Tuesday, September 29, 2009

Pizza

Akhirnya selepas berkira-kira nak buat roti atau pizza, akhirnya semalam, tepung dah menjadi pizza. Roti next time buat. Untuk pertama kali buat sendiri, uli pakai tangan sahaje; rupanya sangat tidak presentable. Boleh gak tahan ek. Dengan 200gm tepung roti, dapat hasilkan 2 keping mini pizza, errr besar sket dari mini pizza. Walaupon lupa letak button mushroom (in both spaghetti and pizza, oh ye, malam tadi husband's dinner was spaghetti. letak cheese kaw2 hehe), kira boleh dimaafkan la kot.

Kelebihan buat d-i-y pizza:
  • boleh letak topping mewah-mewah. Extra semua-semuanya. Cheese, sosej, tomato. Meleleh je cheese tuh.
  • boleh buat pelbagai size ikut perut nak.
  • jauh lebih murah dan kenyang. Kekekeke
  • kurang bekas kena basuh compare to buat kek :p
Keburukan dia:
  • ambik masa lebih dari sejam, count from sediakan bahan to uli-menguli to naikkan doh to membakar
Ok, here's the recipe.

Bahan2 dan cara2
(Doh pizza)
200gm tepung roti/high protein flour
120ml air
1 sudu besar gula
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil yis
sedikit garam
-- Gaul semua bahan dalam 1 bekas. Uli-uli-uli. Kemudian, biarkan naik 2 kali ganda, dalam 40-60 minit. Tutup dengan kain lembap. Lepas tu bakar @180 at 20min atau sampai masak.

(Topping)
Terpulang nak letak ape. Me use mozarella cheese, sosej, sos tomato, buah tomato, capsicum, bawang besar.

10 comments:

MamaFaMi said...

Caayalah Wafa... dah berjaya buat pizza sendiri. Baru puas nak makan kan? Mama ni dok sebut nak wat pizza dari anak lom balik asrama, sampai anak dah balik ke asrama semula.. pizza tak nampak bayang!

Anonymous said...

wei..topping letak sblm bakar kan? ko tulis tu bg aku confius lak nak letak topping b4 ke after bakar..

aku nak try jgk!! tp ntah bila..huhu

nizaa said...

sedapnya..aku pun nk belajaq gak la buat bakaq ni...

Wafaa said...

MamaFaMi: bread flour tu dari sblm puasa lagi memanggil2 untuk diuli2 menjadi doh tapi baru smlm impian dia terlaksana :)

Wafaa said...

Niza: try la buat. best best

Wafaa said...

Imah: ohh aku bakar based dia dulu half way, then baru aku letak topping dan sambung bakar.

aieesha.salleh said...

aaaa, aku pun nak buat gak.. selalu aku dengar orang cakap, buat sendiri lagi puas hati.. heheheh

yumyum said...

ish ish, bila haih nak beli oven. hahah

Wafaa said...

sekarang almost semua benda nak buat sendiri. tu pasal rupa buruk semacam

Wafaa said...

cikyam, i am usha-ing new bigger oven. usha je. banyak betul yg berkenan di hati tapi tidak di poket