Friday, February 19, 2010

Sate @ Wakaf Bharu

Dulu-dulu, dari kecik lagi, kalau sebut pasal sate, arwah baba selalu bawak kitorang makan kat satu kedai kat Wakaf Bharu. Sape dok kelate tahu la ni (kot). Kalau tak makan sana, mesti bawak balik rumah :)

Balik cuti CNY last week, my mom ajak pegi makan sate kat tempat tu.

Ini la kedai tu. Satay Wakaf Bharu. Berdekatan dengan Pejabat Pos Wakaf Bharu. Dari Kota Bharu, 1st roundabout amik no 12, 2nd roundabout amik no 9. Nanti jumpa lah.


Taktau la sedap tu camane tapi tiap-tiap malam memang macam ni. Ramai orang. Tu semua dok tunggu sate la tuh. Murah je makan kat sinih. 100 cucuk sate campur + timun + kuah + nasi impit = RM60. Kalau tak silap aku la RM60. Ke RM30??? Mak lupa lah.


On the way ke kedai sate, Iman tido. So, kami keluarkan dia punya stroller. Sekali dia bangun dan tak nak duduk dalam stroller. Meragam beberapa ketika. Hmmm.. macam biasa, akan ada aksi-aksi acrobatic. Lembik-lembik badan. Oh Iman. So bila sate dah sampai, Iman duduk dalam baby chair and enjoy his sate. Habes comot. Biarkan je la. Comot tu bukannya tak boleh basuh :)


Bila dah habes makan, tiba-tiba Iman nampak kucing. Ini la yang jadi bila seorang budak lelaki berumur 1 tahun 4 bulan jumpa kucing. Kemain dia cucuk mata kucing tu. Bila tak bagi, haaa... habes 1 kedai pandang sebab Iman menjerit. Haiyooo..


8 comments:

Kancilbiru said...

cucuk mata kucing?? sib baik dia tak cucuk ngan lidi sate...hehe

ellyWong said...

wafaaaaaaaaaaaa!!! now elly terliur sate pulak dohhh~~ how? :( :P

iyma said...

kesian kucing tu iman cucuk mata! haha..

seronok je tgk iman mkn sate & sedut air guna straw..best nye anak dah besar kan.. :)

Wafaa said...

niza: tu lepas makan, so dia dah tak pegang lidi

elly: got sate there?

imah: cucuk mata, hidung, telinga. dia mmg suka kucing. anak kecik besar mmg best. jgn buat perangai sudah :)

syuhada said...

dah pandai makan sate dah... wah wah wah~~ =D

hasmalizaLUVhasmiza said...

aku pon bayangkan iman cucuk mata kucing ngan lidi sate.wakakkakak..

lapar sate jugok!!mu pos ke aku ehhhh

Wafaa said...

Aidat: aku sebenarnya lupa yg iman makan sate atau main2 je :)

As: basi la kalu aku pos ke mung

anggun said...

Rumah saya tak jauh dr wakaf baharu.Dulu kami panggil sate Mek ye.Moyang aku dulu Kalau die nak buat bihun sup ,die pegi beli tulang ayam kat sini lah.