Sunday, November 05, 2006

muffin yg tak jadi

bangun pagi ni, benda pertama yg ada dalam fikiran aku - muffin. home made muffin, hot and soft. waaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh sedapnya. tapi sebelum tuh, sambil bermalas-malas atas katil, tengok Missing. aku lebih suka jess partner dgn brooke, compare to yg lagi sorang. jess tuh comel la. dia berisi tapi tak gemuk. haaa camane tuh.

kak lin move out dari rumah no MF 111, apartment makmur. katanya nak pindah ke sg besi, rumah adik dia. kenduri kak ain nanti boleh la jumpa dia kot. and i'm going to move out once i get they key! yay!

back to muffin story. bila semangat tuh memuncak, tiba2 baru terperasan, semua sukatan tuh nak kena measure dengan kitchen scale. ayooo mana aku ada. hari tuh pinjam Lin punya. dalam keadaan hujan yg renyai (nasib baik la renyai) aku amik kunci keta, pegi kedai kat belakang. takde penimbang. last2 pegi carrefour subang. sebesar2 carrefour subang aku tak jumpa penimbang. ape nih. last2 benda lain yg aku beli. lari bajet beb.

dalam jam 6 lebih, honeybunny balik. aku pon pegi la sentosa, nak cari penimbang kat checkers. haaaa ada pon. this coming weekend, kalau rajin, nak buat lah.

2 comments:

nasasuke said...

huhu ..biler masak2 ..meh anta kat sini skit

wafaa said...

oooo bisa diatur.. janji kena habiskan le