Sunday, December 28, 2008

Rojak

Finally, I can fit my old jeans! Yeay me. Cepat. Yeay!!

I'm looking for a PSP. Diorang2 kat office beli dengan orang, which is, surf Internet here and there, contact orang yang nak jual, dan pegi amik kat mana-mana tempat yang dijanjikan. Should I do that too? Kat Ampang ada 1 kedai tapi tak familiar la pulak dengan Ampang.

Untuk pertama kali Iman menangis pada waktu malam. Petang Jumaat lepas MIL bagitau dia tak nak tidur sepanjang hari. So, bila balik rumah, lama jugak nak tidurkan dia. Lepas 2 jam baru dia tidur. Tiba-tiba dalam pukul 12tghmlm dia terjaga dan menangis. Gelabah la wei, mana pernah dia menangis malam-malam. Nangis kejap, pastu berhenti. Bila letak, nangis lagi. Kuat lak tu, siap keluar air mata. Panik panik. Last-last Husband ambik, dukung sambil berdiri. Lama lepas tu Iman macam dah mengantuk, I took over, fed him and he went to deep sleep. Masa tu dalam pukul 2pagi. Lepas Iman tido, kami tengok tv, dokumentari pasal tsunami. Dokumentari tu ditayangkan sempena ulangtahun ke-4 tsunami yang melanda rantau Asia pada 26-Dec-2004.

Ops, Husband's calling. Nak keluar jalan-jalan. Daaaa..

No comments: