Friday, February 12, 2010

bekal

I always want to make nice bento to husband. But time is the only barrier. Terkejar sana, terkejar sini. Maklum la, tangan ni ada 2 je. Nak buat semua kerja dalam masa yang singkat, tak boleh la kan. Jadi, buat mana yang sempat je la.

Husband aku pulak, kalau tanya "Nak makan apa?", jawapan standard "Apa-apa je la". Apa-apa aje, janji masak dan makan kat rumah. Tu yang kadang-kadang aku pening. Penyelamat dari kepala jadi pening adalah cooking books/mags/blogs/websites.

Tapi bila cakap pasal bekal, he wanted his bekal to be as simple as sandwich. So, I made him tuna sandwich but he commented "Sakit tekak (sambil buat2 batuk.. hmmmm)". Then, he requested to have egg sandwich. Hari-hari sandwich telur tak best jugak, so hari ni, aku buat chicken sandwich. Guna left-over lauk ayam malam tadi. Hehehehe... Malam tadi buat lauk ayam chinese style - Kung Poa Chicken. Terima kasih maklangAzie for the lovely recipe.



Dan, pagi tadi ada pembantu. Read pagi = 6am. Gigihnya pembantu ni nak angkat lesung. Bila tak dapat angkat, nangis yg tak kuar air mata. Tak dapat sket, macam tu la jadinya. Hmmm... Dan, iron Chef yang kat dapur hanya berkata "Iman, lesung batu tu berat. Iman belum larat angkat. Meh Ibu tolong.". Habis clear bakul yang ada bawah sinki.

12 comments:

Kancilbiru said...

rajin betoi iman tu...wah thanks for mak lang's link....aku mmg cari resepi tu tapi susah sikit nak jumpa sbb tak tau nama...haha. penah tgk kat tv dulu lamaa dah..yg aku tau ada gajus...:P

Wafaa said...

a'a betui aaa tu. ada gajus. aku tak letak pon. nnt aku letak versi aku lak. tadi nak upload lembab sangat.

iyma said...

haha..muka iman sgt comel time nangis xde air mata tu.. :P rajin betul anak bujang ko masuk dapur ye...

hasmalizaLUVhasmiza said...

aku pon pahni meme akan sokmo la google resepi.hahahha...

iman igt lesung tu lesung plastik laaa..tu gigih nok angkat gok.hahahahha

~Sasha Farina~ said...

oh saya pun suka buat sandwich dengan lauk semalam. rasa macam sangat 'berjaya' gitu.. berjaya utk tak membazir :D

Ad said...

iman iman...kemain lagi eh...nak wat apa lesung tu????nak wat sambal tumbuk eh????....

efa fairuz said...

ohh sandwich ittew sgt tempting puan wafaa..aaaa T_T~

Wafaa said...

Imah: ye. anak bujang aku rajin masuk dapur. habes teaspoon aku hilang :)

Wafaa said...

As: tuh aaa... dia ingat dia hulk hogan kot.. kekekeke..

Wafaa said...

Kak Sasha: sandwich ni menarik gak sekali sekala buat tapi saya tak pernah rasa sandwich yg saya buat :)

Wafaa said...

Ad: tak tau la ape benda dia nak buat. selalunya kasi dia bawang putih je. bawang merah pedih lak mata

Wafaa said...

Efa: tempting ek? hehe