Friday, December 26, 2008

Peria vs petola

Sesuatu telah berlaku semalam. Di mana si suami mahu makan petola tumis air. Si isteri pon pergi lah ke kedai untuk membeli petola. Selepas membeli dan belah, si isteri pon pulang ke rumah dengan hati yang berkobar-kobar, mau masak sayur untuk si suami.

Sedang asyik si isteri di dapur, tiba-tiba si suami masuk, menjenguk si isteri.

"Eh, sayang beli peria?" Lalu si isteri terpinga-pinga, dan terus membelek 'petola' yang dibelinya. Dilihatnya pada 'petola' itu tertampal tag yang tertulis PERIA. Si suami gelakkan si isteri yang tak kenal sayur. Si suami terus ke laptop dan google for petola. Dan, si isteri pon terus bersiap untuk ke kedai, bagi mendapatkan petola yang sebenarnya.

Aiyaaa... camane boleh tertukar ni...

Peria


Petola


Selepas kejadian tersilap beli, si isteri akhirnya berjaya memasak petola tumis air dengan jayanya.

Ini bahan-bahannya.
Petola - dipotong
Suhun
2 bawang merah - mayang
2 bawang putih - mayang
Air secukupnya
Telur - 1 biji
Gula/garam sebagai perasa

Cara-cara
Tumis bawang. Masukkan air. Masukkan petola & suhun. Bila dah masak, baru masukkan telur, kacau. Masuk perasa, siap.

4 comments:

Eliss said...

owh, ini ditempat kelahiran abahku, namanya 'ter ner' :P celur cicah budu pun sodap..last week br makan :D

Wafaa said...

tak pahit? aku ni tak makan sayur mayur

Eliss said...

tak..manis ler..peria baru pahit :D tapi sedap jugak cicah budu peria tuh..tapi kena rendam air dulu laa...

Wafaa said...

rendam air baru hilang pahit?