika hatinya sedang marah tetapi pastinya wanita tidak sanggup melihat ada wanita lain cuba merampas kebahagiaannya. Walaupun mereka rujuk semula Khamis lalu, tidak mustahil orang ketiga itu akan terus menjadi racun dalam kehidupan 'baru' Abby-Norman. Lebih-lebih lagi orang ketiga itu sama-sama bergiat dalam dunia seni.

Mungkin kejadian ini akan menguatkan lagi kasih sayang antara Abby dan Norman. Cuba renung semula kesilapan dan kekurangan diri. Buang yang keruh ambil yang jernih serta jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran agar ia tidak berulang lagi.

"semoga mereka tabah dengan dugaan dalam hidup berumahtangga - and to Mohd Najib Abdul Hamid - thank you for this wonderful 5 years -

No comments: