Sunday, November 08, 2009

Iman dah besar - 13 bulan dah

Iman dah besar. He now 13 months. jadi makin manja la pulak anak bujang sorang nih


dah 100% pass panjat kerusi meja makan. highchair pon dah panjat keluar sendiri.


dah pandai minum pakai straw. gambar ni 1st time Iman minum air kotak. I always worried Iman tak pandai minum pakai straw. Now, tak risau dah. Pening kepala ade la bila dia pantang tengok orang minum air.


bila diberi pen, dia akan conteng2. his 1st artwork ada tampal kat peti ais. Jangan conteng dinding rumah ye sayang?

From
dah boleh makan dengan sudu & garpu (eh camane eja fork in bahasa?). Bila diberi sudu, he know what to do with that. Terus letak dekat mulut, tanpa mengira ada makanan atau tak :p


Dah boleh share kerepek or keropok dgn Iman. Dia dah boleh makan dengan selambe


Sekali sekala berjaya buka puding kecik2 ni sendiri. Dah tentu la dia guna khidmat gigi 8 batang tu. Memang kena monitor, kalau tak, habis dia telan semua.


Oh tidak. Iman dah pandai pusing2 kepala paip. Errr pusing2 yg nak kuatkan dan perlahankan air tu. Siap cucuk2 jari nak buat percik2. Kretip betul.


Dah boleh join layan youtube dgn Ayah, tengok best of psp game 2009. pastu 2 beranak tu layan psp pulak.

Melalak bagai nak rak bila mengantuk sangat2 dan tak boleh tido sb takde n3n3n. Haa, how to wean??

Sangat pandai meniru. Cth: he was n3n3n dan aku terbatuk sambil tutup mulut lah. He stop n3n3n dan tiru aku batuk sambil tutup mulut.

Alamak lupa berat. Rasanye 8.5kg. Ringannye.

Menurut laporan dari nenek Mun the bbsitter, Iman pandai sebut 'atu' (satu), 'akan' (makan), 'iyam' (diam). Dan kat rumah, he talks non stop. Ablabalabla..pecipeci.. WHAT IS THAT?

Takut nak berdiri lama. So, his walking progress is slow but improved. Bila dipimpin, laju la pulak dia. Siap tarik2. Tak ape lah, take your time. Kang dah pandai berjalan kang, sebok suh dia duduk pulak. Aku tak bagi guna walker pon satu masalah besar bagi sesetengah orang. Ape daa.

Ha, kalau merajuk, belajar2 la pujuk dia.

Iman akan happy macam baru menang 1 juta bila nampak toto. Bila dia merengek2 nak tido, bentangkan toto (toto, bukan dia punya tilam kecik tu), dia akan terus menggolek2kan diri.

Dan, soalan paling hangat sekarang "BILA NAK TAMBAH ANAK?" Jawapan standard, akhir tahun depan baru start balik projek besar-besaran.

13 comments:

BeMiE said...

seronok bace .. huhu tgk anak sendiri mebesar, pandai itu dan ini.. semoga sentiasa bahagi... Subhanallah...

p/s BeMie teringin nk ada anak sendiri..hheeeh

nizaa said...

makin hensem budak kecik ni..yg panjat kerusi tu tak tahan tu..hahaha

Wafaa said...

bemie: InsyaAllah, rezeki tu ada

Niza: hehehe menonggeng2 panjat kerusi.

MommaArmand said...

faa..imannye progress of development normal la tu..takyah pening2..bile dh terlebih terel lari ganti2..ko kene letak lam stroller lak time shopping..haha..mcm Armand smlm..die cam pelik sebab dh lupe ape itu stroller :)

Wafaa said...

Watie: Ha tu la dia. Stroller? Iman suka dok dalam troli daripada dalam stroller. Pemandangan lagi luas kot.

iyma said...

Hoho..best nyer..iman dah pandai mcm2..x sabar tgu baby sendiri :)

suka tgk iman dgn ayah dia layan youtube tu..sooo sweet :D

Wafaa said...

Imah: ko tgk la, tgn dia dok ketuk2 keyboard tu. pantang nampak orang kat meja komputer & meja makan, sure nak join jugak.

aieesha.salleh said...

aaa... aku terlupa dah lepas sebulan.. ashraf pun dah 13 bulan lah macam tu kan.. ekekeke

|| NaFiRaa || said...

dah besar dh haaa~ leh kawan ngan kakak anis nanti~

Wafaa said...

Aishah: Masa jumpa Ashraf kat kenduri Bob, dia baru masuk 13 bulan

efa fairuz said...

ehhehe..comelnye..

sy skrg susah nak keep track psl progress anak2..blk kejap sgt, weekend je..tp atleast blk gak kan..

takpela..hopefully ade sinar harapan thn depan, bleh dok serumah ngan family blk :)

iyma said...

tu la..aku perasan gak tgn dia kat keyboard..konon nak type la tu?? hehe..bijok anak mung wafaa.. :)

yumyum said...

happy 13th iman! ]
'suka tgk toto'- ayra suka gila kalau aku baring dia tau dah nak nenen hahahaha

imann oo imann teringin nak jumpa iman

haritu ada jumpa budak nama muhammad izz heheh terus teringat ur boy.